APA ITU EFG ?

Saturday, February 28, 2015 Nazlee Ismail 18 Comments

okay..tergesa sikit hari ni bab nak update blog ni, kita kalut pasai nak betulkan SEO..ramai cikgu cikgi yang nak bantu membantu dalam komuniti blog EFG, ..tahniah kerana komuniti baru ini sudi memperuntukkan masa, melayan karenah 'kami yang masih belajar ini'.

aku angkat tangan bab SEO ni...angkat tangan...angkat tangan...hanya mampu menjamukan selera mata mereka dengan hidangan menu tengahari melalui instagram @nazleeismail...yeah, kesian...mereka asyik sangat dengan coding html ..huh respek lah sambil makan sambil edit code bagai..

Untuk korang yang masih belum tahu apa itu EFG ..mai sini nak habaq mai..

bagus kalau korang join kami blogger di ExchangeFeedGroup ;

EFG merupakan salah satu cara untuk mempromosikan blog melalui perkongsian feed link di blog yang terlibat. Setiap blog yang join secara langsung pautan feed blognya akan terpapar di blog lain mengikut jadual yang dipersetujui , ini dimaksudkan pertukaran yang membantu meningkatkan trafik blog secara sihat melalui ukhuwah blog/ blogwalking . 

Semuanya masih diperingkat permulaan dan perlu ada penambah baikan untuk semua..., setakat  beberapa minggu berlalu nampaknya semakin memberi manfaat kepada yang sudah berada dalam kominiti ini.

Blogger baru digalakkan..dan blogger lama dipersilakan juga. Kita dalam ni adalah serupa ; menjadi pemberi dan penerima ilmu-ilmu tentang  blogging.

Nak tahu lebih lanjut lagi berkenaan EFG, silakan ...nombor ada tertera di banner atas.

okay ..jangan bosan di hari Sabtu, mai kita tengok apa menu yang disedikan oleh mamaD ;

 Chicken chop mamaD, Sup berlado pcl, coslow nina dan salad oleh hanis. :)  ..alhamdulillah.

18 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Slim sikit dah mula la nak tayang badan ? ..jangan !

Friday, February 27, 2015 Nazlee Ismail 19 Comments

sejak follow mamaD on diet atkins..banyak dah susut berat badan ni..kalau dulu aku makan produk diet untuk bantu dan gigih bersenam saja..Dan ada jugak sampai tak larat nak keluar masuk tandas huh... tapi sekarang tidak lagi. Kira okay banyak la..

cumanya kena kuat semangat...dan pantang ambil makanan berkarbohidrat.

kalau bab pantang makan ni selalunya susah nak ikut betul-betul apa yang disarankan..kejap je beberapa minggu je pon nak pantang habisan..selepas dapat target..kita dah serasi dengan cara kita...mudah dan nak cheat diet pon boleh..

Lelaki tak sama ye...kalau nak compare kadar metabolisma dengan wanita. Sesetengah orang, ada yang makan sikit tapi naik berat badan mendadak..atau susah nak turun..

Hurmmm...cerita pasal diet ni suka la bagi yang dah capai target tu, mula la nak tayang badan !!  ..ini masalah yang kita tak suka tengok..eh aku ke? . Lelaki takpa la kot sado tayang body atas pusat.

okay..takmo cakap pasal tu..sendiri mau ingat halal haram dan aurta.

ni ada enam perkara yang memberikan penawar segala penyakit :
Agama, ilmu pengetahuan, kekayaan, harga diri, sikap dan kesihatan.

#mungkin ada yang tanya kenapa kekayaan? .. ada duit/harta yang banyak boleh buat dia lupa kepada penyakitnya.. ada duit boleh berubat sana sini .. barangkali?

19 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Aku ingin terbang ..

Wednesday, February 25, 2015 Nazlee Ismail 16 Comments

Dulu..
ingat nak jadi penjaga gawang gol ..goalkeeper !, tapi ketinggian tak mencukupi dan keding lak tuh..haha.

Dah dapat jadi pemain dalam kesebelasan utama masa sekolah rendah..kita jadi kapten pasukan sebab licik gelecek bola, jersi nombor 10 warna merah.

Naik sekolah menengah kita tak disenaraikan dalam pasukan utama sekolah wakil MSSM, kita keciwa lalu beralih arah kepada Sepak takraw. tinggal di asrama semua permainan jadi mahir, jarang ada kaki bangku kalau dia budak asrama.

Wakil Sekolah ke Daerah..kita jadi tekong dan sesekali tukar posisi jadi Killer. Kita ni memang jaguh libas masa tu rasa ringan badan macam terpaung je atas angin.

Masa kat Ipt lak..segalanya berkubur, bab sukan dah tak ambil kisah sangat, cuma sekadar berlari pusing padang polo saja setiap pagi hari minggu. hurmm .

Kini..
Dah lama tak terbang..akak dan adik ajak abah diorang ni buat aksi macam-macam ..huh semput nafas. Dah lama tak rasa best macam ni..

Lokasi : Gunung Jerai, Gurun Kedah Malaysia.

16 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Ramai orang yang bermasalah kulit wajah nak cuba je produk cosmoderm ni ..

Tuesday, February 24, 2015 Nazlee Ismail 19 Comments

Testimoni Produk Cosmoderm

Hasil selepas memakai produk Cosmoderm daripada Facial cleanser, Facial scrub, Purifying mask dan Anti blemish, memang ramai kata produk ni bagus, aku sarankan anda untuk mencuba produk cosmoderm ni .

Selepas dua minggu aku menggunakan produk Cosmoderm ini :

(1) Kulit wajah makin licin dan rasa sangat bersih.
(2) Kulit wajah dah kurang berminyak.
(3) White head, black head tiada lagi.

Lelaki maskulin takya la nak licin-licin sangat wajah kan, tapi penampilan penting dengan keyakinan terserlah bila nak berurusan dengan masyarakat sekeliling yang mana mereka lebih mahukan seorang yang pembersih luaran dan dalaman. Bahagian luar kita boleh cuci, bahagian dalam diri anda sendiri kena 'dekatkan diri sehampirnya' kepada yang Maha Esa.

Kalau kita boleh yakinkan orang lain dengan apa yang kita miliki dari anugerah Allah swt ini., maka segala urusan akan menjadi lebih mudah.

Aku dan anak dara kami Hanis Umairah sekarang ni berkongsi guna..tak luak pon set cosmoderm tu, tahan lama. Setakat ni kami sangat berpuas hati.

Perasan semakin ramai orang yang bermasalah kulit wajah nak cuba je produk cosmoderm...salah satu sebabnya harga dia gini..canteek!!.. dan sudah dapat info dari ramai pengguna yang buat review keberkesanan, serasi itu yang kita cari. Anda cuba dulu baru tahu .

haaa pergi la cari Cosmoderm cepat !

.

19 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

#REVIEWINSTAGRAMKBBA ada kelebihan tersendiri ?

Monday, February 23, 2015 Nazlee Ismail 12 Comments

#REVIEWINSTAGRAMKBBA

Bagus idea sebegini, untuk mengetengahkan akaun instagram oleh ahli-ahli yang turut serta dalam siri REVIEW ini.

Tujuan utamanya adalah untuk menjadikan instgram sebagai sebahagian sumber menambahkan pendapatan selain suka-suka posting gambar.

Kelebihan #REVIEWINSTAGRAMKBBA

  • Follower berpotensi semakin bertambah.
  • Instagram direview boleh meluaskan skop kenalan dari yang sedia kenal kepada instagrammer yang entah dari mana datangnya.
  • boleh belajar strategi bagaimana orang lain boleh buat dan berjaya dengan instagram.
  • tahu apa itu hashtag (#) dan kegunaannya.
  • dan banyak lagi..

