Ramai wanita suka candat sotong?

Wednesday, April 29, 2015 Nazlee Ismail 11 Comments

Wanita dan candat sotong

Betul tak sangka ...sejak kebelakangan ini kaum wanita bekerjaya kini suka meluangkan masa bercuti dengan aktiviti mencandat ?

candat sotong

Bukan mencandat tudung kepala! tetapi mencandat sotong hidup di lautan. Sejak awal tahun lagi, aku sudah banyak menerima tempahan bot untuk aktiviti tersebut. Ramai pelanggan kebanyakannya sekeluarga yang terdiri dari kaum wanita.

Pengalaman wanita dari Melaka ini bercerita tentang minatnya bermula ;
"akak ni tak pernah pon sebelum ni teringin nak memancing, pancing pon tak tahu macam mana nak guna.. Ada satu hari tu bila akak beli pakej snorkeling di Krabi, tekong bot yang baik hati beri peluang kami cuba pancing ikan di situ, Ya Allah..seronoknya bila dapat rasa ikan makan umpan dan tarik tali pancing.. naik ikan mahal pulak tu...huh teruja sangat ! ... akak call nazlee ni sebab nak tempah bot la...nak candat sotong pulak. Perempuan boleh kan?" 
Itu antara perbualan aku dengan pelanggan wanita bot candat.

CARI HOTEL DI TERENGGANU (klik sini)

Mungkin ramai lagi wanita teringin nak cuba aktiviti candat sotong di lautan tapi risau tak ada kemudahan untuk mereka semasa di atas bot. Selalu yang dirisaukan ialah Tandas !

Jadi, untuk pengetahuan semua.. boleh pilih bot yang ada menyediakan kemudahan : Boleh tempah awal..

Sekarang orang berebut-rebut bertanya kekosongan bot untuk bulan May, huh laris macam pisang goreng panas !! alhamdulillah.

Candat sotong

Makan hasil candat memang best, sotong segar segar dimasak oleh tekong dan dinikmati bersama. Rezeki Allah nak bagi...kalau banyak hasil boleh bawa balik atau jual kepada peraih.

Wanita pon boleh mencandat sotong , jika berminat : .

Boleh whatsapp nazlee (0174009726) untuk keterangan lanjut.

candat sotong

.

11 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

KBBA Bloggers Day Out Cyberjaya 2015

Wednesday, April 29, 2015 Nazlee Ismail 5 Comments

KBBA Bloggers Day Out Cyberjaya 2015

Kejayaan KBBA

26 April, bertempat di Kelab Komuniti Cyberjaya. Jam 7 pagi aku dah sampai awal seperti yang dijadualkan. Kita ni nak jadi blogger yang sentiasa menepati masa. Baru lah ada kepercayaan dan menambah lagi keyakinan orang lain untuk berurusan dengan Blogger. Baru nampak kualitinya dan baru boleh dibanggakan kerjaya ini.
Di dalam sebuah komuniti, perkara wajib sebegini perlu ada pada setiap ahli dan KBBA sudah melaksanakan dengan jayanya..Tahniah.

KBDO

KBBA Terbaik

Tujuan KBDO dilangsungkan adalah untuk membina semangat kerjasama, menjalin ukhuwah kekeluargaan di kalangan ahlinya... walau acara santai santai saja di Cyberjaya, namun dalam santai beriadah itu ada pengisiannya. Kalau kita mahukan yang terbaik, kita juga perlu berikan komitmen yang terbaik. Ini yang Ben Ashaari mahukan dan semua ahli yang terlibat.

Aktiviti bermula :

Dimulai dengan acara memanas badan diketuai oleh Blogger Fatinbella, dari suam jadi panas terus rancak ikut langkah senamrobik Fatin bersama Boni Kacak dan Encik ST di atas pentas. Dan selepas itu Bacaan Doa oleh Blogger Zaini.

KBDO

KBDO
Bacaan doa oleh Blogger Zaini.
KBDO

KBDO

Ucapan alu aluan oleh wakil Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya , En.Mualif dan juga wakil Kelab Blogger Ben Ashaari , Lan Careno.

Part yang paling dinanti... aktiviti acara padang. Aktiviti dimulai dengan golf.

KBDO

KBDO

Golf, buat pertama kali..dan ini terbukti pukulan pertama 'pukul angin'..bukan aku je, tapi ramai juga yang sama ...bola golf tetap di kedudukannya.

Badminton, permainan ni dah biasa bagi aku..tak jadi hal tapi bila AJK maklumkan cara bermain ada kelainan dari biasa. Lawan enam orang sebelah gelanggang dengan satu reket ... hurm gamat suasana.

