Code:

Agrofarmstay Melaka Sesuai Untuk Program Team Building

Wednesday, January 06, 2016 Nazlee Ismail 2 Comments


Agrofarmstay Melaka Sesuai Untuk Program Team Building


Aku kali ni dah masuk yang ke 2 tinggal dalam kawasan Resort yang damai suasananya. Kurang lebih macam suasana di kampung aku jugak. Ada kolam ikan, ada dusun buah-buahan dan kemudahan lain bezanya cuma tempat ni lebih dikomersilkan untuk bisnes.

Aku cadangkan kalau anda merancang untuk buat program hari keluarga atau berminat nak buat program team building, program motivasi dan sebagainya memang cukup sesuai dengan kemudahan fasiliti yang tersedia mampu memenuhi target anda. Kadar harga sangat berpatutan dan anda boleh berhubung terus dengan pihak pengurusan @agrofarmstay.

Masa pertama kali datang pada bulan Mei tahun lepas, masa tu chalet kayu masih dalam proses penambahbaikan. Sekarang semuanya sudah siap dengan wajah baru lagi menarik perhatian aku. Terdapat 10 unit chalet di mana setiap satunya boleh memuatkan 10pax (5x katil bujang 2 tingkat). Memang sesuai untuk kumpulan pelajar menginap contohnya jika mereka mengadakan aktiviti di sini.
Apa yang menarik tentang chalet ini ialah kedudukannya berada sedikit tinggi di atas bukit.

Selain itu Resort ini juga menyediakan pelbagai jenis tempat penginapan seperti D'Lodge 6 bedded, Garden View 8 bedded, River View 6 bedded, River View 2 bedded, dan yang paling besar ialah Villa 14 bedded. Sangat sesuai untuk buat Family Day secara besar-besaran di sini.

Tentang Villa indah ini aku telah ceritakan pada entri 'VILLA INDAH DI MELAKA' (klik)

Agrofarmstay ini juga menyediakan kemudahan riadah antaranya seperti kolam renang, bilik karaoke dan berkayak. Instruktor untuk aktiviti-aktiviti dalam team building ada disediakan mengikut keperluan seperti berkayak, water confidence dan jungle trekking.


Kelengkapan lain yang berkaitan khususnya untuk kursus Team Building dan seumpamanya :

Dewan seminar ini boleh memuatkan hampir 40 orang setiap masa. Dewan ini dilengkapi penghawa dingin beserta sistem PA, mikrofon, projektor, carta flip dan papan putih.

Bilik mesyuarat di bawah ini boleh memuatkan seramai 12 orang dan ia dilengkapi papan putih beserta projector untuk kemudahan bermesyuarat.



Surau Teratai atau surau terapung ini boleh digunakan sebagai tempat beribadah beramai-ramai atau mengadakan ceramah. Kemudahan termasuk sistem PA, mikrofon, sejadah dan Al -Quran.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi :

RESORT AGROFARMSTAY@SKILL-TECH
Lot 453, Batu 13, Jalan Tebong/Machap, 76100 Durian Tunggal, Melaka
HOTLINE : 016-2098623/012-2118246
Website Agrofarmstay, Melaka :
https://www.facebook.com/agrofarmstay
https://www.instagram.com/agrofarmstay/

Kredit untuk Kelab Blogger Ben Ashaari :
Bengkel Fotografi KBBA
2-3 Januari 2016
AGROFarmstay@Skill Tech,
Durian Tunggal, Melaka.

2 comments:

  1. Such a nice place. Tenang je tengok pun

    ReplyDelete
  2. bestt dok sini..nanti boleh plan untuk lain kali pulak..hehe

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Blog Archive