Menu udang sempena cuti Merdeka

Monday, August 31, 2015 Nazlee Ismail 3 Comments

Dari pagi sampai ke malam menu kami berasaskan udang, menu di hari Merdeka.

Cucur udang mamaD, memang udang dan sayur tauge dan kucai dilebihkan kuantitinya dari tepung. Ini sebenarnya lebih sedap rasa dan kalau makan memang tak puas, lagi sedap dicicah dengan kuah cili kering.

Tengahari menu kami juga ada udang, kali ni makan kat luar kawasan. Kami di Food Republica One Utama. Hanis nak makan wok noodle. Rasa memang best , yang paling best sampai habis licin tinggal kualinya saja.

Petang, balik rumah siap sedia untuk makan malam, kali ni pcl masak.. kesian mamaD kepenatan. Udang masih berbaki dalam peti sejuk, tauge , kucai ada . Pcl buat char kuey teow banjir, ini menu kegemaran Hanis dan nina .

Seharian dengan menu-menu berudang. Alhamdulillah.

p/s kalau ada  majalah makanan sudi menjemput,  kemudian barulah boleh kami berkongsi resepinya insyaAllah

3 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

GRAND OPENING NELYZ COUTURE BOUTIQUE 29 AUGUST 2015

Saturday, August 29, 2015 Nazlee Ismail 1 Comments

ARE YOU READY FOR TODAY EVENT??
29 AUGUST 2015 ( SABTU )

APA YANG MENARIKNYA SEMASA GRAND OPENING NELYZ COUTURE BOUTIQUE NI?? YA AMPUN!! BANYAK SANGAT YANG MENARIK YOU OLLS!! MEH TENGOK APA YANG KAMI TAWARKAN UNTUK ANDA :

1) 100 PEMBELI PERTAMA - akan dapat ADORE instant shawl atau T-shirt Exclusive Nelyz Couture + Next Purchase Voucher + Goodie Bag

2) CABUTAN BERTUAH - cabutan bertuah akan berlangsung pada pukul 4.30 petang. 5 nama bertuah akan membawa pulang salah satu dress dari NELYZ COUTURE + Next Purchase Voucher. Yang paling bestnya @nurhelizahelmi yang akan cabut nama korang tau!! 3) BELI SAMBIL MENDERMA - 3% daripada belian anda,kami akan sumbangkan kepada mangsa-mangsa Gaza melalui Aman Palestin. Heliza Helmi akan share kepada korang semua pengalaman beliau ke Gaza. Kami juga ada menyediakan Tabung Palestin di kaunter.

4) PENAMPILAN KHAS - Kami bawakan artis jemputan kami iaitu Heliza Helmi dan MODEL CANTIK kami iaitu @fareiza_arianna bersama-sama anda. Korang boleh lah nak bergambar dengan artis kesayangan korang ni.

5) TEA TIME - eh!! Jangan risau lah!! kami ade sediakan makanan untuk korang tau!! Dessert dan kuih muih pun ada sayang oi!! 6) FASHION SHOW - Model kami akan memperagakan koleksi-koleksi dress yang ada, Jadi korang boleh lah tengok model cantik kite tu bercatwalk.

7) BLOGGERS & SOCIAL MEDIA - Ha!! korang jangan xtau pulak ramai blogger yang datang jugak.. kalau ade orang amek gambar you all tu, senyum dan peace je okey!! kot-kot muke you alls masuk dalam blog diorang ke kan?? 8) PROMOSI - Semestinya kami ada buat sale gile-gile you alls!! Semua baju kurung,dress dan instant shawl sahaja.Boleh tengok harga promosi kita di fb page nelyz couture atau follow ig @nelyz_couture.
Materials yang berkualiti dengan harga yang berpatutan tau!! haihh RUGI lah kalau x join!!!

DAH P HABAQ KAT ORANG LAIN OKEY!! datang lah bawak mak / abah / adik/ kakak / abang / nenek / girlfriend / boyfriend bawak je semua..

