Naturophatic vs Allopathic, Mana Satu Nak Pilih?

Wednesday, January 20, 2016 Nazlee Ismail PCL 0 Comments


Ramai yang bertanya apa itu NATUROPATHIC .. Mari saya terangkan supaya semua mudah faham untuk mengenali Perubatan Naturopathic.. Naturopathy bukan perubatan traditional tetapi perubatan semulajadi yang lebih klinikal...

Natural - Semulajadi
Medical - Perubatan
Naturalmedic - Perubatan Semulajadi.
Naturopathy - Nama sainstifik Perubatan Semulajadi.
Naturopathic - Rawatan Perubatan Semulajadi.
Naturopath - Pengamal Naturopathic..
manakala, ALLOPATHIC - Perubatan konvensional, perubatan moden yang sedia ada.

Naturophatic vs Allopathic, Mana Satu Nak Pilih?

Yumizee Naturopatic Centre

Naturophatic vs Allopathic, Mana Satu Nak Pilih?
Jawapannya kedua-duanya adalah sama penting dan saling bantu membantu..

Secara mudahnya, perubatan naturophatic adalah yang berkaitan dengan pencegahan secara klinikal, lebih kepada mengawal punca penyakit, dan melibatkan mengubah cara hidup dari awal demi menjaga sebuah kesihatan.

Allopathic pula adalah perubatan yang diperlukan ketika kecemasan atau ketika mengalami kesakitan dan ketidakselesaan yang memerlukan rawatan segera. Doktor allopathic akan menstabilkan penyakit am dengan cepat melalui penggunaan ubat-ubatan farmaseutikal moden.

Kedua-dua jenis perubatan ini, yakni naturopathic dan allopathic adalah penting dan diambilkira dalam bidang perubatan moden. Membuat pilihan antara perubatan naturopathic dan allopathic untuk rawatan, adalah bergantung kepada pesakit dan penjaga pesakit.

Perubatan allopathic adalah penting apabila melibatkan keadaan kecemasan dan ketika tanda-tanda yang menyebabkan rasa sakit atau tidak selesa. Misalnya, mangsa kemalangan jalanraya atau yang mengalami strok, rawatan segera diperlukan bagi memastikan tiada kesan langsung yang bakal berlaku akibat kecederaan yang dialami. Manakala, bila datang kepada pencegahan kesihatan, perubatan naturopathic mengambil tempat kerana dia fokus kepada akar penyebabnya.

Rawatan naturopathic secara semula jadi meningkatkan sistem kekebalan tubuh menggunakan vitamin dan mineral, dan lain-lain sumber semula jadi, yang membantu tubuh menyembuhkan dirinya sendiri. Ini boleh membawa kepada pembaikan daya hidup dan mengurangkan pengambilan ubat farmasi.

Sebelum ini  kita hanya diperkenalkan kepada perubatan allopathic, ayuhlah kita mengamalkan perubatan naturopathic bagi mencegah penyakit-penyakit biasa atau penyakit kronik. Dunia lebih sihat bila kita semua sihat, tanpa mengambil ubat-ubatan dari bahan terlarang iaitu bebas dadah. Naturopati adalah perubatan tanpa menggunakan bahan terlarang (dadah), bahan kimia dan tanpa melibatkan pembedahan. Semua rawatan semulajadi adalah naturopati.

Naturopati boleh membantu seseorang dalam usaha mereka untuk menjaga kesihatan yang lebih baik, dari peringkat pencegahan untuk keadaan yang serius atau kronik. Oleh itu, orang ramai boleh mendapatkan pengamal naturopati (Doktor Naturopati yang bertauliah) untuk memeriksa tahap kesihatan mereka, mendapatkan bantuan daripada sekecil-kecil penyakit seperti selesema atau alahan atau untuk merawat keadaan yang lebih serius seperti penyakit jantung atau kencing manis (diabetes).

Sebarang pertanyaan berkenaan Naturopati boleh berhubung terus dengan DrN Yusmizee ;

"Hubungi saya hari ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana saya boleh membantu anda belajar untuk hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik!"

yusmizi natropatic centre
DrN Yusmizee Bin Yusoff Persatuan Pengamal Utama Naturopati Malaysia (MANIS)
Pusat Pengajian Sains Perubatan (USM Kubang Kerian).
Tel : 012-3556736 Alamat : Lot 2.33, Tingkat Satu Bangunan Mara Alor Gajah, 78000 Alor Gajah. Melaka

Naturophatic, rawatan alternative melaka, rawatan resdung melaka, rawatan tulang belakang melaka, naturopathy


0 Comments:

[PERINGATAN MESRA]
Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Untuk yang berminat melanggan tapak IKLAN BLOG, email admin (nazli.angkasa@gmail.com). Mohon jangan SPAM ruangan KOMEN . Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Blog Archive