KBDO
KBDO

Go-kart , ini antara aktiviti yang paling aku suka..boleh masuk dalam mimpi tidurku dibuatnya.

KBDO

KBDO

KBDO

Paintball,  ini juga best..semangat berpasukan yang diterapkan mampu buat blogger protected each others.

KBDO

KBDO

Empat aktiviti utama berjaya disempurnakan, aktiviti berselang seli dengan rehat, solat zohor dan macam-macam lagi kemudahan tersedia ; ada Surau, gym, kolam renang dan banyak lagi.

Acara kemuncak di sebelah petang, ada cabutan bertuah dan penyampaian cenderahati serta ucapan penutup.

Antaranya yang bertuah..aku pon dapat jugak ; 2nd price lucky draw!

KBDO

KBDO

Sebelum tamat, acara wajib adalah beramah mesra dengan blogger dan sesi bergambar kumpulan.

KBDO

KBDO

Terima kasih Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya kerana menyediakan kami tempat yang sangat best untuk riadah yang sesuai untuk semua golongan.

Terima kasih yang tak terhingga kepada founder KBBA, Encik Ben Ashaari dan team KBBA untuk kejayaan ini. Lain kali pasti join lagi.

Para penaja :-
Kelab Komuniti Cyberjaya
Yeos Malaysia
Cosmoderm
Crazy N Crunchy
Natalia
Stamp N Print
Cyberview Cyberjaya

p/s : Tajaan makanan oleh BAYOU COFFEE HOUSE, Review akan dientrikan selepas ini.

.

5 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Tolong isteri urus anak yang ramai.

Tuesday, April 28, 2015 Nazlee Ismail 13 Comments

Kelmarin kami sekeluarga 'cuti kerja'. MamaD cuti mengasuh, nina memang dah cuti cuma tunggu minggu depan nak masuk kolej, Hanis cuti sekolah..Aku cuti masuk pejabat dan cuti blogging..

Kebetulan sangat...masa cuti tu mamaD demam dan sakit tekak pulak, walau demam sikit namun sampai juga kami ke IKEA.

Pagi ni dengan aura baby.... mamaD gagahkan jugak...tak kan nak minta cuti lagi...kesian pulak parents diaorang.

baby yasmin datang dengan mood ceria walau ada batuk sikit, sebelum masuk pejabat sementara tunggu mamaD uruskan baby Arman dan kakanya Laikha (sambung tidur kat rumah mamaD).

Sorang demi sorang datang, rumah pcl ni juga adalah 'mamaD skools' hari bekerja memang penuh dengan anak-anak, ceria suasana.. Layan yasmin dulu..

yasmin, pengasuh baby

 untung rumah tak jauh dari pejabat, boleh punch card dulu..hihi, boleh tolong mamaD.

.

13 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Botol minuman IKEA.. sempatkan juga beli.

Monday, April 27, 2015 Nazlee Ismail 12 Comments

Hari ni memang aku cuti tapi bukan sebab kepenatan sempena Bloggers Day Out  di Cyberjaya kelmarin . Sebab yang sebenarnya adalah untuk selesaikan urusan keluarga.

Hari #KBDO adalah hari kepuasan sebenarnya..puas sebab dapat jumpa dan beramah mesra sambil beriadah dengan rakan blogger. hurm..malam nanti baru nak buat entri..esok baru boleh publish.

Selesai urusan di sana, singgah sekejap di IKEA Damansara. cari botol.. hurm botol jer pon !

Botol minuman IKEA

IKEA DAMANSARA

IKEA DAMANSARA

IKEA Damansara

ikea

..mamaD memang suka. Suatu kepuasana juga baginya bila dapat miliknya @RM5.90 hanya di IKEA.

.

12 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

GIVEAWAY 2 MILLIONS PAGE VIEW !

Friday, April 24, 2015 Nazlee Ismail 28 Comments

Assalamualaikum..

GIVEAWAY 2 MILLIONS PAGE VIEW

Ringkas dan cepat hanya untuk GA ini... di mana , semua pelawat di sini boleh join, caranya mudah sahaja :

  1. Screenshot/printscreen/ScreenCapture sekeping gambar , crop bahagian NazleeDotCom PageView dengan angka 2000000 dan kawasan sekelilingya seperti contoh gambar di bawah.
  2. Hatar gambar melalui whatsapp ke 017-4009726
  3. Sertakan Nama penuh
  4. Tidak perlu buat entri
Giveaway 2 JUTA PAGE VIEW !
contoh printscreen pc

Giveaway 2 JUTA PAGE VIEW !

Yang pantas dan bernasib baik , dia boleh memenangi hadiah wang tunai RM50.00  ! (hanya seorang pemenang sahaja).

Penilaian :

  1. Penilaian dilakukan mengikut masa terawal penerimaan gambar tersebut ke no whatsaap yang diberikan.
  2. Ciri-ciri keselamatan dirahsiakan daripada unsur penipuan yang mungkin berlaku.

Selamat bergembira untuk GA ringkas kali ini. 

Sekian dari nazlee.com.

Terima kasih.

28 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Jodoh Kahwin Jodoh Kerja

Thursday, April 23, 2015 Nazlee Ismail 18 Comments

Jodoh Kahwin Jodoh Kerja

Ada yang mengeluh sebab lambat bertemu jodoh perkahwinan..
Ada yang mengeluh sebab lambat bertemu jodoh pekerjaan..

Dah bekerja baru kenal dunia, maksud aku ..ramai yang nampak. Jodoh makin dekat.
Nak dapat jodoh ni bukan mudah... serius ni aku cakap !

Kalau bab kerja, kena lah usaha lebih..
Kalau bab nikah, nak 'bina masjid' rumah tangga...pon kena usaha jugak.
Banyak cara ada, kena sentiasa mencari.
Banyak ilmu ada, kena pergi menuntut/ belajar.

Tak mudah , tapi takda lah susah sebenarnya...kalau kita yakin dengan ketentuan Allah swt.
aku suka ulang-ulang ayat ni...lama dah, ada dalam entri aku yang lepas-lepas..
"Cari lah yang sayang kat kita seadanya, bukan mengada-ngada. Cantik di mata belum tentu bahagia. Sedap dipandang bukan boleh bagi perut kenyang... Kekayaan bukan diukur pada kebendaan. Kebahagiaan pulak bukan diukur pada ketampanan dan keayuan wajah saja.Cantik tak semestinya di luaran. Biarlah luar dan dalamnya juga" .

Jadilah kita ni orang yang bersahaja. kalau berjalan..berjalan di pinggiran. Buatlah Allah redha dengan apa yang kita lakukan seharian, sayangilah sesama makhluk dan sempurnakan perkara-perkara fardhu.

InsyaAllah akan ada jodohnya nanti.

18 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Meriahkan KBBA Blogger's Day Out

Wednesday, April 22, 2015 Nazlee Ismail 17 Comments

KBBA Blogger's Day Out 

Okay..poster/banner dah naik ! maksudnya tak lama lagi tuuh... tengok kepada tarikh yang dijadualkan. Sesuai sangat kan...

KBBA Bloggers Day Out

Ini merupakan aktiviti terbesar yang pernah diuruskan oleh team #kelabbloggerbenashaari sendiri dengan tajaan oleh KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA , CYBERJAYAVIEW SDN BHD.

Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya (KKTTC) lokasinya adalah berhampiran dengan Universiti Multimedia , Cyberjaya . Senang nak cari ...senang jumpa kalau gunakan perkhidmatan waze  ke sana, harus akan sampai tanpa sesat.

KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA , CYBERJAYAVIEW SDN BHD.

Telah wujud sejak 2006 lagi dengan menyediakan  fasiliti untuk kemudahan Sukan dan Riadah antaranya ialah seperti gelanggang futsal, gelanggang badminton, gelanggang tennis, gymnasium, driving range, sirkit go-kart, squash, basketball, paintball, dancing studio dan juga kolam renang. Selain itu KKTTC juga menerima tempahan untuk mengadakan majlis keramaian seperti perkahwinan dan seminar atau mesyuarat perniagaan.
Kemudahan asas tersedia : keluasan serta ruang parking kereta yang mampu menampung hingga 500-700 pengunjung pada satu satu masa. Perkhidmatan katering juga boleh terus ditempah disini.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , boleh hubungi 03-8318 0008 atau tengok sendiri di instagram KKTTC , @kelabkomuniticyberjaya.

Aktiviti : KBBA Blogger's Day Out

Seramai 100 blogger akan sertai aktiviti yang telah dirancang seperti golf , badminton dan paintball.
Menurut urusetia dan founder #kelabbloggerbenashaari,  Encik Ben Ashaari : Anda juga dijemput hadir untuk memberikan sokongan moral kepada peserta pada hari tersebut. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk besama kami, beramah mesra di sana nanti.

"..menariknya , ianya bukan sekadar golf atau badminton tau ! Ianya telah diubah konsep agar lebih menarik dan mencabar ! Hehehehe.. Nak tau ? Kena turun tonton sendiri."Ben Ashaari
Semoga segalanya berjalan dengan lancar.