Semua dijemput hadir ke :
Grand Opening | Nelyz Couture Boutique
29 Ogos 2015 | Sabtu

Location :
36-G, Jalan PJU 5/21,
The Strand Damansara, Kota Damansara
47810 Petaling Jaya, SEL
0149622600

Instagram @nelyz_couture | FB nelyz couture  | web www.nelyzcouture.com

p/s Review ini C&P dari @nelyz_couture untuk tujuan promosi 

1 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Nina balik cuti Hanis nampak ceria ..

Saturday, August 29, 2015 Nazlee Ismail 5 Comments

Best tengok anis ceria, semangat je bila kakak nina balik.. eh kami tak sampai rumah lagi, singgah makan kat Damansara, Seksyen 6. Dan kami bermalam kat Bukit Subang rumah mak saudara pcl.

Hanis Nina dah jadi rakan baik selain menjadi adik-beradik, banyak perkara dikongsi bersama.. kisah anak remaja, perempuan pulak tu.  Kita yang dewasa ni sudah melaluinya. ..kira faham, bertapa perlunya rakan sebaya yang baik dan memahami.

Esok ada event review Majlis pelancaran besar-besaran Nelyz Couture Boutique di The Strand Damansara. Kira tak jauh la boleh datang awal ..

Jom datang join kami dan pastikan kita menjadi 100 yang terawal dan berpeluang mendapat T-Shirt ekslusif Nelyz . Ada lagi yang special, korang boleh check kat insta
@neylz_conture
@nazleeismail

#jumpadisana

5 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Target masa sesuai untuk dapatkan perhatian pembaca/pelanggan ?

Friday, August 28, 2015 Nazlee Ismail 8 Comments

Aku sangat suka menulis di blog sendiri. Boleh berkarya di blog sudah boleh digelar Blogger samada sepenuh masa, separuh masa atau sekali sekala menulis untuk blog sendiri.  Ada di kalangan 'blogger' yang segan dengan nama panggilan blogger itu sendiri, malah ada juga yang mempunyai kad nama tetapi malu nak beri kepada kenalan. (Buat kad tapi simpan saja !)
Aku tak pasti apa alasan mereka ; terlalu merendah diri atau malu menyatakan kebenaran sebagai blogger. Atau kurang berkeyakinan .

Tulis entri santai-santai , tapi kenapa malu bagi orang lain baca?
Tulis entri perkongsian bagus dan bermanfaat, korang tau ini adalah saham akhirat kita. InsyaAllah kalau kena caranya.
Tulis entri yang baik-baik untuk rujukan diri,  keluarga dan sesiapa saja ..jadi apa yang dimalukan?

Suka menulis blog adalah minat seseorang, suka membaca juga adalah minat sesorang terhadap blog . Dari pada pembacaan dalam blog orang lain, ada juga sebahagiannya memulakan minat untuk mempunyai blog sendiri. Dan ramai yang menjadikannya kerjaya sampingan dan sepenuh masa.

blog PCL, aku dan blog

Aku , Blog Dan Peraturan 

Aku suka menulis blog dengan cara tersendiri, menggunakan masa dan usaha untuk berkarya. Apabila terhasilnya sebuah entri di awal pagi hari, ia merupakan permulaan untuk entri-entri seterusnya. Kepuasan terasa apabila perkongsian kita di blog mendapat perhatian pembaca / pengikut setia. (bukan dalam  tempoh waktu yang singkat untuk berada di atas).
Masa yang ada cukup terhad, kena bijak menguruskanya..jangan sampai blog saja cantik, tuannya pula kelihatan serabut. (kemaskan ..luar dalam !)

Target masa sesuai untuk dapatkan perhatian pembaca/pelanggan 

Sementara masih teringat, aku nak share dari hamba Allah ni tentang teknik atau target masa yang dia buat untuk dapatkan perhatian pembaca (Dia bukan seorang blogger tetapi adalah seorang peniaga produk atas talian), caranya ;

