Pancing Siakap, timbang dan BBQ : Aktiviti Kekeluargaan di Jugra Banting

Monday, January 18, 2016 Nazlee Ismail PCL 8 Comments


Pancing Siakap, timbang dan BBQ : Aktiviti Kekeluargaan di Jugra Banting Selangor.


Memancing adalah suatu aktiviti kekeluargaan yang menyeronokkan kalau kena cara manage nya. Seronok bersama keluarga, terasa bahagianya lain dari lain. Boleh cuba apa yang aku sarankan ni..

Syarat yang utama kalau nak ajak famili join memancing, terlebih dahulu kena wujudkan win win situation, biar semua gembira dan tak membosankan.

Ajak keluarga besar anda buat family gathering di kolam pancing ? Ini adalah satu cara yang OK bagi aku lah sebab keluarga aku ni biasanya akan havoc bila ada topik memancing (dalam group whatsapp) .
Ada lokasi yang menarik di Selangor ni rupanya.. KOLAM MEMANCING berbayar dengan konsep menarik.

Kalau korang nak rasa tarikan ikan siakap makan umpan pancing dengan mudah , jom ikut aku ke kolam pancing kat sini. (nanti kat bawah ak bagi details). Saiz ikan kadang tu tak sekata, kalau nasib baik boleh dapat besar 3 ke 5 kilogram seekor.
(dapat ikan besar bayaran pun besar jugak sebab konsep sini pancing bayar ikut hasil selepas ditimbang). Tempat rekreasi memancing ni memang dah lama beroperasi tapi pcl belum pernah datang sini lagi.

Memancing kolam selalunya jarang nak layan sangat sebab cabaran tu kurang bagi 'kaki pancing' dan satu lagi.. kosnya agak tinggi. Keluar duit tapi belum tentu dapat hasil setimpal. Lain lah kalau mancing sungai, free and easy gitu haha. Memancing tempat tak kena bayar lagi feeling dia lain dan puas hati.

Tapi, ..tapi kalau memancing kat sungai asyik kosong tangan je.. apa salahnya memancing kat kolam berbayar sesekali. Kolam pancing berbayar ni bayak cara promosi yang dorang buat untuk dapatkan pelanggan. Ada kena bayar mengikut  masa, ada yang ikut hasil pancing dan timbang dan beberapa kaedah lain lagi yang diperkenalkan.

Bagi pcl sekeluarga memang tak suka konsep macam bertaruh, lebih kurang macam main judi pulak.. bayar tiket masuk mahal tapi peserta belum tentu dapat ikan dalam masa yang ditetapkan. Ada limit time and pressure ..  huh memang tertekan.!

Petang semalam aku bersama keluarga yang lain memancing di kolam ikan siakap Ciptakab Sport Fishing di Jugra Banting. Lokasinya tak jauh dari pekan Banting, kira-kira 15 minit berkereta.

Pagi sebelum ke kolam ini, aku dah mencuba nasib memancing Keli kat sungai tapi hasilnya kurang meyengat la, air tak cantik barangkali..huh geram rasa. Sebab geram punya pasal dan sebab sepupu mamaD juga ajak beramai² kat kolam pancing maka terjadilah program ni ; Dia sanggup datang dari Putrajay semata-mata nak ajak isteri dan anak-anaknya 'memahami' teknik memancing ikan besar. Katanya kalau nak bagi dorang seronok kena layan pancing kolam dulu, pancing bagi rasa ikan tu tarik tali pancing...dah rasa nikmatnya baru lah senang nak buat program memacing selalu-selalu. Dulu sebelum isteri dan anak-anak 'pandai',  katanya  susah sangat bila diajak memancing (macam-macam alasan diberi bila dah tak suka) Sekarang minat dah ada , haa tunggu lagi... Jom pancing dan BBQ .

Cakap pasal aktiviti memancing, kat kolam pancing Ciptakab Sport Fishing ni, peserta memancing boleh pancing ikan dan hasil ikan yang dapat, sebahagiannya boleh di panggang (BBQ). Terdapat perkhidmatan menyiang ikan dan membakar disediakan dengan kadar caj Rm4/ekor siap sedia dengan pakej pencicah air asam untuk dinikmati di lokasi yang tersedia (khemah tepi kolam). Peserta boleh fokus memancing dan bila tiba masanya terus boleh makan tak perlu risau pasal nak hidupkan api dan sebagainya. Sebelum ikan dipanggang, haruslah bayar ikut harga timbangan ikan tersebut.
Malam tu pcl sekeluarga menikmati3 ekor ikan siakap panggang/bakar . Huh nikmatnya sungguh menyelerakan. Lepas makan terus pancing lagi dan lagi..

Memang seronok memancing sebab ikan sangat galak memakan umpan, tapi jangan terlalu asyik sangat... Harus diingat, setiap ikan yang dipancing perlu di bayar mengikut harga setelah ditimbang sebelum aktiviti selesai.

Khemah untuk persediaan memancing, berehat untuk makan-makan

Tak sampai lima minit dah naik ikan siakap, saiz sederhana saja...

Selang beberapa mini lagi dapa saiz besar dari sebeumnya, Siakap 2 kilogram

Tak sabar nak makan ikan bakar, terus pergi timbng dan bayar.. suruh diorang BAKOR !

Ini dia Set Siakap Bakar, dah siap proses membakar dorang hantar ke lokasi kita yang berada di tepian kolam (bawah khemah)

Ini pula kadar haga yang ditawarkan di Ciptakab Sport Fishing, Jugra Banting.

Difahamkan juga, terdapat beberapa group telah mengadakan aktiviti hari keluarga mereka di sini, Kos boleh dirunding dengan pihak pengurusan kolam ini. Siapa ynag berminat boleh hubungi di nombor ini untuk maklumat lebih detail lagi :

FB : Ciptakab Sport Fishing
Tel  011-21242400 (Shahrir)



8 comments:

  1. menarik ni. sekali sekala buat aktiviti camni dengan famili best gak

    ReplyDelete
  2. menarik. sedapnya dapat makan ikan bakar yg fresh..

    ReplyDelete
  3. tangkap..timbang..bayar..bakar..makan...hati girang keluarga pun tumpang senang..yey...aktiviti sihat bersama keluarga ni PCL..

    ReplyDelete
  4. wah..dapat 3 ekor..banyak tu..sekali sekala memang best aktiviti macam ni.tapi saya tak minat memancing..saya cuma suka timbang, bbq je..heheh

    ReplyDelete
  5. wahh bestnya... lama tak ikut enauami mancing.. dia pun dah jarang nak memancing.. leh lah try kat Banting lak mancing...

    ReplyDelete
  6. makan ikan fresh memang sedap.. pancing ni .. saya failed. hahaha

    ReplyDelete
  7. Menarik....Suka aktiviti kekeluargaan mcm ni

    ReplyDelete
  8. Perghh.. Memamng best le camni..

    ReplyDelete

[PERINGATAN MESRA]
Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Untuk yang berminat melanggan tapak IKLAN BLOG, email admin (nazli.angkasa@gmail.com). Mohon jangan SPAM ruangan KOMEN . Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Klik untuk Info details

Pets House Designer

Blog Archive