Barisan Penaja KBBA Blogger's Day Out

Cyberview Cyberjaya (www.cyberview.com.my)
Cosmoderm (www.cosmoderm.com.my)
Yeos Malaysia (www.yeos.com.my)
Stamp N Print Enterprise (www.stampnprint.blogspot.com)
Natalia (www.natalia.my)

17 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Panasonic Digital Camera (2nd Hand) For Sale .

Sunday, April 19, 2015 Nazlee Ismail 15 Comments

Bajet nak murah, kamera untuk dimiliki, kamera 2nd hand berjenama terkemuka, kualitinya masih elok dan tiada kecacatan. Anda boleh contact saya bila bila masa.

panasonic

Camera For Sale (2nd Hand)

Digital Camera Panasonic
Lumix GF2C 14mm (SL V)
F2.5 Lens Kit
c/w Panasonic 16GB SD card, manual, cd, panasonic bag.
Bought Y2012
All in a good condition, no damage, no flaws.

For Sale / RM9**.00 / COD @Banting Selangor. Call or whatsapp 017-4009726

panasonic camera for sale

#camera #forsale
#cameraforsale #malaysia
#kelabbloggerbenashaari
#exchangefeedgroup

15 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Jubah Muslimah : Gabungan Hitam Ungu atau Burgundy ?

Friday, April 17, 2015 Nazlee Ismail 13 Comments

Raya oh raya !!...berapa hari lagi nak memasuki Ramadhan pon tak hingat kan. Tapi kaum hawa lah yang asyik sangat, bukan apa ...mereka tu master plan kewangan bagi sebuah keluarga..haruslah kan buat pesediaan awal apa yang sepatutnya.

Bagi anak-anak pcl, nampak mereka dah semakin matang sekarang. Cara berpakaian, cara bergaul dengan orang dewasa memang menunjukkan perubahan keremajaan umur kepada satu tahap. Selalu bercakap pasal fesyen ini , fesyen itu..nak beli macam ini dan macam itu... MamaD rajin melayan anak-anak, mereka selalunya sependapat.

Bila bertanya kepada pcl tentang fesyen..., senang jer "pakai la jubah nampak keanggunan gadis/wanita Melayu terserlah" ...haha.

Yeah.., wanita atau gadis muslim berjubah memang tampak lebih anggun ! (90% lelaki bersetuju) :)
SweetMuslimah boleh dijadikan pilihan untuk itu :

Baju Muslimah

Cantik bergundy ? ..baru tau ada warna burgundy ...oh lelaki :)

.

13 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Terpulanglah mau jadi apa

Thursday, April 16, 2015 Nazlee Ismail 13 Comments

Di dunia ini ada 'syurga dunia' ; ketika di dunia tidak dapat memasukinya maka dia tidak pernah masuk syurga akhirat. Syurga dunia itu adalah zikir kepada Allah, taat kepada Nya, cinta Kepada Nya , selalu berusaha dekat dengan Nya dan merindui Nya.

Apa yang perlu kita buat ..

#Tingkatkan amalan
#Pendekkan angan-angan
#Jalani kehidupan dengan redha
#Hadapi masalah dengan waras
#Fahami masalah ikut zaman di mana berada
#dan Jaga mulut kita...(ini yang susah sangat !)

Kita tidak boleh berkata tidak sebelum berusaha bersungguh kearahnya ..
Jangan sekali berkata "terpulanglah mau jadi apa" jika kita belum berusha mengubahnya.

baca lirik lagu ni.. (hanya sekadar lirik)

lirik lagu

13 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

#publish. ..haha itulah dia, aku dan blog ?

Wednesday, April 15, 2015 Nazlee Ismail 20 Comments

Nasi Ayam Sedap

Bila tekak sendiri nak makan, pandai pulak aku cari bahan..beli bahan kat kedai runcit secukup dan ringkas bahan asasnya.

Dulu masa memula mamaD dah pernah listkan bahan untuk masak nasi ayam..so, memang dalam kepala aku. Modal Rm11.50, teringin nak 'mamam' nasi ayam yang sedap dan memuaskan hati.

mamaD cafe

siap barrang ni aku beli awal pagi sebelum masuk pejabat, ingat aku nak up entri awal tapi meeting pulak..dan banyak perkara lain. Sampai la ni..baru tenang sikit.

Terbayang...kat rumah mesti  dah ready dengan nasi ayam siap terhidang di atas meja

#Untung ada isteri, boleh request masak dan boleh makan sedap selalu.
#Untung rumah tak jauh dengan tempat kerja, boleh balik rumah makan :)

*Update pagi tak sempat publish. stop kat sini

mamaD cafe

Bila sampai di mamaD Cafe :
ambik gambar, upload dan edit entri pagi tadi..

