DCODE Tayangan Skrin Besar Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2015

Monday, December 14, 2015 Nazlee Ismail 6 Comments


DCODE Live Viewing Party @ Stadium Shah Alam 12.12.2015  

TM Piala Malaysia 2015

Tepat jam 4 petang aku sudah berada di perkarangan luar Stadium Shah Alam, untuk memenuhi jemputan event DCODE. Ramainya manusia kesemuanya aku rasa mereka ni adalah kaki-kaki bola tegar belaka. Kalau perhatikan nampak penyokong kepada kedua-dua belah pasukan yang mara ke Perlawanan Akhir Piala Malasia 2015 iaitu Selangor dan Kedah siap lengkap dengan baju, mafla dan sebagainya dengan berbagai ragam bagi menunjukkan kemeriahan sokongan mereka kepada pasukan favorite masing-masing.

TM Piala Malaysia 2015

TM Piala Malaysia 2015

Teruskan melangkah dalam kesesekan orang ramai, aku ke Zon D Stadium dimana lokasi DCODE buat event. Nun jauh hujung di sebelah kiri pintu masuk (pintu masuk untuk penyokong Kedah) ..emm patutlah nampak Hijau dan Kuning sesaja ! 

DCODE telah menyediakan satu tempat khas berbumbung dan sangat selesa . Setiap orang yang berumur 18 tahun ke atas boleh masuk secara percuma untuk menyaksikan aktiviti-aktiviti yang sangat menghiburkan. Aktiviti bermula seawal jam 3 petang sehingga ke akhirnya. Acara kemuncak sudah tentulah menonton perlawanan bola sepak akhir Piala Malaysia di skrin besar. Skrin besar khas untuk mereka yang tak berjaya mendapatkan tiket masuk stadium. 'Stadium skrin besar' juga mampu menaikkan semangat dan memberi kepuasan kepada penyokong di sini. Terima kasih DCODE

Pendaftaran di pintu masuk DCODE dengan layanan mesra staf memudahkan urusan pendaftaran. Kebetulan cuaca diluar sedang hujan lebat pada masa ini, ramai orang berpusu masuk ke dalam dewan DCODE sementara menunggu acara kemuncak. Dan ada juga di kalangan orang ramai tertanya-tanya apakah yang sedang berlaku di dalam dewan?

Kita tengok apa ada ;
DCODE membawakan artis-artis terkenal untuk menghiburkan para penonton.

Live performance dari Kumpulan Forteen 
Life performance dari Dayang Norfaizah
Live performance dari Faizal Tahir

Bermacam-macam aktiviti dan permainan menarik DCODE telah sediakan
Permainan Dribble ; nak memperlihatkan kemahiran pemain menggelecek bola dengan syarat bola jangan sentuh dinding dalam kepantasan maksimum

Permainan Snook Ball ; memperlihatkan bakat pemain memasukkan bola merah ke dalam lubang, sama macam main snooker tu lah..


Berapa kelajuan anda sepak bola? inilah satu permainan menguji kekuatan tendangan anda
Sambil ada yang bermain dengan permainan yang disediakan, di lain sudut kawasan dewan DCODE ini juga disediakan tempat lepak santai , boleh lepak buat live update bagi yang suka bermedia sosial . Namun sayangnya di kepadatan orang ramai yang berkunjung membuatkan capaian kemudahan internet agak terbatas. Terkial-kial bagi mereka yang sukakan buat  update status media sosial dan aku juga salah sorang darinya..merana dan kecewa sungguh. Harap ada pihak yang boleh buat sesuatu untuk meningkaktkan capaian kemudahan internet berkuasa tinggi di keadaan dan suasana begini di lain masa nanti.



DCODE Tayangan Skrin Besar Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2015 


Sekitar jam 8 malam, suasana dalam dewan sudah dipenuhi orang ramai untuk mengambil tempat duduk bagi menyaksikan Tayangan Skrin Besar. Aku berada di sini dan dapat rasakan kemeriahnnya. Bagi yang muslim boleh tunaikan kewajiban anda sebelum duduk menonton di sini, kemudahan ada disediakan oleh pihak stadium, carilah.. (kalau nak tunaikan kewajiban, di mana saja asalakan bersih..laksanakan kewajiban kepada yg Esa).



Saat gol pertama dijaringkan, begitu kemeriah jeritan penonton khususnya bagi penyokong Pasukan Selangor dapat disaksikan. Begitu ramainya dewan ini dipenuhi dari kedua-dua pasukan. Sorakan dan jeritan membangkitkan suasana menjadi gamat umpama gamatnya di dalam stadium sebenar. (ralat : abaikan tarikh 03/12/2015)
Perlawanan berkahir dengan keputusan memihak kepada Selangor degan jaringan gol 2, 0. Tahniah Selangor !

Tahniah juga kepada DCODE kerana telah berjaya menganjurkan satu Event yang sangat menarik dan sempoi sebegini walau di luar stadium ianya sungguh havoc !

Sebelum sepak mula perlawanan, aku sudah penuhkan perut untuk makan, baru lah best sorak!, kat sini disediakan food truck dengan pelbagai menu menarik.. terbaik.



Details : DCODE boleh klik sini
#Kelabbloggerbenashaari

6 comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.