Sham Char Kuey Teow 696 - Seksyen 19 Shah Alam

Wednesday, December 16, 2015 PCL 8 Comments


Sham Char Kuey Teow 696 - Seksyen 19, Shah Alam Selangor


Sedap makan char kuey teow kami sekeluarga kat restoran Sham, Seksyen 19 Shah Alam (semalam) .. macam-macam menu ada kebanyakan menunya terdiri dari kuey teow basah :  Udang galah, Udang kara, Ketam, Kerang dan sotong. Selalunya lah apa yang aku tengok dan senang dapat di pasaran hanya char kuey teow udang/kerang sahaja tapi kat sini banyak menu lagi best.. banyak pilihan , order saja mana berkenan.


Kat sini (Brader Sham) telah berniaga sejak 3 tahun lalu, mulanya hanya digerai kaki lima di Seksyen 20 , bila agak maju beliau berpindah dari gerai ke restoran untuk memenuhi keselesaan para pelanggannya.

Konsep 'layan diri' memang terbaik, layan diri yang dimaksudkan adlah cara ambil pesanan dan pelanggan sendiri serah senarai pesanan ke kaunter. Brade Sham sendiri akan menggoreng char kuey teow yang dipesan. Kalau tengok pada senarai menu yang berjenis-jenis memang menarik perhatian aku yang buat pertama kali berkunjung ke sini. (senarai menu/harga terlupa nak snap gambar ..asyik sangat hah!)

Tempoh menunggu pesanan pun tak ambil masa yang lama, sekejap saja dah sampai ke meja.. aku dah biasa dengan proses menggoreng char kuey teow ni, ia sangat mudah..tapi semua itu perlu ada skill. Brada Sham memang hebat bab ini.

Char kuey teow Sotong untuk hanis @Rm8.00
Char kuey teow Udang galah untuk mamaD, nina dan MIL.
@Rm12.00
Char kuey teow Udang+Sotong untuk diri sendiri, aku nak cuba rasa yang ada campur sotong.
@Rm11.00

Sepinggan/mangkuk char koey teow di sini memang cukup puas makan sebab portionnya banyak dan harganya juga berpatutan.


Lokasi Restoran Sham Char Kuey Teow 696


Kalau korang nak cari di mana lokasinya Sham Char Koey Teow 696, gunakan khidmat waze.. letaknya berdekatan Hotel De Palma Shah Alam, (sebelah Tat Nasi Ayam).


Mai Try Dulu Baru Taw Best Ka Dak???
Buka Dari Jam 12.30 Tengahari Sehingga Jam 12 Malam...
Setiap Hari Rabu Kami Cuti.....Tq.....(fb sham char kuey teow 696)

8 comments:

  1. Cik akak kuey teow memang tak makan,,,,
    Tapi serius nampak sedap je...dengan udang yg besar2 macam tu

    ReplyDelete
  2. huish...sedap nampak char kuey teow tu..

    ReplyDelete
  3. Juta2 terima masih buat PCL sekeluarga. Memang nindia menu2 kat Sham Char Kuey Teow 696 ni. Next time maybe PCL n family boleh rasa set nasi bawal goreng siap kuah kari dan kicap bawang cili. Style utara tu kan?set nasi masak lemak udang galah pun ado. Aums!

    ReplyDelete
  4. Fuh..meleleh air liur tengok char kuey teow nie

    ReplyDelete
  5. menarik....tempat pun nampak selesa

    ReplyDelete
  6. sedap...mmg suka sangat dengan char kuey tiaw

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.