Kisahnya gini, macam mana boleh dapat landak?

Wednesday, September 30, 2015 Nazlee Ismail 8 Comments

Daging Landak 

Rezeki tengah malam, mana nak sangka ada orang nak bagi kita daging landak yang siap dilapah.. dah lama teringin nak makan tapi tak terbeli (susah nak dapat) sampi lah dapat free nih..alhamdulillah.

Bila dah ada di tangan, tak tau pulak nak dibuat masak apa..

landak, eksotik
landak, eksotik

Di Facebook aku tadi , Ramai yang suka dan cadangkan daging landak sedap di masak rendang dan juga masak lemak salai pedas.. huh memang tak terfikir dalam kepala mamaD sebab ini baru kali pertama untuk mengerjakannya. Menda rare gini memang terkedu, blank nak buat apa, silap-silap membeku terus dalam peti sejuk !

landak, eksotik

Kisahnya gini, ... macam mana boleh dapat landak?

Lokasi kami tinggal ni dalam kawasan yang di sekitarnya adalah kebun kelapa sawit, ubi, pisang dan kebun sayuran. Sepasang landak tersesat agaknya, masuk dalam pagar dan dapat ditangkap oleh pakguard yang meronda kawasan. Pakguard sini memang dah biasa, dah pernah beberapa kali tangkap landak, kali ni rezeki kami yang tak pernah merasa pulak. Siapa yang pernah datang kuarters kediaman aku ni, memang tau lah (Banting) ni macam mana. aman dan persekitaran macam Zoo :). apa pon life kat sini terbaik  !

Khasiat Daging Landak?

Sejauh mana kebenerennya..aku kena cuba?? keh keh . ok  babai.
Adakah khasiat dari daging landak?
Ternyata hampir seluruh bagian tubuh landak memiliki khasiat bila dimakan. Hati landak jika dibakar berkhasiat untuk menyembuhkan penyakit asma dan diabetes. Kulitnya dapat dibuat menjadi asem-asem. Sedangkan daging dan ekornya baik untuk meningkatkan vitalitas pria.

8 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Jom Tonton Filem “Pontianak Menangis”

Tuesday, September 29, 2015 Nazlee Ismail 9 Comments

Review Filem “Pontianak Menangis”

1 Oktober ini filem baru seram komedi “Pontianak Menangis” akan mula ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia. Filem ini adalah sebuah filem yang bermesejkan kehidupan masyarakat di sebuah desa yang bersatu dan bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Filem terbitan sulung Heart N Soul Sdn Bhd telah diarahkan oleh Seniman Sdr. Ismail Jejaka, fdam . Beliau lebih dikenali sebagai seorang pemuzik penggesek gergaji dimana bakatnya telah dicungkil dari program "BAKAT" terbitan RTM pada tahun 1979.

Sinopsis cerita “Pontianak Menangis”

Berkisahkan Kampung Selamat yang kerap pada malam-malamnya diganggu oleh pontianak dan juga sering berlaku kecurian harta benda penduduk.

Disebabkan kejadian itu, penduduk Kampung Selamat mencari jalan bagi menyelesaikan masalah yang mereka hadapi setiap hari. Tampil Seorang pemuda yang digelar Din Kelentong telah memberi cadangan yang kononya ada mengenali seorang pakar pengusir pontianak dari Seberang (tanah Jawa).

“Raja Paku” telah diperkenalkan oleh Din Kelentong kepada penduduk dan telah mendapat persetujuan sepakat penduduk Kampung Selamat yang sangat-sangat memerlukan bantuan waktu itu.

Sebenarnya “Raja Paku” tidak wujud, hanya penceritaan yang di 'kelentong' oleh Din Kelentong sahaja.
Untuk meyakinkan penduduk kampung, maka "Mat Yeh" diminta untuk menyamar sebagai Raja Paku. Demi persahabat baik mereka berdua, Mat Yeh bersetuju dengan permintaan itu. 

Harapan tinggi penduduk Kampung Selamat mengharapkan agar Mat Yeh dapat mengusir pontianak. Tetapi lain pula terjadi apabila Mat Yeh telah jatuh cinta pada pontianak itu. 

Kenapa pontianak menangis? Apa yang sebenarnya berlaku dan  adakah dalang di sebalik kejadian permasalahan Kampung Selamat? , siapakah yang berbuat onar di Kampung Selamat ?

