Bawal putih Putih mata sebabkan harga?

Thursday, January 07, 2016 Nazlee Ismail PCL 9 Comments



Ikan Bawal Putih siap timbang  tag harga, mungkin orang yang nak beli tadi tak jadi kemudian dia letak balik di tempat asalnya.

Kesian kawantu.. kalau lah niat dia beli untuk isteri yang sedang hamil macam mana tu... kempunan si isteri. Agak masa sebelum timbang beria la dia pilih ikan bawal, tapi bila dapat tau harga .. hurmm terpaksa lupakan, duit dalam kocek lebih perlu kepada barang lain agaknya lah..

Andai kata niatnya nak belikan untuk isteri mengidam mungkin boleh teruskan beli tapi kurangkan kuantiti , beli seekor dua pun jadilah kan.

Cuma nak ingatkan, selepas timbang barang.. semak  dulu sebelum buat bayaran di kaunter, periksa sama ada betul ke tidak jumlah timbangan barang dengan kadar harga yang ditawarkan.

Jangan mudah percaya, kekadang staf yang bertugas menimbang dan tag harga juga ada buat silap. Kita sebagai pembeli kena alert dengan semua perkara, jangan main bayar walau ada rasa tak puas hati.. semak dulu sebelum bayar !

Situasi gini memang pernah jadi pada aku, mungkin pernah juga pada korang.. apa reaksi anda?


9 comments:

  1. Saya beli ikan terubuk di pasar minggu lepas tanpa lihat harga. Nasib baik sebelum di siang saya tanya harga...RM115.00....terus cancel.
    Seekor terubuk RM115? Rupanya sekilo RM75.....huhu baik makan ayam dan daging dan tulang...lagi murah dari beli ikan sekarang

    ReplyDelete
  2. Betul tu macam baru- baru ni abah SA beli barang..barangnya sikit jer tapi tetiba tgok RM167.80...check balik..rupanya ayam 3 ekor sampai RM87 hengget...amukan ablasa la SA kat situ...

    ReplyDelete
  3. memang mahal bawal putih..betul kata pcl, baik beli dalam kuantiti yang sedikit utk mengelak dari kena bayar lebih

    ReplyDelete
  4. Perghhh..tapi bawal putih memang mahal pcl...mmg pikir banyak kali la nk beli ikan ni..huhu

    ReplyDelete
  5. PCL, betullah, julia selalu tgk harga, ambil sikit dulu timbang berapa harga sebelum dia print price tag tu, bukan apa pcl terkadang pernah tgk situasi kes cm tu lah...pelanggan ni tak kira dah kadang2 tempat barang kering pun dia lambak bahan mentah disitu...tak ke x elok perangai tu kan...sbb tu apa-apa pun tgk keadaan semasa, bahan mentah mana melambung naik...kalau mahal beli biasa2 sudah dulu...tp kalau ibu mengandung dahulukan kehendak dia...sbb jgn jadi cm juju...dulu beria nak gulai umbut pisang tak dpt2...keluar anak menjejes air liur sampai 2 tahun x reda...betullah orang tua2 ckp...kehendak org mengandung ni paling kena jaga...

    ReplyDelete
  6. mahal gila smpai nak seratus.

    ReplyDelete
  7. Ada juga terkena. Tengok kat rak harga lain. Bayar harga lain. Humphhhhh.

    ReplyDelete
  8. RM 82??? Mahalnyee.. hati2 la lain kali..

    ReplyDelete

[PERINGATAN MESRA]
Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Untuk yang berminat melanggan tapak IKLAN BLOG, email admin (nazli.angkasa@gmail.com). Mohon jangan SPAM ruangan KOMEN . Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Blog Archive