Code:

Pelajari Teknik Pengendalian DSLR Dan Asas Fotografi Bersama Adhadi Mohd

Wednesday, January 06, 2016 Nazlee Ismail 3 Comments


Sabtu lepas (2/1/2016) aku diberi peluang megikuti Bengkel Fhotografi KBBA bersama Adhadi Mohd anjuran Kelab Blogger Ben Ashaari bertempat di Resort Agrofarmstay Melaka. Sesuatu ilmu yang baharu bagi aku dan sebahagian peserta. Kalau nak hadamkan dalam sehari memang tak mungkin dapat tapi sedikit sebanyak perkara asas ilmu tentang fotografi dapat diserap di sana.

Bagi aku secara peribadinya memang belum pernah belajar tenknik ambil gambar dengan cara betul. Kalau lihat semula dalam entri-entri lepas, kebanyakan gambar diambil dengan menggunakan smartphone camera (kalau bagus gadget, cantiklah gambarnya). Memang nampak kadang tu cantik tapi banyak yang tak cantik lagi daripada yang cantik dan sempurna..aku sendiri pun tak puas hati.

Siapa Adhadi Mohd?. Nampak orangnya biasa-biasa pada pandangan pertama kali bertemu dengan beliau.
Adhadi Mohd - Sumber Fb
Tentang Adhadi Mohd
Nama saya Adhadi Mohd, dan saya mengajar Asas fotografi, Composition, Lighting, Wedding photography, Adobe photoshop ,  Adobe lightroom, adobe indesign dan premiere pro.
Misi saya adalah untuk membawa ilmu pengetahuan kepada peminat peminat fotografi Malaysia, supaya mereka boleh menghasilkan karya yang lebih baik, dan dapat meningkatkan pendapatan dan taraf penghidupan mereka.
Dalam bidang photography, saya merupakan jurulatih fotografi dan pernah berkhidmat antaranya :
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Kursus Asas Fotografi , dihadiri oleh peserta peserta dari golongan kurang berkemampuan.
Unifilm UUM
Jurulatih untuk Program Kursus Fotografi & Videografi, dihadiri oleh ketua unit fotografi, ahli fotografi dan peminat fotografi dari serata Malaysia terutamanya dari intitusi akademi.
Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan CIAST
Trainer untuk Train the trainer program – Photography & Videography
CyberSecurity
Kursus Asas Fotografi , Subang Jaya
Universiti Malaya Center of Continuing Education & Development
Kursus Asas Fotografi – Hydro Hotel Pulau Pinang
Universiti Malaya Center of Continuing Education & Development
Kursus Asas Fotografi – Ilham Resort, Melaka
Yayasan Mara
Kursus Asas fotografi , dihadiri oleh lebih hampir 50 kakitangan yayasan mara.
Jabatan Laut, Klang
Kursus Asas Fotografi, dihadiri oleh kakitangan jabatan laut seluruh Malaysia
Universiti Tun Hussein Onn, Johor
Kursus asas fotografi. Dihadiri oleh lebih 50 orang kakitangan UTHM
Kementerian Dalam Negeri
Kursus Asas Fotografi
Kulim Hitec, Kedah
Kursus Asas Fotografi
Jabatan kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Selangor
Sebagai fasilitator dalam Bengkel Fotografi
JBiotech
Kursus asas fotografi yang dihadiri oleh kakitangan Jbiotech.
Jabatan Kerja Raya
Kursus fotografi yang dihadiri oleh hampir 30 kakitangan Jabatan Kerja Raya.
Pharmaniaga
Latihan kepada kakitangan pharmaniaga untuk fotografi asas dan lanjutan.
Di dalam bidang latihan ini, saya telah memulakan inisiatif untuk membawakan ilmu pengetahuan kepada peminat fotografi, dalam bentuk video tutorial yang yang saya hasilkan sendiri, dengan harga yang sangat rendah. DVD-dvd ini telah membantu ribuan jurufoto seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Saya juga seringkali menyediakan latihan asas fotografi secara percuma untuk peminat fotografi disekitar lembah kelang dalam aktiviti aktiviti hujung minggu.


Kalau lihat kepada senarai di atas tentang pengalaman dan penglibatan Adhadi Mohd sebagai tenaga pengajar, pasti ramai yang ingin belajar teknik fotografi dengan beliau. Berbalaoi ke tidak, itu anda kena hadir sendiri tapi jika tidak berkesempatan . Jangan risau ye. Adhadi Mohd juga telah menyediakan DVD Kuasai Fotografi Dengan DSLR untuk anda yang sememangnya tidak berpeluang untuk menghadiri kelas/bengkel fotografi beliau. Selain DVD tersebut, Adhadi Mohd juga ada menyediakan DVD berkaitan dengan editing seperti DVD Kursus Asas Photoshop CSS dan DVD Adobe Photoshop Lightroom. Bila sudah menjadi milik anda maka mudah lah untuk anda mempelajarinya. Kalau susah sangat nak hadam boleh tonton banyak kali DVD tersebut. Senang je kan.

Mana nak dapat DVD tersebut?, anda boleh hubungi terus dengan Adhadi Mohd seperti butiran di akhir entri ini. Jika ada yang berminat secara berkumpulan nak buat bengkel khas boleh juga berhubung dengan beliau.
DVD Kuasai Fotografi Dengan DSLR - sumber fb
DVD rujukan fotografi oleh Adhadi Mohd

Kredit untuk Kelab Blogger Ben Ashaari :
Bengkel Fotografi KBBA
2-3 Januari 2016
AGROFarmstay@Skill Tech,
Durian Tunggal, Melaka.


Butiran untuk dihubungi/rujukan Bengkel/Kelas/Perkhidmatan Fotografi Adhadi Mohd :
Blog : www.adhadi.com                                                                                           
Facebook : https://www.facebook.com/adhadi6                                                             
Page Fb : www.facebook.com/adhadimohd/                                                           
Instagram : www.instagram.com/adhadi_mohd

3 comments:

  1. Banyak pengalaman beliau dlm fotografi.

    ReplyDelete
  2. wow , mestii artwork & portfolio dia terbaik.

    ain datang singgah sini
    selmat tahun baru :)

    ReplyDelete
  3. bestnya dpt join kursus fotografi

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Blog Archive