POPIA GORENG PCL

Monday, November 16, 2015 PCL 15 Comments


Semalam dengan bangganya aku cuba buat sendiri, selalu bila nak makan mintak saja..mamaD memang boleh buatkan. Sampai bila nak 'oder' saja..kan?

Sabtu dan Ahad, habiskan masa di rumah ..ini lah hasilnya bila 'Papa Blogger' menghilangkan kebosanan dengan memanfaatkan ilmu dunia dan akhirat. (Bagi isteri rehat sesekali...)

ini dia resipinya ;

POPIA GORENG PCL

Bahan-bahan
Kulit popia saiz sederhana besar

Bahan digoreng dengan minyak sedikit ;
1 batang lobak merah dihiris memanjang
½  biji timun dihiris memanjang
1 genggam tauge
Isi udang segar dicincang
Cili merah dibelah dua dan dipotong dadu
Bawang putih dan bawang merah
Garam, Serbuk perasa

Cara-cara

1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga nampak sedikit kekuningan
2.  Masukkan udang dan gaul
3.  Masukkan semu bahan-bahan yang digoreng
4.  Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya
5.  Goreng  sekejap dan toskan dan biarkan sejuk seketika.
6.  Mulakan proses menggulung  bahan dengan kulit popia
7.  panaskan minyak dan sedia untuk digoreng


Kuah Cili

Kisar kesemua bahan berikut ;
6 tangkai Cili merah dibuang biji
4 ulas Bawang putih
Garam, cuka dan gula secukup rasa.

15 comments:

  1. Hari sabtu lepas, sya pun buat popia goreng versi fiezasani..hehe..tapi cicah dengan sos biasa je..

    ReplyDelete
  2. selamat pagi...
    wah²..PCL buat popia laaa...caya laaaa.....
    rajin...bgs²....

    ReplyDelete
  3. rupa paras dah comel popia tu... kirim 2,3 batang nak rasa plak... hahahha

    ReplyDelete
  4. sedap ni, saya nak buatlah utk jamuan anak saya

    ReplyDelete
  5. simlpe..tapi sedap..inilah dia..

    ReplyDelete
  6. pandai buat popia rupanya..sedap ni..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.