Nampak lagi tua berkaca mata?

Tuesday, June 30, 2015 Nazlee Ismail 10 Comments

Pagi lagi beria sangat nak berfoto-foto raya di pejabat..hari ni kalau ikut jadual diaorang la. Jadual yang sekejap² berubah waktu..malas dah aku., hurmm kalau ikut mood aku ..dah kelaut jadinya, bila pakai baju lam sebab baju melayu baru tempah tak dan siap.

Tapi kesiankan mamaD dah siap gosok baju aku tu pepagi buta lagi... aku pakai jugak.

tapi bila dah sampai masa nak photo shoot, malas pulak aku..so, tak ada la gambar dalam web Angkasa tahun ni..last, aku masuk sini dalam blog aku ni. Sesuai jadi kenangan beraya di bulan puasa 2015.

Okay, ni baru nak tanya pendapat dan pandangan korang tentang aksesori kaca mata. Dengan berkaca mata sebagai aksesoris?
ada orang nampak segak bergaya..
ada orang nampak  kecedikan disebaliknya
ada orang nampak tak sesuai langsung dengan bentuk muka.

Anda bagai mana?

10 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

#Cabaran20Hari : Menu wajib bulan puasa

Tuesday, June 30, 2015 Nazlee Ismail 13 Comments

#Cabaran20Hari Day04

Menu wajib bulan puasa

Menu orang yang sudah berkeluarga macam kami ni yang punya anak dah besar dan manja, selalunya kami ikutkan keinginannya. Kira menu wajib lah bagi Hanis Umairah (13) ; "Popia Goreng dengan Kuah rojak/cili".

Baru semalam berbuka mamaD buatkan khas untuk hanis memang tak cukup sikit nak lebih selalu. Kalau beli memang tak menepati selera dia, sebabnya inti bukan hebat mana pon cuma ada telur dan dan hirisan timun saje.

popia goreng, #cabaran20hari
popia
Ini menu anak-anaklah.. kita yang dewasa dulu pon sama, kita cuba melayani kemahuan mereka. "Anak suka aku bahagia.." gitulah aku kalau dengan anak-anak.

Seperti kata dalam komen Zura KBBA "tak nak resipi² nak terus makan jer...haha.

Okay..korang boleh LIKE page EFG di sini terdapat senarai url peserta mengikut tajuk dan anda juga boleh ping dan blogwalking :

#Cabaran20Hari Day03 : 

#Cabaran20Hari, #Day04
#exchangefeedgroup
#kelabbloggerbenashaari

13 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Operasi JPJ Musim Perayaan

Monday, June 29, 2015 Nazlee Ismail 3 Comments

Bulan Ramadhan dah jadi sinonim kalau orang sembang pasal pahala, perkara-perkara yang membuat kurangnya atau lebihnya dalam amalan seharian berpuasa. Bulan ini jugak orang bicara pasal persediaan nak sambut raya. Maaf cakap lah, ada orang puasanya biasa-biasa tapi beraya dia yang lebih-lebih.

Bulan Ramadhan nak masuk ke Bulan Syawal, ramai orang sibuk sana-sini sampai tak hirau pasal keselamatan diri dan pengguna lain di jalan raya. Info terkini. JPJ atau Jabatan Pengangkutan Jalan ada membuat kenyataan rasmi supaya pengguna jalanraya lebih berhati-hati dengan 7 kesalahan yang menjadi tumpuan operasi penguatkuasaan JPJ sempena musim perayaan ini.

Kalau hukum agama (akhirat) boleh senang-senang langgar , ini kan hukum duniawi.. walau dunia semata jika tidak dilaksanakan dengan baik, susah jadinya nanti.
Perkara yang susah nak kawal berkenaan sikap pemandu / pengguna jalanraya dipetik dari artikal ini.

Jabatan Pengangkutan Jalan, kesalahan

Operasi JPJ Musim Perayaan

1. Telefon Bimbit
2. Lampu Isyarat
3. Topi Keledar
4. Lorong Kecemasan
5. Garisan Berkembar
6. Memotong Sebelah Kiri
7. Tali Pinggang Keledar

Sebab ambil mudah, ada sebahagian pengguna dapat duit Bonus, dapat wang bantuan BR1M tapi belanjanya untuk bayar saman JPJ. Awas ! kenalah berhati-hati untuk kesejahteraan bersama..nanti dah kena saman baru nak salah sana sini. Salah sendiri / sikap tak cerdik tak pulak nak ubah ...hurmm.

Cara mudah, dan biasakan buat ;
  • Guna hand-free untuk jawab panggilan telefon, dan jangan leka sangat berbual
  • Lorong kecemasan bukan untuk kereta-kereta mewah walau anda mampu bayar saman. Siapa pon tak boleh kecuali kecemasan sahaja. Jangan salah guna.
  • Masuk kenderaan, duduk dan pakai tali pinggang keleder baru jalankan kederaan.
  • Over-take sebelah kanan bukan kiri jalan, double line tak boleh !
Sama-sama elak tragedi, dan memudahkan tugas JPJ. Semoga pihak JPJ dapat melaksanakan tugas dengan baik dan membantu menjaga keselamatan jalan raya.

3 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

#Cabaran20Hari : Resepi Hidangan Sahur Paling Ringkas

Monday, June 29, 2015 Nazlee Ismail 10 Comments

#Cabaran20Hari Day03 :

Resepi Hidangan Sahur Paling Ringkas

Satu dua resepi memang dah ada dalam kepala, apa guna jadi suami kalau tak suka membantu isteri di dapur. Tak suka memasak, itu boleh diterima pakai tapi kalau nak hulur bantuan sikit pon tak boleh tu hanya alasan semata².

Awas! kalau laki anda ada sifat ego yang malas macam tu. Tapi sebagai isteri solehah, anda tak perlu nak bebel sangat.. selagi suami suka makan di rumah, itu sudah cukup bagus.. buat yang terbaik, dan hanya anda sahaja yang memahami sambil memanjatkan doa kepadaNya untuk kesejahteraan keluarga tercinta.

Takmau la cerita masakan paling ringkas masak mee segera haha.. tu ringkas sangat! 

"Resepi Telur Kicap"

#cabaran20hari
gambar blog ibu siti

Kat dapur pcl mesti ada telur ayam.. paling ringkas dan menyelerakan adalah resepi memikat keluarga "Resepi Telur Kicap"

Kicap manis, hirisan bawang besar dan cili merah, cuka, telur dan minyak.
  • Panaskan minyak dalam kuali, goreng telur angkat dan asingkan.
  • Minyak yang sama tadi  digunakan untuk tumis bawang, masuk kicap, cili, cuka sedikit. kacau rata dan jangan lama sangat sampai bawang layu. Sebentar saja. Siap dan tuang ke.atas telur yang digoereng tadi.
Rasa manis masam dengaan aroma bawang tumis tadi membagkitkan selera makan ketika sahur.

Cuba lah ye..jangan baca aje, lain sikit masak kicap ni tapi ini la resepi tradisi sejak mamaD kecik lagi. Aku dah terer bab ni sebab dah selalu tolong mamaD kadang tak sempat nak melayan Hanis dan anak² kecik jagaan kami.

Okay..korang boleh LIKE page EFG di sini terdapat senarai url peserta mengikut tajuk dan anda juga boleh ping dan blogwalking :

Hari 2 : http://www.nazlee.com/2015/06/cabaran20hari-pengalaman-sahur.html?m=1

#Cabaran20Hari, #Day03
#exchangefeedgroup
#kelabbloggerbenashaari

10 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Jam raya aku.. CASIO jenama pilihan

Sunday, June 28, 2015 Nazlee Ismail 5 Comments

Casio; jenama jam tangan pilihan

Singgah kedai jam, tengok bahagian jam brand Casio. Memang syok la kalau ada orang belikan ..tengok warna putih memang menarik perhatian, harga boleh tahan... tak mahal sangat. Boleh buat jam raya.. haha macam bebudak !

casio brand

Tak terduga, ingatkan mamaD nak beli barang untuk diri dia, kan nak dekat raya.. selalunya orang perempuan lah yang beria, perlukan banyak Rm untuk itu dan ini.

Moment paling bermakna kalau kita dapat sesuatu yang tak disangka. Bukan di hari jadi, hari bapa atau special day tapi pemberia dihari-hari biasa. Lagi-lagi pemberian itu dari isteri tersayang.

5 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

#Cabaran20Hari : Pengalaman Sahur

Sunday, June 28, 2015 Nazlee Ismail 10 Comments

Pengalaman Sahur

#Cabaran20Hari, #Day02
Aku sentiasa berselera makan sejak tak bersahur lagi di asrama.
Cerita sikit pasal pengalaman sahur di asrama masa tingkatan 1 hingga 5 ; manu standard mesti ada telur masin sebelah, ada keropok ..(emm lupa plak aku nama makanan tu). Takpa nanti ingat aku terus letak sini.

Bersahur makan ramai² memang best tapi ramai lagi yang best tidur dari turun ke dewan makan.
Sebabnya adalah makanan tak menarik minat student nak makan.

papadom di waktu sahur

Okay aku dah ingat.. (gambar) keropok tu nama dia papadom. Kata orang papadom ni mampu bagi naik selera makan, tu pasal setiap kali sahur mesti ada dua jenis benda makan; papadom dan telur masin. Sampai sekarang dok teringat bila nampak dua benda alah tu akan menggamit nostalgia bersahur di asrama.

Okay tu dulu masa kanak² remaja lagi, kenangan tak akan terpadam selagi ingatan masih kuat. Semua tu menjadikan kita lebih dewasa.

Bila sudah berumahtangga, mulalah episod bersahur berdua; sesuatu momen romantis bila sepasang suami dan isteri saling membantu dengan penuh kasih dan sayang. Bangun sahur berdua, kedapur berdua.. semangat pengantin baru memang begitu. Isteri memasak, suami meneman didapur, itu kerja paling lekeh yang boleh dibuat oleh suami untuk isteri tersayang.

Bila semuanya dah siap dihidang, ready untuk makan tetiba je kedengaran azan subuh . Nasi belum sempat disuap ke dalam mulut, baru nak senduk kuah terpaksa letak balik.

 "Allhuakbar..macam mana nih dah habis waktu imsak?"

keputusan dibuat dengan sabar.. kami sepakat tak teruskan makan sahur sambil telan air liur sambil memerhatikan hidangan ayam masak merah.. glup!!

keseokkanya bila dirisik² dengan orang masjid.. katanya "sini kebiasaanya pak bilal masjid akan laungkan 2 kali azan, satu dilaungkan awal setengah jam sebelum tamat waktu sahur dan satu lagi bila masuk waktu solat subuh"

Memang meduga kesaabaran kami suami isteri masa tu, dan setiap kali Ramadhan, setiap kali dengar laungan azan subuh dari masjid pasti ingat ! sehingga ke hari ini akan kekal sebagai pengalaman sahur yang best sangat.