Apa yang menariknya tentang filem “Pontianak Menangis” 

Filem terbitan Heart N Soul Sdn Bhd itu dibintangi Watie Sadali, Joey Daud, Yassin SYJ, Hamdan Senario, Ilya Senario, Sathia, Wan Walla, Rahim dan Soya. Tonggak pelakon dengan barisan nama-nama pelawak yang mencuit hati ini mampu mengamatkan panggung beberapa ketika..

Babak yang sangat menarik dan melucukan apabila Soya bercerita "kelentong" tentang Raja Paku ..meleleh air mata aku gelak dalam panggung . (Rahim) tanya  "siapa paku?" "...Raja Paku" jawab (Din Kelentong) , .. (Rahim) tanya lagi "Siapa paku?" .."nenek aku" eh bukan .. "Raja Paku" jawab (Din Kelentong). babak seakan watak Sudin dalam cerita Pendekar Bujang Lapuk, P.Ramlee (kena tonton barulah dapat gelak bab itu).

Okay, korang jangan lupa beli tiket dan tonton pada 1 Oktober ini, Tayangan Perdana di Seluruh pawagam Malaysia.

TAJUK : PONTIANAK MENANGIS Tarikh Tayangan : 1 Oktober 2015Genre : Komedi / SeramPengarah : Ismail JejakaPelakon : Joey Daud, Yassin SYJ, Watie Sadali, Hamdan Senario, SoyaTerbitan : Heart N Soul Sdn Bhd

TONTON DAN SOKONG FILEM TEMPATAN

9 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Berkelah di Tadom Hill Resort best jugak!

Monday, September 28, 2015 Nazlee Ismail 23 Comments

Berkelah di Tadom Hill Resort 

Bertukar lokasi kebiasaan berkelah dari pantai ke tasik batu kapur !

Asyik dengar dan baca cerita orang di blog, pagi kelmarin kami sekeluarga ke Tadom Hill Resorts.
Layankan anak-anak beriadah dan santai-santai hujung minggu sebelum musim cuti sekolah berakhir.

Tadom Hill Resorts dan Tadom Base adalah dua lokasi yang sama tetapi terdapat perbezaannya dari segi aktiviti di sini. Tadom Hill Resort lebih kepada aktiviti riadah bersama keluarga seperti mandi tasik, berkhemah, bbq, bersantai sambil menikmati keindahan alam sekitar. Manakala Tadom Base pula lebih kepada sukan lasak di tasik dan darat juga.Kawasan ini sudah popular sejak menjadi viral di dalam facebook dan blog-blog. Lokasinya terletak di Labuhan Dagang, Banting Selangor hanya 12 minit daripada KLIA dan 45 minit daripada bandar Kuala Lumpur.

Kalau ikutkan cuaca sekarang memang berjerebu tahap tidak sihat dan kekadang samapi kepada IPU sangat tidak sihat di kawasan Banting keseluruhannya sejak akhir-akhir ini.

Anak-anak PCL dah besar, atas desakan terutamanya Hanis nak sangat ke sini.. terpaksalah kami ikutkan ..
Cadangan untuk anda, kalau boleh datang waktu pagi seawal lokasi dibuka (jam 10 am), suasana masa ni memang segar dan jerebu kurang. Apa pun tentang kesihatan perlu diambil berat (jangan contohi aku... aku dah terpergi) cari masa yang sesuai !

Ok, aku nak kongsi beberapa gambar di sini.., banyak khemah tapi masih kosong lagi sebab masih awal (pagi) , ada kadar sewa khas untuk setiap kemudahan di sini.

Pusat Rekreasi terbaru di Banting !

Dikelilingi oleh pemandangan bukit batu kapur dan tasik yang indah, kawasan ini masih baru dibuka dan difahamkan beberapa daya tarikan lain sedang dalam proses pembinaan.

Yang best sebab berpiknik boleh bawa makanan luar buat sementara waktu nih, warung / restorant tak siap sepenuhnya lagi, masih dalam proses pembinaan. Lepas mandi manda boleh rehat dan sambung semula. selain kemudahan biasa, terdapat juga Surau lelaki dan wanita dan kemudahan asas yang lainnya.

 Aktiviti Air adalah percuma di Tadom Hill Resorts sebab awal lagi diorang dah caj masuk Rm18/single entry (Mon-Thu) dan Rm20/single entry (Fri-Sun /public holiday). Ganyang sampai lebam dan merah mata !!

Nampak semuanya sempoi.., nampak tu papan tanda pun ala-ala sempoi gitu...mungkin lepas ni akan ditambah baik lagi.

23 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

RUMAH BURUNG / KUCING / ARNAB BERBAGAI REKA BENTUK DAN SAIZ UNTUK TEMPAHAN

Saturday, September 26, 2015 Nazlee Ismail 19 Comments

RUMAH BURUNG / ARNAB / KUCING BERBAGAI REKA BENTUK DAN SAIZ UNTUK TEMPAHAN

Pemelihara haiwan kesayangan seperti kucing, arnab dan seumpamanya boleh mendapatkan perkhidmatan membuat 'Rumah Haiwan Kesayangan' mengikut reka bentuk sedia ada atau boleh berunding dengan kami mengikut kehendak anda sebagai pelanggan.

Rumah Kucing / Cats Enclosure

Produk utama kami ialah merekabentuk dan membina rumah kucing untuk memberi keselesaan dan kehidupan kepada kucing kesayangan anda. Out Door CATS ENCLOSURE kami adalah ekonomikal, tahan lasak, ringan, easy maintainance kerana rekabentuk dan binaannya yang INOVATIF. 

READY MADE : Saiz 6x6, 6x8, 6x10 kakipersegi 
CUSTOM MADE : Rekabentuk dan saiz mengikut kehedak pelanggan 

Untuk pertanyaan dan tempahan boleh berhubung terus kepada ;

NazleeDotCom Resources
Email : nazli.angkasa@gmail.com 
Tel/whatsaap : 017 400 9726 (nazlee)

19 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Anggun Bergaya Walaupun Mengandung

Friday, September 25, 2015 Nazlee Ismail 7 Comments

HALWA ATTIRE : Only The Best Stylish Maternity Attire

Assalamualaikum..

HALWA ATTIRE adalah sebuah butik online yang menjual pakaian mengandung untuk wanita dengan pelbagai pilihan warna dan rekabentuk yang menarik dan pastinya menepati citarasa anda. HALWA ATTIRE adalah milik penuh bumiputera yang telah berkecimpung dalam perniagaan online sejak Ogos 2015.Sebuah butik online pakaian untuk ibu mengandung yang dipercayai oleh ramai pembeli pembeli online diluar sana.

HALWA ATTIRE diwujudkan adalah untuk membantu menyediakan pakaian mengandung terutamanya kepada ibu-ibu yang bekerjaya.Di zaman serba moden dan canggih ini,biasa kita dengar keluhan dan keinginan ibu mengandung :

❤ SUKAR mencari pakaian mengandung yang cantik
❤ DESIGN pakaian mengandung yang sama dikebanyakan tempat
❤ WARNA pakaian mengandung yang mebosankan
❤ Ada yang memilih design ala-ala KOREA tetapi MATERIALnya tidak sesuai dengan SUHU Malaysia
❤Ada yang CANTIK tetapi lengan tiga suku

Menyedari MASALAH dan KELUHAN yang dihadapi oleh mereka,HALWA ATTIRE tanpa untuk MEMBANTU ibu-ibu MENYEDIAKAN pakaian mengandung yang mempunyai:
❤ Design yang cantik
❤ Breastfeeding friendly
❤ Wudhu friendly
❤ Patuh syariah
❤ Material yang bersesuaian dengan suhu Malaysia.

HALWA ATTIRE bukan sahaja menyediakan pakaian mengandung yang boleh dipakai SEMASA MENGANDUNG, tetapi juga anda boleh memakai kembali pakaian dari Halwa Attire SELEPAS melahirkan anak. Selain itu DESIGN yang disediakan sangat EKSKLUSIF dan sesuai dengan cita rasa masakini.InsyaAllah

HALWA ATTIRE sangat sangat mengutamakan kepuasan pelanggan mereka.Mereka telah memberi jaminan 14 HARI (Return Policy https://www.facebook.com/notes/halwa-attire/14-days-return-policy/1450265261967923 ) untuk memulangkan semula pakaian yang telah dibeli sekiranya anda tidak berpuas hati.Apalagi yang kita mahu.Sesungguhnya HALWA ATTIRE sangat mementingkan kepuasan hati para pelanggan mereka.Inilah yang kita cari jika kita ingin membeli belah secara online.Sistem ini membuatkan kita lebih berminat untuk membeli belah bersama HALWA ATTIRE.