#publish. ..haha itulah dia, aku dan blog ?

20 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Penat Kerja Di Rumah ?

Tuesday, April 14, 2015 Nazlee Ismail 16 Comments

Memahami kerjaya di rumah

ada student baru masuk dalam "mamaD Skools", sebenarnya sudah masuk minggu ke 2 mamaD .

anak manaD

#006 nama Yasmin dan #007 nama Arman. Kemasukan Arman kira macam pecah tradisi rokod penjagaan baby girls sebelum ni.

Selalu aku balik masa tengahari, sempat jugak la tolong mamaD rehat sekejap, makan dan solat zohor.

Bayangkan lah macam ada anak kembar bayi dan anak kembar budak 4 tahun..fuhh memang gamat rumah sesekali bila keadaan luar jangka. Biasa lah tu, ada masanya ikut mood masing masing..tidur, menangis dan main.

Mampu buat rupanya mamaD ..ingatkan dah mengalah awal, tapi itu lah kepakaran yang ada ...boleh bertahan sehingga hari ini.

Keletihan terserlah bila malam tiba.., mamaD selalunya selepas isyak sudah terlena di atas sofa.

Hurmmm...hanya orang yang melakukan saja tahu dan memahami kerjaya di rumah...bertapa penatnya seharian.

Yang bestnya, mamaD ni jenis orang yang tak pernah membebel dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Kadang sampai ada rasa tak sampai hati untuk menolak permintaan.

"selagi tak cuba..tak tau jadi macam mana" ..*mamaD.

16 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Dekorasi Rumah Kucing

Tuesday, April 14, 2015 Nazlee Ismail 12 Comments

Ramai manusia semakin perihatin dengan haiwan dan ingin membuat yang terbaik untuk haiwan peliharaan mereka terjaga rapi dan diberikan penjagaan dan keselesaan tempat tinggal.

tempahan rumah kucing

Ada orang sanggup berhabis belanja untuk ini, sudah boleh menganggap haiwan kesayangan sebahagian keluarga mereka.

Sejak diiklankan melalui blog ini dan juga instgaram ; sambutan sangat mengejutkan. Boleh dikatakan setiap hari ada pertanyaan dan tempahan dan kini ada yang sedang dalam pembikinan.

Tempahan rumah kucing

Konsep desing ikut kehendak pelanggan dan kami menambah baik dengan pengalaman yang ada mampu menghasilkan sebuah rumah kucing idaman.

Tidak tertumpah kepada haiwan seperti kucing malahan juga boleh mereka bentuk rumah untuk arnab dan burung.

Boleh berhubung dengan saya di nombor pada banner untuk keterangan lanjut.

TEMPAHAN SUDAH DIBUKA KEPADA UMUM
TEMPOH SIAP : 3-4 MINGGU
TEL/WHATSAPP : 017-4009726 (NAZLEE) 
Kemaskini : 08 Ogos 2016

12 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Ada perancangan nak majukan blog anda?

Monday, April 13, 2015 Nazlee Ismail 14 Comments

Baru teringat tadi bila blog aku diingatkan tentang tarik luput ; "Domain Renewal Please...lagi dua hari!" (ini aku set reminder jadi PA aku punya blog pada calender)

Kita ni bloger bajet kecik, ada untung sikit kita melaburlah ke arah untuk memperbaiki mutu blog kita.
Tak rugi malah banyak faedahnya yang boleh dapat kalau kita melanggan hosting berbayar...

hosting yang sangat popular

Faedah melanggan Web Hosting Berbayar 

Antaranya ;
Perkhidmatan pada web hosting berbayar lebih lengkap jika dibandingkan dengan perkhidmatan yang terdapat pada web hosting percuma. Untuk itu web hosting NetKL atau yang seumpamanya boleh menjadikan web tampak lebih profesional.

Dengan web hosting berbayar, Anda boleh dijaminan akan keselamatan data dan back-up data dan kemudahan ini biasanya tidak terdapat pada web hosting percuma .

Lebih diberi penekanan; untuk keperluan perniagaan online, ada baiknya jika anda mempunyai nama domain dan web hosting berbayar kerana ia akan menambah prestasi dan kepercayaan pelanggan.

nazlee.com ; guna web hosting NetKL sudah 3 tahun

Kalau nak maju kena berani kedepan. Jangan duduk bersimpuh sambil minum kopi di beranda saja..sambil asyik mendengar orang lain 'bergebang' tentang kelebihan Domain dan Hosting itu dan ini. Blogger baru pon boleh melangkah terus melanggan hosting berbayar ni ..murah saja !
Kesannya amat ketara bila aku kini sedang giat mempromosi bisnes di dalam blog. Ramai pelanggan yang datang melalui enjin carian di google. Kadang ianya sesuatu yang tak disangaka..syukur alhamdulillah.

NetKL Networking?

Hosting NetKL di Malaysia memang merupakan syarikat hosting yang sangat popular dan ramai blogger sedang mengunakan perkhidmatan untuk blog atau website mereka. Dengan servis tiptop yang disediakan, hosting NetKL ini dapat menarik perhatian ramai pengguna sama ada blogger baru atau blogger lama. Sangat mudah berurusan dengan mereka.  Feedback mereka yang sangat laju. Setiap pertanyaan anda akan dibalas dengan kadar segera.

Ada perancangan nak majukan blog anda?

hosting yang sangat popular
Klik untuk info :

Boleh juga belajar teknik SEO dengan ahli #exchangefeedgroup

14 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Libatkan diri dalam bisnes

Monday, April 13, 2015 Nazlee Ismail 18 Comments

Bisnes dan Blogging

Jadikan blogging satu permulaan untuk bisnes anda. Kalau itu sememangnya minat anda. Libatkan diri dalam bisnes, mulakan dengan cara apa yang kita minat supaya ianya mudah.

Mudah yang dimaksudkan bukanlah cara mudah untuk senang tapi permudahkan cara dengan laluan yang sedia ada.

Maaf kalau agak berbelit cara aku nak sampaikan, tapi fahamkan saja dengan membuat bisnes peluang untuk naikkan taraf kehidupan itu lebih tinggi seperti yang disarankan Islam, 90% datang dari bisnes.

Boleh tidak, jangan libatkan diri dalam skim skim bisnes? ; contoh skim cepat kaya dan sewaktu dengannya.

Bila buat bisnes mesti dapat untung. Simpan 100% hasil keuntungan, kalau nak guna pun jangan lebih dari 50%.

Bebaskan hutang

TAMBAH PENDAPATAN itu bukan untuk berbelanja lebih dari keperluan. Bagi yang bergaji tetap, anggap gaji itu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan.

Jadikan duit simpanan hasil untung tadi buat bebaskan diri dari belenggu hutang lama. Dan jangan buat hutang baru jika tidak tahu cara mulnaskannya.

Ada orang yang memang mempercayai rezeki itu datangnya dari Allah swt, tetapi bila melihat caranya berusaha. Seolah Allah dijadikan nombor dua pula.

Macam mana tu?

Apabila dia sedang asyik dengan sesuatu perkara, bila waktu solat tiba, maka solat dikemudiankan dan buat dihujung hujung waktu.

Ramai kita yang separuh sedar, jika tidak dikejutkan.

#muhasabah diri.

18 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Saiz ukuran lilit pinggang aku mengecil ?

Sunday, April 12, 2015 Nazlee Ismail 12 Comments

mamaD belanja seluar jeans sehelai , kira ni meneman isteri shopping dan suami dapat hadiah..haha gitulah, adakalanya..nak jugak.

Dapat hadiah dengan tetiba suatu hal dan satu hal lagi yang mengejutkan, bila pilih saiz seluar nak masuk fitting room ambil saiz biasa sebelum ni...Cuba saiz 34, 33, 32...last sekali 31 baru la ngam saiz .

Saiz ukuran pinggang mengecil akibat atkins diet?

atkin diet

atkin diet

Omg 😱😱😱😱 #atkinsdiet terbukti..walau aku selalu terbabas .

12 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Aku gemar berdiam dari lebih berkata-kata..banyak bunyi banyak dosa!

Saturday, April 11, 2015 Nazlee Ismail 7 Comments

Menceritakan keburukan orang, jika benar sekalipun sifatnya adalah mengumpat. Jika tidak benar itu fitnah namanya.

Dua dua sifat adalah berdosa. Ramai yang rajin mengumpat dan mengata orang. Ada orang buat itu semua sebab dia jahil..dia rasa buat macamtu tak berdosa.

Ya, jahil bagi orang yang tak pernah mempelajari nya..ada? atau sudah jadi kebiasaannya. Sudah tahu perbuatan macamtu berdosa, tapi dia memang degil ..buat jugak!

Itu pasal rezeki susah nak masuk...kisahnya emm..cuba baiki diri. Bercakap yang baik baik saja atau diam dan bercakap bila diperlukan.

Hurmmm..

7 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Hidup sangat terkesan bukan sebab GST ?

Saturday, April 11, 2015 Nazlee Ismail 6 Comments

Hidup sebelum dan selepas GST

Hidup di bawah kemampuan atau ikutkan kemampuan diri..yang mana sifat anda?

Gaji atau pendapatan bersih Rm1,000 belanja pun Rm1,000. Bila pendapatan bertambah jadi Rm2,000 perbelanjaan pon menjadi Rm2,000. Ini yang dinamakan hidup ikutkan kemampuan. Sangat bahaya !  ..Tak ada simpanan selamat.

Hidup di bawah kemampuan tak lah macam tu. Berbelanja ikut keperluan bukan kemahuan,  barulah ada baki untuk disimpan.

Kena belajar menabung, kita yang dewasa ni... ajar anak/adik-adik supaya simpan duit baki belanja sekolah..tapi kita ni tak buat pon..belanja sakan ! dah macam ketam ajar anak berjalan..

GST jadi sebab , tapi sebenarnya sifat diri kena sedar dari mimpi...kalau sebelum sudah parah apa lagi selepasnya, Owh GST!

.

6 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Kelas Membuat Roti Puan Wanie

Thursday, April 09, 2015 Nazlee Ismail 21 Comments

ASALAMUALAIKUM WBT..

Kelas Membuat Roti

Jom penuhkan jadual anda untuk kelas membuat roti..

Wanie kelas roti
wanie kelas roti

wanie kelas roti

Pendaftaran

Yuran tersangatlah murah..

Bukan rm 250
Bukan rm 150
Bukan rm 100

HANYA RM 50 SAHAJA.

Anda akan mempelajari teknik membuat :

Roti kaya
Roti kelapa
Roti kacang merah
Roti sosej
Roti cheese
Mini pizza

wanie kelas roti

wanie kelas roti

Sangat terhad untuk 5@6 orang sahaja setiap tarikh yang dijadualkan.. Hasil pembelajaran roti yang anda buat anda akan bawa pulang.

Alamat : No 18 Kampung Baru Lanjut 43900 Sepang Selangor..

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Puan Wanie 017 6906288

Kepada sesiapa yang berminat nak mengiklankan produk mereka, sila email/whatsapp saya ~ PCL .

21 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

MamaD Cafe & MamaD Skools ?

Wednesday, April 08, 2015 Nazlee Ismail 17 Comments

MamaD Cafe

Kuih ketayap ni takda la sedap sangat, menu biasa  untuk makan sarapan pagi.. maksud aku yang jual jual kat luar tu..tapi kat "cafe mamaD" memang sedap..

MamaD Cafe

Orang sebelah utara panggil kuih ketayap, ada bantahan?

Bila aku muat naik gambar kuih kat instagram...hurmm kesian pulak kat @ninanazli, alahai anakku yang duduk di asrama bertabah je lah..kat sana memang nampak semuanya sedap apa saja makanan kat rumah.

selalunya  "mamaD Cafe" memang tak terlepas menu makan pagi, tengahari dan petang..walau cafe mamaD ini hanya cafe alam maya..namun akan wujud suatu hari nanti realitinya InsyaAllah.

mamaD is awesome.. urus "mamaD Skools" dan "mamaD Cafe" ...cayalah.

.

17 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Organic Mushroom Mini Farm Kit

Tuesday, April 07, 2015 Nazlee Ismail 15 Comments

Organic Mushroom Farm 

Lebih mudah dan menjimatkan dengan Organic Mushroom Farm, produk cendawan keluaran bumiputera dalam bentuk kit tampil lebih kemas dan bersih : Letak dalam bilik, Spray,  tunggu masa dan tuai hasilnya.

Organic Mushroom Mini Farm Kit  kini sedang dipasarankan ;
RM30.00/kit SM , RM35.00/kit SBH/SRWK (Harga dengan POS)

mushroom kit

Cara penjagaan sangat mudah :-

1) Letak kit di dalam rumah atau tempat redup yang jauh dari cahaya matahari, suhu terbaik ialah di antara 26 hingga 30 darjah Celcius.

2) Spray 2x sehari di sekeliling lubang pangkah.(tak perlu spray direct ke lubang pangkah)

3) Dlm mase 10 hari dah boleh tuai hasil.

4) 1 box kit boleh mengeluarkan hasil sebanyak 5 - 10 kali hasil tuaian

5) Pastikan air yg digunakan tidak berklorin..boleh guna air masak atau air mineral.

mushroom kit

Untuk keterangan lanjut boleh email / whatsapp ; (nazli.angkasa@gmail.com) (017-4009726)

.

15 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Dapatkan pembaca blog dari pengunjung yang pelbagai

Tuesday, April 07, 2015 Nazlee Ismail 17 Comments

Tips dapatkan pembaca blog dari pengunjung yang pelbagai

Kalau mahukan pembaca yang pelbagai, buatlah  entri berselang seli dengan cerita-cerita santai, boleh diselitkan dengan review produk/makanan/percutian sekali sekala ...tak la ianya hanya fokus kepada jual produk semata-mata.

Bosan ?

Bosan tak kalau masuk blog hanya baca produk jualan dan promosi itu ini?

Bosan tak kalau masuk blog hanya baca dan..tinggalkan komen "selamat bersegmen n good luck?"

Bosan juga kalau skrol dari entri ke entri tiada santpan minda, tiada celoteh, tiada hiburan, tiada nasihat...aku kongsi ini khusus untuk niche blog lifestyle blogger. Kalau itu lah kehidupan blogger, maka begitulah sepatutnya.

Entri versatile

Pentingnya entri versatile. Bila ada bahan menarik dan santai nak baca..insyaAllah ramai yang singgah dan jeling-jeling apa yang ada kat sekeliling Nak pasang iklan pon berbaloi jugak sebab pelawat yang datang adalah pelbagai..."untung sabut timbul..alhamdulillah".

Blog umpama 'kedai'
Blog aku sendiri dah rupa macam kedai runcit.. Tak kira masa, aku ON data nak buka link blog tu kira semacam bukak kedai lah..(umpamakan saja ye...hihi)

Anda mampu? 

Jika mampu berfikir jauh lebih dari aku, jangan fikir sangat pasal yang lebih lebih tu...buat atas kemampuan dan usaha sendiri.
Jangan sampai lupa diri dan tanggung jawab yang ada.

17 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Jangan lembik macam tauge!

Monday, April 06, 2015 Nazlee Ismail 16 Comments

Cerita pasal tauge ?

Taugeh atau tauge, sayuran berbatang lembut tumbuh dari jenis kekacang. Sedap makan bila tauge dicampur dalam masakan seperti mee, meehoon, kuey teow dan lain lain lagi atau boleh buat masak sayuran. Gambar kat bawah ni, mamaD sajikan tauge digoreng dengan minyak bijan dan campuran bahan ringkas lain..(kalau biasa makan Nasi Ayam Hainan..resipi tauge tu lah)

resepi tauge sedap

Aku kenal tauge sejak kecik lagi.., masa tu mak memang rajin suruh anak lelaki dia buat kerja dapur bantu mak lebih kurang katanya.. dah tolong boleh cepat makan nanti boleh cepat besar haha..genius betul kan.

Alhamdulillah anak anak mak memang cepat membesar sihat dan kuat.

Sekati tauge..emm kalau timbang banyak tu kira memang banyak menimbun la kan..tauge kan ringan, tapi  sekarang tauge dijual siap celup dalam air...timbang basah, sikit dan kadang tak segar. Bau pon tak sedap ! sakit hati kalau bau dia macam bau kencing...sah sah dah kena kencing sapa yang beli !

Bab kena 'kencing', dikencing betul atau kebetulan aku tak nak ulas panjang sebab aku suka makan tauge. Aku anggap orang yang usahakan tanaman tauge jujur seadanya.

Apa kerja aku di dapur?

Selain cuci pinggan mangkuk, aku kena buang akar tauge...pelik juga aku berbeza sekarang nih. Tak pulak nak susah payah menyiang tauge..

Ini ramai gadis gadis pembaca kat sini jadi pelik semacam.., pelik sebab tak pernah buat macam mana aku buat dulu...kan? tak apa..masa anda sekarang semakin bermakna setiap detik dan ..."buat kerja kat dapur apa kellas kan" ..sakit hati emak emak kalau dengar anaknya cakap macam ni.

Alasan kuat kenapa dulu tauge kena buang bahagian akarnya adalah sebab cara tanaman tauge tu sendiri. Dulu tauge tanam atas tanah (mungkin), sekarang tanam dalam tong ada isi air (hidroponik).

Aku suka tauge..korang jangan macam-macam !!

SADOkan diri..jangan lembik macam TAUGE !

Tips membeli tauge

okay ada tips beli tauge :

1) Tauge jenis ipoh, mungkin asalnya dari sana.., sebelum beli cium bau dia..yang baik tak berbau dan yang bagus sekali beli yang kering dan segar.
Bau kuat yang dimaksudkan ialah bau kimia seperti bau cuka.

2) Tauge jenis berakar.., kalau kontot tanpa akar itu tak bagus sebab ketumbuhan tauge tersebut melalui proses kimia.