Okay..korang boleh LIKE page EFG di sini terdapat senarai url peserta mengikut tajuk dan anda juga boleh ping dan blogwalking :

Hari 1 http://www.nazlee.com/2015/06/cabaran20hari-apa-erti-puasa-pada-anda.html

#Cabaran20Hari, #Day02
#exchangefeedgroup
#kelabbloggerbenashaari

10 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

ZAWARA Kota Damansara

Saturday, June 27, 2015 Nazlee Ismail 2 Comments

ZAWARA Kota Damansara

Serius nama ZAWARA sebelum ni asing bagi aku, ingat nak jumpa kawan lama dia...owh ada benda nak borong kat sana rupanya.

kebetulan, Nina hostel dia kat sana..alasan nak makan berbuka sekali dengan jumpa anak, sambil jumpa anak boleh cari koleksi tudung, jubah raya, baju raya ..kot la kan ada yang terbekenan. MamaD baru dapat gaji... gaji kita gaji dia,  gaji dia kita tak kacau tapi kalau tak cukup dia mintak je selalu.

Apa yang best kat sana ..shopping kat Zawara?

meh baru nak ushar ..ada baju untuk lelaki tak? ..ada sesapa nak sponsor tak?

zawara kota damansara

sebenarna boleh je online shopping  kat Zawara ni kan?

bila check kat online web ; emm memang sememangnya Zawara hanya untuk pakaian dan kelengkapan kaum wanita sahaja.. oklah , suami kena beralah selalu.

P/S.. lepas kerja jam 4 pm sat lagi baru nak ke sana... mamaD dah ready !

2 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Resipi Char Kway Teow, Char Keow Teow, Char Kuey Teow

Saturday, June 27, 2015 Nazlee Ismail 20 Comments

Char Kway Teow, Char Keow Teow, Char Kuey Teow

Orang sebut yang sama makna merujuk kepada masakan popular di utara Semenanjung dan kini di seleuruh Malaysia. Asal namanya dari dalam loghat Hokkien (Kaum Cina di utara)

Penang punya char koew teow original nindia memang best ! kalau kita singgah mana-mana gerai char koew teow, boleh nampak tukang goreng dia suka 'main api' ..haa, maksudnya goreng dengan api yang menjulang tinggi, itu lah trade mark depa, char koew teow penang. Memang Sempoi !

Aku ada sikit pengalaman buat resipi kesukaan keluarga sejak dulu lagi. Kalau dulu rajin makan kat gerai char koew teow tapi bila dah pandai buat sendiri resipinya, rasa macam beli dan makan kat gerai tu tak berbaloi pulak..ya la, sepinggan tak puas makan kadang tu..kan?.  Tengok meleleh, lembik dalam pinggan kadang  ada orang yang tak suka tapi sebenarnya lebih ramai yang suka daripada tidak! Kena percaya ni dan semestinya kena rasa dulu baru tau !

Resipi Char Kway Teow

Char koew teow ini rasanya pada kuah kicap? ramai orang boleh goreng tapi nak dapat rasa macam utara punya style memang payah. Ramai peniaga merahsiakan cara buat kuahnya. Kuah mesti banyak,  banjir gitu.., udang besar dan kerang mesti segar..baru lah dapat rasa power tu !

Sebenarnya mudah saje nak buat kicap tu, aku nak share dan bukan nak caras orang punya bisnes. Ini resepi aku buat sendiri. Lain orang lain cara, kalau nak ikut cara aku buat ni silakan...

Biasanya kena ada tiga bekas kalau kita tengok peniaga gerai letak dalam bekas kat dapur masak depa. Satu untuk kicap, satu lagi untuk sambal dan lagi satu bekas bawang putih kisar.

Cara buat kuah kicap char koey teow :

- Kicap manis + kicap masin + air (nisbah masin manis 1:1 dan air untuk banyakkan kuah)
Ramai yang tanya aku macam mana nak nisbahkan.. Okay nak bagi mudah cara, bancuh siap-siap dalam bekas di mana sukatan air dalam 1 liter, campurkan kicap manis dan masin. Rasa masin manis tu secukup rasa. Kalau guna sudu teh, 2 sudu untuk kicap manis dan 1 sudu untuk kicap cair.

Cara buat sambal cili char koew teow
- Cili kering + belacan + bawang putih + bawang besar + air (bahan dikisar halus)

Cara sediakan bawang putih
- Bawang putih+air dikisar halus (untuk tumis bagi naik aroma)

3 langkah atas ni kena sediakan dulu selepas tu baru boleh letak kuali atas dapur untuk proses menggoreng. Lagi bagus kalau guna dapur yang boleh adjust api kecik besar.(kepala gas boleh laras)

Cara Memasak char koey teow :

- Panaskan minyak masak (2 sudu besar), tumis bawang putih yang dikisar (1/2 sudu besar) dan cili kering yang dikisar (1 sudu besar) sehingga naik  minyak
- Masukkan kuah kicap yang telah dibancuh siap-siap (Air + kicap manis dan masin)
- Didihkan
- Masukkan udang (tak perlu rebus), kucai, kerang dan kuah kicap (sukatan lebih untuk lebih banyak kuah)
- Masukkan kuey teow
- Masukkan tauge
- Besarkan api, dengan pantas pecahkan telur dan gaul rata. (pantas kalau tak nanti rasa hangit pulak !)

Ok dah siap tak sampai 5 minit korang akan dapat rasa macam mana char koew teow penang original rasa ! insyaAllah.

Bahan-bahan ; Koew teow, kicap cair, kicap masin, udang besar, minyak masak,taugeh, kucai , telur ayam dan air. Cili kering + belacan + bawang putih + bawang besar + air (bahan dikisar) Bawang putih + air (bahan dikisar)

Tips menggoreng char kuey teow

Goreng satu per satu (Satu gorengan untuk satu pinggan satu orang makan). Ini cara orang meniaga buat !

Kepada yang nak bertanya lebih details lagi boleh wasup saya 017-4009726 (percuma)
Dan kalau nak belajar buat kuah kicap home made pun boleh jumpa saya. Sediakan bahan dan kita buat sama-sama :) insya Allah. segala kos akan dibincangkan.

20 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

#Cabaran20Hari : Apa erti puasa pada anda?

Saturday, June 27, 2015 Nazlee Ismail 6 Comments

Erti Puasa

#Cabaran20Hari, #Day01
Jawapana kepada soalan Pegertian Puasa ini pernah aku hafal masa zaman sekolah rendah dulu lagi. Masa tu dan sampai sekarang ni bila ingat PUASA mesti ingat dalam kepala bahawa setiap orang Islam yang mengerjakannya tak boleh makan dan minum. Betul la tu, orang berpuasa memang tak boleh makan dan minum tapi sebenarnya lebih dari itu!  tak lengkap.

#Cabaran20Hari : Apa erti puasa pada anda?

Pengertian puasa ; Puasa (shaum) dalam bahasa Arab bermaksud meninggalkan. Maksud di sisi ahli Feqah pula ialah 'meninggalkan' diri melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa iaitu bemula daripada terbit fajar hingga terbenamnya matahari dan disertai dengan niat.

Budak kecik boleh faham tentang puasa terutamanya tentang perkara yang boleh membatalkan puasa, ni kan pula orang yang sudah lama hidup dari mereka.. tapi biasalah, kadang tu ada jugak jadi pak turut dalam ibadah puasa. Pengertian sebenar tentang puasa tidak sampai dan berlaku kepincangan dalam ibadah seharian mereka.

Setiap tahun bila tiba bulan Ramadhan, pasti ada yang berniat mahukan Ramdhan kali ini menjadi Ramadhan yang terbaik dari tahun-tahun sebelumnya. Berkelakuan baik, rajin berjamaah di masjid, taknak lengahkan solat bila masuk waktunya. Dan semunya berubah jadi baik, baik dan baik.

1 Ramadhan, Khamis 18 Jun lepas . Ramainay  umat Islam berada di masjid selepas solat Isyak , Alhamdulillah, di merata masjid dan surau penuh untuk menyambut kedatangan Ramadhan dengan solat tarawih berjemaah.

Bulan Ramadhan adalah bulan kesedaran, Bulan untuk bermuhasabah, Bulan untuk menggandakan amal ibadah. Itulah pengertian puasa bagiku #Cabaran20Hari, #Day01

#exchangefeedgroup , #kelabbloggerbenashaari

korang yang berminat atau terasa hati nak memeriahkan #Cabaran20Hari ni boleh la merujuk pada banner untuk tajuk-tajuk hari berikutnya;
*tak ada syarat wajib letak banner okay! cuma buat entri ikut tajuk yang telah ditetapkan.

Okay..korang boleh LIKE page EFG di sini terdapat senarai url peserta mengikut tajuk dan anda juga boleh ping dan blogwalking :

Pengenalan cabaran20hari Puasa/Raya 2015 :
http://www.nazlee.com/2015/06/cabaran20hari.html

#Cabaran20Hari, #Day01
#exchangefeedgroup
#kelabbloggerbenashaari

6 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Char koew teow penang

Friday, June 26, 2015 Nazlee Ismail 5 Comments

char koew teow penang

"kicap, udang, koew teow, tauge, kucai, cili, daun bawang dan kerang" benda ni semua aku pi beli tadi.. merepit sat dari ofis.

dah lama tak buat sendiri ; goreng char koew teow , kalau beli siap tapaw memang tak best..kembang, harga boleh tahan mahal gak tu. Kalau berbaloi takpa la.. ni Selangor bukan Penang or Kedah.. susah nak rasa gerai char koew teow penang original rasa.

kalau makan kat kedai tak puas rasa.. sebab sikit. Korang kalau biasa pekena char koew teow penang original, tak kisah lah area mana sama ada kat Penang sebelah pulau atau Perai atau Bukit Mertajam.. perghh !!

aku memang dah cuba banyak resipi char koew teow.. apa yang beza antara satu gerai ke gerai ialah kicap depa.. memang rahsia?

tapi ni aku punya, lima minit sebelum berbuka aku dah ready tenggek kuali.. kuah dah buat siap²..Goreng char koew teow memang mudah..semudah campak dan campak.

5 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

Friday, June 26, 2015 Nazlee Ismail 2 Comments

Sesungguhnya cabaran dan dugaan itu hadir untuk menguji kekuatan kita. Kali ini, #Cabaran20Hari untuk menguji adakah anda blogger TEGAR?

#Cabaran20Hari 

adalah cabaran selama 20 hari di mana setiap hari anda perlu membuat entri menggunakan tajuk yang di beri beserta kata kunci atau keyword   #Cabaran20Hari di dalam setiap entri.

Cabaran akan bermula pada 27 Jun 2015 sehingga 16 Julai 2015. 

Wahh!! Esok Dah nak mula? 
Jom sahut cabaran ini!

LIKE PAGE KAMI : ExchangeFeedGropup

Pada page ini terdapat senarai url peserta mengikut tajuk dan anda juga boleh ping dan blogwalking :

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015  Hari 1 - 6

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 Hari 7 - 13

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 Hari 14 - 20 

Saguhati akan diberi kepada 10 peyertaan awal yang berjaya menghabiskan ke semua cabaran mengikut tajuk dan tarikh yang diberi. Penyertaan terbuka kepada semua Blogger.

Saguhati akan diberitahu kemudian. Apa tunggu lagi??

Jom mula sekarang!

Happy blogging!

#Cabaran20Hari
#ExchangeFeedGroup
#KelabBloggerBenAshaari

2 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Kaum bapa memang tak cerewet.. kan?

Friday, June 26, 2015 Nazlee Ismail 8 Comments

Hanis sembang pasal baju raya dia dengan mamaD ;

"ma..baju kurung adik satu je ke?"
"kawan adik kata..warna coklat tu warna orang tua²"
"adik nak beli lain la..nak warna lain"

"adik nanti bazir ja beli 2, 3 pasang baju kurung.. sekali pakai masa raya pertama lepas tu dak, baik beli baju lain² ?" mama dah faham sangat pasal hanis punya perangai.. cepat jemu.

bapa tak cerewet

Baju Raya Sedondon?

Kami suami isteri memang tak pernah buat baju raya warna sedondon , kalau nak sama pon mungkin warna seakan sama lebih kurang. Selalunya kami pairkan, hanis sama dengan mama dan aku dengan nina. Tahun berikutnya tukar pair pulak.

Bila dah dengar rintihan anak manja pasal warna baju dia..hurm, sedih la pulak.. tak belikan nanti kata abah tak sporting.

ikut la nak.. tapi mamaD dia fikir jauh dari suaminya ni. Kalau aku senang ikut aje apa anak² mahukan asalkan tak melampau sangat.

Kaum bapa memang tak cerewet.. kan?

#sayanganak
#kasihanak

8 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Peniaga Bazar Ramadhan Harus Amalkan Perkhidmatan Melebihi Dari Kaut Keuntungan?

Thursday, June 25, 2015 Nazlee Ismail 6 Comments

Rehat dari  memasak !

mamaD ajak ke bazar ramadhan .. semalam baru hari ke 5 puasa dah tak ada idea nak masak menu untuk berbuka.

Suri rumah biasanya banyak idea, tapi ada juga hari malasnya, ni bukan alasan tapi memang taktau nak melayan keinginan Hanis.. bosan dah semua yang dia biasa makan.
10, 20 ringgit pasti dibelanjakan.. tengoklah apa menu yang dapat dengan nilai rm sebanyak tu.

Ahad lepas aku dengar tazkirah ustaz di masjid pasal peniaga bazar ramadhan;

Amalkan Perkhidmatan Melebihi Dari Kaut Keuntungan

"Kalau sahabat, jiran atau kenalan berniaga kita sebolehnya bagi sokongan moral dengan membeli jualan mereka. itu hak kita sebagai kawan.
Peniaga pulak, sebolehnya berniaga dengan ikhlas niat dan lakukan berniaga  itu lebih kepada untuk memberi khidmat kepada pelanggan yang rata-ratanya bekerja dan tak sempat nak masak juadah sendiri."

Alangkah bagusnya kalau semua peniaga amalkan perkhidmatan lebih dari kaut untung.

Satu dua bebelan dari mamaD hasil 'lawatan' tak rasminya ;
"lalat banyak hinggap atas kuih muih, lauk pauk tak bertutup dan peniaga buat tak endah je.. halau pon tidak!"

"beli mahal takpa kalau puas hati makan, sesedap rasa kalau mahal pon...ni tidak !"

emmm patut la lama sangat sampai tertidoq aku tunggu dalam kereta..punya nak cari peniaga bersih dan memenuhi seleranya.

#memangpatutmasaksendiridirumah

6 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Inspirasi Menulis Dalam Blogging

Wednesday, June 24, 2015 Nazlee Ismail 7 Comments

Inspirasi Blogging

Kadang susah nak dapatkan momentum atau mood blogging yang berterusan bagi menghasilkan karya. Perlu ada sumber inspirasi, tujuan dan target.

Suatu tempoh masa, mood berblog sesorang blogger akan merudum, ini  berlaku kepada kebanyakannya blogger secara umumnya.

Aku sendiri dah memasuki tahun ke 5 serius dalam blogging, dah biasa sangat tengok perkembangan rakan blogger dan baca luahan mereka berkenaan mood menghasilkan entri atau mood menulis.  Ada masa rancak hasilkan entri dan ada masanya sunyi sepi 'blog bersawang' dalam tempoh tertentu.

Sekali dalam setahun atau dua tahun sekali pasti akan ada mood macam ni.. mood malas nak update entri, mood nak memulakan rentak penulisan.. mungkin ini dinamakan "tempoh bertenang". Aku risau kalau ia jadi "tempoh bertendang" !

Blogger separuh masa mungkin tak kisah, berbanding blogger sepenuh masa yang 'cari makan' dengan blogging.

Apa penyelesainnya?
Ingin menjadi blogger hebat kenalah berfikiran kreatif, kena bijak memikat pembaca, Kuat semangat dan berusaha mendapatkan suntikan inspirasi. 

Inspirasi selalunya akan hadir dengan berbagai cara ;

#Perhati gelagat sekeliling .

#Perhatikan gelagat anak-anak, tengok gambar family .. tengok gambar isteri anak.. tengok gambar emak ayah , tengok keluar tingkap..tengok pemandangan hijau. 

#keluar dari "kotak" dan berfikiran luas.
bila selalu duduk terperuk di suatu tempat yang sama, tak suka bercampur masyarakat luar, Tak ada masa dengan dunia luar,  fikiran boleh jadi karat, otak 'membeku' !

" I' am looking out of the window waiting for something to blog...hemmm "

7 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Helenz Signature, Menyempurnakan Kejelitaanmu.

Wednesday, June 24, 2015 Nazlee Ismail 2 Comments

Anda ingin kelihatan lebih anggun bergaya di Aidil Fitri ini? 
Malu dengan masalah jerawat anda? 
Anda mempunyai kulit muka kusam?

Jika anda ada masalah itu jangan pergi dari sini

Jawapan ada di sini!!

Lihat apa yang terjadi pada kulit muka mereka ini. Semakin bersinar dan berseri.

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Testimoni Madeena Skincare by Helenz Signature

Madeena Skincare by Helenz Signature

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Logo Helenz Signature

Memperkenalkan Madeena Skincare by Helenz Signature. Produk yang disahkan Halal, mendapat jaminan KKM dan juga diformulasikan dengan teknologi terkini dengan menggunakan bahan semulajadi.

Manfaat Madeena Skincare by Helenz Signature

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Madeena Skincare by Helenz Signature

Dapatkan Madeena Skincare by Helenz Signature yang mampu :
  1. Mencerahkan dan Melembapkan Kulit
  2. Mengecutkan Jerawat dan Menghilangkan Jeragat
  3. Menghilangkan Whitehead dan Blackhead
  4. Menghilangkan Kulit Kusam dan Tidak Bermaya
  5. Menghilangkan Kesan Lebam di Bawah Mata
  6. Menyingkirkan Minyak Berlebihan Pada Wajah
  7. Merawat Tekstur Kulit dari Dalam
  8. Melindungi Kulit Muka dari sinaran terus UV
  9. Menghilangkan Garis-Garis Halus dan Kedutan Pada Wajah
  10. Menjadikan Wajah Lebih Cantik, Berseri dan Tampak Muda!

Harga Madeena Skincare by Helenz Signature

Dengan hari raya yang akan datang tidak lama lagi, marilah kita mempersiapkan penampilan kita.
Harga yang ditawarkan amat berbaloi. 5 in 1 complete set dengan harga RM150 dan mampu menaikkan seri wajah anda. Ianya sangat BERBALOI

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Madeena Skincare by Helenz Signature

Testimoni Madeena Skincare by Helenz Signature

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Testimoni Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan

Jadi, apa tunggu lagi?

Vaucher Diskaun

Khas untuk pembaca blog nazlee.com, saya ada kuota voucher diskaun RM20 untuk mereka yang pertama kali nak mencuba Helenz Signature. Harga biasa ialah RM150. Selepas tolak diskaun, jadi RM130 saja. SANGAT BERBALOI kan? Dengan harga tersebut, boleh dapat 5 in 1 Helenz Signature Skincare Set. Free Poslaju pulak tu.

Namun, anda harus tahu, voucher ini Khas untuk 5 Pembeli terawal Sahaja. Anda harus cepat bertindak.. Jangan sampai Hq reply 'Maaf, kupon diskaun dah habis'.

Whatsapp kod ini sekarang: HSD130 dan hantar ke 013-3155 373
Jom jadi yang terawal untuk mendapatkan diskaun Khas ini.

Helenz Signature, Menyempurnakan Kejelitaanmu....

Cara pembelian Madeena Skincare

Pembelian boleh di buat terus dengan menghubungi:

1. Helenz Signature HQ
013-3155373 (Aishah) (Whatsapp/call)

2. Facebook page
Helenz Signature Official

3. Instagram
@helenzofficial

4. Website
www.helenz.my

Agent & Stokis diperlukan
Disamping wajah anda menjadi lebih cantik dan berseri, anda juga boleh menjana pendapatan bersama Helenz Signature. Jom Whatsapp segera ke 013-3155373 (Aishah)

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
As seen on

Nantikan juga kemunculan

MADEENA SKINCARE

by
HELENZ SIGNATURE
pada 
13 JUN 2015
dalam
NASI LEMAK KOPI O

2 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Bahagia kita bagaimana?

Monday, June 22, 2015 Nazlee Ismail 4 Comments

Bahagia kita bagaimana?
Rasanya tidak bahagia kalau anak-anaknya derhaka,
isterinya selalu membantah,
tanggngannya selalu buat dia resah.
Ini yang ada difikiran oleh sebilangan suami.

Bahagia kita bagaimana?
Ada rakan  selalu buatnya sakit hati,
jiwanya selalu tak tenteram dan
hawa nafsunya selalu diturutkan.
Ini yang difikirkan oleh teman yang sensitif.

Bahagia kita bagaimana?
ada ibu bapa jarang ditanya khabarnya.
datang bila ada masalah, pergi hilang dengan kehidupan sendiri.
Anak yang berfikiran waras selalu ingat bahagia.

Bahagia kita bagaimana?
Duniawi tepat , ukhrawi tak sempat.

4 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Jom Raya Kat Langkawi ?

Monday, June 22, 2015 Nazlee Ismail 10 Comments

emm.. awal pagi masuk kerja dapat email pihak pengurusan suruh staf isi borang perancangan cuti raya.
maksudnya aku kena rancang berapa hari nak ambil cuti.

cuti kat Perak, cuti kat Sp dan cuti kat Langkawi? ..mau kena ambik banyak hari tu..
Langkawi tetap ada dalam plan sebab dapat sponsor review hotel kat sana. Suka tapi bercuti masa mood raya.. camana tuh??

Aku yang dah pilih tarikh tu..tu je masa yang ada untuk cuti panjang. (15-24/Julai cukup la kan).

Lamanya tak ke Langkawi. Agak lebih 10 tahun..dah tentu banyak perubahan.
masa last sekali ke sana belum ada cable car. Excited terlebih pon hado nih haha

Langkawi Lagoon Resort

Ini tempatnya, Langkawi Lagoon Resort harap jadi la plan kami sekeluarga nanti.
Dah betul jadi nanti baru boleh cerita lebih.. okehh !!

#kelabbloggerbenashaari ~ tqvm.

10 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Promosi Raya Slot Iklan di Blog PCL

Sunday, June 21, 2015 Nazlee Ismail 8 Comments

Blog www.nazlee.com sedia menerima iklan untuk anda yang nak buat promosi raya.

Slot iklan terhad, terbuka kepada sesiapa sahaja untuk beriklan. Iklan text dan banner.  Hanya untuk slot seperti berikut :

1) Leadboard (728x90)
2) Sidebar (250x250)
3) Post blog

Kepada yang serius berminat boleh hubungi pcl untuk pertanyaan, terma dan syarat .
(whatsapp : 0174009726)

iklan sidebar contoh :

8 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Kerja Sabtu Memang Best !

Saturday, June 20, 2015 Nazlee Ismail 3 Comments

Kerja Sabtu Memang Best !

Best bila terima gaji bulanan nanti duit bertambah.
Best bila takde orang kacau !
Best buat kerja santai-santai.

Suka tengok pemandangan macam ni bila buat kerja hari Sabtu, hari lain-lain pon view hampir sama tapi bila masa kerja hari biasa dengan masa kerja santai-santai  gini  ada perbezaannya.

lebih lapang..lebih tenang .

Aku ni suka tengok tempat ada air, macam tenang je rasa... nak berenang-renang tu tidak la tapi ; kalau ada batang pancing aka fishing rod best ni..

Pernah dulu aku dapat ikan Tilapia Merah, tempat ni adalah Kawasan Larangan sebenarnya tu pasal aku tak hebohkan. Nanti kang tak pasal-pasal satu kampung orang masuk datang memancing.

Kalau kerja hari Sabtu memang best ! kerja tetap terlaksana sebab kita ni cuma memantau orang lain buat kerja..

#Esok boleh cuba nasib kot... Tilapia owh Tilapia!
#kakipancing

3 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Capaikah pakatan kami?

Saturday, June 20, 2015 Nazlee Ismail 2 Comments

Buka puasa dalam tahun ni dah siap pakat-pakat dengan mamaD dari awal lagi ; takyah masak banyak-banyak. Masak sikit tapi sedap.

Aku setuju dengan mamaD pasal pengambilan menu makan kami sekeluarga di bulan puasa ; 

Kuantiti nasi dikurangkan,
Manisan dikurangkan,
Lemak-lemak dikurangkan,

Protin ditambah
Sayuran hijau dikerapkan

Amalan ditambah,
Ibadah diperbaiki,
Lagha dihindari, 

BOLEH, insya Allah.

Tapi selalunya ada excuse ; 
Bila Hanis yang manja mintak makan itu dan ini.
Bila ada jemputan berbuka buffet di hotel
Bila ada moreh kat masjid
Bila menjadi tetamu di rumah orang.

Capaikah pakatan kami?

BOLEH, insya Allah.

2 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Giveaway bersama Wayne Harraz

Friday, June 19, 2015 Nazlee Ismail 1 Comments

18/6/2015 sehingga 30/6/2015

uhhh papajohn pizza !! , 2 kupon untuk seorang boleh menang Giveaway kat  blog Wayne Haraz. (Klik Join di sini) .

Selamat menjalani ibadah puasa. Good Luck !

1 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Rebutlah.. senang-senang dapat Rm100!

Friday, June 19, 2015 Nazlee Ismail 7 Comments

Salam.. yg dah join GA t.kasih dgn sokongan anda, pastikan semua syarat dipatuhi ..gi check lagi sekali kot² ada yg tertinggal syarat wajib..rugi dah join tapi problem.. Dan yg belum tu..rebutlah, masih ada masa lagi utk #duitrayagempak #giveawayefgmegaraya2015

Senang-senang dapat Rm100! klik banner kalau belum / nak join (sini pon boleh)

giveaway senang-senang dapar rm100

Ref : http://www.nazlee.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html?m=1

#exchangefeedgroup
#EfgBukanSembangKosong

~ baru nak semak semula !

7 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Sampai bila nak beranggapan begini..

Friday, June 19, 2015 Nazlee Ismail 4 Comments

Bila orang yang tak pernah kenal tegur kita, tanya pasal kesihatan, pasal anak-anak dan last sekali  mintak nombor fon sebelum beransur.

Kita layan sembang dengan dia sebab dia peramah, sebab tak ada orang lain nak sebang masa tu, kita ni jenis tak kisah, kita memang tak sombong. Orang buat baik kita pon suka.

Terpaksa bagi gak nombor fon sebab dia nampak kita tengah wasup dengan group. Sebab dia bukan jenis orang  yang bermasalah, nampak dia tak mencurigakan, lagi pon dia lelaki biasa bukan gay atau dara.

Lama senyap, lepas beberapa hari ada call masuk tertera nama dia di skrin handphone, dah save nama.

"boleh kita sembang-sembang kat mamak kejap?"
"sori bro..saya ada kerja nih...bizi ngan anak-anak" aku bagi alasan.
"malam esok boleh... tak ada apa..saja lama kita tak borak kan?"

Esok malam call lagi..dan lagi.

"bila free bro?"
"bulan puasa , kita pegi masjid" aku balas
"malam sikit pon ok bro" ..dia nak ajak jugak.
"letih arr bro..cakap je dalam fon nih" ..aku bagi alasan sebab memang malas nak keluar malam.
"takpe nanti senang kita jumpa bila u free"

Huh..nak entertain aku eh (aku tak jaga projek kerajaan tau?)

Dia ni bukan orang kita, tapi sangat fasih bercakap dalam bahasa melayu.
mula-mula jumpa kenal di hospital masa nak tunggu giliran ambik ubat.

Persepsi pada mulanya okay dah tukar jadi lain...

  • dia nak jual apa? ..insuran kot
  • dia bisnes apa? .. MLM cari downline kot
  • dia minat aku? ..minat apa nya

Sampai bila nak beranggapan begini..hurmm.

4 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Semangat untuk slim ?

Thursday, June 18, 2015 Nazlee Ismail 2 Comments

13 minggu lepas aku timbang berat badan emm; tengok dalam gambar bawah.. menurun.

Amalkan makan nasi dengan jumlah yang sedikit, banyak makan sayur dan protin. Dulu masa mula-mula buat atkins, sampai dapat berat ideal ikut BMI standard. 72kg turun 68kg..huh best !! ringan sikit rasanya badan ni...tambah semangat.

Dalam bulan puasa ni lah cabaran, berbuka puasa dah tentunya makan dan minum berlebih..tapi aku akan cuba mentain nak pegang angka 62kg...haha.

Jemputan iftar sudah menunggu dan mungkin ada dari hari ke hari.. apakah harus ditolak?

dan sepekara lagi... risau kemeja "slim feet" tak muat...hemm awal lagi dah beli sebagai pembakar semangat !

2 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Mencari Bonus ?

Thursday, June 18, 2015 Nazlee Ismail 3 Comments

Pencarian Bonus

Bonus Ramadhan

Bermulalah pencarian bonus untuk ibadah kita sejak semalam lagi yang Allah sediakan Dalam bulan Ramadhan yang mulia, setiap amalan baik akan berlipat ganda pahalanya.

Bonus macam ni wajib dicari, ianya bukan datang begitu saja..

Bonus kerajaan kepada penjawat awam selalunya akan diumumkan, kadang ada kadang tiada dan kebiasaanya akan dapat mengikut gred atau pangkat begitu juga pekerja sektor swasta.

Bonus Ramadhan adalah untuk setiap umat Islam yang istiqamah mengamalkannya dari bulan-bulan sebelumnya. Mempergandakan amal ibadah seharian.

Dalam bulan ramadhan terdapat banyak amalan-amalan yang tiada pada bulan lain malah digandakan pahalanya lebih dari bulan-bulan yang lain. Tidak hairanlah kalau dikatakan bahawa bulan ramadhan ini ialah bulan mendapat bonus dari Allah swt. Sebab itu kita kena berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya yang bukan hanya satu bonus yang ditawarkan malah sangat banyak dan berlipat kali ganda pula.

Antara amalan yang terdapat pada bulan ramadhan yang tidak terdapat pada bulan lain ialah puasa, zakat fitrah, kelebihan beramal pada lailatul kadar dan solat tarawih. Allah swt memberikan ganjaran kepada hambanya bagi satu amalan yang baik ialah dengan 10 pahala (10 kali ganda) sehingga kepada 700 pahala dan lebih dari itu.

Firman Allah swt dalam Surah Al-Baqarah ayat 261 :
"Bandingan (derma atau nafkah) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah seumpama sebiji benih yang menumbuhkan tujuh batang tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Allah melipatkan pahala bagi siapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas( kurnianya ) lagi Maha Mengetahui "

Marilah kita cari dan rebut peluang yang datang sekali sebulan dalam setahun .

Ramadhan bulan ibadah,
Ramadhan bulan kebahagiaan.

Salam 1 Ramadhan buat semua sahabat mayaku semoga segala amalan kita mendapat rahmatNya.

3 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Resipi mudah Kerabu Tembikai .

Wednesday, June 17, 2015 Nazlee Ismail 9 Comments

Resipi mudah Kerabu Tembikai .

Tembikai yang dimaksudkan bukan bahagian isi merah/kuning tapi bahagian dalam kulit yang warna putih tu.
Elakkan pembaziran, kalau tak tahu cara buat pcl boleh tunjuk resipi mudah ni..

Bahan-bahan ;
1) Kulit Tembikai (bahagian dalam)
2) Cili padi (blend macam buat sambal)
3) Bawang Besar (potong kerabu)
4) Garam dan gula (secukup rasa)
5) Limau nipis (kalau suka masam)

Cara-cara ;
1) Mula dengan kaut/cakar guna sudu bahagian dalam kulit tembikai.
2) Campur semua bahan dan gaul sebati
3) Perah limau nipis jika perlu
4) Siap untuk dihidang (Masuk dalam peti sejuk untuk rasa kesegaran)

kerabu

Ini (gambar atas) yang mamaD buat pagi tadi... tak sabar menanti lunch hari ni sebelum Ramadhan tiba (esok). Dan gambar bawah ...plating by pcl ..ok tak ??

kerabu

kerabu

Selamat mencuba dan  Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak

9 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Ramadan 1436H/2015M Malaysia

Wednesday, June 17, 2015 Nazlee Ismail 7 Comments

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Ramadan 1436H/2015M Malaysia

Jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi setiap negeri di Malaysia seperti tersenarai di bawah dan diumumkan oleh JAKIM. (rujuk sini)

Jadual Berbuka & Imsak Perlis
Jadual Berbuka & Imsak Kedah
Jadual Berbuka & Imsak Pulau Pinang
Jadual Berbuka & Imsak Perak
Jadual Berbuka & Imsak Kelantan
Jadual Berbuka & Imsak Terengganu
Jadual Berbuka & Imsak Pahang
Jadual Berbuka & Imsak Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan
Jadual Berbuka & Imsak Selangor
Jadual Berbuka & Imsak Negeri Sembilan
Jadual Berbuka & Imsak Melaka
Jadual Berbuka & Imsak Johor
Jadual Berbuka & Imsak Sabah

Jadual Berbuka & Imsak Sarawak
Sarawak Zon 1
Sarawak Zon 2
Sarawak Zon 3
Sarawak Zon 4
Sarawak Zon 5
Sarawak Zon 6
Sarawak Zon 7
Sarawak Zon 8
Sarawak Zon Khas 

Jadual Imsak dan Berbuka Puasa

** Untuk muat turun dokumen, klik pada jadual yang dikehendaki

7 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Soalan untuk Wanita dan Isteri

Tuesday, June 16, 2015 Nazlee Ismail 16 Comments

Cakap berkenaan lelaki dan suami?
Pcl dapat rasakan pengunjung blog nazlee.com ni 80 peratus adalah wanita, itu sebab pcl bertanyakan soalan ini ;

Sebagai isteri, anda suka tidak kalau dia (suami / bakal suami anda) sering bersama rakannya selepas waktu bekerja dan pulang lewat ke rumah atau selalu menghabiskan banyak masa dengan 'orang luar' berbanding keluarganya sendiri?

Itu bagi kes suami yang suka aktiviti di luar rumah, dan jika suami berada di rumah pula (ada macam tak ada), asyik dengan sosial media?

Apa tindakbalas anda ?
Setakat mana tahap ketidakpuasan hati anda ?
Cemburu ?
Bagaimana anda menangani ?

pcl blogger

Alhamdulillah, pcl sudah melebihi 15 tahun hidup berkeluarga, akui tetap ada permasalah yang sama dan pcl tahu anda juga. Biasa, itulah rencah kehidupan dalam berumahtangga.

Setiap perkahwinan itu mempunyai fasa-fasa yang akan ditempuh. Pasangan dan rumahtangga yang nampak bahagia dan ‘sweet’ selalu, bukanlah tidak ada ribut taufan di sebaliknya. Pasangan yang kelihatan seringkali bertengkar juga bukannya tidak melalui tempoh-tempoh aman dan kemanisan. Semuanya itu tidak perlu ditunjuk, disebarkan. Fasa perkahwinan kami sudah memasuki fasa ke empat. Syukur alhamdulillah. Perlu ada ciri Mawaddah Warahmah dalam membentuk sebuah keluarga Sakinah.

Kalau sebelum berjodoh kita boleh berusaha memilih calon suami tapi bila sudah dijodohkan dan ditakdirkan Allah, dia jodoh kita ..redha aje lah. Saling memperbaiki yang mana ada kekurangan itu adalah jalan terbaik penyelesai masalah.

Mungkin ini kriteria bagi gadis-gadis yang hendak membuat pilihan bakal suami :
Berkemampuan, Tidak Dayus, Baik, Tidak Membebankan, Mempercayai Isteri, Bertanggungjawab,
Mudah Memaafkan, Berketurunan Baik Dan Rajin Beribadah.

#sekadarperkongsian.
#janganemosisangat.

16 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Karipap IKEA sedap?

Monday, June 15, 2015 Nazlee Ismail 37 Comments

Semalam satu benda makanan yang   teringin sangat bila mamaD ke IKEA ; Karipap ikea aku panggil nama kuih itu sejak dulu lagi nama itu lah sampai sekarang.

Sama saja kalau namanya kuih karipap dan cuma beza mungkin inti dan cara membuatnya.
Ikea bukan brand kepada kuih ini, tapi bila dijual di kawasan berdekatan , aku label kuih itu sebagai "Karipap Ikea".

Sedap rasa, masih sama dengan apa yang kami pernah makan sebelumnya (tahun lepas²).

Masa aku beratur untuk bayar barang di kaunter barang Ikea, mamaD bisik kata, dia dan anak-anak nak kedepan beli karipap dan tunggu di kerusi menunggu berdekatan.

"beli lebih sikit, lama tak makan" sambil lambai tangan dan tunjuk 4 jari kat diorang .

IKEA

IKEA

Nama Kuih : karipap Ikea
Lokasi : IKEA Damansara Petaling Jaya, depan Kaunter Pembayaran (luar)
Harga : Rm5/6biji @ Rm1/biji

"sedap... saiz makin kecik, dulu telur ayam rebus sebijik dah tukar jadi telur puyuh dalam intinya"

37 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Birthday Hanis

Sunday, June 14, 2015 Nazlee Ismail 17 Comments

Birthaday anak bongsu pcl, Nurhanis Umairah yg ke 14.
Selamat hari lahir hanis, jadi anak solehah dan belajar rajin². Moga hidup sentiasa diberkati Allah swt.

Sambutan birthday keluarga pcl memang tak ada kek .. jarang sekali kalau nak buat atau beli kek, tak gemar makan kek adalah salah satu penyebabnya.

Bila tarikhnya kebetulan hari cuti, hanis request nak tonton wayang..lama dah dia mintak tapi pcl tak berapa galakkan sangat.

Tapi untuk kali ni cerita "Jurassic World" jadi tontonan kami berempat.
enjoy jugak..
pastu masuk Ikea untuk memenuhi permintaan mamaD.

17 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Kenapa perlu ada Bisnes Kad ?

Saturday, June 13, 2015 Nazlee Ismail 12 Comments

Kad blogger saya cepat habis sebab saya jenis orang yang suka 'tabur' kad, tujuan untuk marketing brand/jenama blog atau bisnes kita.. Jangan malu kenalkan nama, kalau malu nak "bukak mulut",  gunalah kad sebagai pengganti.. Ini tindakan yang terbaik dan berkesan.

Di mana nak dapatkan khidmat untuk buat kad nama/ bisnes kad murah?

Blogger PCL

Bisnes Kad Murah

KAD BISNES MURAH | BELI 10 PERCUMA 10 | Wooowwwww ! PROMOSI TERLAJAK MURAH SEMPENA RAYA YANG BAKAL TIBA NI. Dengan hanya membeli 10 kotak bisnes kad anda akan menerima 10 kotak lagi!!  Siapa yang taknak lepaskan peluang keemasan ni ! Kenapa perlu ada Bisnes Kad? 
  • Salah satu medan promosikan produk jualan anda.
  • Satu alternatif untuk tingkatkan ‘branding’ barangan anda.
  • Menambah kenalan dan network lebih luas.
Kepentingan kepada Blogger, bisnes kad atau blogger kad ini sangat penting. Lagi-lagi blogger #retis dan #otai amat memerlukan Bisnes kad bagi meningkatkan lagi branding Blog disamping menambah kenalan blogger. Pasti susah jika rakan baru mahu mengingati nama blog anda, bukankah Bisnes kad banyak membantu?

Sekiranya anda mahukan dalam kuantiti yang sedikit. Berikut adalah pakej yang lain:
  1.  1 box/100pcs = RM26
  2.  3 box/300pcs = RM53
  3.  5 box/500pcs = RM75
  4. 10box/1000pcs = RM110 (Free 10box)
*harga tidak termasuk design dan postage
bizkad murah

  • Material : Art Card Matt Lamination
  • Jenis : 260gsm art paper
  • Kalis Air
  • Elegent dan profesional 
  • Tahan Lama berbanding kertas biasa 
  • Laminate yang tidak licin dan tidak bersinar
  • Warna lebih tepat dan cantik
Sticker murah

Sekiranya anda mahu selit tempahan sticker, pakej kad kahwin murah, banner, bunting, dan lain lain perkhidmatan printing.. Boleh hubungi:

Dalizgrafix
IG :  @dalizgrafixWhatsapp: +6012 3644 805
WechatID: dalizgrafix2
Facebook : Adam's Print Shoppe / dalizgrafixEmail: dalizgrafix@gmail.com

12 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Pemenang Giveaway (2 juta PV) diumumkan sekarang !

Saturday, June 13, 2015 Nazlee Ismail 11 Comments

Pagi Sabtu jam 7 am, Page View blog pcl sudah cecah angka 2000000 (2 juta) . Seperti yang dijanjikan kepada yang sempat capture gambar dan hantar ke whatsapp pcl, Yang Terpantas akan menang RM50.

Giveaway mula disiarkan pada entri ini : GiveAway 2 Juta PV  dan diperingatkan lagi sekali : Call for GA

Ada tak yang dapat capture tepat angka tu? ok jap lagi pcl umumkan.

Kita share dulu,  luahan hati seorang pengunjung setia ..yang berusaha gigih , terima kasih dari pihak pcl.

".. mula dari jam 3 pagi, 4 pagi tengok pv angka nak dekat 2 juta, kunci jam lagi ... jam 6, 7, 8 ..dan akhirnya TERLEPAS !!" 
kecewa dia ... alahai, namun rezeki berpihak padanya. Dia penghantar whatsapp terawal dan paling hampir angka 2000000

TAHNIAH  Sayidah Napisah (Sayidah LuRve ChOc) , anda telah berjaya ..paling pantas dan paling hampir capture angka ::

giveaway 2 juta page view

p/s ;  Sila pm no akaun dan nama ke whatsapp saya. Terima kasih.

11 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Lagi mudah dengan Sistem AUTO-SCHEDULE FEED di EFG

Friday, June 12, 2015 Nazlee Ismail 11 Comments

AUTO-SCHEDULE FEED  

Exchange Feed Group Blogger Awesome
Exchange Feed Group Blogger Awesome

Exchange Feed (EFG) dah ada 45 ahli setakat hari ni.  Kiranya boleh kata ramai jugak dan sebenarnya ramai lagi dalam senarai menunggu nak join group . Kalau betul nak join pasti anda sanggup tunggu untuk pengambilan ahli seterusnya.

"Pengabilan ahli baru tu bila?"

itu kena whatsapp admin/BOD... boleh tempah angka giliran anda.

Apa yang pcl difahamkan oleh tonggak EFG, kenapa tak masukkan ahli baru masa sekarang ni adalah ; 45 yang ada mesti jadi mantop dengan teknik blogging. Mereka ni semua sebagai perintis...kalau tak jadi blogger hebat pon, jadilah blogger yang berdisiplin InsyaAllah.

EFG "bukan sembang sombong" tak terima penambahan ahli, tetapi EFG berpegang pada slogan "bukan sembang kosong". Apa yang dikata akan dikotakan.

Sistem feed secara manual sudah ditukar menjadi Autofeed dengan jayanya.  EFG sangat bertuah mempunyai seorang programmer hebat, belia adalah tulang belakang EFG . Segalanya berkenaan jadual feed telah diprogramkan. Kerja feed lebih mudah dan ini adalah tingkat pencapaian terbaik. (Boleh tengok paparan Autofeed terletak di bahgian atas post entri)

Kalau sebelumnya,
hari-hari jadual Feed akan keluar jam 11 malam. Semua WAJIB feed sebelum jam 9 pagi esok harinya.

Tapi sekarang tidak lagi..dah ada kemajuan!

Jom baca apa kata mereka mengenai EFG!

1. Mommy Irra
Motif Utama EFG adalah nak meningkatkan UV(uniq visitor) blog. Selain daripada tukar feed sesama ahli, kami sharing ilmu lain yang mempengaruhi peningkatan UV. Antaranya:
-SEO blog
-SEO entry
-blog mobile friendly
-template responsive
Satu perkara yang EFG tak dapat bantu adalah MALAS.
Setiap usaha yang RAJIN pasti akan membuahkan hasil.

Cabaran bagi mommy adalah nak melayan kerenah 45 orang ahli EFG + 3 anak comel. Macam-macam ragam lah kalau dah ramai-ramai ni. Kita tak boleh ada ahli tidur. EFG tak ada makna kalau blogger itu tidak update entry! Maka, EFG mewajibkan setiap ahli untuk update entry sehari sekali. Sekiranya tak sempat boleh backdate. 

Tiada siapa dapat mengubah anda melainkan diri sendiri. EFG memberi semangat untuk semua ahli untuk update entry setiap hari. Apa sahaja masalah mengenai blog, utarakan sahaja pasti ada yang membantu. Sejauh mana EFG boleh pergi? Susah nak menjawab soalan ini. Sebabnya plan asal pon tidak lah nampak seperti hari ini. So, wait and see. Semalam mommy tanya pandangan semua tentang EFG. Jom kita baca apa komen mereka!

2. Anis
Bukan senang kita nak dapat ilmu blogging lagi-lagi secara percuma dalam efg.. setiap hari kalau tak jenguk group efg, rasa mcm ada yang hilang.. semangat berblogging semakin tinggi dan sentiasa amalkan apa yang dah diajar.. moment yang tidak akan dilupakan.. dalam efg bagaikan adik beradik yang saling membantu jika ada masalah dan menceriakan hari-hari ku.. saranghae keluarga efg.. semoga ukhwah yang terjalin ini akan kekal sampai bila-bila.. aminn..

3. aRz
Pada mula rasa EFG ini sesuatu yang mudah. Hanya sekadar menukar Feed. Tetapi semakin lama semakin mencabar memerlukan komitmen. Rasa seperti tak cukup masa. Tetapi bila ahli semakin berkembang bermacam aktiviti ada. EFG juga memperkenalkan teknik SEO, Template responsive, blog mobile friendly. Dan hari ini lebih mencabar bila setiap ahli EFG semakin rajin menaip entri. Kalau dulu sorang-sorang nak taip entri pun malas. Bila berkumpulan semangat itu semakin membara. Insya Allah EFG akan melangkah semakin maju ke hadapan.

4. nani
Daripada nani sifar pasal blog sampai lah dah masuk EFG baru lah tahu pasal ilmu blog ni. Sebelum masuk efg tak pernah tahu pun blog ni ada jugak ilmu nak kena belajar. Heheh. Ingatkan blog ni biasa2 je. Main tulis je apa yang kita nak rupanya macam2 boleh buat dgn blog.Hari hari ilmu bertambah pasal blog bila duduk dalam ni. Ada abang kakak adik yg baik2 nak menolong bila ada masalah dengan blog. Masing2 tak lokek dengan ilmu yang ada. Tq uolsss 

5. Bonde
Bagi Bonde sebelum terlibat secara langsung dengan EFG blog bonde hanya sebuah diari Maya...
Perkembangan Positif banyak yg bonde perolehi dari menyertai EFG.  Dalam EFG semua mmberi pendapat yang positif, sebarang masalah blog semua boleh dirujuk dan diselesaikan oleh sifu2 EFG.. Mula2 belajar Feed.. Menjadikan diri kita displin dalam jadual yg diberi. Yg sebelum ini tak tau langsung pasal feed. Jadual feed ada barulah happy feed. Belajar teknik SEO tak tau pon sebelum ni... Dlm EFG saling Bantu membantu tingkatkan SEO ahli hingga jd 100% 

Bagi blogger yang ingin meningkatkan nama blog. EFG sangat2 membantu. EFG sebagai ruang terbuka bg semua...blogger tak Kira femes atau tidak dan hanya masa anda yg diperlukan. EFG Ada logo yg cantik ada Baju yg tertulis nama blog dan domain blog. Rasa bangga tak? 

Segala nasihat Dan teguran jadikan pengajaran... EFG juga sebagai 1 family yg besar jangan pandang rendah pada diri... Tepuklah Dada... Tanyalah hati..EFG sentiasa dihati.

6. Pcl
Pcl memang suka kepada sesuatu yang boleh menaikkan martabat blog dan ukhuwah bloging dengan cara terbaik bukan sekadar singgah blog rakan, baca dan komen . Nak juga lebih dari tu dalam memberi dan menerima teguran untuk kebaikan.

Bila nampak group efg wujud, tak fikir panjang terus offer diri nak join sama.
Rakan blogger sama naik dengan pcl kebanyakkan sudah bersawang blognya, kenapa? sebab tak ada semangat, tak ada geng nak saling memberi sokongan.

Bila tengok EFG pada mulanya melalui kaedah exchange feed ini 
harapan pcl boleh berkawan rapat lagi dengan muka baru/ newbie yang pangkat adik/anak.
Penyampaian blog masing-masing berbeza..

#BukanSembangKosong, ilham untuk semangat memberi dan menerima dalam #EFG. Semuanya positif kecuali satu, dua cara antara kita tetap berbeza namun saling hormat dan kasih tetap ada. Alhamdulillah.

7. Kak Lya
Cuti sakit. Get well soon kak lya.

8. Ewan
-ukhuwah
Dengan sertai efg ni, ukhuwah lebih terjalin di antara semua orang. rasa seperti di dalam 1 keluarga yang hanya cuma di alam maya

-ilmu
selain ukhuwah yang terjalin, dapat juga menimba pelbagai ilmu yang sebelum ini memang zero dan dahulunya pakai hentam sahaja bila buat entri. Dengan adanya kelas tatacara penulisan SEO, template, kita dapat pelbagai ilmu yang berguna untuk memantapkan blog masing2

-motivasi
Apabila ukhuwah mula terjalin dan di adun bersama ilmu maka akan terhasil satu semangat yang berkobar2 di dalam penulisan di blog. Motivasi yang di kongsi bersama mula meledak dan akan pula lahir peluang.

-peluang
peluang yang ada di dalam efg tidak terkata. peluang membina networking, peluang membina ilmu dan juga pelbagai peluang yang akan hadir selepas ini.
Akhir kata, Stay tune bersama EFG

9. anajingga
Mula bertanya tentang EFG dari anizz anissa.. masa tu ada sepuluh orang sahaja,ahli ke sepuluh..nak join malu sangat kerana rasa blog hanya blog picisan,namun keramahan adik2 dalam EFG membuatkan semakin hari semakin sayang.Dari hanya feed kak ana share teknik seo dengan ahli yang ada ,pastu ewan dan pcl bertungkus lumus membaiki seo blog hingga 100%,kelas dari pagi sampai malam dua hari berturut-turut.Alhamdulillah hari ini perkongsian demi perkongsian kita ada disini.Ukhuwah makin erat.Adik2 makin ramai,kak ana bagai ibu dan kakak pada semua..sayang sangat EFG .Terima kasih Irra dan Anis untuk idea EFG.

10. Leyla
Positif. Sangat membantu saya yg sangat lemah dalam berblogging. Semangat nak bloging pon rasa makin meningkat. Dulu memang tak berupdate blog. Lagi lagi bloging syok sndri. banyak tulis personal berbanding benda2 umum. Tak ambik tahu pasal seo semua. Sekarang dah tahu apa tujuan blogging. Untuk perkongsian umum. Lepas join efg baru tahu pasal seo dan pentingnya seo. Banyak ilmu yang dikongsi sesama kita. bila dalam group ni banyak peluang yang kita boleh grab. Peluang update reviews produk dan iklan. Secara keseluruhannya efg memAng awesome laa. 

11. Dayah
Rasa berada di EFG? Rasa happy sebab family efg layan mcm adik-beradik sendiri pling best bila ada masalah diorg tak tinggal kita terkontang kanting keseorangan, Diorg akan bantu kita sedaya boleh.

EFG mempengaruhi hari2 dyh dgn aura positif sbb ahli dlm efg sentiasa positif dan paling penting ukhuwah yang dibina tu buat makin sayang dgn EFG. 

Mula-mula baca pasal EFG kat blog kak anajingga. Bila baca je,terus terpaut rasa nak join tapi masih takut2. Tu yg komen kat entri kak ana pasal EFG tu. Lepas beberapa hari terdetik nak tgk balik komen kc tu. Tgk2, banyak replies kat situ.semua ahli EFG yang reply.semua beri komen positif dan ajak suruh join. So,dari situ kc nampak teamwork EFGiers kat situ. Jadi,kc pun join. And bila kc join, I was like whoaaa bestnya! Rasa tak berseorangan dalam dunia blog&dapat semangat yang luar biasa(bukan isteri luar biasa) untuk terus berblogging.

Sejak kc join EFG, banyak berlaku perubahan. Ada penambahbaikan dari segi content blog kc, SEO,template,header,permalink,Google Analytics, dan sebagainya. Tahu ape itu heading,subheading,minor heading,schedule dan sebagainya. And I was like~ thankyou Allah for giving me chance to join EFG.      
                            
 BOD yang dari semasa ke semasa makin mantap&ahli yang dari semasa ke semasa makin ramai membuatkan EFG makin meriah dan slogan EFG~Bukan Sembang Kosong makin menampakkan taringnya.

So,overall ofcourseeee its positif for me. And i hope this positivity will continue on the future inshaaAllah amin. #EFGtilljannah .

Lastlyyyy, i love all the EFGiersss- terhibur&takkan lupa dengan ketegasan comel2 pengetua kak irra29, pipi pau kak niz23 yang tak boleh lawan pipi kc, sifat ke-abang-an abg arz30 #kononnya yang separa tinggi, bakal-kahwin-dengan-doktor kak nani24,  pencinta novel yang comel bonde37 riang, pencinta mamaD PCL42, vogue dan tak kurang jemahnya kak Lya35, cikgu ewan30 yang sangat sempoi, sifat ke-kakak-an kak ana43 yang buat kc rasa kak ana kakak betul kc, si lesung pipit yg kc suka sakat lela21,  kembar yang kc sayang dayah22, cikgu yang dalam ketegasan ada kelembutannya kak sha27, penulisannya yg kc amat kagumi cc24, adik misteri yang comel tapi tak blh lawan comel kc aina18, seorg yg tabah mengharungi dugaan duduk di luar negara kak ecah24, seorg blogger yg kc hormati CN29, english power yg buat kc #jeles kak aami29, baby face #ciss kak mimin23, peng-copy pasta&pembantu polis typo tak bertauliah syira19, typo yang mencuit hati limpa usus kc kak eny32, kak jemah yang tak kurang hebatnya ketika membebel #hahah kak ain33, musuh ketat kc dalam EFG yang suka buat #lawakhambar abg fr28,baik dan mempunyai hati yg baik my dear kak khaty32, bertambah meriah dgn adanya kak azi43, kakak yg boleh dibawa jemah cik T35, sekali mengusik orang tak kurang geram juga dibuatnya KG33, diam2 ubi kentang berisi kak efa35, si cantik kak mia28, jejaka hangat #hahaha angah20, penjual shaklee yang lucu dan bersahaja abg nizam31, muka flawless i is jeles kak rara28, lemah lembut kak sue37, kakak yg kc sayangi kak mas29, papa27 yg suka typo bahaya2 #hahaha, puisi yang puitis&dpt mencairkan hati perempuan acik25, geng typo kak eny yg jeles dgn gigi kc along21, designer blog yg hebat kak mai25, berkaca mata berwajah manis kak yanie29, mummy hotttzz& sempoi kak SA37, penulisan yg bersahaja dan besttt kak amy23, sangat melayan karenah kc kak ummul31,berdarah bugiss putih kak lynda33, cantik berseri kak yoorin29, pencinta dr raden kak reena29, pencinta gigi kc #hahaha KH21.

13. Sha
www.awansayatasana.blogspot.com
Sebelum sertai keluarga EFG, Sha memang dah ada blog, update juga setiap hari, tapi update entry yang suka-suka hati. Tak ada arah tujuan. Tapi, selepas sertai EFG, baru timbul perasaan untuk berblogging dengan lebih serius.
Masa mula-mula join EFG, syarat utama adalah Exchange Feed dengan setiap ahli setiap hari. Nampak macam leceh pada mulanya, tapi kebaikannya adalah memupuk disiplin dalam diri. Selain itu, banyak ilmu-ilmu blogging yang dikongsi ahli-ahli EFG yang lain, yang rasanya susah nak dapat dengan percuma. Peningkatan pv, uv, penerapan seo dalam entry, alhamdulillah, dah tak jadi syok sendiri lagi.

I'm not good in judging people, but i believe i've made the right choice in joining EFG =)

14. cc
15. aina
www.nikainaa.com
Serius Ainaa cakap, EFG mempengaruhi secara positif setiap masa setiap hari dan setiap waktu.

kalau dulu, aina sorang-sorang je dalam blogging tapi lepas join EFG, dah ada kenalan baru, kawan baru, keluarga baru. sayang keluarga besar EFG :') . kakak-kakak dan abang-abang yang peramah dan sporting. memang sukalah dapat kenal keluarga EFG. hari-hari kalau dapat chatting dengan keluarga EFG, asyik gelak, senyum sorang-sorang dan buat hari-hari berlalu dengan cerianya.

dari segi blog pulak, sejak join EFG aina dapat belajar banyak benda yang aina tak tahu. kalau dulu, tulis blog syiok sendiri je. sekarang insha Allah perlahan-lahan secara profesional walaupun gaya dulu tu masih ada. 

uv atau pv blog, tak dinafikan ada peningkatan yang ketara. kalau dulu aina ikut pv kat blog 500+ je satu hari, sekarang dah 1000+ satu hari. itu pv dan uv kat blog lah. yang ikut GA, dulu tak ada. sejak join EFG je baru kenal dan tahu.

pokoknya, EFG memang terbaik. ini bukan auta tapi fakta. orang kata tak kenal maka tak cinta, dah kenal EFG berganda-ganda cintanya.

16. aisya
17. CN
Kerana dengan EFG CN dapat membina network antara blogger. Selain itu, banyak teknikal di dalam penulisan blog yang CN belajar dalam EFG seperti teknik SEO, mobile friendly dan CN dapat menukar template responsive sendiri dengan bantuan rakan-rakan EFG! Memang best ! Kejasama dalam EFG sangat awesome, sebarang masalah tentang blogging akan dibincang bersama. Sayang sangat-sangat EFGiers

18.Aami 
Selepas berada dlm EFG sy akan tdo xlena kalau tidak feed di mlm hari. Bgn pagi terus berkejar on laptop.. tp bagus sbb dmasa yg sama sy slalunya trs update blog... Dan yg plg penting EFG byk membantu sy dlm dunia blogging ini. Sy sememangnya br dan byk yg perlu saya belajar dlm blogging ni.. 

Detik pertemuan dgn EFG adalah seperti jodoh ketentuan Ilahi dimana slps sehari membaca tip d blog HH tentang benefit pertukaran feed sy trs bertemu group yg menawarkan khidmat bertukar2 feed..

EFG juga seperti keluarga yg sentiasa support each other n semuanya tidak kedekut ilmu. Alhamdulillah... sy syg EFG..

19. Mimin.
Memberi semangat untuk berblogging. Dan rasa pasif bila tenet slow sgt. Sbb x dpt borak kat telegram + up entri. Sebelum ni belajar berblog melalui tutorial je. Bila join EFG. Daripd 30% jadi ke 60% dlm dunia berblogging. Rasa mcm adik beradik je dlm efg. Saling membantu each other. To kak irra n BOD. Thanks terima masuk kami semua. Semua masalah adalah pengajaran utk diperbaiki semula. Go go chayokk EFG

Pertama kali jumpa banner EFG dekat blog kekniz terus hati syira terpaut nak sertai grup ni & emelkan no hp dekat kekniz..bila dapat masuk, ahli2 efg semuanya sangat ramah & sangat suka menyembang..tapi bukan sebarangan sembang.

Sebenarnya, syira memang orang yang tak tahu langsung pasal blog.*nampak sgt la syira buat blog untuk syok sendiri ..tapi, bila dah join EFG, terus jadi serius nak berblogging sambil merapatkan ukhuwah sesama insan.

Daripada belajar tentang feed sampai la belajar tentang markah penuh SEO,template cun, nak dapat trafik yg tinggi & banyak lagi memang memberikan satu kesan yang sesangatsangat positif dalam blog.

Terima kasih kepada BOD & ahli2 yang tak pernah jemu memberi tunjuk ajar,bagi tips dan sebagainya yang menjadikan kita seperti satu keluarga yang sangat happening. I is loikeeee.

Akhir sekali, syira juga dapat tahu tentang isu semasa dari EFG & dapat tahu bahasa typo yg dpt menceriakan hati yg merah,jantung yang berdegup lembut dan mulut yang sentiasa nak tersenyum.

Last but not least, thanks a lot to all of you 

21. kak Eny
www.enyabdullah.com
Efg bg semangat luar biasa kat kak eny dari segi motivation untuk terus  menulis entry di blog. Sebelum ni berblogging tanpa arah tuju.. rasa maybe ada la kot pembaca. Malu nk tonjolkan diri dikalangan  blogger lain.. nk tinggalkan komen pun segan sebab malu blog x seberapa.. bila join efg.. nampak arah tu nak ke mana..  nampak tujuan blog ni sebab apa.. efg ibarat GPS . now i can see the highway.. and where im heading to...

22. kak ain
www.dramaticuniq.com
EFG mengubah segala-galanya.. 
-Dari pada malas update kepada rajin update walaupun satu entry sehari. Dari malas nak blogwalking kepada hari2 blogwalking sebab seronok baca cerita dan entry hot-hots dari adik-beradik EFG. Dari SEO 43% kepada 100%. Dari tak tahu apa kegunaan Heading, Subheading, Permalink dan Search Description kepada tahu dan mula amalkan. Kalau up entry tak guna benda2 tu rasa rugi dan rasa bodoh sangat.. 

-Dari pada asyik menghadap handphone sebab main games dan layan fb sekarang menghadap handphone sebab layan Kopitiam dan group whatsapp Official EFG yang havoc-kelakar-kuat menyakat-typo heaven-selfie-parody-dan macam2 lagi... namun yang penting banyak ilmu. BUKAN SEMBANG KOSONG je okeyyyy.. kelas SEO pun kut by whatsapp je.. kerlasssss kau..!! FREE plak tu.. siapa nak bagiiiii oiiii... 

-Paling penting.....EFG telah merubah segala-galanya sampai saya akhirnya nekad nak TUTUP blog...!! ya, blog peribadi kesayangan saya akan saya tutup demi memberi sepenuh kasih sayang dan cinta saya kepada Aditya Roy Kapoor... ehh..ehhh.. *meroyan*..kasih sayang dan cinta saya kepada one and only blog saya kini iaitu www.dramaticuniq.com  (ehemmm...sempat promote link blog...kau adaaaa...??) hahahahaa.. 

link

23. fr
www.notapurba.blogspot.com
Pada masa saya diterima menyertai EFG, saya lihat tiada misi atau objektif jelas diberitahu. Yang saya tahu, tukar feed sesama ahli bertepatan dengan nama Exchange Feed Group itu sendiri. Mula dari situ saya lihat banyak penambahbaikan dilakukan oleh pihak BOD.

Memandangkan ia sesuatu yang baru, saya dapat lihat dan rasa ada sedikit tekanan di kalangan ahli untuk catch-up, itu memang tidak dapat dielakkan kerana ahli-ahli tidak dimaklumkan tentang intipati penuh EFG, pihak yang bertanggungjawab menaikkan EFG juga tiada pilihan selain  melakukan rombakan demi kebaikan EFG.

Saya berfikiran positif dan memandang EFG bertujuan baik. Jadi saya terus menyokong dari segi idea dan kerjasama. Pengorbanan diperlukan untuk proses kematangan. Dari situlaj, saya mula dapat lihat kesan positif yang secara natural berlaku dalam EFG. Walaupun berbeza latarbelakang dan tujuan ber-blog, masih utuh ukhwah dan jalinan persahabatan, di samping sikap professional ahli! 

Di sini, saya belajar tentang keterbukaan, perkongsian ilmu dan info tanpa rasa beban, persaingan sihat yang memberi kesan baik, perlahan-lahan saya belajar teknik seo, saya ditunjukkan jalan untuk mengemas template walaupun saya degil orangnya, tips untuk meningkatkan trafik, serta dapat nasihat tentang adab blogging dari senior blogger. Bila semua ini berlaku dalam keadaan kekeluargaan, itu yang mahal.

Saya bukan bagus dalam arena ini, tapi saya harap saya boleh jadi bagus supaya yang cuba membaguskan saya dapat bangga dengan saya,serta moga saya dapat juga sama-sama membaguskan yang lain. Saya rasa itulah sebenarnya dasar atau misi atau objektif EFG..pada yang saya nampaklah kan. Exchange Feed Group , bukan sekadar sembang kosong.

24. kak Khaty
Alhamdulillah..Khaty sebagai newbie amat terharu dan berterima kasih kerana diberi peluang berada dalam EFG kerana disini,terdapat pelbagai ilmu serta maklumat mengenai dunia blogging..khaty 100% telah mendapat impak dari EFG..semangat utk berblogging sentiasa ada dan saling bertukar pendapat diantara ahli EFG turut membantu untuk menghasilkan entry yang sangat baik..semua ahli yg cukup baik,peramah,tolak ansur,tidak lokek ilmu dan paling penting sangat cepat respon keadaan ahli dan sangat memahami..biar apa orang kata,EFG tetap terbaik!

25. Kak Azi
EFG?
a) membantu - membantu satu sama lain dalam dunia blogging
b) berkongsi - dlm 46 org ni masing-masing ada skil dan kelebihan yang boleh dikongsi. Perkongsian bukan sahaja dalam dunia blongging tetapi berkongsi juga pengalaman hidup seharian
c) ukhuwah dan networking - makin lama bersama, ikatan ukhuwah dan networking antara ahli semakin baik. 
d) bersabar - berada dalam efg kadang-kadang menuntut kesabaran yang tinggi terutama bila beribu-ribu wasap dan tg yang masuk setiap hari. 
Apapun tak rugi join efg.

26. Cik Ti
Efg terbaik sebab baru tahu erti menjadi seorang blogger. Ingatkan up entry ja blh jd blogger yg berjaya.. rupanya banyak ilmu dan rahsia yg tersembunyi.. ilmu dan rahsia ni byk belajar dlm efg. So, efg mmg +ve & awesome. In sha allah efg boleh berjaya.
28. Efa
Bila dah bersama dengan EFG semangat untuk berblog tu semakin tinggi. Sebelum ini, blog hanya diterjah dua ,tiga kali dalam seminggu. Tetapi sekarang setelah berada dalam EFG ,blog wajib diterjah setiap hari. Ditambah pula dengan adanya EFGiers yang saling bantu membantu membolehkan dunia blog ini diterajui dengan semangat dan keyakinan yang tinggi. Selain itu EFG dapat membantu mengenali dunia blog dengan lebih dekat lagi. Daripada zero pengetahuan tentang blog, sekarang dah tahu apa itu SEO, UV, PV dan banyak lagi.Thank you very much kepada EFGiers terutama kepada BOD dan cikgu-cikgu EFG yang sabar melayan kerenah anak-anak murid.Sayang semua EFGiers....

29. Mia
Setakat ni perkembangan ke arah positif. Sebelum ni tak pernah pun terfikir untuk serta kumpulan blogger ni. Dan tak pernah terfikir pun masa nak join EFG dulu situasinya sebegini. Memang perlukan komitmen. Dan komitmen itulah akan membuahkan kejayaan. Banyak belajar tentang cara nak tingkatkan prestasi blog. Belajar tentang dunia blogger yang sebelum ni tak pernah terfikir pun untuk menjadi blogger. Belajar untuk tidak menjadi blogger yang hanya menulis tentang diari sendiri dan untuk dibaca sendiri. Terima kasih pada Irra yg menubuhkan EFG dan ahli lain yang turut merancakkan kumpulan ini sehingga ke tahap yg boleh dibanggakan seperti sekarang. Terima kasih semua.

30. Angah
Sebelum ini, angah tak pernah berada dalam satu kumpulan blogger. Alhamdulillah, bila angah dapat sertai EFG , angah dapat rasakan EFG merupakan satu platform terbaik untuk blogger majukan diri. Kalau sebelum ini, angah hanya berblogging seorang diri, tanpa sebarang kumpulan blogger, tetapi sekarang,angah dapat lihat komuniti blogger yang saling membantu. Banyak yang angah dapat bila mana angah sertai EFG. In shaa Allah , angah doakan semoga EFG dapat berkembang dan maju di masa akan datang.

sangat la positif... saya letakkan diri saya blogger amatur,memang amatur sesangat... 

dari 4 followers, 10 followers,hari-hari tengok cek followers ade bertambah ke tak, kesahnya hari-hari lah down sebab takde followers pun

dah la template asal hak simple tu jer (yang disediakan blogger.com tu)

join efg automatik mula-mula bertambah 40 followers sampai laa sekarang meningkat 10 kali ganda dari mula-mula dulu

Syoknya kelas seo FOR FREE...!! mana mau caghiiii?
sampailah seo 100%. giler tak syok? Pernah tengok gambar-gambar rakan seperjuangan bisnes pergi kursus seo, dan tayang sijil kursus...berbayar??

sangat mempengaruhi hari-hariku... hari-hari terfikir nak mantapkan blog... hari-hari terfikir nak gangu-ganggu mesej pakar-pakar efg.. hari-hari terfikir kena update entry... list laju sangat korang update , baru je kite publish entry, sejam dah turun bawah kite punya blog.. tu cabaran kat diri sendiri untuk selalu update

Sebelum join EFG, saya puas baca tentang SEO.tapi tak pernah faham.UV blog hanya 200-300, tapi lepas kenal EFG, dalam masa SEHARI, SEO blog dah 100% entry selalu hits! PV pulak mencecah 1500 sehari, dan yang paling rare, pernah mencecah 7000 pv sehari.hebatkan!! Ahli ahli EFG sangat berganding bahu, jika ada masalah, mengadu je, seminit dah settle! Mmg best!!! Keep it up EFG! sayang selamanya, #bukansembangkosong

33. Sue
EFG AWESOME! sebab efgiers awesome, bangga sangat bila diri ini antara yang tersenarai dalam EFG.
Terus datang semangat nak majukan blog setelah dapat tunjukajar blogger2  pakar di kalangan efgiers itu sendiri. 
Terima kasih tak terhingga, setiap hari mesti!tak boleh tak..kena juga curi2 masa scroll WA efg, tengah banyak  problem tapi boleh lagi senyum sengih 
di WA efg itu perkara biasa.hee
Sentiasa pikir positif, in shaa Allah yang positif2 aje datang kat kita.

34. Mas
EFG sangat2 membantu kite dlm dunia blogging..semua tak kedekut ilmu, tak berkira, sabar dan sentiasa berusaha untuk memajukan blog ahli..Rasa enjoy sangat duduk dalam EFG, tergelak2 bace kerenah memasing, ada je topik nk jadikan bahan borak.. sangat mempengaruhi dlm kehidupan seharian sbb rase lebih yakin skrg ni...EFG memberikan impak positif dlm hidup kite.. 

Dalam EFG ni la PapaG dapat belajar selok belok dunia blog. Sebelum join EFG, memang sentiasa tertanya2 tentang SEO, page rank, page statistik, etc. Dan dalam EFG ni la semua itu terjawab. PapaG puas bila dpt jawapan. Lebih2 lagi bab penulisan yang menerapakan skill SEO. 

Selain itu, percambahan idea2 entri dalam EFG jugak mampu menjadi 'trigger' idea buat PapaG untuk menghasilkan entri-entri yang trbaik di Papaglamz.com. Thank to Kak Eny yang memula bagi penerangan pasal EFG kat PapaG. 

Syabas buat Mommy dan semua gang BOD yang tak pernah hilang semangat memikirkan buah-buah pemikiran baru untuk memastikan EFG terus melangkah maju kehadapan. Dan tahniah buat semua sebab menceriakan hari-hari PapaG dengan celoteh2 dan typo2 yang comel yang pastinya ia sangat menghiburkan. Dalam berhibur kita berilmu. L

36. Aku Penghibur
Terkejut dan terdapat banyak persoalan bermain di minda ramai blogger bila acik join EFG. Apakah kekuatan EFG sampai acik join ? 

Pertama adalah ukhuwah yang terjalin, mereka seperti keluarga yang besar yang selalu memberi semangat satu sama lain.
Jika di ikutkan hati memang acik sebenar-benar nak berhenti berblog tetapi tika itu ahli EFG memberi sokongan , dokongan serta ilmu yang acik pun tak tahu. Di situ letaknya nilai positif dalam diri bahawa ada yang prihatin apa yang berlaku di kalangan blogger. Di EFG tidak ada siapa hebat dan tiada siapa yang picisan.Semua sama sahaja yang buatkan kita boleh menerima dan memberi kritikan tanpa syarat. 

Selain itu , dapat menjana idea untuk memperkemaskini entri-entri terbaru.
Paling penting kekuatan backlink yang ramai tak tahu.. Hanya di EFG kita boleh dapatkan. Paling penting kita kena hasilkan entri yang terbaik..

37. Along
Alhamdulillah..rasa syukur ke hadrat ilahi. Tidak lagi rasa keseorangan di dunia bernama blog. Banyak bantuan serta sokongan, saling bantu-membantu,saling tolong-menolong. Terima kasih kerana sudi terima Along di EFG..tidak lama dahulu, rasa macam jejak kasih keluarga yang telah lama hilang. EFG sangat membantu... I'm proud of u guys n girls....

38. Mai
Sejak msuk efg ni, setiap hari mesti akan up entri dalam sehari. Ramai kawan supportive. Tak rasa lagi keseorangan dlm dunia blog . Yg penting dpt belajar pelbagai ilmu bukan saja blog tapi segala yang berkaitan dgn kehidupan dan dikongsi bersama. Alhamdulillah pv n uv blog makin meningkat lebih dr jangkaan atas tunjuk ajar sifu2 n kwn2 efg..efg the best!

39. Yanie
alhamdulillah EFG memberi impak yang positif dalam dunia blog Yanie. EFG sangat membantu Yanie dalam setting blog seperti seo dan sebagainya. Sangat bagus dalam memantapkan ilmu blogging. syukur Yanie seronok dapat pelajari ilmu dan berkenalan dengan rakan2 EFG yang tidak pernah lokek dengan ilmu blogging malah sentiasa memberi semangat untuk Yanie terus berblog.

40. kak SA 
www.suriaamanda.blogspot.com
~EFG banyak memberi aura positif dari segi pergaulan dan dah mula ada networking serta cuba belajar ilmu2 blogging walau agak slow..banyak memberi pendedahan ttg blogging, berkongsi apa sahaja cerita  baik suka atau duka..SA suka grup ni sbb ada adik2 dan kakak2 yg mampu buat SA ketawa..sbb tu walau ada masa ke xde masa ke SA cuba buat yg terbaik join semua kat sini..sgt2 berikan SA semangat utk terus blogging sbb semua x kedekut ilmu dan boleh beri tunjuk ajar...

41.Amy
Masa mula-mula tahu pasal EFG ni, rasa macam tak berapa berminat nak join. hati tu ada rasa terusik tapi masih belum berniat. tapi lama-lama nampak makin menarik perhatian. lagipun pemilik EFG blogger yang saya kenal. so, ada rasa keyakinan sikit untuk join.  masa first time join, rasa best. disapa dengan semua blogger efg. and dapat kenal ramai blogger baru. rupanya ramai lagi blogger yang tak kenal. kalau dulu rasa macam malas nak update hari-hari. tapi sejak join EFG, rasa semangat nak update entri. pv pun makin menaik sejak tak aktif Jan and Feb lepas. then, belajar pula pasal SEO and dapat kongsi ilmu mengenai template dengan blogger lain. it feels special when you can share something u know with other people. it feels good when someone has the same passion like me. hehe. so, EFG bagi kesan positif pada saya. andai ada pengaruh negatif, kita boleh sama-sama membantu mengatasi masalah tu kan.

42. kh

43. Reena
Belajar SEO itu yang menjadi tarikan reen nak menyertai EFG. Bila dah berjaya menjadi salah seorang ahli EFG, Reen rasa seronok sangat. Ahli dalam EFG semua mesra dan tak kedekut ilmu.. Yang menariknya setiap ahli saling bantu membantu menaikkan blog ahli-ahli lain... Tak tahu tentang blog.. Tanya?  Insya Allah semua akan berusaha menjawab. EFG menaikkan semangat ahli-ahli nya buat entry.. Feed blog setiap hari.. Naikkan UV/PV... ALHAMDULILLAH.. Hasilnya. Sifat positif berblog ditanam dlm diri.. Semangat setia kawan dah macam semangat adik beradik.

44. ummul                      

www.housewifearts.blogspot.com
Alhamdulilah,setelah lebih dari seminggu diterima sebagai keluarga baru EFG.semuanya positif..dalam masa seminggu sahaja banyak ilmu tentang dunia blogging dipelajari.semangat kesemua ahli untuk membantu satu sama lain sangatlah mengharukan,gembira dikelilingi mereka-mereka yang tak lokek ilmu,membantu ummul dan ahli-ahli baru yang lain.Dengan keramahan semua ahli rasa seronok menyertai EFG.walaupun whsapp tak berhenti,tapi tak menganggu aktiviti harian.Jadual feed juga sebenarnya melatih ummul lebih berdisplin.Moga EFG terus maju dan dapat beri aura positif pada mereka yang ingin menceburi dunia blogging secara serius.

45. Yoorin

www.yoorinmelacolea.blogspot.com
Mulanya sangka EFG hanyalah komuniti seperti komuniti blog yg lain..tp ternyata silap.. EFG banyak mengajar lagi2 yoorin blogger baru . 
Dari EFG jugak belajar banyak tentang blog.. siap ada buat kelas lagi.. semua sudi berkongsi pengalaman..rasanya dapat eratkan hubungan komuniti tu sendiri.. Lagi 1..EFG pentingkan displin..contohnya setiap hari kena feed rakan EFG yg lain..dan akan dipantau oleh BOD.. macam tu laaa nak didik kami ni berdisplin tentang feed dan update blog.. sudah tentu ianya positif.. suka sangat..dah nekad bulan ni capai target hari-hari nak up entry.. positif ke tidakk?? Mestilahh.

46. Kak Lynda
www.pinky-lynn.blogspot.com
Saya sangat positif dgn EFG:
-Ilmu blogging. Semua tak kedekut. Ada kelas khas pulak tu.
-Displin kan diri.
Berlumba-lumba nk update entri. Dah nama blogger kene update. Tp, bila tak de geng..kelaut. 
-Blogwalking
syioook bw blog kawan2. Mcm gi ziarah.
-idea
bila blogwalking. Penulisan kita pn boleh di perbaiki. 
-Tambah kenalan
Bila g event ada geng topik borak.