Kena usaha berjimat cermat

Tuesday, January 12, 2016 Nazlee Ismail PCL 9 Comments


Alhamdulillah rasa syukur sangat sebab masih ada kedai runcit yang jual barang basah jauh lebih murah dari kedai-kedai lain atau pasar sekitarnya kat sini.

Bila aku berkawan, bercampur dengan jemaah masjid di sini, kebanyakan depa dari orang lama dan pendududuk asal, kalau tanya depa ni mesti tau kat mana port membeli belah yang terbaik dan murah. Jangan segan nak bertanya..

Beruntung rasanya aku  dapat tinggal di kawasan luar bandar, walau luar bandar namun tempias bandarnya tak dapat nak dinafikan. kadang tu ada masanya tetap berhadapan sama situasi macam orang hidup di bandar juga. Walau kampung , ada kedai jual barang mahal melampau, ada kedai jual ikut standard dan tak ramai yang tau kat sini ada juga kedai yang jual harga murah tapi barangan tetap berkualiti., hanya di kalangan orang tempatan sekitar ni saja lebih maklum. Orang luar macam aku ni kadang terpaksa membeli di mana yang sempat.

Sebelum ni aku membeli di sini, dan hari ni sekali lagi aku datang membeli, memang betul harga sayur, ikan sangat murah dari biasa, boleh jimat sekupang dua pun kira okalah tu..
Setakat nak beli ikan, sayur dan barang keperluan dapur tak payah cari jejauh ..kedai tepi jalan besar yang aku bagitau ni beroperasi waktu pagi sahaja. Habis barang kedai pun tutup. Tuan yang berniaga ni macam ala-ala nak bersedekah dalam berniaga, untugnya hanya sikit, barangkali dia tak boleh nak tidur malam kalau kaut untung banyak (agaknya lah kot). Alhamdulillah semoga perniagaannya bertambah maju.

Aku.. Boleh la berjimat cermat sebab dekat dan murah. Tahun 2016 ni Kenalah rajin usaha mencari dan bertanya, di mana tempat murah berbelanja .

#teringat zaman gawat 1997, suatu masa dulu.




9 comments:

  1. Alhamdulillah,seronoknya kalau dapat berbelanja dikedai yang murah PCL..walau jimat 10 sen pun...kumpul lama lama banyak juga..sekarang majoriti peniaga asyik cakap berniaga tak untung...asyik tak untung...anehnya tetap berniaga..tak pula tutup kedai...tambah kedai lagi adalah...sedih..

    ReplyDelete
  2. Dengan Mykad juga kita boleh berjimat di seluruh negara.Dlam pelbagai Kategori perniagaan dan kedai. http://dinarexcel.com

    ReplyDelete
  3. Suka beli brg dapur murah2. Skrg macam2 kad kumpul points dan diskaun untuk penjimatan. Pemodenan pasar katanya.

    ReplyDelete
  4. kalau kat rumah saya ni boleh kata semua mahal..walaupun yang berniaga tu ramai warga asing tetap mahal serupa macam beli kat kedai lain jugak..

    ReplyDelete
  5. sekarang ni nak membeli memang kena cari kedai yang harga rendah tapi barang elok.

    ReplyDelete
  6. Tulah..sekarang memang kena cari kedai yang murah harganya..
    Kalau tak..rm50 tak kan ke mana

    ReplyDelete
  7. Yelh pening gak ni...
    Kt sini mahal belaka..tgh bndar kn....

    ReplyDelete
  8. kalau pergi kedai 2 RINGGIT memang memanjang penuh ..hahah.. sebab murah kann

    ReplyDelete

[PERINGATAN MESRA]
Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Untuk yang berminat melanggan tapak IKLAN BLOG, email admin (nazli.angkasa@gmail.com). Mohon jangan SPAM ruangan KOMEN . Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Blog Archive