(masa dia ambil untuk upload bahan/artikal/gambar 8am-10am), Sebelum masuk Subuh, solat sunat fajar didahulukan dan diikutai solat2 wajib. Selepas upload, dia buuat solat dhuha minta pertolongan Allah swt dalam doa. Diikuti (masa 11am-1pm) buat lagi sekali, dan (5pm-7pm) lagi sekali upload dan (9pm-10pm) lagi sekali dan tengah malam (awal pagi dalam 1.30am-2.30am). Bangun tidur sepertiga malam, jam 3am buat solat tahajud, istiqamah paling penting dan kekhusyukan (khusyuk). Mungkin korang boleh faham kot apa yang aku katakan tentang khusyuk ? mesti ada kacau bilau dalam kepala (dalam solat jangan ingat lain dari Allah swt ~ cuba sebaiknya)

gitulah kita.. buat apa kerja pon kena ada disiplin . (ahli-ahli EFG/KBBA, syabas korang semua komuniti yang berdisiplin)

p/s ; Bila kita buat cycle upload macam ni, insyaAllah pelanggan akan 'terkam' kerana minda mereka telah terakam dengan sajian kita.

8 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Sepupu Bongsu PCL

Thursday, August 27, 2015 Nazlee Ismail 4 Comments

hari ni abang dukong kau, nanti bila dah besar jangan dokong abang pulak.. kita ni sepupu tau,  eh tuanya aku?

Aisyah baru 8 bulan , aku pulak dah 500 bulan lebih.. huh, gitulah jauhnya beza usia pcl dengan baby Aisyah ni.. comel dia macam anak Korean sebab ibu dia suka tengok drama korea di tv.

Mesti korang nak tanya sesuatu kan?

#Aisyah adalah anak kepada paksu saya. Paksu adalah anak bongsu dalan keluarga besar emak saya, emak saya adalah yang sulung dalam keluarga. Bila emak saya beranak kan saya , nenek saya selepas beberapa tahun melahirkan anak kedua bongsu (makcik) dan bongsu sekali (paksu).

Dulu situasi gini biasa terjadi ; tapi jarang sangat nampak berlaku sejak tahun kebelakangan. Hampir tiada.

#sepupubongsu (bongsu buat masa sekarang)

4 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Serasi dengan sambal tapi bukan dengan cheese ..

Thursday, August 27, 2015 Nazlee Ismail 17 Comments

Goreng pisang atau pisang goreng ; pepagi lagi aku dalam kekeliruan nak guna mana satu..

MamaD buatkan sarapan pagi, memang dah lama tak makan pisang goreng cicah sambal pedas. Sambal cili sotong lebihan semalam.. #janganbazir

Goreng dengan tepung gandum Faezah  FAIZA . ..haha sekarang ni semua nak beli produk terpilih dan yang pasti Halal dan bersih... senang nak masuk ilmu-ilmu dunia akhirat yang kita cari seharian. insyaAllah.

17 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Kenapa asyik-asyik tak cukup?

Wednesday, August 26, 2015 Nazlee Ismail 8 Comments

GAJI BULANAN/PENDAPATAN

Kenapa asyik² tak cukup?
Terkesima juga dibuatnya, kadang kita tak sedar apa yang kita telah lakukan;

Bakhil mengeluarkan harta ke jalan ALLAH.

Sombong dengan peminta sedekah, fitnah mereka macam² yang belum pasti kebenaran.

Sombong dengan binatang yang minta beri makanan.

Adakah pernah berlaku.. lihat balik apa yang tak kena dalam kehidupan kita?

#buat amal jariah samasa hidup

#tazkirah pendek untuk perkongsian dan peringatan bersama.. Baru lepas gaji kan?

8 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Ping Pong, indoor game kesukaan PCL .

Tuesday, August 25, 2015 Nazlee Ismail 5 Comments

Budak Asrama Dan Ping Pong

Budak asrama mesti pandai main Ping pong, kalau tak tarer main pon tapi pandai la jugak ketuk bad kena bola ping pong dan kira mata (point).

ini adalah kelebihan budak asrama, selalunya memang aktif bersukan dan kebanyakannya ramai yang berjaya dalam sukan dan bijak dalam pelajaran akademik juga.

Kalaulah aku bukan budak asrama, mungkin aku tak tau macam mana nak main ping pong atas meja ping pong, mungkin sekadar main batu seremaban dengan bola ping pong atau..  sukaneka, berlari bawa ping pong dengan sudu..hah !

Sukan Ping Pong, permainan agak kurang popular di kalangan orang Malaysia berbanding Negara China. #fakta.

