Bila kulit wajah makin gelap, aku cari produk Cosmoderm

Wednesday, January 27, 2016 Nazlee Ismail PCL 4 Comments


Bila kulit wajah makin gelap, aku cari produk cosmoderm.


Light & Bright Spot Treatment Crème 30ml


Sebab aku dah terbiasa dengan produk cosmoderm ni sejak setahun yang lepas bersama KBBA.
Kulit gelap sebab selalu berjemur dek panas mentari, sebab ikutkan sangat hobi aku yang semakin menjadi-jadi ni, sampai lupa dah bab menjaga penampilan diri.

Lagi-lagi cerita pasal memancing. Ok ni kira hobi aku yang sesekali muncul tapi bermusim. Hobi yang tak banyak keluar modal, memancing di kawasan yang tak payah bayar guna wang...cuma keluarkan sedikit modal untuk beli umpan dan alatan memancing. Berpanas itu sudah semestinya.

Dulu kulit aku cerah !..kategori orang yang menjaga penampilan tapi sejak minat memancing, kulit makin gelap.  Aku still jaga bukan tak jaga dah...tapi itulah, paling ketara kulit gelap di bahagian muka dan tangan. Nak buat macam mana, akurlah dengan cuaca sekarang ni yang panas menggila. Lindung bawah topi pun masih terasa bahangnya membakar kulit muka. Kalau pemancing pakai payung ..hurmm apa kata orang pulak, buek malu ja.. baik la duduk rumah dodoikan anak !

Kisahnya aku ni selalu pelupa... bila dingatkan baru nak buat. MamaD ni sayang kat suami dia , selalu dia ingatkan aku supaya pakai krim pelindung sinaran matahari bila keluar berpanas.

Aku ni malas sebenarnya .. leceh la nak sapu krim krim pelindung kulit. (macam pompuanlah !) huh ..

Bila balik dari memancing, lepas mandi baru terkejut beruk tengok kulit wajah sendiri kat cermin.... hurmm gelap lagi kusam ! (sesal pun ada...awatla jadi macam ni) takleh dah nak jadi model produk maskulin .

Pengajarannya, korang jangan la malas macam aku ni, even kita ni seorang lelaki. Pakai je lah . saranan aku gunalah produk cosmoderm, bersih suci lagi halal.

Kat rumah ada produk cosmoderm, baru mamaD belikan untuk aku lah kataya bagus untuk megembalikan kecerahan kulit. Susah hatilah agaknya kot, bila suami dia nampak iras macam mamat Bangla..haha .

mamaD beli secara online di cosmoderm : Klik sini

Light & Bright Spot Treatment Crème 30ml




4 comments:

  1. nk bagi suami yang ni nanti juga ler

    ReplyDelete
  2. sya pun kekadang tak pakai bila keluar..ehehe...nasib baik ada penyelamat kan

    ReplyDelete
  3. kalau kelam kabut nak keluar kita pun taka pakai apa2 kirm. pastu yey mengelupas..

    ReplyDelete
  4. wahhhhhhhhhhh ini sudah bagus...boleh hadiahkan kt suami nanti...

    ReplyDelete

[PERINGATAN MESRA]
Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Untuk yang berminat melanggan tapak IKLAN BLOG, email admin (nazli.angkasa@gmail.com). Mohon jangan SPAM ruangan KOMEN . Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Klik untuk Info details

Pets House Designer

Blog Archive