Screenshot  1st  #REVIEWINSTAGRAMKBBA

Screenshot terkini (hari ini) #REVIEWINSTAGRAMKBBA

Media soaial yang berasaskan gambar semakin menjadi pilihan, inilah peluang yang sepatutnya direbut oleh mereka yang tahu menilai setiap sesuatu itu boleh menghasilkan income dari media sosial.

Proses memperkenalkan instgram kepada umum dengan cara mudah lagi berhemah dari #kelabbloggerbenashaari sudah berlanjutan bermula dari seminggu yang lepas .

Ada Usaha Ada Peningkatan, saya sendiri telah nampak hasilnya.. Akan Menyusul Kejayaan itu. Yakin Boleh. InsyaAllah.

12 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

MENCANDAT SOTONG BERKUMPULAN OPEN GROUP

Monday, February 23, 2015 Nazlee Ismail 7 Comments

Jom Mencandat Sotong, May 2015 (Wanita pon boleh)

Pagi tadi pcl ada post kat fb berkenaan program candat sotong, tujuannya nak kumpul pengemar candat sotong  yang tak ada group nak gathering mencandat.

Pcl buka hanya untuk bulan May sahaja , group terbuka untuk semua yang berpengalaman atau orang yang baru nak mencuba. Bagi yang belum biasa mencandat sotong, tekong berkenaan akan menerangkan teknik-teknik mencandat dengan betul.

Ref gambar ; Blog Myra

bagi wanita, jangan tak percaya...mereka ni juga ada keinginan nak turun ke laut.. tapi kebanyakan segan malu-malu sotong sebabnya mungkin tak ada geng/group ; (bagi wanita , sebolehnya kena ada keluarga lelaki turut serta). Bagi lelaki pula semuanya boleh asalkan ada kemahuan dan keinginan.

CARI HOTEL DI TERENGGANU (klik sini)

Untuk makluman; pcl dah booking  tarikh 9 May, 16 may, 23 May dan 30 May (1 May dah penuh) jadi kepada anda yang berminat nak MENCANDAT SOTONG BERKUMPULAN @ tak cukup corum lagi boleh lah berhubung melalui no hp/wa : 017-4009726

Lokasi : naik di jeti Chendering Kuala Terengganu.
Durasi mencandat : 5pm ke 7am di jeti.
Bot/pax : 12 orang (max)
Harga : Rm200/orang (Harga bergantung kepada bot dan tekong..kalau nasib baik boleh diskaun akan dibahagi sama rata)

*update 30/5/2015 (semua tarikh dia atas sudah penuh)

.

7 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Dapat terus cuba tanpa berlengah..

Monday, February 23, 2015 Nazlee Ismail 6 Comments

tiba di rumah terus masuk bilik buang segala...tau nak buat apa??

hahaa.. naik atas penimbang nak check berat badan naikbanyak ke..atau mentain. Penimbang berat yang kat rumah ni saja yang boleh dipercayai. (kalau timbang rosak..maka tipulah result dia ..)

mamaD, hurmm..naik 1 kg , aku pulak masih sama yeah..tak sia-sia aku melahap nasi kandar kambing itu hari. Metabolisma dalam diri ini masih mampu untuk bekerja kuat membakar segala lemak dengan pantas.

Dari petang kelmarin sampai lah ke lewat malam tadi kami sepanjang masa dalam kereta terperangkap dalam kesesakan trafik...huh cukup hazab nak sampai ke destinasi. Alhamdulillah sampai juga akhirnya.

Part yang bagusnya nak sharing adalah tentang produk stevia , sejenis  cecair perasa manis pengganti gula dalam botol putih bersaiz 10ml. Ini cuma testimoni yang bukan kena bayaran. ikhlas...aku rasa segar di sepanjang 12 jam perjalanan. Kalau sebelum ni aku lebih gemar  minum power root yang manis giler tu! dah tahu kandungan gula yang banyak tidak baik untuk kesihatan.

Stevia pemberian kak ipar , dapat terus cuba tanpa berlengah..

Stevia Sweetener

Kepada sesiapa yang menjadi agen stevia boleh la guna testimoni aku ni. Serius lah.. dengan setitik stevia ke dalam air mineral sudah cukup untuk merasakan khasiat nya.

>> Nak pasang iklan produk, sila  hubungi saya ok. klik contact. / 0174009726

6 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Rezeki di atas usaha sendiri ...

Saturday, February 21, 2015 Nazlee Ismail 7 Comments

cerita kelmarin ..ke pantai kami untuk memenuhi keinginan mak mertua yang minat memancing.
katanya kalau tak pancing pon berehat-rehatlah di pondok nelayan boleh tengok para nelayan bawa naik hasil dari lautan.

memang susah kali ini macam best pulak, selalu kalau ke Segantang Garam ni jarang dapat masa yang sama dengan orang nelayan tiba dari laut.

melihat ke sebuah perahu yang sarat dengan hasil tangkapan udang..hurm, dalam kepala aku berkata..inilah yang dinamakan rezeki atas usaha sendiri. Terpancar keriangan di wajah mereka.

ramai juga orang luar datang sebagai pemerhati, datang untuk memberi pengalaman dan pengajaran kepada anak-anak kecil mereka tentang erti kehidupan penat jerih sebagai nelayan.

Ada juga yang datang nak beli...harga terus dari nelayan memang terbaik . Kadang akan menjadi rezeki kita juga jika nelayan bagi percuma.. rezeki kalau disedekahkan akan berganda kita dapat insyaAllah kalau iklhlasnya di hati si pemberi..

Lokasi : Kampung Segantang Garam, Bujang. Kedah Darul Aman.
Berhampiran lokasi terdapat chalet untuk kaki pancing dan juga pelawat luar yang ingin bermalam sambil menikmati suasan aman damai kampung tepi pantai.

7 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Penyangak curi guna tektik baru..

Thursday, February 19, 2015 Nazlee Ismail 12 Comments

berhati² ya.. walau di mana kita berada. Aku cukup risau dengan kejadian kes curi, ragut, rompak dan yang sewaktu dengannya semakin menjadi².

Pagi tadi, depan mata aku saksikan kes curi. Mamat motor sebelum kejadian awalnya dah berlegar² dua tiga kali dengan cara agak mencurigakan melalui kawasan depan pasar, ramai orang yang sedang sibuk membeli belah dan ada juga yang secara tak sengaja membiarkan bonet kereta terbuka.

Meletak barang² belian dan tinggalkan seketika tanpa pengawasan, kita sangka semua orang baik² hurmm.

Masa orang tengah sibuk ralit tu lah penyagak buat kerja, curi barang apa yang sempat terus pecut motor.

Orang ramai tak sedar penyagak sudah ada tektik baru. Jadi kita berhati hatilah..selalu beringat !

12 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Aku bayar semua !!

Wednesday, February 18, 2015 Nazlee Ismail 16 Comments

16 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Sembilan kupang sebijik ...

Wednesday, February 18, 2015 Nazlee Ismail 18 Comments

18 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Turun Naik Berat Badan

Tuesday, February 17, 2015 Nazlee Ismail 19 Comments

Rabu (esok) perancangan di saat akhir mamaD ambil keputusan nak balik (Sg.Petani)... teringin nak melawat pakcik yang sedang sakit..insyaAllah kalau tiada halangan sampailah kami ke destinasi.

Petang sikit nanti jemput nina kat asrama , esok pepagi berkereta kami sekeluarga dari sini..