5 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Sambutan Kelahiran Panda Gergasi (Giant Panda), Xing Xing dan Liang Liang di Zoo Negara bersama Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA)

Monday, August 24, 2015 Nazlee Ismail 15 Comments

"Blogger Day" KBBA

Sambutan Kelahiran Panda Gergasi (Giant Panda), Xing Xing dan Liang Liang di Zoo Negara bersama Blogger Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA).  Memang dinantikan dari sejak awal pagi lagi, tapiii..tapi kami hanya dibenar melawat ke dalam kawasan istirehat pasangan panda tersebut di sebelah petangnya.

Aktiviti di sebelah pagi sebelum melihat Panda,  anda boleh klik link berikut;
http://www.nazlee.com/2015/08/kbba-blogger-day-enjoy-di-zoo-negara.html

GIANT PANDA Xing Xing dan Liang Liang 

Okay, sebelum baca cerita dan melihat gambar-gambar yang menarik, di sini pcl nak kongsikan sedikit info berkenaan PANDA Xing Xing dan Liang Liang . Pasangan panda gergasi dari China, yang nama asalnya Fengyi dan Fuwa ini menjadi simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun antara Negara China dan Malaysia. Pasangan panda itu dipinjamkan kerajaan China kepada Zoo Negara Malaysia bagi tempoh 10 tahun menerusi Program Penjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi.

Kawasan istirehat pasangan panda tersebut dikenali sebagai Pusat Konservasi Giant Panda di Zoo Negara yang sebelum ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri . Pembinaan Pusat Konservasi yang menyerupai habitat asal panda ini bermula April 2013 dan berjaya disiapkan pada Januari 2014.

Giant Panda merupakan khazanah negara Republik Rakyat China, RRC dan hanya beberapa negara sahaja diberi penghormatan bekerjasama dalam program Kerjasama Konservasi Giant Panda Antarabangsa.

Okay, kami sudah berada dalam 'habitat panda' , suhu persekitaran agak dingin dan nyaman.. patutlah pada mulanya panda tersebut tak menampakkan diri..baru bangun tidur barang kali. :)

dah nampak ..nun jauh di pintu 'bilik tidur' , memamg kena banyak bersabar dan keadaan dalam tu perlu senyap supaya tidak mengganggu keamanan panda tersebut.

Hampir 20 ke 30 minit kami setia menanti kemunculan panda di khalayak, suasana nyaman dan sejuk persekitaran habitat membuatkan hati kami tidak panas. Menanti dan terus menanti (hanya seekor panda sahaja keluar, iaitu Xiang Xiang panda jantan. Dan Liang Liang si panda betina masih dalam 'pantang' baru melahikan anak beberapa hari lepas.

Kemunculan Xing Xing memberi kepuasan kepada semua hadirin yang berada pada masa itu. Walau tak nampak keterujaan dengan sorak tapi dalam hati masing-masing dan raut wajah terpancar kegembiraan.

Ini mungkin sifat kebiasaan bagi Xing Xing, selepas bangun tidur nak kena 'membuang'lah .. aksi panda ini menarik perhatian lensa kamera hadirin. Kami dinasihatkan supaya tidak memasang 'flash' ketika mengambil gambar .

Tiba masanya bermain, tapi sayang ..macam mana nak bermain bergurau senda bila kesendirian macam ni? "biniku dalam pantang" mungkin itu yang cuba disampaikan Xing Xing. Namun tetap tidak mengeciwakan hadirin yang datang melawat. Kemunculannya sudah memadai dengan aksi selamba memuaskan hati kami semua.

Kelihatan beberapa kakitangan pihak Zoo Negara, menyediakan menu santapan Panda sempena meraikan hari kelahiran pada hari itu. Menu utama daun buluh, batang buluh dan juga kek panda.

Berikut adalah gambar kumpulan Blogger yang terlibat dalam BLOGGER DAY di  ZOO NEGARA 23/8/2015,  bersama GIANT PANDA. Terima kasih kepada semua yang terlibat di samping nama-nama penaja yang disebutkan ; ZOO NEGARA MALAYSIA, COSMODERM, FOODPANDA, CURVES DAN KBBA .