MISI Dan VISI Halwa Attire

MISI
❤ Membantu wanita diluar sana untuk BERJIMAT dengan menyediakan pakaian yang BUKAN hanya boleh dipakai semasa MENGANDUNG tetapi juga BOLEH DIPAKAI selepas MELAHIRKAN anak

VISI
❤ - Membantu ibu-ibu untuk kelihatan cantik,anggun dan bergaya walaupun sedang mengandung.
❤-  Menyediakan pakaian mengandung yang stylish dan sesuai dengan suhu Malaysia.

Halwa Attire

HALWA ATTIRE adalah pilihan TEPAT untuk anda membeli belah secara online.Tak rugi membeli  belah di sini kerana pakaian yang dijual adalah pilihan pakaian dengan fesyen terkini.

Produk Terbaik Dari Halwa Attire 

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN07
Material: Mixed Cotton
Thickness: Medium
Colour: Pink
Price: RM68.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN07
Material: Mixed Cotton
Thickness: Medium
Colour: Blue
Price: RM68.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN08
Material: Stretchable Cotton
Thickness: Thin - Normal
Colour: Black
Price: RM69.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN08
Material: Stretchable Cotton
Thickness: Thin - Normal
Colour: Pink
Price: RM69.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN03
Material: Cotton + Polyester
Thickness: Medium
Colour: Yellow
Price: RM58.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN04
Material: Mixed Cotton + Lace
Thickness: Thin - Normal
Colour: Red
Price: RM59.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN04
Material: Mixed Cotton + Lace
Thickness: Thin - Normal
Colour: Dark Blue 
Price: RM59.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CH04
Material: Chiffon
Thickness: Thin - Normal
Colour: Yellow
Price: RM69.00

Selain pakaian yang telah dipamerkan di atas terdapat banyak lagi pilihan pakaian mengandung yang menarik terdapat di HALWA ATTIRE.Jom kita usha lagi pakaian yang cantik di FACEBOOK PAGE HALWA ATTIRE .

Maklumat Lanjut Mengenai Halwa Attire

Instagram : halwa attire
WhatsApp: 0168011174
Email : halwaattire@gmail.com

Halwa Attire Stylish Maternity Attire !!! Anggun Bergaya Walaupun Mengandung
•► ••► ••► HALWA ATTIRE : Only The Best Stylish Maternity Attire

7 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Mulakan Baca Dari Bawah !

Wednesday, September 23, 2015 Nazlee Ismail 3 Comments

Raya Haji 2015, kami tak balik kampung

Jemput lah datang rumah, pagi sebelum jam 12 tengahari insyaAllah kami ada dirumah menanti.

Bali dah petang, lemang patut kena beli awal.. walau "Esok belum tentu ada tetamu ramai datang beraya .. cukuplah dibeli 2 batang " ..Rm12x2 kat tepi Jalan Kanchong Darat menuju ke Pantai Morib, ramai pelanggan datang mungkin sebab "lemang nogori" ni dah terkenal kesedapannya.

Balik dari makan cendol durian di tepi Jalan Olak Lempit , makan laksa penang sorang semangkuk memang kuahnya sedap sangat! Perut tak lapar, tapi macam nak makan laksa. Makan kongsi-kogsi !

Hanis dah tuntut janji dari mamaD supaya belikan dia iPhone bila kami mendapat "rezeki" lebih. Hati hanis senang, abah ajak makan Cendol Durian Olak Lempit !

Alhamdulillah, part ni dah selesai lega rasa.. tapi aku pulak yang jeles sebab anak punya gajet lebih hebat dari ayahnya..

Awal lagi plan nak ke IOI Mall lepas berkemas rumah, Singgah di Banting plan nak ke IOI terbantut pula sebab barang yang Hanis hajati dah jumpa di Banting ni dan beli untuk dia #iPhone

Makan pagi di kedai mamak selepas penat berkemas rumah tadi, dengan gigihnya bangun awal...eh aku ambil cuti hari ni rupanya.. patutlah, macam-macam mamaD plan..

Ramainya manusia di Pasar !
Aku, mamaD beli ayam, beli udang, beli barangan dapur.. memang meriah plan dalam kepala kitaorang nak masak itu dan ini...penat memebeli terasa lapar, belum makan pagi..

(sila baca dari bawah perenggan ke perenggan)

3 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Bersama Xcell Travel & Tours Melancong Ke Krabi Hatyai (4 hari 3 malam)

Tuesday, September 22, 2015 Nazlee Ismail 6 Comments

Program Lawatan KL-KRABI-HATYAI-KL 

Xcell Travel & Tours Management bersama Pelanggan trip melancong ke Thailand iaitu terdari kumpulan guru-guru dan keluarga dari Klang Selangor, pada tarikh yang tertera seperti di tentatif perjalanan berikut ;

XCELL TRAVEL
XCELL TRAVEL

XCELL TRAVEL
XCELL TRAVE;
XCELL TRAVEL

Pakej lawatan selama 4 hari 3 malam berjalan lancar dengan diuruskan oleh team Xcell Travel & Tours.

