Kecewa dengan CDM CIMB di Kanchong Darat Banting

Friday, January 22, 2016 Nazlee Ismail PCL 7 Comments


Nina hantar mesej (whatsapp) kata nak duit belanja urgent;  dah 'kering' katanya, sebagai ayah.. aku tak sampai hati dan terus pi bank (cash deposit mechine) yang paling dekat.. kalau boleh nak masukkan duit secepat mungkin. Dia cuma ada akaun bank ni saja.

Anak kat kolej, etah la macam mana minggu ni terbelanja lebih la agaknya dia. Malas aku nak bebel.. yang aku tau boleh buat dia tak susah hati.. bab nak membebel lelebih nanti bila dia balik boleh tanya .

Aku biasa dah rasa dulu macam mana peritnya waktu belajar, jauh dari famili, duit tak cukup nak makan.. hurm kesian rasanya. Itu pasal aku cecepat nak masuk duit belanja bila anak perlukan.

CIMB CDM Lokasi Petronas Kanchung Darat servis mengecewakan.. lama dah !

Masalah problemnya..
Bila nak cepat ada je, ni pasal CDM CIMB, lokasinya kat dalam Petronas Kanchong Darat. Maaf lah ya terkait pulak nama Stesen minyak dalam masalah aku ni. Leceh betul la.. ramai yang merungut kata mesin ni buat hal selalu. Duit note cantik keras baru pun takleh diterima, sensitip sangat! , ada sorang berada tu siap ajar lagi skill dia 'keronyok' duit kertas.. katanya berkesan. Hurmm hampeh jugak bila time aku buat.. tak menjadi.

Tak ada yang repot kepada CIMB Banting kot? ke dah ada laporan cuma tindakan orang CIMB je yang agak lembab?.. Lama dah rasanya orang Kanchong hadap problem ni. Staf keje petronas dalam tu pun tak nak ke tolong bagi tahu sikit tentang ni..kalau nampak orang bank datang?

Cash Deposit Mechine (CDM), di Stesen Petronas Kanchong Darat 
Mesin CDM tu bermasalah, kita ni nak cepat terpaksalah ke pekan Banting pulak... sakit hati betul kadang tu dah la penat beratur menunggu sorang demi sorang terkial kial masukkan note (macam-macam style & skill..haha) .. tolonglah CIMB yang berkenaan !!

7 comments:

  1. Kena sentiasa buat rport ni PCL..sebab bila kemudahan menjadi kesusahan...kesian di saat saat genting orang yang memerlukan...

    ReplyDelete
  2. cdm ni yang problem ni. kene tkr baru

    ReplyDelete
  3. dekat area komtar, cdm cimb susah nak terima note rm100..jenuh nak tukar note rm50..kadang2 ambik masa juga cdm nak terima semua wang..leceh la bila nak cepat2

    ReplyDelete
  4. Ada setengah2 mesin memang gitu PCL keluar dari ATM sebelah mai CDM sebelah sini pun tak boleh terima duit padahal duit keluar dari mesin cawangan yg sama.

    ReplyDelete
  5. Dari Kanchong tu nak ke Pekan Banting pun agak jauh kan PCL...

    ReplyDelete
  6. Mesin memang pilih kasih sangat..
    Agak2 lah kalau nak bermanja bagai kan
    Kat sini pun selalu problem macam tu..
    Emmm

    ReplyDelete

[PERINGATAN MESRA]
Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Untuk yang berminat melanggan tapak IKLAN BLOG, email admin (nazli.angkasa@gmail.com). Mohon jangan SPAM ruangan KOMEN . Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Blog Archive