"SP hangpa tunggu kami mai.."

 ...habis lah segala pantang DA mamaD nanti.

@masakan mak mentua
@masakan warung ayahanda
@mamak nasi kandar utara
@masakan saudara mara

hurmm semuanya dengan alasan "sekali sekali ja" .
dari turun 4 kg mungkinkah menaik kembali ke berat badan asal atau lebih lagi??

Turun Naik Berat Badan :

- senang turun senang naik, ok
- senang naik tak turun-turun, risau
- senang turun tak naik-naik makin kurus, cuak
- makan banyak tak naik-naik, seronok
- makan sikit naiknya melampau, gelabah

19 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Sukses Bab Cari Duit Tapi Hancus Bab Hubungan Kekeluargaan...

Monday, February 16, 2015 Nazlee Ismail 12 Comments

Bagaimana perasaan hati bila mendapat khabar tentang saudara sedang sakit di kejauhan?
Mesti ada perasaan nak sangat berjumpa, rmesti la kan...lagi-lagi  oarng yang sedang sakit itu adalah suadara terdekat.

Sebahagian keluarga mungkin ada masalah kewangan. Banyak perkara kalau sebab hal peribadi kita tak cerita mungkin orang tak tahu. Balik kampung atau bertandang dari satu destinasi ke suatu destinasi yang jauh jaraknya memang perlukan perbelanjaan banyak.

Ada ke orang lain fikir macam tu?   ..Tapi gini la senang cakap,  kita kena ada rasa tanggung jawab sebagai ahli keluarga, mengambil berat dan perihatin semampu yang kita boleh walau apa cara sekali pun.
Demi menjaga keharmonian dan silaturrahim keluarga ada yang sanggup bergadai harta. Kita cakap pasal keluarga yang sederhana dan kurang mampu; melihat dari faktor realiti iaitu pendapatan isi rumahnya..kemampuannya. Pening jugak kepala memikir nak-nak lagi belum terima gaji contohnya..

Keadaan sebegini menguji kemampuan seseorang  sebenarnya. Kita lihat dari prospek yang lebih luas lagi dalam keadaan keluarga sendiri dipinggirkan di mana kejayaan duniawi dikejar. Kebanyakan manusia dah tak kisah pasal hubungan kekeluargaan... dalam sebuah keluaraga ; aku mengharapkan kau dan kau pula megharapkan adik beradik lain menjalankan tanggung jawab. Semua nak lepas tanggung jawab yang sepaptutnya. Ramai je yang kita nampak dimana orang terlebih mampu kewangannya tapi bab keluarga hancus..pentingkan kerja lebih dari segalanya.

Okay ni kes lain, bab nak berbelanja dalam saat kecemasan; ..dalam sesebuah keluarag patut dan kena adakan tabungan dalam bentuk wang simpanan bank.Inilah solusinya kalau boleh dipraktiskan alhamdulillah sangat bagus. Kalau keluarga kita tak menggunakan wang simpanan tersebut mungkin juga boleh dipinjamkan kepada yang lebih memerlukan pada saat-saat genting.

Berjimat cermat dalam berbelanja itu boleh membawa berkat dalam kehidupan sesebuah keluarga. Insya Allah.

12 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Bestnya duduk di rumah jadi pengasuh ??

Monday, February 16, 2015 Nazlee Ismail 13 Comments

"Bukan mudah tau.."..

itu kata mamD, kalau nak ingat ke duit saja...habis lah mana saham untuk akhirat kita...aku terkedu mendengarnya. Dalam kepala ku berlegar idea...haha, pernah dengar orang sana sini bercerita...susahnya cari pengasuh anak.

Mencari seorang pengasuh yang bersifat keibuan adalah cara yang paling baik untuk magasihi anak sebagai tanda sayang kita kepada mereka.

Emak bapak bebudak zaman sekarang ni kebanyakan kedua-duanya bekerjaya, sibuk dengan tugasan di luar rumah. Mereka ini harus menyedari selama beberapa jam mereka berpisah dengan anak-anak mereka, anak-anak tersebut memerlukan perhatian dan sewajarnyalah perlukan ibu gantian untuk mengasuh. Tidak kiralah dengan menghantar anak ke pusat asuhan atau menjaga mereka di rumah sendiri atau di rumah pengasuh yang dibayar.

Mengasuh anak di rumah adalah cara yang paling selamat dengan pengasuh sedia dikenali, tapi masalahnya susah nak cari. Atau minta belas ehsan ibu, kakak atau adik perempuan sendiri menjaga itu pun kalau diaorang nak tolong jaga...tapi kesianlah kan. (kesian pon ramai juga yang buat terutama bagi cucu kepada emak jaga!) okay bab cucu dengan nenek/opah dia kita tak boleh nak bahas, memasing ada cara tersendiri.

Aku bukan nak promote mamaD, dia dah penuh fully book haha..dah tak menang tangan nanti aku pulak terabai hurmm.., bila suami tak 'dibelai' sebaiknya nanti lain pulak jadinya ..derhaka suami tu !

Sebagai sumber tambahan pendapatan keluarga, mamaD kata dia suka kerjaya sekarang ni. Jangan anggap mudah jaga anak orang..Takut tau jaga anak orang..! dah berkali aku ingatkan isteri supaya sentiasa beringat dan kalau jaga anak orang tu buat macam anak sendiri.. Nauzubillah, mohon dijauhkan dari sesuatu yang tak diingini berlaku.

[Hepi-hepi jer lah mamaD, selagi awak mampu lakukan terbaik.. ]

bagi yang tak bekerjaya tu dan banyak masa, cuba lah jadi seorang ibu yang pengasih kepada kanak-kanak untung ada rezeki jaga anak orang tapi tak semua orang boleh buat, tengok kepampuan dan mampu buatkan orang lain percaya. Sendiri kena ada kekuatan fizikal dan mental. Huh..mana boleh dapat semua tu?

Jaga anak, asuh dan didik anak-anak sendiri adalah suatu tanggung jawab yang tak ternilai harganya.

p/s dalam bab jadi pengasuh ni, ..kita kena ikut kemampuan dan bukannya kemahuan diri .

13 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Sentiasa Beringat dan diperintahkan ..

Sunday, February 15, 2015 Nazlee Ismail 11 Comments

Bagus kalau ada banner di mana kata-katanya membawa kita sentiasa beringat akan kebaikan.

aku sangat tertarik hati bila lalu depan surau Al-Falah Pekan Banting, tengok saja lah..

ramai orang lalu lalang di sekitar kerana berhampiran dengan stesen bas & teksi dan juga uptown .

Surau ini sememangnya aktif mengadakan tazkirah selepas solat maghrib.

Ingatlah ..kemana saja kita pergi, tempat yang utama kita hendaklah mencari di mana boleh bersolat bila tiba waktunya. Mudah-mudahan segala apa yang kita lakukan sepanjang hari di berkati serta mendapat redha Allah swt.

11 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Dapat Kasut Jugak !

Saturday, February 14, 2015 Nazlee Ismail 10 Comments

Dari JJ Bukit Tinggi, Klang. MamaD bila tengok pcl dapat kasut dia pon nak sepasang.. pcl kenalah belikan untuk dia jugak.

hanis tu pantang tengok abah nak belikan sesuatu untuk mama dia, dia pon nak jugak..hurm dapat sehelai baju...owh anak manja. Untungnya jadi anak abah..

bila tengok diorang suka gembira aku rasa bahagianya. Ini bukan pasal duit tapi rasa nikmatnya sebuah penghargaan. Apakah nilainya harga kasut yang tak seberapa itu..dengan duit mamaD sendiri pon dia boleh beli , tapi..kalau kita yang belikan tambah rasa suka dia..

mamaD kata jangan tayang kasut dia kat blog..so ok then aku kena hormati permintaannya.

