Puas makan-makan di CRAB HUT Cyberjaya
CRAB HUT Cyberjaya
Anak-anak ajak makan KETAM di sebuah lokasi baru di Cyberjaya, nama restoran tersebut ialah CRAB HUT ! terletak di lokasi : P2-25, Shaftsbury Square, Persiaran Multimedia, Cyber 6, 63000, Cyberjaya, Selangor
Budak-budak la ni.. nak makan best jer cari info kat internet, google tempat makan best. Hanis memang kuat survey tempat makan dan ini pilihan dia.. "Jom kita pi makan ketam CRAB HUT !" (dia taktau yang abah dia dah makan kat situ senyap-senyap sebelum ni...dgn kawan haha) .
Nak try makan kat CRAB HUT ni sebab dia lain dari yang lain. Cara makannya sangat mengujakan. Menu dengan kuah dituang terus melimpah atas meja, dengan beralaskan kertas bersih. Memang best !. Bab nak jaga kuah atas meja supaya tak terjatuh/tumpah ke lantai, fuhh.. kena bijak, ada teknik sebenarnya dan kalau tak tau cara sila bertanyakan kepada Crew yang bertugas.
Suka la Hanis, suka la Nina.. dapat makan ketam dan seafood lain.. Abah and Mama cool jer haha tapi .. (dalam hati mau kena bayaq berapa nih !!)
Untuk pelanggan yang pertama kali cuba tak perlulah segan-segan...macam kami ni, terkedu jugak maklumlahlah kan benda baru, Crews kat sini semuanya peramah. Mereka akan guide cara nak order, Step by step; step 1 pilih seafood, step 2 pilih sos (ada tahap kepedasan mengikut kehendak pelanggan) semuanya tertera dalam buku menu. Bila dah tersedia makanan, tak tahu cara makan terbaik atau cara nak guna 'weapon' ...tanya jer soalan bodoh tapi bijak !
Gambar kat atas ni adalah hidangan CRABS dengan kuahnya JAMBA-JAMBA SPICY SAUCE dan PROWNS dengan kuahnya GARLIC BUTTERS NORMAL SAUCE. Setiap Combos set ini didatangkan dengan bungkusan plastik dan kemudian dituangkan ke atas meja seperti di gambar.
Selain itu pada masa sama juga kami order menu-menu seperti dibawah ni.., mana boleh tengok saja menu-menu dalam buku, harus oder kebetulan pulak cuaca kat luar hujan lebat, perut masih boleh terima untuk kami merasa, inilah antara menu yang dioder ;
BBQ CHILLED AUSTRALIAN SIRLOIN BEEF IN SMOKY BBQ SAUCE
MIXED SEAFOOD MATRICIANA SPAGHETTI
Untuk minuman kami order ; Orange Mojita, Ice Blenden Bandung, Pineapple Lemon dan Watermallon & Lychee Smothee ...semunya terbaik !
Rasa macam nak datang lagi... tapi kena cari duit lebih la, ni kira rewards untuk diri dan famili setelah penat bekerja..apa salahnya sekali sekala. Bajet dalam Rm300 lebih kurang, makan untuk 4 orang dewasa. Boleh la. Kan ?
P2-25, Shaftsbury Square, Persiaran Multimedia,
Cyber 6, 63000, Cyberjaya, Selangor
Tel: 03-83226861
Website : http://crabhut.asia
Facebook : https://www.facebook.com/crabhutasia/
Dibuka Setiap Hari : 12PM - 10PM
Tawaran khas untuk pembaca blog PCL (Nazlee Ismail) :
10% diskaun Blogger Coupon Khas Pembaca untuk makanan sahaja. Sah sehingga 30 April 2016, Cara menebus ;
~ Buat pembayar di kaunter dan tunjukkan gambar ini untuk menebusnya (flash to redeem) .
*tak perlu print OK !
CRAB HUT BEST !! .. jangan lupa tunjuk kupon khas ini masa buat pembayaran. Okay ?
Ya Allah sedapnya tengok.. nak pergi jugak laa..
ReplyDeleteurmmmmnak kena kumpul duit ni macam sedappppp je huhuuu
ReplyDeleteterliur SA tengok....aduhai...terasa2 dah ni...
ReplyDeletesedap tengok harga pun comel hihihi
ReplyDeletetengok sos dia menyelerakan...Ya Allah sedapnya lahai..baru tengok..belum rasa..hai....tq PCL share...
ReplyDeleteSedapnya. Nak pergi tapi tunggu pcl belanja, boleh?. :D
ReplyDeletejom la.. boleh try nanti tggu ada harga promosi crab hut bagi, insyaAllah.
Deletesedapnye ketammmmmmmmmmmmmmm
ReplyDeleteerm rm300 empat orang ye... boleh tahan gak tu PCL haha :)
ReplyDeletecrab tu yang tak tahan tengok tu..
ReplyDeletememanggil-manggil rasanya kannn... hehehehee.. :)
tu dia.
ReplyDeletebersepah atas meja makanan semua.
nampak sedap aje ketam tu.