Sakit Mata dan Kebaikannya ?

Sunday, May 31, 2015 Nazlee Ismail 12 Comments

Sakit Mata dan Kebaikannya ?

Sakit mata sebenarnya taklah sakit mana pon, cuma kita akan berasa rimas bila air mata selalu meleleh macam orang menagis.

sakit mata

Sakit mata juga buat kita rasa tak selesa, sesekali terasa gatal dan pedih bila terdedah kepada cuaca panas di luar rumah.

Sakit mata buat kita selalu nampak bergaya dengan kaca mata hitam sepanjang masa..

Sakit mata bila letak ubat titis buat mata jadi kabur seketika, teringat masa ni Allah menguji kita dengan menarik nikmat untuk melihat dunia dengan jelas.

Dalam kesempatan masa-masa sihat, masa Allah bagi peluang untuk menikmati sepuasnya anugerahNya...peliharalah penglihatan kita.

Salah satu petua ialah memandang wajah orang yang kita sayangi seperti wajah ibu, suami, anak-anak dan saudara sejenis dan elakkan memakan benda yang terlampau manis.

Bercelak ketika hendak tidur.
Kerap duduk mengadap kiblat.
Makan lobak putih selalu antara yang kita boleh amalkan dalam kehidupan seharian.

#musibah Allah mahu kita lebih dekat kepadaNya.

Sakit mata juga boleh buat penghidapnya mendapatkan cuti (mc) berehat dari bekerja dalam tempoh agak lama.

12 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Berbuka Puasa / Buffet Ramadhan Di Bangi Golf Resort

Friday, May 29, 2015 Nazlee Ismail 10 Comments

Buffet Ramadhan Di Bangi Golf Resort

Bersempena bulan Ramadhan 1436H akan datang, Bangi Golf Resort Restaurant dengan bangganya akan mempersembahkan Buffet Ramadhan yang dijangka  bermula dari 21 Jun 2015 sehingga 15 Julai 2015.

 Bangi Golf Resort Restoran gambar kredit : projektravel.com

Bangi Golf Resort Restaurant (BGR) merupakan salah satu daripada beberapa golf resort di Malaysia yang telah menerima Perakuan Sijil Halal daripada JAKIM, Buffet Ramadhan di BGR ini digemari ramai kerana kepelbagaian juadah dan kualiti masakan yang disediakan. BGR menawarkan pebagai jenis sajian istimewa sehingga jumlahnya mencecah 200 pilihan !

Buffet Ramadhan Di Bangi Golf Resort dengan harga yang bermula dari Rm55 untuk dewasa dan Rm27 untuk kanak-kanak. Buffet Ramadhan ini menyediakan berbagai jenis hidangan bufet termasuklah masakan Melayu popular, sajian Barat dan masakan Timur yang digemari ramai.

'Pasukan Dapur' BGR akan menghasilkan pelbagai hidangan yang pasti 'menggiurkan' dan bakal membangkitkan selera tetamu. Para tetamu BGR boleh menikmati cooking showcase BGR yang menampilkan Kambing Bakar.

Kambing Bakar BGR   

Kambing yang dipanggang secara perlahan masaknya di atas bara api, hirisan dagingnya masak elok dan lembut memang memuaskan hati. Ada disediakan juga sup kambing mamak

Bangi Golf Restaurant

Bangi Golf Resort Restoran kambing bakar

Bangi Golf Restaurant

Bangi Golf Resort Restoran sup kambing mamak

Para pelanggan juga boleh menikmati sate daging dan ayam dengan kuah kacang enak. Selain itu di stesen yang sama terdapat menu Kuey Teow Goreng dan Mee Goreng Mamak yang dihidang panas-panas di hadapan mata.

Western Appertizer

Di bahagian western appertizer pula para tetamu disajikan dengan hidangan istimewa seperti Krim Ayam Salai dengan Bawang Focaccia Panggang dan Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma.
Hidangan ini sungguh menyelerakan dan hanya ada di BGR. 

Beef Langsana, Grill Boneless Chiken with Creamy Mushroom Sauce.

Bangi Golf Resort

Bangi Golf Resort Restoran Beef Langsana

Bangi Golf Resort

Bangi Golf Resort Restoran Grill Boneless Chiken with Creamy Mushroom Sauce

Di sudut Menu Utama Tempatan dan Masakan Timur pula ada disediakan Butter Prawns, Teriyaki Chiken, Black Paper Beef dan Fish Fillet dengan sos serai. Menu kegemaran ramai ; Sambal Sotong Kembang, Ayam Masak Ros dan Rendang Daging .

Bangi Golf Resort

Bangi Golf Resort Restoran Butter Prawns
Bangi Golf Resort

Bangi Golf Resort Restoran Teriyaki Chiken
Bangi Golf Resort

Bangi Golf Resort Restoran Black Paper Beef
Bangi Golf Resort

Bangi Golf Resort Restoran Fish Fillet dengan sos serai
Bangi Golf Resort

Bangi Golf Resort Restoran Rendang daging

Pencuci Mulut Aiskrim Pacojet

Aiskrim pacojet dengan rasa unik Teh Tarik, Tembikai Susu dan Bunga Kantan menjadi tarikan ramai tetamu tidak mengira peringkat usia. Kena cuba ini sebab penghsilannya dengan menggunakan teknologi yang sering digunakan di restoran-restoran mewah. Rasailah perbezaannya berbanding aiskrim-aiskrim lain.

Bangi Golf Resort

Bangi Golf Resort Restoran Aiskrim pacojet

Para tetamu boleh mengakhiri jamuan mereka dengan juadah manis dengan hidangan resipi menarik lagi terkini ;

Terdapat juga pelbagai jenis kuih muih boleh membuatkan tetamu menjadi rambang mata.
Antara yang terbaik dan tradisional ialah pulut panggang !

Bangi Golf Resort

Bangi Golf Resort Restoran pulut panggang tradisional
Bangi Golf Resort

Bangi Golf Resort Restoran Kaswi

Bangi Golf Resort

Bangi Golf Resort Restoran Seri Ayu

Dewan Kenanga BGR

Dewan Kenanga BGR, sebuah dewan makan baru siap dalam tahun ini yang mampu menempatkan ramai tetamu dalam suatu masa. Cantik dan selesa , para tetamu makan sambil dihiburkan  live band dengan alunan muzik Melayu Tradsional  .

Bangi Golf resort

Bangi Golf Resort Restoran Dewan Kenanga 

Bangi Golf Resort Restoran Dewan Kenanga 

Kemudahan lain : Surau Lelaki dan Surau Wanita juga tersedia.

Perkhidmatan lain : Bangi Golf Resort menawarkan Pakej Perkahwinan, Majlis Makan Malam, Seminar dan majlis-majlis lain.

Info Lokasi Buffet Ramadhan Di Bangi Golf Resort :

Alamat : No.1, Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi
Koordinat GPS : 2.95716N, 101.76518E

Tempahan & Pertanyaan :
+(603) 8925 3728 / +(603) 82100265

Waktu Operasi : 6.30 pagi - 9.30 malam

www.nazlee.com

#foodreview oleh Nazlee Ismail pada 23 Mei 2015
#exchangefeedgroup #EFG
#KelabBloggerBenAshaari

10 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Program ANGKASA bersama komuniti pada 29 Mei 2015

Thursday, May 28, 2015 Nazlee Ismail 7 Comments

Program ANGKASA bersama komuniti pada 29 Mei 2015 Semua dijemput hadir, masuk adalah percuma.

Pusat Angkasa Negara beralamat di Jalan Turi Kampung Sungai Lang Banting Selangor, akan mengadakan Program ANGKASA bersama komuniti pada 29 Mei 2015 bermula jam 10 pagi hingga 3 petang.

Antara aktiviti yang diadakan :
Larian ANGKASA
Demo REMS
Mini Planetrium
Derma darah
Gerai jualan
Pencerapan matahari
Ceramah kesihatan
Tayangan mini plenetrium

Esok 29/Mei.. kepada mereka yang tinggal berada berdekatan premis ANGKASA wajib datang kerana pihak agensi sendiri mahukan semangat berkomuniti dan hubungan baik sedia ada semakin dekat lagi.

#angkasa #mosti

7 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Hari hari cari rezeki tapi mesti mau ingat selalu.

Thursday, May 28, 2015 Nazlee Ismail 5 Comments

Rezeki dan usaha, solat utamakan

Ada orang yang memang mempercayai rezeki itu daripada Allah. Yakin namun melihat caranya berusaha, Allah dijadikannya nombor dua pula. Ini khusus untuk kita orang Islam. Nombor dua yang dimaksudkan ialah, apabila seseorang bertembung dengan situasi yang memerlukan dia membuat satu pilihan.

Contoh, apabila dia sedang asyik dengan sesuatu perkara sedangkan waktu solat sudahpun  masuk, maka solat dikemudiankan, malah dikerjakan dihujung hujung waktu.

Beruntung juga ada keingatan mengerjakan solat walau dihujung waktu, namun ramai yang selalu terbabas. Nauzubillah.

Untuk mendapatkan rezeki yang barakah, jaga solat kita dengan mengutamakan yang lebih utama. Jangan melengahkan waktunya.

#jomsolatfardhu #jomsolatsunat

.

5 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

PENCARIAN SPONSOR GIVEAWAY EFG MEGA RAYA

Wednesday, May 27, 2015 Nazlee Ismail 5 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Salam, EFG akan mengadakan GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 buat julung kalinya. Sekiranya ada yang berminat untuk memberi sponsor, boleh hubungi nombor yang tertera di atas.

#giveaway #raya2015 #EFG #ExchangeFeedGroup #GiveawayEFGMegaRaya2015

5 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Review | Bawal Satin Exclusive Gred AAA

Wednesday, May 27, 2015 Nazlee Ismail 1 Comments

Sejak drama TV3 Slot Akasia Hati Perempuan ditayangkan, tudung dan skirt pelakon wanitanya, Yuhanis menjadi tumpuan ramai. Cantik sungguh segala jenis kaler tudung bawal satin yang di pakai Yuhanis dan berjaya menjadi trending walhal tudung satin sudah lama ada di pasaran.

bawal satin cantik.bawal satin murah,bawal satin mia ahmad
Bawal Satin Exclusive Gred AAA

Anda ingin tampil cantik dan bergaya seperti Mia Ahmad semasa hari raya nanti? Masih tercari-cari tudung yang sesuai dengan tema baju raya anda? Kami ada penyelesaiannya.

bawal satin cantik.bawal satin murah,bawal satin mia ahmad
Bawal Satin Exclusive Gred AAA | Grey

Kami menjual tudung bawal satin exclusive gred AAA yang mempunyai 49 warna untuk anda pilih (ada dalam gambar di bawah..scroll ya).

Tudung bawal satin exclusive dengan pelbagai warna menarik mampu meningkatkan seri anda pada pagi raya.

bawal satin cantik.bawal satin murah,bawal satin mia ahmad
Bawal Satin Exclusive Gred AAA | Chocolate

Material kain bawal satin ini adalah Italian Premium Dull Satin. Kainnya tebal, tetapi tidak panas. Material yang digunakan juga tidak berkilat, nampak moist dan mudah iron.

bawal satin cantik.bawal satin murah,bawal satin mia ahmad
Bawal Satin Exclusive Gred AAA | Biru

Tudung bawal satin ini terbentuk elok bila dipakai kerana kainnya yang lembut tetapi mudah dipakai. Yang penting boleh dipakai labuh.

bawal satin cantik.bawal satin murah,bawal satin mia ahmad
Bawal Satin Exclusive Gred AAA | Pink

Sehelai tudung bawal Satin ini berharga RM35. Postage Semenanjung Malaysia RM6/ Sabah Sarawak RM10.

Pilihan Warna Bawal Satin Exclusive Gred AAA
Pilihan Warna Bawal Satin Exclusive Gred AAA

Harga PROMOSI PENGENALAN RM30 SAHAJA sehingga 1 Julai 2015.

Pilihan Warna Bawal Satin Exclusive Gred AAA
Pilihan Warna Bawal Satin Exclusive Gred AAA

Jom dapatkan SEGERA Bawal Satin Exclusive

Pilihan Warna Bawal Satin Exclusive Gred AAA
Pilihan Warna Bawal Satin Exclusive Gred AAA

Jika berminat boleh sms / whatsapp / telegram 013-3560192 atau ke online store: http://onlinestore.irrayyan.com/

1 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Bila pulak giliran aku ?

Wednesday, May 27, 2015 Nazlee Ismail 9 Comments

Aku nak ke Baitullah!

Alhamdulillah.. ini yang dinamakan rezeki, dapat tajaan melancong ke Istanbul serta dapat menunaikan Umrah. Tajaan berupa hadiah pakej travel tersebut adalah untuk staf-staf yang komited menyumbang tenaga dengan Syarikat majikan mereka.

Kalau kita buat terbaik untuk majikan dan menguntungkan perniagaan umpamanya, semestinya kita berhak dapat ganjaran. Ini semua bergantung juga kepada majikan yang perihatin atas sumbangan pekerja mereka. Syabas diucapkan kepada majikan, semoga bisnes mereka mendapat limpahan rahmat Allah di atas keperhatinan mereka. Dan tahniah Asmar juga Wan .

Asmar ni adalah sepupu kepada mamaD, bekeja di sebuah syarikat swasta di Sungai Petani Kedah. Baru tadi kami hantaq depa di KLIA1. Asmar juga adalah blogger @ asmarpunyablog

#doakanjugauntukkamisampaikesana@baitullah

.

9 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Durian Crepe Gerai Depan Giant Nilai ?

Saturday, May 23, 2015 Nazlee Ismail 12 Comments

Durian Crepes Sedap

Durian Crepes .. singgah beli kat gerai tepi jalan depan supermarket Giant Nilai. Sedap rasa.. sejuk memang best bila makan berebut rebut haha.

durian creap giant nilai

Semua suka durian, termasuk mak mertua pcl yang baru pertama kali makan. Tak sangka pulak mak belum pernah makan.. kalau tau awal lagi dah belikan banyak untuk mak.

Durian creap Nilai

durian creap nilai

Musim durian; rasa macam nak beli durian buat sendiri durian crepe...boleh makan sepuasnya.

Rm10 untuk 5 biji crepe.. ok lah kan. Sedap macam nak beli lagi..

#duriancrepedepangiantnilai

.

12 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Review SayidahNapisah | EFG tambah ceria dengannya ?

Friday, May 22, 2015 Nazlee Ismail 15 Comments

Review Seterusnya adalah KC a.k.a kakcik.

Menggelarkan dirinya sebagai Kak Cik, Sayidah Napisah seorang yang bercita-cita besar walau tubuhnya agak comel. Bercita-cita untuk menjadi tenaga pengajar di sekolah ataupun Universiti

Kc yang ramah dan mudah mesra, menjadi mangsa usikan dan dia juga apa kurangnya suka mengusik juga.

Kc dan makanan tiada berpisah. Bertuahnya badan disumbat-sumbat makanan pon badan tak gemuk!

Lc yang tua dari usianya daripada ramalan how-old.net  HAHAHAHAAA

Kc dan trademark senyum colgatenya tiada berpisah juga. Senyuman penambat hati abang-abang dan kakak-kakak efg. 

Rupanya model colgate sejak dari sekola. :D

Bercita-cita menjadi cikgu/pensyarah/ngajar tuisyen atau sewaktu dengannya. 

Berblogging seawal umur 17 tahun, motto utama Kak Cik di dalam dunia blog ialah untuk menyampaikan maklumat yang berguna dan bermanfaat kepada pembacanya.

Bagi yang tidak tahu, Kak Cik sedang melanjutkan pelajarannya di dalam bidang Matematik dan dia memang cintakan Matematik!

Kc yang aktif berbelog, aktif mengomen di blog dan aktif chitchat di group whatsapp merupakan pelajar yang cemerlang dalam akademik. 

Selepas bertahun Kak Cik menggunakan url blog memburucintamu, akhirnya Kak Cik menukar kepada satu nama yang feminin sesuai dengan penampilannya iaitu Sayidahnapisah.com.

Trademark blognya ialah burung terbang membawa daun dan sehingga ke hari ini, burung itu tidak pernah berhenti terbang....kasihan burung tu

15 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Moi sup mamaD Cafe.

Thursday, May 21, 2015 Nazlee Ismail 13 Comments

Paru, tetel, daging, daun sup, daun bawang, kobis, kacang panjang, cendawan telinga tikus, sohoon, tulur masin, sup bunjut tulang dan sos tiram ..semuanya ada dalam mangkuk ni :

mamaD Cafe

food review

Itu semua bahan aku kena beli kat pasar pagi tadi.. dah sudah beli, dah siap pon mamaD masak untuk menu makan tengahari kami.

Bubur nasi dengan sup; kalau kat Utara panggilan popular untuk makanan ni ialah "moi sup" .

Lama dah  tak buat menu macam ni, selalu kalau ada yang teringin makan baru mamaD buatkan.

 Jom lah singgah ke mamaD Cafe :)

#cafedalamanganku

link berkenaan MOI SUP :

Mar 01, 2010
Ini moi bukan sebarang moi...Moi sup ni la buat Pak mertua aku masuk ICU dulu...sedih bila terkenangkan. Arwah Tok Abah penah kata kat kawan dia "moi bini aku buat tak sama macam hangpa makan kat kedai tuh..lagi ...
Jul 20, 2013
... sayur kobis goreng bersama cendawan hitam dan kacang panjang menambah kerangupan ..juga.taburan bawang goreng serta hirisan daun sup dan daun bawang yang segar...semuanya dalam satu mangkuk MOI SUP !

13 Comments: