Code:

Fikir pasal isteri kalau anda kaki pancing yang selalu bawak balik ikan..

Wednesday, January 27, 2016 Nazlee Ismail 3 Comments


Haha, haih cerita pancing lagi...... aku  cuma nak fokus pada ikan yang aku pancing ni.. Keli sederhana besar tapi bukan dari jenis keli afrika, tapi ianya keli bunga (sungai) . Ada juga keli bunga ni bersaiz kecil, biasanya hidup liar di telaga atau sawah padi, ada juga orang menamakan ikan jenis ini keli kampung. Sekarang ni susah la nak dapat yang jenis kampung... kebanyakannya sudah berhijrah ke bandar..(haha).

harga ikan keli di pasaran
Hasil pancingan Sabtu lepas : Ikan Keli sungai

Sebut jenis 'kampung' mesti orang beranggapan sesuatu 'barang' baik dan tinggi kualitinya. Ayam kampung contohnya mempunyai rasa sedap pada dagingnya apabila dimasak. Begitu juga pada ikan.. Keli kampung, saiznya kecil tapi harga mahal berganda dari keli yang diternak (diberi makan pallet)

Harga ikan keli di pasaran


Paling murah yang diberi makan pallet, biasanya dengan harga dari Rm4 ke Rm6.50 sekilogram. Bergantung kepada permintaan. Adakalanya harga pasaran boleh jatuh sampai RM3 untuk sekilogram.

Kekadang ramai je orang suka dan sangat mengemari masakan daripada ikan keli (keli goreng, keli berlada, keli masak lemak, keli asam pedas , keli salai, keli bakar dan sebagainya) tetapi ramai yang sangat geli memprosesnya. Ini masalah paling besar bagi sesetengah kaum wanita bergelar isteri kepada suami yang suka makan masakan isterinya dirumah (terutamanya bila diminta masak hasil pancingan atau beli).

Pada masa ni, orang berniaga ikan memang bijak ambik kesempatan, tapi sebenarnay bagus la ada orang tolong siangkan, tinggal kita nak bawa balik ke rumah dan bagi isteri masak aje..
Tak jadi masalah pun, kerja sekarang semuanya makin mudah.. bayar RM lebih sikit untuk upah , selesai.

Kesiankan isteri ..


Ini bab lain, .. saja nak pesan kepada  suami-suami yang kaki pancing, kalau bawa balik hasil pancing ikan (ikan bersaiz besar dari biasa), korang pandai-pandailah selesaikan dahulu (kerja-keja menyiang ikan) sampai la  ke proses sebelum memasak. Kesian isteri korang nanti buat 'kerja' dalam keterpaksaan.

Kalau semuanya dah beres (menyiang, membasuh, taruk asam limau dan sebagainya) pastinya isteri korang akan bersetuju dengan minat korang tu...Dia yang tak minat pun tak akan membebel panjang.. haha serius ni buat lah selalu macam aku.

Yang selalu jadi masalah dan rungutan sebahagian para isteri pemancing tegar ialah.. masa bawa balik banyak ikan tunjuk kepada isteri, tapi bab nak menyiang tu serah pada isteri buat sorang-sorang...hemm mana tak membebel dia..





3 comments:

  1. Alhamdulillah...kalau ikan keli memang biasanya kami minta kedai siangkan...balik PC tinggal asam garamkan je lepas tu masak terus...

    ReplyDelete
  2. kita tak pernah siang keli...nasibla laki tak pernah bawak balik suruh siang...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Blog Archive