Sekarang musim cuti sekolah dan musim melancong dalam dan luar negara ; jadi kepada anda yang ingin merancang perjalanan melancong berkumpulan dan inginkan penjelasan bolehlah berhubung di nombor yang tertera di bawah :

WE MANAGE YOUR TRAVEL

XCELL TRAVEL & TOURS MANAGEMENT SDN BHD .
WhatsApp / Call +60 10-928 2086 Wan Ghafar
WhatsApp /Call +60174009726 Nazlee Ismail
website : ‪http://xcelltravel.com/

#‎pakejpercutian‬ ‪#‎pakejkrabi‬ ‪#‎travelpackage‬

6 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Tawaran Mengawan Percuma ; Bagi Kucing Jantan Sahaja !

Tuesday, September 22, 2015 Nazlee Ismail 12 Comments

Mencari Kucing Jantan Untuk Mengawan

Semalam, blog aku dikunjungi pencinta kucing yang mana hasratnya untuk mencari pasangan mengawan bagi kucing-kucing comel beliau. (Diva & Kitty)

kucing persian
Kitty kucing prsian

"Harap harap adalah yang sudi bermenantukan 2 ekor budak yang hidung tak mancung ni. Tapi ada syaratnya tau. Syaratnya ialah kucing jantan tu mestilah flatface highnose. Tak kiralah persian atau dlh. Yang penting fizikalnya persian hidung kemek. Dan satu lagi, kucing jantan korang mesti berada dirumah aku sepanjang tempoh mengawan." ~ kucemaster

Mungkin aku dapat bantu sedikit masalah beliau (dan kucing beliau yang sedang  'on heat') tu untuk menghebahkan kepada pencinta kucing seluruh Malaysia khasnya.Kesiankan ..tapi semua tertakluk pada syarat yang ditetapkan.

Jika ingin kucing-kucing jantan anda berjodohan dengan Diva & Kitty. boleh berhubung terus seperti butiran berikut :

Kucen Master
Bandar Mahkota Cheras
Cheras, Selangor
014-334 4455
http://kucenmaster.blogspot.com/

Tempahan Rumah Kucing (kayu pain @ Besi) custome made - Hubungi : 017-4009726 (nazlee)

Feb 02, 2015
RUMAH BURUNG / ARNAB / KUCING BERBAGAI REKA BENTUK DAN SAIZ UNTUK TEMPAHAN. Peminat burung atau haiwan kesayangan lain seperti kucing, arnab dan seumpamanya boleh mendapatkan perkhidmatan membuat 'Rumah ...
Apr 14, 2015
deko rumah haiwan, rumah kucing, rumah arnab, rumah burung, tempahan.
Jan 09, 2015
Nampak unik dan sangat mengkagumkan "rumah mewah haiwan" tersebut diperbuat daripada kayu. Dengan saiz 70 inci tinggi dan bukaan 4x4 kaki. Sudah berpengalaman lama dalam bidang seni tukang tersebut, kini mengorak langkah dengan sedia untuk menyesuaikan tempahan mengikut kemajuan semasa. Rumah untuk burung dan kucing peliharaan ; pastinya ramai peminat haiwan peliharaan tersebut rela 'melabur wang' untuk haiwan kesayangan mereka.
Sep 18, 2015
berminta untuk menempah perkhidmatan membuat sangkar / rumah haiwan (kucing, arnab, igwana dan sebagainya) boleh hubungi nombor telefon/whatsapp saya., Tempahan Dibuka Untuk Projek Rumah Kucing.

12 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Trend Gaya Baju Kemeja Lelaki

Monday, September 21, 2015 Nazlee Ismail 7 Comments

Baju Kemeja Lelaki

zalora, kemeja lelaki

Kalau bercakap tentang fesyen kebiasaannya wanita akan menarik nafas lega kerana mereka mempunyai jauh lebih banyak pilihan berbanding lelaki. Ini kerana realitinya memang begitu. Kalau kita lihat pentas fesyen peragaan tidak kira sama ada di Malaysia ataupun luar negara kita akan mendapati koleksi pakaian untuk wanita adalah lebih luas dan lebih banyak diketengahkan. Mengapa? Jawapannya terletak kepada fesyen itu sendiri. Tidak seperti wanita, trend fesyen lelaki tidak begitu banyak ruang untuk diketengahkan. Malah fesyen wanita lebih mudah untuk digayakan dengan hampir apa sahaja stail tidak kira sama ada yang terkini mahupun yang lama seperti vintage. Lelaki pula terlalu terhad kerana tidak semua, malahan pilihan yang ada jauh lebih sedikit jika hendak dibandingkan dengan wanita.

zalora, kemeja lelaki

Lelaki tidak suka berlebih-lebih dalam berfesyen ?

Namun mengikut sifat semulajadi lelaki itu sendiri mereka tidak suka berpakaian yang terlalu menonjol seperti wanita. Jika wanita boleh menggayakan sesuatu pakaian yang cukup glamour seperti night dress labuh bersama matching women accessories, namun lelaki lebih gemar memakai tuxedo dengan rekaan minimal bagi kelihatan lebih segak. Lelaki tidak suka berlebih-lebih dalam berfesyen dan itu adalah satu fakta.
Antara pakaian yang paling popular dalam kalangan lelaki ialah baju kemeja. Mereka sangat gemar memakainya sehingga pasaran fesyen baju kemeja lelaki menerima permintaan yang cukup tinggi oleh kaum Adam sehingga kini. Sekarang ini terdapat banyak koleksi kemeja tekrini yang boleh didapati di luar sana dengan seleksi rekaan yang cukup pelbagai bersama corak-corak menarik. Selain daripada itu mens shirt sekarang juga lebih stylish jika hendak dibandingkan dengan dahulu.

zalora, kemeja lelakizalora, kemeja lelaki

Baju kemeja lelaki terbaru online juga boleh didapati dalam saiz yang berbeza dan ini adalah antara faktor mengapa ia begitu popular kerana tidak kira apa pun saiz badan anda, pasti akan ada yang sesuai untuk anda! 

7 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Perjumpaan Blogger Di Musalloh Ihsan : Otai masih dan tetap berbisa

Monday, September 21, 2015 Nazlee Ismail 4 Comments

Perjumpaan Blogger Di Musalloh Ihsan, Bandar Baru Bangi

Petang semalam, memang bercadang sangat nak berjumpa beberapa sahabat blogger (orang lama) di sebuah pertemuan yang dirancang khas oleh Blogger Dato' LF di Bandar Baru Bangi. Lama dah tak jumpa mereka , kalau tak kerana jemputan majlis kenduri kahwin anak bongsu beliau, rasanya susah nak penuhi jemputan yang biasa-biasa bagi group maya KKA.

Musalloh Ihsan, Bandar baru Bangi
Musalloh Ihsan, Bandar baru Bangi
Musalloh Ihsan, Bandar baru Bangi

p/s : biasa tu kalau tengok 'aksi' mak-mak buat gitu.. itu biasa dan bukan luar biasa ye, bila berada dalam kumpulan kita tetap happening . Terbaik wefie dengan monopod Blogger Kakchik !

Musalloh Ihsan untuk aktiviti Pengajian Agama dan Ukhuwah Blogger

Blogger Prof. Dato', memang seorang yang baik sangat..., sangat merendah diri dan baik hati dengan semua orang. Di dalam kediaman beliau memang ada ruangan khas selesa yang dinamakan 'Musollah Ihsan' (MI), selain untuk aktiviti Kelas Pengajian Agama, MI juga memberi laluan kepada blogger-blogger khususnya KKA untuk bertemu sembang santai . Sudah beberapa kali blogger gathering berlangsung di sini , itu membuatkan ramai lagi kenalan yang menyenangi sikap Dato' dan Datin . Tidak terhad kepada blogger sahaja, tetapi untuk kegunaan masyarakat setempat melakukan aktiviti perjumpaan.

Musalloh Ihsan, Bandar baru Bangi

Kita yang tak diberitahu berkenaan gelaran Dato' yang dimiliki beliau memang tak akan tahu, beliau sangat bersahaja.

Blogger LF (Luah Fikiran), memang sangat aktif menulis blog. Dari dulu dan kini...
cuma sejak kebelakangan ini agak terbatas penglibatan beliau dalam blog dan media sosial atas faktor kesihatan. Namun otai masih dan tetap berbisa.

Info : Senarai blog yang aktif, separuh aktif dan suam-suam kuku terdapat di sini sebahagiannya , anda boleh klik (KKA)

4 Comments: