Orang lain sudah 14 kali ulang tonton filem DILWALE, aku?

Sunday, January 31, 2016 Nazlee Ismail 6 Comments


Dilwale? ada lagi ke kat pawagam? dah berapa hari tayangan masih ada lagi?


Petang semalam ada free tickets untuk kami 4 orang sekeluarga, tonton filem Bollywood lakonan SRK dan Kajol. Ini kira first time aku menonton cerita Dilwale.

Kalau orang lain dalam panggung masa tu ada diantaranya mengaku sudah 14 kali ulang tonton.. terkejut aku mendengarnya huh hebat sungguh memang dia fanatik Shahruk Khan !

Apa yang best nya Dilwale?
kalau belum tonton aku kata entah la.. aku bukan peminat filem bollywood, kalau sesaja nak menonton bollywood di panggung memang tidak ! Tapii..kali ini terima kasih SRK Universe Msia & Antenna Entertainment dapat 'memujuk' aku ke The Cathay Cineplex eCurve  bersama family.. huh best rupanya Dilwale ini, memang patut pun ada benar kata mereka yang menonton lebih dari sekali untuk Dilwale.


Kami menonton start jam 3 pm sampai habis jam 6 lebih,   haa.. rasanya sebab filem ni best, jalan ceritanya menarik, gambaran  yang  mempersonakan, tak terasa lamanya 3 jam berlalu Aku tak nak review details tentang filem ini sebab dah ada ramai blogger yang buat review, jadi aku kongsi beberapa gambar dan selebihnya nak ucap berbanyak terima kasih kepada SRK Universe Msia & Antenna Entertainment .
para pemenang pakaian tema bollywood bergambar kenangan bersama CEO Antenna Entertainment
Sebahagian dari penyokong filem bollywood, SRK Universe Msia
Ada pemilihan pakaian tema bollywood dipertandingkan dan pemilihan dilakukan oleh urusetia sejurus selepas tayangan Dilwale tamat. Ada juga acara bergambar beramai ramai, katanya nak tunjuk atau buktikan kepada pihak management SRK, kat Malaysia ni ada kelab peyokong beliau.. hebatlah dan meriah sungguh.. well, tak mustahil filem Dilwale ni mendapat sambutan hangat..

Kami suka.. kami happy dan kami support !
Celebrating the success of Dilwale in Malaysia.

Sebahagian dari Blogger yang turut serta memeriahkan majlis bersama sebahagian dari penyokong filem bollywood, SRK Universe Msia.

#DilwaleFANtastic
#DilwaleInMalaysia
#Dilwale
#SRKUniverseMalaysia
#AntennaEntertainment
#KelabBloggerBenAshaari

6 comments:

  1. saya pun belum tengok lagi..saya minat jugak tengok bollywood, tapi tak teruja pulak nak tengok dilwale...nanti dh sejuk cerita ni baru tengok kot hehe

    ReplyDelete
  2. Saya pun belum tengok lagi citer ni, PCL..macam tak minat nak tengok..tapi lagu tema dia yang tajuk 'GERUA' tu memang suka..

    ReplyDelete
  3. PC pun tak tengok lagi PCL...sepupu PC entah berapa kali la dia pegi sampai ibunya marah....hehehe..

    ReplyDelete
  4. Samalah...1st time juga tengok dilwale

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,
    14 kali??? Fuhhhhh hebatnya dia!

    ReplyDelete
  6. I baru 4 kali...nak kena pi tgk lagi ni. Tak puas lagi tgk hehe

    ReplyDelete

[PERINGATAN MESRA]
Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Untuk yang berminat melanggan tapak IKLAN BLOG, email admin (nazli.angkasa@gmail.com). Mohon jangan SPAM ruangan KOMEN . Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Klik untuk Info details

Pets House Designer

Blog Archive