Gambar kumpulan blogger sebelum memulakan aktiviti di Zoo Negara dan di bawah adalah gambar kumpulan blogger bersama keluarga .

Sebenarnya banyak lagi gambar-gambar menarik dan kisah-kisah menarik di sepanjang aktiviti Blogger Day, anda boleh selongkar blog-blog sahabat KBBA yang bersama-sama pada hari kejadian tersebut.

Sama-sama kita membacanya dan memberikan sokongan kepada mereka yang telah menulis entri berkenaan "Blogger Day" KBBA .

p/s : Blogger terlibat ..boleh la letak link di ruangan komen di bawah. Terima kasih.

15 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Layan gambar makan kami di Boat Noodle

Sunday, August 23, 2015 Nazlee Ismail 7 Comments

Plan selepas event Blogger Day di Zoo Negara tadi memang tak ada dalam jadual hari ni, ingat nak hantar terus nina ke hostel dia... tapi biasalah, nina mana nak balik awal... boring nanti kata dia.

Hanis nak makan boat noodle di Time Square, lama dah dia teringin..kesian pulak dok sebut sebut kat mamaD, dah kebetulan kami lalu kat KL terus je dari Zoo ke TS. Tak jauh cuma 18 minit ikut panduan jalan guna aplikasi waze..

Layan gambar makan kami di Boat Noodle;

Lokasi : Boat Noodle Berjaya Time Square Kuala Lumpur

7 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

KBBA Blogger Day : Enjoy di Zoo Negara ..

Sunday, August 23, 2015 Nazlee Ismail 9 Comments

Untuk pengetahuan pembaca blog pcl, hari ni (23/8/2015) KelabBloggerBenAshaari mengadakan "Bloggers day" bertempat di Zoo Negara.

Pcl nak sharing moment di sini, dan korang boleh juga tengok gambar-gambar keluarga KBBA melalui instagram pcl @nazleeismail atau melalui hastag berikut ;

KBBA Bloggers Day
@zoonegaraonlineticket  #zoonegaramalaysia #zoonegaraonlineticket #giantpanda #wildlife #curves #cosmoderm #foodpanda  #kelabbloggerbenashaari

enjoy di Zoo Negara .. belum habis lagi ye .. misi melihat pasangan panda sebelah petang..tunggu.

9 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Setiap kali memuat naik gambar di laman sosial bacalah 'Bismillahirrahmanirrahim'

Saturday, August 22, 2015 Nazlee Ismail 12 Comments

Assalamualaikum, salam pagi sabtu..

Ini adalaha artikel peringatan, kekadang kita leka sebab tak pernah terjadi kepada kita dan keluarga kita. Dan rasanya tak menjadia satu kesalahan jika  kita saling mengigatkan sesama rakan. (mungkin korang dah pernah jumpa dan baca artikel di bawah ini, aku sekali lagi C&P kat dalam blog aku ni untuk pemabaca di sini ..mudah-mudahan ada manfaatnya.

PETUA MENGELAK 'SANTAU FACEBOOK'!

1) Kecilkan saiz gambar dari 100 - 500 pixel sahaja.
2) Edit gambar asal sehingga 30%-50% berubah daripada rupa asal.(guna Camera360 pun dah ok)
3) Edit dan buang tanda lahir seperti tahi lalat di wajah.
4) Jangan memuat naik gambar penuh (Dari hujung rambut ke hujung kaki)
5) Edit gambar dengan menggunakan applikasi 'filter' seperti 'blur', 'jitter', 'noise', 'crystallize' dan lain-lain.
6) Setiap kali memuat naik gambar di laman sosial bacalah 'Bismillahirrahmanirrahim'.
7) Elakkan 'meluahkan' perasaan 'marah melampau' sehingga melibatkan orang lain di laman sosial dengan memuat naik nama mereka! (kawal emosi, banyakkan beristighfar dan berselawat - lagi 'murni' kalau mengadu kasih dengan Allah S.W.T)
8) Jangan sekali-kali menggunakan applikasi 'Add A Location To Post' atau 'Check in' di facebook untuk mengelakkan lokasi kediaman dan keberadaan!
9) Bacalah Doa Pendinding & Penggerak “Bismillahi lazi la yadurru ma’as mihi syai’un fil ard, wala fissama’i wahuassami’ul ‘alim…” dibaca sebanyak tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut.
10) Jangan malas 'membaca' kesan & tanda-tanda di bawah!