10 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Penulis blog bukan profesional beginilah gayanya?

Saturday, February 14, 2015 Nazlee Ismail 18 Comments

waktu tengah² malam nak ke pagi sudah..tadi awal² memang rasa ngantuk sangat sebab siangnya terlapau banyak kerja..huh. Jumaat kali ni lain sikit sibuknya.

Masa dengar khutbah jumaat siang tadi mata aku okay..boleh bertahan dari terlelap. Penangan Kopi Senyum Ustazah Bahiyah agaknya..alhamdulillah...[stop takat ni semalam] ...emm malas nak sambung cerita semalam .

MamaD lengang lengok gayanya datang hidangkan suami dia ni roti sandwich sardin..

cara makan dia , lipat dua dan masuk mulut ...dan kunyah perlahan lahan menikmati rezeki Allah beri.

Alhamdulillah ..selamat bercuti, ...then masej sms masuk maklumkan duit claim beli kasut dah bank-in.

Ke JJ lah petang sikit nanti..kesian hanis manja kebosanan di rumah.

psst.. penulis blog bukan profesional ginilah merapu jer lebih !! harap korang tak bosan .

18 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Senyuman Laki Bini Di Pagi hari ...

Friday, February 13, 2015 Nazlee Ismail 14 Comments

Kopi Senyum :) !

..senyum terlebih pagi ni mamaD sambil hidangkan kopi dari produk keluaran Ustazah Siti Nor Bahyah, lama dah nak cuba minum tapi tak sempat beli kadang tak teringat.

Sempatkan jugak semalam beli sepeket nak cuba..dan pagi ni senyuman mamaD bertamabah-tambah.
Ustazah Bahyah minum kopi senyum ni, dalamnya ada ramuan makanan sunnah yang sangat bagus untuk kesihatan dan rahsia awet muda.

Ramai yang dah cuba sebab produk ni dah lama di pasaran. InshaAllah jika digandingkan dengan kurangkan makan nasi atau tak makan nasi untuk sementara waktu ganti dengan protein seperti ayam, ikan dan banyakkan makan sayuran. Ala-ala Diet Atkins gitu..memang cepat berkesan.

MamaD dia suka kepada minuman yang beraroma sperti kopi/nescafe, jadi sesekali terasa nak ngopi dia macam nak lepaskan gianlah ..haha.

Dengan Kopi Senyum nampak dia terlebih senyum di pagi hari..ehh terlebih sudah

..tengok kandungannya, mamaD selalu check part ni..Karbohidrat 9g , kira cukup rendah untuk atkiner.
Kuat semangat dia.

"Anda buat anda dapat.. " Dato' Ustazah Nor Bahiyah Mahamood.

14 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Jangan suka-suka bercerita ?

Thursday, February 12, 2015 Nazlee Ismail 12 Comments

Risau sungguh dengan media sosial yang sememangnya sosial tanpa batasan.
Kita kadang dengan tak sedar diri telah melakukan kesalahan yang kita tidak rasa apa-apa kesan kebelakangan harinya.

Boleh pulak dengan senang hati bercerita hal-hal rumah tangga kepada orang yang tak sepatutnya.,
ini semua gara-gara keramahan mesranya dalam bersosial di media sosial.

Banyak buruk dari baiknya bercerita hal peribadi lebih-lebih lagi hal rumah tangga yang mengaibkan .
Untuk apa ?? saja suka-suka open minded sangatlah mungkin.

Kalau kita pernah belajar tentang adab-adab berumah tangga pasangan suami dan isteri, pasti kita tahu bahawa bercerita aib atau menyebarkan aib rumah tangga kepada orang lain sekalipun kepada ibubapa, kawan atau saudara-mara adalah ditegah (tidak digalakkan).

Sebab ditegah ; setiap pasangan adalah perlu mengatasi masalah dalaman keluarga sendiri dengan baik secara berwibawa dan tidak melibatkan orang luar.

Apa yang berlaku dalam rumah tangga ialah amanah dan aibnya tidak perlu dibuka, diceritakan kepada orang lain kecuali kepada yang 'alim,  yang ingin diminta fatwa atau mereka yang amanah dan bertaqwa serta hakim dan pihak berkuasa yang mahu menjalankan kewajipan hukum.

Boleh minta nasihat tapi cari lah orang seperti yang disebutkan. Banyak berlakunya perceraian bukan kerana 'suami pukul isteri' tetapi kerana olahan cerita drama suami memukul isteri itu telah tersebar, maka akan wujud campur tangan keluarga mertua, wujud hasutan kawan 'baik' dengan sentimen dan emosi yang lebih mengakibatkan sukarnya mendapat jalan penyelesaian.

Kita nampak apa yang berlaku sekarang, cuma ambil iktibar dari apa yang berlaku. Jadikan pengajaran

p/s ...Bukan semua orang boleh diceritakan masalah. Apatah lagi dalam laman sesawang terawang-awangan atau di forum-forum terbuka-bukaan dan chat whatsapp group berasap. Berhati-hatilah, aku ni nasihatkan untuk diri ini juga.

12 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

♥ Hati Baru Buat Zharif ♥

Thursday, February 12, 2015 Nazlee Ismail 11 Comments

#Pray4Zharif ~ Jom kita bantu !

Entri asal dari blog Lya (akifimtiyaz) .

♥ Hati Baru Buat Zharif ♥

Pembedahan akan dijalankan segera jika duit mencukupi. Kos pembedahan dianggarkan berjumlah RM150,000-RM200,000 untuk pembedahan, perubatan dan rawatan susulan.
Pembedahan akan di lakukan di China.

#Pray4Zharif #Pray4Zharif #Pray4Zharif #Pray4Zharif #Pray4Zharif# Pray4Zharif#Pray4Zharif#Pray4Zharif
#Pray4Zharif #Pray4Zharif #Pray4Zharif #Pray4Zharif

11 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Ehh..jangan la meluat !!

Thursday, February 12, 2015 Nazlee Ismail 20 Comments

Benda baru dapat, dapat free lak tu..suka la sangat. Ini lah hasilnya pagi kelmarin dalam entri wordless wednesday..kami geng lelaki shopping kasut.

Orang kerja bahagian tertentu memang ada peruntukan beli kasut. Syukurlah aku dapat berjimat tak beli dengan duit sendiri.

kuang ajaq kan ! pepagi tayang kasut kat instagram..hurm, tapi lumrah di sosial media tu memang tempatnya tayang gambar...biasa dah nampak gambar tunjuk2 kaki  haha.

Kasut baru : sayang nak melangkah banyak takut haus tapaknya..walaupon bukan guna duit kita.

ehh...jangan la meluat !!

20 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Kisah Hanis Dengan Van Sekolahnya ..

Wednesday, February 11, 2015 Nazlee Ismail 8 Comments

follow

bila ada koko hanis minta dihantar, malas nak naik van ke sekolah sebabnya kena awal pagi sangat keluar rumah..lagi satu sebab tak best naik van tu..kata hanis.

"nanti abah call van lain ..ni kawan adik ada no fon pakcik driver tu" ...alasan hanis nak tukar van.

call abah tau..call tau..

bersungguh hanis nak tukar van sebab kawan sekelas tak ada dalam van yang dinaiki sekarang.

hemm nampak sangat hanis memilih kawan, dari dulu masa sekolah rendah lagi dia tak ramai kawan dan tak suka berkawan lebih dari 2, 3 orang yang betul-betul best friend dia..

ingat aku masa dulu..berkawan tak kisah siapa, anak Cina ke India ke janji boleh jadi kawan semua tapi lain pulak si hanis ni. Mungkin lebih ikut ciri ciri mamaD pemalu berbanding kakak nina...
cepat mesra dan mudah dapat kawan.

Tadi nak cerita pasal Van.., ok dah call dan ada satu kekosongan lagi..alhamdulillah suka la hanis bila dengar berita ni.

Aku setuju jugak lagi pon caj tambangnya lebih murah berbanding sekarang. Bagus kalau ada penjimatan dan keselesaan anak juga.

Pening jugak aku kalau setiap hari ada kokurikulum ..kena hantar sendiri...dah confirm tadi, hanis mula naik van baru bulan depan.

Budak sekarang manjanya terlebih , untunglah hanis kan..kalau ramai adik beradik mau tak terlayan satu satu kepala dengan karenah memasing.

8 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Bila Lelaki Shopping Kasut ?

Wednesday, February 11, 2015 Nazlee Ismail 24 Comments

@ Kayell pagi tadi.

24 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Pendapat Anda Tentang Kelahiran Bayi dan Kehilangan Nafsu Seks Terhadap Pasangan .

Wednesday, February 11, 2015 Nazlee Ismail 15 Comments

Seorang suri rumah yang baru mendirikan rumah tangga kira-kira enam bulan lalu rasa kurang senang bila mendapati dirinya mengandung. Tetapi lain pula perasaan suaminya sangat gembira menantikan kehadiran cahaya mata.

Ketika masih dalam kehangatan bermesra si isteri terpaksa menerima hakikat yang dia akan menjadi seorang ibu hanya dalam beberapa bulan saja lagi.

Dia terpaksa menanggung penderitaan sakit ketika awal mengandung, namun demikian dalam hati isterinya ada sedikit kesal kerana dia tidak begitu berkemampuan melayan suaminya seperti biasa.

Setelah tiba masanya si isteri telah melahirkan seorang bayi sihat dan comel. Si suami tambah gembira namun si isteri pula dalam dilema walau hakikatnya kelihatan gembira...

"...rasa macam tak kena la, suami ada rasa cemburu bila saya berikan anak saya menyusu badan", jelas Yati (bukan nama sebenar).

itu perasaan ibu semasa berpantang, ada lagi..

"lepas pantang...suami datang mencumbui tapi saya berasa dingin terhadapnya"

Perasaannya begitu bercelaru dan tertekan, perasaan kasih dan takut berbelah bagi.

Terdapat ramai pasangan muda kini mengalami masalah lebih kurang sama dengan Yati namun mereka tidak punya tempat untuk mengadu.

Namun begitu kita sendiri apabila berada di dalam situasi itu tidak dapat melihat apa yang sudah terjadi, tentu saja tidak nampak jalan untuk memperbaikinya.

Ramai juga pasangan akhirnya bercerai kerana terperangkap dalam alam rumah tangga tanpa seks dan kasih sayang. Dalam tidak sedar masalah yang berlaku adalah bermula dari kelahiran bayi mereka yang pertama.

Sudah diketahui umum bahawa ramai wanita yang kehilangan nafsu seks kerana hadapi masalah dalam diri dan tension melampau.

Pendapat anda (umum) , adakah kelahiran seorang bayi memberi kesan dalam kehidupan seks pasangannya?

... kita memahamai sifat seseorang dari apa yang kita nampak secara zahirnya, melihat sebahagian keluarga sangat gembira dan bahagia. Itu yang dimpikan stiap orang sentiasa berusaha namun segala perancangan itu adalah ketentuan dari Nya, Allah Azza Wa Jalla.

.

15 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Ralat sungguh la lelaki ketua keluarga, kalau ....

Wednesday, February 11, 2015 Nazlee Ismail 7 Comments

Lelaki ;

Bertapa besarnya tanggungjawab yang perlu dipikul untuk meneruskan kehidupan. Maklumlah di zaman ini, besarnya cabaran bagi seseorang lelaki yang dipenuhi dengan tribulasinya. Lelaki diuji dengan penglihatan yang menggoda iman.

Firman Allah : (Surah An Nur ayat 30-31)

"Katakanlah kepada orang2 beriman laki2 agar mereka menundukkan pandangan mata (terhadap wanita), dan memelihara akan kemaluan mereka (menutupnya). Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah mengetahui akan apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada mereka yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak darpadanya"

Berapa ramai yang telah kalah dalam menjaga pandangan dan kemaluannya?..

Orang lelaki perlu bekerja mencari rezeki dan bukannya duduk goyang kaki.

Orang lelaki perlu kuat pegangan agamanya, wajib jadi imam keluarga kena tahu menjadi imam, mempunyai daya kepimpinan, membuat keputusan yang betul.

Ralat sungguh laa...lelaki ketua keluarga, kalau sekali pon tak pernah jadi imam di rumah sendiri.

Kita tetaplah lelaki untuk meneruskan perjalanan di bumi Allah ini, tidak mudah mengalah, berusaha untuk menjadi pemimpin yang baik dan memperbaiki diri.

Begitulah, hidup orang yang beriman, kesusahan itu sebenarnya adalah hiburan, ujian itu menambah kecintaan kepada Allah.

Kita susuri kembali sirah ...siapakah lelaki sejati yang menjadi tauladan umat ini?

maka jawapannya tiada yang lain melainkan Muhammad Ya Rasulullah.

7 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Berebut-rebut nak guna produk Cosmoderm !

Tuesday, February 10, 2015 Nazlee Ismail 24 Comments

..sejak produk cosmoderm ada dalam rumah aku, Hanis dan Nina dah mula eksited nak cuba-cuba pakai..hurmm , budak baru nak meningkat remaja memang tak boleh tengok barang-barang baru termasuklah yang ini ;

Tea Tree Oil Facial Cleanser
Vitamin E Facial Scrub
Tea Tree Oil Purifying Mask
Tea Tree Oil Anti Blemish Gentle

Takpa adik, kakak nanti Abah beli lagi sebab Cosmoderm ada promosi ; harganya sangat berpatutan .

Orang lelaki kebanyakan tak hirau fasal wajah, asal cuci bersih tak kira dengan sabun apa asalkan ada biuh-buih boleh sental ikut suka..haha kelakar la pulak (itu aku zaman remaja dulu) ~ nasib baik tak guna sabun cuci baju..huh !

Okay, ini ada info yang memudahkan cara penggunaan produk cosmoderm :

Rawatan Mudah Cosmoderm Tanpa Sakit & Tanpa Parut 

Langkah 1
Tea Tree Oil Facial Cleanser ( Untuk Kulit Berminyak & Berjerawat )
Digunakan 2 kali sehari.
Menanggalkan minyak dan kotoran di wajah secara lembut dan menenangkan kulit berjerawat
Membantu membersih kulit wajah serta memelihara kelembapan semulajadi kulit

Langkah 2
Vitamin E Facial Scrub ( Untuk Kulit Normal & Kombinasi )
Sapu ke seluruh muka dan bilas.
Membersih secara mendalam dengan mengeluarkan sel-sel kulit mati, bintik hitam dan putih
Membantu mengecilkan pori wajah semasa membersih manjadikan kulit halus bak sutera

Langkah 3
Tea Tree Oil Purifying Mask
Gunakan mask selama 20 minit kemudian cuci sehingga bersih.
Membersih kulit secara berkesan dengan menyerap minyak berlebihan di samping melegakan kulit sensitive
Membantu membuang toksin dan melegakan kegatalan dan radang kulit

Langkah 4
Tea Tree Oil Anti Blemish Gentle
Sapu pada jerawat dan bintik hitam.
Membuka pori-pori tersumbat, mengawal minyak dan menghentikan jerawat tumbuh kembali secara lembut dan cepat
Penyelesaian yang pantas membuang cela, bintik-bintik putih dan hitam dalam  masa 4-5 hari untuk kulit berminyak.

Ulang langkah 1 – 4 selama 3 hari berturut-turut untuk kesan yang efektif.

Aku sedang dalam proses mengenali cosmoderm dengan lebih dekat lagi...baru 3 hari tunggu la 2 minggu akan datang ni camana ??

huh segarrr..!! membelai wajah dengan cosmoderm sebelum masuk tidur.

*macam anak dara keh keh keh..

24 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

PAKEJ PULAU PERHENTIAN BERMULA DARI KOTA BAHRU

Monday, February 09, 2015 Nazlee Ismail 13 Comments

Bagi memudahkan perjalanan pelancong dari Kuala Lumpur khususnya yang mahu ke destinasi Pulau Perhentian, pihak agensi ada menyediakan kemudahan pengangkutan dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bahru atau dari hotl-hotel sekitarnya dengan harga pakej yang menarik .

Harga termasuk seperti yang dinyatakan dalam iklan :

Early Bird Pack To Perhentian Island

Atau hubungi :

[Xcell Travel & Tours Management Sdn Bhd
email : nazlee@xcelltravel.com
whatsapp : 017 400 9726]

Ejen Jualan :
Bagi yang berminat mahu menjadi ejen jualan untuk pakej Early Bird Pack To Perhentian Island, anda boleh email details kepada saya : nazlee@xcelltravel.com

.

13 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

ULAR ?

Monday, February 09, 2015 Nazlee Ismail 11 Comments

Belakang rumah aku.. terkejut bila ternampak kulit ular menyalin, tinggal bekas dia...huh risau sangat bila nanti sesuatu yang tak jangka berlaku.

Kawasan ni dah rupa macam zoo dalam taman, alkisahnya kuarters kami duduki ini bukan saja didatangi ular malah biawak, musang, monyet dan burung hantu ...hurm dah macam Farm In The City yang pernah aku dan keluarga lawati bulan lepas.

Bab ular ni kan...aku akan ambil serius sebab ia boleh datangkan bahaya untuk keselamatan penghuni kuarters.

Kebetulan pihak agensi sudah melantik kompeni baru untuk kerja pest control, ..apa lagi perlu komplen lah.. tanggungjawab sebagai penghuni untuk melaporkannya.

Kalau aku berani dengan binatang berbisa memang dah lama kena cekup dah semua tu..hihi

kalau la ...kan. hurm .

11 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Pelawaan Keluarga, Diet dan Sensitiviti ..

Sunday, February 08, 2015 Nazlee Ismail 9 Comments

Dari petang tadi keluar rumah sampai la ke entri diterbitkan kami masih lagi di Bukit Subang, Shah Alam.

Hari minggu, hari bersama keluarga rapatkan ukhuwah kekeluargaan..maka kami memenuhi jemputan makan-makan kat sini. MamaD kata hari melanggar pantang..apa tidaknya ada makan sedap dihidang depan mata. Aku bisik kata biarlah sekali sekala bukan hari-hari pon, esok dari Isnin sampai Jumaat 'pantanglah' semahunya.

Alhamdulillah, sudah makan nasi ayam masak merah dan bermacam lagi. Ada lagi lepas tu..ni ha sekarang tengah tunggu maktam buat BBQ daging pulak. tadi tu kat rumah makcik..

Angah yan (blogger Knor) kata mamaD nampak kurus sikit..hurm suka lah mamaD tindakan dia beratkins nampak hasilnya.

Nafsu makan boleh kawal kalau ada semangat yang tinggi tapi kalah dengan memenuhi pelawaan keluarga..

Takpa aku cakap kat mamaD, bukan selalu... "makan-makan..jangan malu-malu..." hihi Itulah nasihat dari penasihat yang sangat memahami dan menjaga sensitiviti..

ginilah..jangan ikutkan sangat peraturan yang kita buat sendiri, hati orang sekeliling terutama keluarga sendiri kena jaga..okay.
.

9 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Kemboja lagi cari Tongmo ?

Sunday, February 08, 2015 Nazlee Ismail 10 Comments

Suatu masa dulu kami takda lah teringin nak cuba sejenis makanan kemboja ini walau berlalu lalang di depan namun aromanya sangat memikat deria bau kami.. lebih kurang aroma sate yang sedang dibakar..tapi lebih 'menangkap' lagi .

Pagi tadi Nina pulak pesan nak makan sosej daging bakar yang sedap tu , minggu lepas tak jual jadi kena cari lagi minggu ni. alhamdulillah ada orang tu jual hari ni.

Beberapa minggu dorang tak ada di tapak berniaga sebab balik Kemboja katanya..

Inilah dia sosej yang dorang panggil dengan nama Tongmo.  belikan empat cucuk untuk anak-anak dengan harga Rm1.50 satu .

Cara mamam senang aje hihi..macam makan sate biasa tapi dia tak perlu dengan kuah tapi ada hirisan betik muda yg rasanya masam manis..sedap wehh !!

tak perlu naik flight, sampai ke Kemboja dah kami pagi tadi..   selamat berhujung minggu ceria bersama famili tersayang.

Lokasi : Pasar Kemboja Kanchung Darat, Banting. Selangor.
.

10 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Bijaksana dan sabar sifat pemimpin rumah tangga ..

Saturday, February 07, 2015 Nazlee Ismail 7 Comments

Kasih sayang adalah sifat utama milik Allah yang Dia sendiri mahu hambaNya mengenalNya dengan sifat tersebut. Sebab itu dalam apa saja pekerjaan atau amalan yang kita buat, Allah mahu dimulai dengan menyebut nama-Nya Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih.

Pemimpin kasih sayang adalah lambang perpaduan dalam rumahtangga. Ahlinya dapat bernaung di bawah pimpinannya. Kita akan rasa terbela dan terdidik melalui kasih sayang, hati yang keras menjadi lembut dan cair untuk menerima kebenaran. Hati yang liar dari anugerah Allah akan menjadi jinak dengan kasih sayang dan keikhlasan.

Ramai di antara kita yang kehidupannya rosak dan hancur punah ranah, semuanya berpunca dari ketiadaan kasih sayang. Sebaliknya pula boleh berubah secara mendadak apabila diberikan kasih sayang, seperti hati yang gersang itu seolah-olah disirami air sehingga benih benih iman subur semula.

Kebijaksanaan Pemimpin Rumah Tangga

Tercetusnya kebahagiaan rumah tangga ialah apabila suami dapat menggunakan kekuatan akalnya serta kesabaran dalam menghadapi kerenah dan ragam isteri. Kebijaksanaan mesti disertai pula dengan kesabaran. Kedua-duanya mesti ada pada seorang suami. Kesabaran tanpa kebijaksanaan menyebabkan sumi menurut saja kemahuan isteri sehingga isteri 'besar kepala'. Manakala kebijaksanaan tanpa kesabaran akan menyebabkan suami tewas dengan nafsunya sendiri sehingga bertindak ganas dan boleh menyakiti isterinya.

Sifat sabar

Maknanya, tanpa kesabaran seseorang itu boleh hilang pertimbangan akal dan tidak dapat lagi melihat sesuatu permasalahan dengan tenang. Jika kesabaran tidak ada pada diri, ia perlu diatasi dengan segera . Unsur kasih sayang dalam mendidik isteri bukanlah sekadar kata-kata romantis dengan pujuk rayu. Tetapi ia lebih daripada itu. Sifat dan perwatakan suami itu sendiri hendaklah mempunyai ciri-ciri pengasih. (merujuk kepada sunnah Rasulullah saw)

Untuk mendapatkan kasih sayang...kita perlu memberikannya terlebih dahulu kepada mereka yang berhak untuk disayangi.

Apa yang kita beri, itu yang akan kita akan dapat ..mengharap yang terbaik dan yakinlah bahawa ketentuan Allah adalah yang terbaik.

In sya Allah.

7 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Blog boleh tambah RM jika blogger rajin dan tak malu.

Saturday, February 07, 2015 Nazlee Ismail 18 Comments

Hari ni nina ada kat rumah...semalam jemput dia kat asrama, suka sangat hanis bila ada geng kat rumah....suka lah boleh sembang gebang samapai lewat malam hal perempuan remaja gitu...kan, nak belajar makeup lah

...dan satu lagi part best, guna produk facial aku yang baru sampai...aku punya set cosmoderm semalam promo tu haha, pon depa nak try..cuci, scrub, mask bagai.

"abah jadi cosmoderm punya ka? tanya nina.

"jadi duta" hanis nyampuk.

"tak lah..abah buat kerja sesambil jer... "

psst.. blog boleh buat RM kalau rajin...tak segan dan malu, malu untuk bertanya boleh ketinggalan.

Selamat bercuti.

18 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Bloggers ; Let's Feed Exchange !

Saturday, February 07, 2015 Nazlee Ismail 12 Comments

šŸ”¹Let's Feed Exchange merupakan salah satu cara untuk mempromosikan blog. Setiap feed blog yang terlibat akan terpapar pada blog yang berlainan dalam tempoh 3 hari. Contoh: hari ini di blog A, selepas 3 hari di blog B dan seterusnya.

šŸ”¹Aktiviti ini seterusnya membantu sesama blogger untuk lebih bersemangat dalam berblogging dan mengambil peluang ini untuk optimumkan faedah berblogging.

šŸ”¹Selain itu merapatkan ukhuwah antara blogger. Masalah mengenai blog boleh diselesaikan bersama dan sama-sama berkongsi kebaikan berblogging.

šŸ”¹Blogger di luar sana yang berminat nak menyertai Exchange Feed ini boleh email atau hubungi melalui whatsapp pada nombor yg tertera di atas.

Jom kita..

12 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Cosmoderm dah tiba !

Friday, February 06, 2015 Nazlee Ismail 34 Comments

Kulit berminyak mungkin sebab banyak toksid dalam badan. Aku ada jugak guna produk lain tapi...hurm tau saja lah kan !

Kebanyakan lelaki biasalah apa ada dalam bilik mandi dan mana sempat jer...kadang rembat sikit isteri punya produk pembersih muka. Untung nasib baik...kalau tersalah ambik yang tak sepatutnya..huh nahas kulit muka..haha.

Cosmoderm dah tiba

Petang semalam produk dari Cosmoderm dah sampai, ini adalah produk pertama milik sendiri..bayangkan lah sebelum hanya dibersih secara tidak konsisten.

Bersih ..memang dah bersih muka berwudhuk 5 kali sehari wajib.  Ada bintik hitam@putih kena cari gak penyelesaiannya..nak dibiarkan kah ?

34 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Nasi Ambang berkat dari Masjid ..

Thursday, February 05, 2015 Nazlee Ismail 16 Comments

alhamdulillah rezeki di malam jumaat dapat berkat dari masjid..

makan sorang memang tak habis, bertiga kami malam ni pon memang tak habis, Hanis..kalau bukan kena cita rasa dia memang tak nak dia makan. MamaD pulak dia tak jugak..cuma jamah sikit makan ayam saja.

Aku tak sanggup nak habiskan..
Syukur alhamdulillah dengan rezeki yang diberikan hari ini.

Beginilah setiap kali ada orang kampung sini buat kenduri tahlil dan baca surah yassin di masjid.

Masyarakat Jawa di sini kuat mengamalkan tradisi "berkat", aku berhijrah kat Banting ni dah lebih lima tahun dah boleh ikut rentak.. memula dulu terkejut jugak kalau kenduri kahwin gila punya besar sambutan tiga hari tiga malam...huh

Serius gempak .

Dulu masa mula datang sini..aku kata ini nasi lemak besar?? ..lama selepas tu baru tahu ia adalah makanan tradisi orang Jawa ; Nasi Ambang ....kebetulan malam ni bulan mengambang bulan purnama...tak caya kita, jom ke luar pandang ke langit . 

16 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

KALERFESS 1st GIVEAWAY

Thursday, February 05, 2015 Nazlee Ismail 8 Comments

Apa tu KALERFESS ?

..sila klik kalau nak tahu lebih lanjut !  ; kat bawah ni ada banner yang segak seakan  menarik minat aku nak join ...ya aku memang nak join lepas terjah masuk blog Farhana tadi. lagi satu yang bestnya.. ada 45 hadiah sponsor ditawarkan.

Nampak banner gambar baju aku dah teruja....ajak reramai join mana tahu ada rezeki kita

>>>  Fairuz Jaafar ;  KALERFESS PRINTING SOLUTION .

8 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Pukau cerita lama ?

Thursday, February 05, 2015 Nazlee Ismail 12 Comments

Siapa cakap ni pcl lupa kisah lama..tak semuanya dilupakan lah walau yang semalam punya ada satu dua perkara tak masuk dalam kepala nih..huh.

boleh dia landing kat diniding laluan ke surau... dekat sikit ia terbang, tapi aku ada teknik memukau !!

Jinak-jinak pepatung dapat jugak aku pukau dia supaya senang nak bagi dia bergambar selfie, bukan mudah.. photographer Arzmoha pon belum tentu boleh capture gambar macam ni..haha .

Ini kisah lama punya ; recalled ..dan  masih dalam ingatanku, kenangan tangkap pepatung ?? pepatung @ dragonfly !

Siapa tau camana nak jinnakkan pepatung?

Aku cerita sikit fasal serangga ni.. ada dua mata besar, sayap lutsinar dan bentuk badan seakan helikopter. Ada tiga pasang kaki tapi tak pantas berjalan yang dia tahu terbang laju dan antara serangga terpantas dalam golongannya.

(okay ..aku buat reaserch lah !)

"Pusing jari telunjuk kita perlahan-lahan dekat mata besar dia tu..sesekali dia geleng kepala bergerak dan lama sikit dia terpukaulah "... syaratnya hanya orang ensom jer boleh buat ..hahaha.

Itu antara kenangan zaman bebudak nakal aku dulu.. dulu pepatung tengok jari aku pon dah terpukau..sekarang hurmmm !!

12 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Usah Risaukan Kenangan Lalu..

Thursday, February 05, 2015 Nazlee Ismail 14 Comments

Hanis ...model blog pcl sebagai gambar hiasan.
Dalam keadaan duduk sendirian mengigati masa lalu, ingatlah kita akan masa-masa lalu yang indah, saat yang menggembirakan hati itu adalah sebagai motivasi kepada diri untuk terus ceria di permulaan hari berikutnya.

Di penghujung hari nanti pula, ingatlah apa yang telah kita hasilkan..muhasabah diri kerana dalam seharian kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan.

Mohonlah ampun kepada Allah swt di waktu sepertiga malam sebaiknya, pasti ada rasa bahagianya, insya Allah.

Andai katalah kita ini selalu merenung masa hadapan, mengigati hari esoknya, maka ingatlah mimpi indah semalam agar kita sentiasa optimis.

[Persoalannya.. yang semalam pon aku sudah lupa apa lagi kenangan-kenangan lalu, pasti itu bukan kenangan terindah..haha]

Tak perlu risau fasal kenangan lalu, ingat ke tak teringat langsung ker...tapi yang wajib adalah TAKUT kita kepada Yang Maha Kuasa untuk hadapi masa-masa mendatang. Fikir fasal diri dan keluaraga ...kemanakah hala tuju? kerana itu adalah tanggung jawab kita dalam kehidupan.

Daripada perasan takut itu ada sesuatu yang mengigatkan kita rasa ketenangan, menimbulkan rasa aman dalam diri yang mendorong kita untuk selalu berdoa, mengetuk hati kita untuk tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan hukum hakam agama. Cari kebaikan dan dekatkan diri selalu dengan kebaikan..

Setiap kali hari-hari kita akan berlalu, pasti ada pengajaran darinya tentang seni hidup yang menjadikan kita semakin matang.

Apa yang perlu kita kejar ialah berkat dalam kehidupan. Berkat dan Redha Allah swt.

wallahu'alam 

14 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Review Blogger : Gambar Gadis Berbasikal Pada Header Blog ?

Wednesday, February 04, 2015 Nazlee Ismail 19 Comments

mencelah masa dikesibukan hari...Rabu ingat macam Isnin sebab baru lepas cuti ...kan? dah tengahari masih rasa kenyang sebab breakfast sedap pagi tadi..

ok pcl nak buat reviw sikit pasal Blogger nih...dia anak perempuan kepada Encik Adnan ; Anizz Annisa.

Link blog Anizz ; klik pada gambar header atas ni. 

Pasal blog, beliau ni masih lagi bersifat anak gadis remaja macam anak-anak pcl Nina dan Hanis ...eh kebetulan pulak nama beliau pon anis jugak...jadi senang pcl nak ingat .

Itu hari bila ditanya tentang blog "Qaseh Ku" ; pcl ada bagi cadangan supaya tukar sikit background colour.....just my suggestion saja (mata org lama) memang tak mech langsung...kan !

Blogger yang sangat rajin blogwalking., anda komen pasti dia balas balik komen di blog anda..konsep blogwalking yang sangat bersih yang patut dicontohi.

Review tak perlu panjang...yang pasti pcl ajak anda singgah dulu dan kenal blogger tersebut. 
Sekarang ni blog Anizz sedang buat segment...mana yang suka segmen pon dipersilakan terjah.

Terjah nanti ..kirim salam pcl kat dia hokay !!

19 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Bila suami suka , isterinya wajib kena buatkan ..betul ?

Wednesday, February 04, 2015 Nordiana Saad 9 Comments

haa macam ni lah mama, bila suami suka sesuatu isterinya ni  kena buatkan..mama cakap ni pasal menu makan pagi kami yang  terkini..haha.

daun salad jenis Selada yang segar dan rangup boleh digandingkan dengan daging burger ayam , hirisan bawang besar dan telur dadar berempah.

pcl..dia memang idamkan makan sebegini setiap pagi bagi mengantikan sarapan roti canai atau nasi lemak yang sudah bergitu lama digemarinya...kini semakin dijauhi untuk kesihatan katanya.

kebetulan diet mama memang bersesuaian, cuba lah..

senang saja..nak bagi resepi jugak? emm..

Ok la..ni dia :

1. Daun salad yang segar..kat pasar ada banyak jenis, mana-mana jenis pun boleh janji daunnya hijau lebih baik.
2. Bakar daging /ayam burger..sila pilih yang jenis karbohidrat paling rendah.
3. Potong beberapa hiris timun sebaiknya jenis timun jepun.
4. Potong bawang besar hiris bulat.
5. Sediakan telur dadar simple dengan masukkan sedikit serbuk kari/black paper.

sila makan dengan tertib, tapi kalau di rumah sendiri nak nganga seluasnya pun orang lain tak nampak..haaa kan. Kunyah betul-betul dengan nikmat rasa..pasti teruja.

p/s..sunnah nabi, kunyah 40 kali baru telan (pcl selalu ingatkan mama)

~diana

9 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

BELUT : PEMBEKAL BELUT HIDUP LIAR

Wednesday, February 04, 2015 Nazlee Ismail 9 Comments

Belut atau Monopterus albus (belut sawah) diakui banyak memiliki manfaat untuk kesihatan manusia. Ia juga merupakan makanan kegemaran banyak negara terutama Jepun dan Korea. Tidak hairanlah mengapa jangka hayat warga Jepun HIDUP SIHAT DAN LAMA antara tertinggi di dunia.

Ini semua kerana khasiat yang terdapat pada BELUT !

Ha, kalau nak tahu apakah khasiat yang ada pada belut sawah ini, jom baca..

Khasiat belut

Spesies belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Secara keseluruhan dalam daging belut terkandung kebaikan yang banyak di antaranya termasuk kolesterol, sodium, protein, air, kalori, berkhasiat tinggi, asid lemak tak tepu Omega-3, Asid lemak tak tepu Total Omega-6, Vitamin A, C, E (Alpha Tocopherol), Thiamin, Ribofl avin, Niacin, Vitamin B6, Folate, Vitamin B12, Pantothenic Acid, Choline, Kalcium, Zat besi, magnesium, fosfor , potassium, sodium, Zinc, Mangan dan Selenium.

Sumber khasiat sebegini hanya boleh didapati pada seekor belut yang beratnya hanya 204 gram saja. Dalam perubatan tradisional, belut dikatakan boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan.

Bagi pengidap buah pinggang, belut dimakan hidup-hidup ataupun dipanggang terlebih dulu. Limpa belut dipercayai mampu mengubati penyakit lelah.  Caranya, limpa belut salai, kemudian dibakar hangus akan dimakan bersama seulas bawang putih dan serbuk halia.

Selain itu amalan meminumnya reneh sup belut dikatakan mampu mengubati penyakit lelah. Sup belut juga mampu mengubati penyakit darah gemuruh dan mengatasi masalah lemah tenaga batin. Pesakit yang baru selepas pembedahan, memakan belut membantu menyembuhkan luka dan kesan pembedahan dengan lebih cepat.

Jika kerap memakan belut, ia dikatakan boleh menguatkan daya tahan tubuh, menormalkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan.

Wow, siapa sangka spesis yang seakan-akan ular ini mempunyai khasiat yang begitu banyak kepada kesihatan manusia ya.

Lepas ni, boleh lah kita tukar menu selera. Pengamal Diet juga digalakkan (terutamanya Atkins Diet)

Harga pasaran Belut Sawah dikatakan begitu tinggi nilai kerana ianya sangat mendapat sabutan, ada ketikanya stok belut sukar didapati di pasaran kerana ianya datang bermusim.

Pembekal Belut Di Pasaran

Saya ada informasi di mana anda boleh mendapatkan Bekalan Belut Sawah Secara Borong (Untuk peniaga runcit atau pengusaha restoran) (Minimum order 50 kilogram)

Hubungi no ni +60 13-255 4165 Din Bangi (jual/beli belut)

Anda berani pancing belut ? ..lumayan kalau dapat banyak ekor boleh menjana pendapatan.
Untung jadi budak kampung kalau rajin..hihi

>>semua gambar dari sumber google.com