Contoh Teks Doa Untuk Sahabat Sempena Majlis Hari Lahir

Tuesday, December 01, 2015 Nazlee Ismail 6 Comments


Doa untuk sahabat sempena majlis sambutan Hari Lahirnya


بسم الله الرحمن الرحيم

الحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمَيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ أَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالمُرْسَلِيْنَ 
وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah, Cucurilah rahmatMu ke atas majlis ini, Berkatilah ia dari awal hingga akhirnya.

Ya Allah sesungguhnya kami ini memohon dengan penuh pengharapan kepadaMu Ya Allah, sempena ulangtahun kelahiran sahabat kami ini, (nama). Kau panjangkanlah umurnya dan kurniakan kepadanya kehidupan yang lebih bahagia dan berjaya dari tahun sebelumnya. Kurniakanlah kepadanya rezeki yang melimpah berkat dan direstuiMu Ya Allah. Jauhkanlah sahabat kami ini dari belenggu kesusahan, kemiskinan dan kebuluran darinya dan keluarga.

Ya Allah Ya Tuhan kami, bukakanlah kepadanya pintu kebajikan, pintu keberberkat, pintu kenikmat, pintu rezeki, pintu kesihatan, pintu keselamatan dan segala pintu kebaikan di dunia dan akhirat yang menjurus ke SyurgaMu Ya Allah. Dan kami jua memohon kepadaMu Ya Allah, jauhkanlah segala pintu kejahatan dan keburukan darinya dan keluarga.

Ya Allah, tiada yang mudah kecuali Engkau yang memudahkan dan Kau jua Ya Allah yang menjadikan yang susah itu mudah. Permudahkanlah kehidupannya dan keluarganya. Jauhkanlah dari segala bala dunia dan akhirat. Jauhkanlah dia dari pujukan iblis dan syaitan serta jauhkanlah dia dari kejahatan manusia dan jin yang memusuhinya dan jauhkanlah dia dari pengaruh nafsu yang menyesatkannya.

Ya Allah, Kau berikanlah padanya kesihatan fizikal dan mental yang terbaik, terangilah hatinya dengan cahaya hidayahMu, Perbaikanlah amalannya dan tunaikanlah hajatnya baik dalam agama, dunia dan akhirat. Hidupkanlah dia dengan keimanan dan matikan lah dia bila sampai masanya dalam keimanan. Sesunguhnya hanya Engkau yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu kejadian.

Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosanya dan kedua ibubapanya serta keluarganya dan semua teman dan sahabatnya kerana hanya Engkau Maha Pengampun akan setiap dosa.

Ya Allah jadikan dia juga seorang mukmin yang soleh kepada semua yang berkaitan dengannya.

Ya Allah, kami menadah tangan mengakhiri permintaan ini dengan permintaan semoga Kau kurniakan segala kebahagiaan, kejayaan, kekayaan dan keindahan kepada sahabat kami ini di dunia dan akhirat. Kau Jadikan dia hamba yang beriman, bertaqwa, beramal soleh dan bersabar atas segala perintahMu dan ketetapanMu.


Amin Ya Allah, Amin Ya Rahman, Amin Ya Rahim,

 وَصَلَّى الله عَلىَ سَيْدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ ألِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
 وَالحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ





6 comments:

  1. TERIMA KASIH PERKONGSIANNYA.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... kakak ni kalau baca doa melayu kena tengok kertas PCL
    Kalau arab kakak hafal sebab dah biasa kan..
    Tapi eloknya yg aminkan doa faham bila doa dibaca dgn doa bahasa kita.

    ReplyDelete
  3. lama sunggu saya tak menyinggah sini.... tumpang lalu...

    thanks for sharing... :)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.