Kesan Akibat Terkena Santau

Antara kesan-kesannya anda terkena SANTAU ialah;
1) Orang yang terkena santau atau sihir tidak akan boleh melelapkan mata..
2) Orang yang kita sayang, akan bertukar menjadi benci dalam sekelip mata..
3) Boleh pitam dan koma berbulan-bulan, hingga membawa maut.
4) Boleh menjadi hilang akal, meracau-racau sehingga membawa maut.
5) Muntah darah
6) Bagi perempuan yang terkena santau pula pasti akan akan lupa segalanya, pada suami, anak-anak dan akan tinggalkan semua itu bagi menuruti seseorang yang membuatnya.
7) Batuk yang berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.
8) Istihadah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.
9) Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kala sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.
10) Sakit sesak nafas terutaman waktu Maghrib.
11) Lenguh seluruh anggota badan.
12) Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
13) Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
14) Mimpi bahan-bahan yang miang seperti buluh dan ulat bulu.
15) Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.
16) Mimpi kanak-kanak kecil seperti menyusu kanak-kanak tersebut.
17) Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.
18) Mimpi makan makanan kotor seperti bangkai dan seumpamanya.
19) Sentiasa sakit pada tulang belakang
20) Bawah matanya biru (Seperti orang tak cukup tidur)
21) Hilang daya ingatan
22) Kulit akan menjadi merekah dan keluar air bisa dan nanah,
23) Tabiat akan berubah seperti seorang yang dikenali sebagai seorang bersifat baik menjadi seorang yang panas baran.
24) Badan menjadi bongkok disebabkan batuk yang berpanjangan.
25) Badan menjadi licin kerana seluruh bulu di badan telah gugur.
26) Kelopak mata menjadi kehitaman akibat daripada tidur yang selalu terganggu.
27) Terjadinya ‘saratan’ atau kanser dan ketumbuhan.
28) Jika hamil mungkin akan mengalami keguguran.

Wallahu A'lam Bishawab...

(sumber dari fb)

12 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Kursus Umrah Bersiri Sepanjang Tahun

Friday, August 21, 2015 Nazlee Ismail 0 Comments

Kursus Umrah Bersiri Sepanjang Tahun 

Lokasi : Masjid Permatang Nibong, Jalan Permatang Nibong, 13500 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Berita baik untuk bakal jemaah yang tinggal di alamat berhampiran (BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG), Sahabat saya , Ustaz Hj Mohd Huzairi Bin Hj Mohamed akan mengajar di sana. Semoga sama-sama mendapat berkat dari Allah SWT. Anda kalangan insan terpilih untuk menjadi tetamu Allah di Baitullah, insya Allah.

Masjid Permatang Nibong, Jalan Permatang Nibong, 13500 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Hari : Ahad Pagi Setiap minggu.
Masa : Bermula dari jam 9.00 pagi - 11.00 pagi.
Bayaran : Percuma & Terbuka.

Jamuan waktu rehat disediakan.

Jadual :

02 Ogos 2015
09 Ogos 2015
16 Ogos 2015
(sehingga entri ini disiarkan)

23 Ogos 2015
30 Ogos 2015
06 September 2015
13 September 2015

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi  :
Hj Mohd Huzairi Bin Hj Mohamed.
019-594 6224
014-711 8055
Facebook : https://www.facebook.com/sinar.hijrah.9

0 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Tips Jimat duit tapi kena tebal muka ..

Friday, August 21, 2015 Nazlee Ismail 12 Comments

Tips Jimat duit tapi kena tebal muka ..

Boleh nak jimat duit tapi kena la tahan malu, letak sifat malu kat tepi tapi jangan sampai buang terus.. nanti tak ada sifat kemaluan diri pulak :)

Sifat malu bertempat dalam tindakan berjimat cermat

Kena tengok tempat dan keadaan jugalah.. makan bufet kat hotel tak pernah dibuat orang tapaw kuah / makanan. Jangan malukan diri depan orang ramai, nak buat boleh..mintak izin dulu !

Agak-agaklah kalau nak berjimat cermat tu ye,  jangan sampai menjatuhkan maruah diri sendiri.

Kalau anda penggemar makanan berkuah, sila mintak kuah lebih kepada penjual. Ini adalah untuk makanan yang dibungkus (tapaw/take away) untuk beli bawa balik.

pecal , gado-gado

kuah kacang extra daripada kuah sate (link)
yong tau foo

Sebagai contoh makanan yang biasa ialah ; sate, yong tau foo, pecal dan lain lain yang mana kuahnya sedap dan boleh disimpan dan dimakan semula bila ditambah bahan sendiri di rumah.

Apa nak malu.. selalunya kita tak mintak lebih kuah pon tapi biasanya berlebihan, boleh elakkan pembaziran dan sentiasa berjimat cermat.

Boleh ke buat ? hemm

12 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Barangan Keperluan, Pakaian Haji Dan Umrah di KHALIS NURI ENTERPRISE

Friday, August 21, 2015 Nazlee Ismail 24 Comments

KHALIS NURI ENTERPRISE MENJUAL BARANGAN KEPERLUAN HAJI DAN UMRAH

Menjual barangan keperluan haji dan umrah. Pakaian jubah/kurta lelaki dan wanita. Aksesori untuk keperluan haji/umrah serta Makanan sunnah. Baru sahaja beroperasi, lokasinya sangat strategik bagi penduduk setempat (Bandar Baru Salak Tinggi) dan juga mereka yang lalu-lalang di antara KLIA dan Putrajaya.
khalis nuri enterprise
khalis nuri enterprise

Kami sempat meninjau ke dalam premis yang sekarang dikendalikan oleh seorang pemuda, Mohammad Nazry (25). Seorang belia yang gigih bersemangat, berani meninggalkan alam pekerjaan sebelumnya 'makan gaji' untuk meneruskan perniagaan warisan Ayahanda beliau.

Melihat ke dalam premis (semasa lawatan adalah waktu malam), terdapat banyak barangan seperti yang disebutkan... dan ada lagi yang saya sendiri belum pernah lihat, Kita ini adalah bakal-bakal tetamu Baitullah, insya Allah suatu masa nanti kita juga akan ke sana (sekarang niatnya sudah ada). Kita kenali dulu dengan barangan yang ada dijual .

Arabic Gum (Manna), yang ada disebut didalam Al-quran surah Al Baqarah ayat 57:
"Dan kami naungi kamu dengan awan dan Kami turunkan kepadamu 'Manna' dan 'Salwa'. Makanlah Dari mu makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu...dan tidaklah mereka menganiaya Kami, akan tetapi merekalah yang telah menganiaya diri mereka sendri" Arabic Gum jenis pepejal  dan Arabic Gum jenis serbuk seperti gambar di bawah ;
manna, arabic gum
manna, arabic gum
Set penjagaan untuk jemaah haji/umrah lelaki dan wanita Deodorant, Krim muka, Lips balm, Krim haji, pencuci muka dan Sabun juga terdapat dijual di Khalis Nuri.

Makanan sunnah Habbatus Sauda, Appricot, pomegranete dan habbatus sauda + olive oil , Gulsan pomegranete,  Air zam-zam dan Air anugerah,  vinegar dates and vineger apple (cuka kurma dan cuka epal) Saffron .

KHALIS NURI ENTERPRISE MENJUAL PAKAIAN HAJI DAN UMRAH

Sememangnya cukup lengkap di KHALIS NURI , nama pun 'kelengkapan' sudah semestinya bila anda berkunjung ke sini kebanyakan ada dijual.

Memang banyak barang-barang diperagakan di KHALIS NURI, ini adalah sebahagian daripadanya.
Anda boleh datang sendiri walk-in,  ke alamat seperti berikut ;

No. 45, Jalan Gemilang 1, Pusat Perniagaan Gemilang,
43900 Bandar Baru Salak Tinggi,
Sepang,  Selangor Darul Ehsan.

Tel : 0172921401, 03 87053484
Facebook : Khalis Nuri Enterprise
Instagram : @khalisnuri.enterprise

24 Comments: