Code:

Segmen Irrayyan | Sejarah Blog PCL

Thursday, January 28, 2016 Nazlee Ismail 4 Comments


Sejarah Blog PCL nazlee(dot)com


Tengok orang lain ada blog, aku pun nak jugak ! masa tu semangat datang tetiba  wah bestnya kalau ada blog sendiri.  Salah satu sebabya, aku boleh simpan cerita buat macam diary kehidupan dan berkongsi dengan pembaca blog.

Buat blog tak ada siapa yang ajarkan,  semuanya aku belajar sendiri dengan panduan tutorial blog melalui carian di google. Segan pulak masa tu nak kepohci tanya orang di ofis.

Ini kisah mula-mula aku mengenali apa itu BLOG ;
Biasanya , Aku pepagi lagi dah berada di depan komputer, melayari internet untuk membaca berita semasa, malas dah nak tengok surat khabar, kalau ada pun sekali sekala member ajak keluar sarapan di warung kopi.

Ingat lagi, satu hari membaca dari jam 8 pagi sampai habis waktu kerja, bayangkanlah...boleh dikatakan semua perkara sensasi atau berita semasa, semuanya  dalam kepala otak aku haha. Kalau ikutkan tujuan asalnya nak mendalami bab Teknologi Internet (harghamm..)

Bermula pada Januari 2010, 2 tahun selepas berkhidmat dalam kerajaan, maka terjadilah sebuah blog melalui platform percuma iaitu blogspot.com dengan nama [villakejora.blogspot.com] berterusan kekal blogging sehingga  Mac 2012.

Info sikit pasal nama Villakejora :
Nama blog 'Villakejora' digunakan kerana pada masa yang sama aku diberi kebenaran untuk menghuni Kuarters kediaman yang namaya "Villa Kejora". Cantik dan selesa rumahnya. Alhamdulillah.

Diawal pembabitan aku dalam dunia blog, tak sangaka rupanya tak susah nak dapatkan follower, reader yang setia datang membaca dan memberikan komen setiap post entry yang diterbitkan. Suka dan makin menjadi-jadilah ketegaran aku blogging.

Upgrade sikit blog aku, nama blog aku tukar baru dan langgan domain dari NetKL
Pada April 2012 nama blog telah ditukarkan kepada PCL dengan domain [www.pakciklie.com]
PCL tu mende weh ?? (korang boleh baca sini)

Oleh kerana ada persamaan (nama pakciklie) sedikit dengan nama blog lucah yang kurang 'sedap' dibaca; lalu penukaran dilakukan. Blog kemudiannya ditukar nama kepada www.nazlee.com.
Penjenamaan terkini memberi impak kepada aku sendiri untuk melangkah jauh lagi dengan matlamat tersendiri. Itu cita-cita aku pada masa itu (2012).

Baru beranikan diri istihar, kita ni ada blog masa tu... Aku dah jadi sebahagian dari Blogger Malaysia. Dalam pada masa sama, sebagai blogger yang sebahagian masa menghadap komputer, aku tidak mahu masa disia-sia tanpa ada benifit kepada diri.

Bermula dengan niche blog personal "kekeluargaan" , aku gabungkan kepada pelbagai yang menjurus kepada aktiviti kekeluargaan juga. Konsep "kedai dan promosi" cetusan idea asal oleh sahabat blogger mampu memantapkan matlamat sebenar untuk aku berblog dari hari ke hari seterusnya.

Tahun 2014 ; [www.nazlee.com] dalam proses memantapkan lagi matlamat blogging sambil berukhuwah. Menyertai Kelab Blogger Ben Ashaari di bawah naungan foundernya Ben Ashaari. Berkenal-kenalan dengan blogger di dunia realiti. Dan baru tahu asam garam dan ragam sebenar dunia blogger.

Tahun 2015 bulan Mac ; join sebuah group yang dinamakan Exchange Feed Group, di mana tujuannya adalah untuk membantu meningkatkan trafik blog, meningkatkan ilmu tentang teknik blogging .

Sehingga kini, walau pun kebelakangan ini agak sunyi dari dunia bloggig namun Blogging tetap di hati . Blog akan diteruskan selagi terdaya mencetus idea.

Okay.. korang kalau nak tahu sejarah blogger-blogger lain boleh la join segmen ni (kalau sempat join la) atau klik banner penganjur Irrayyan, ada banyak blog yang perlu kita selongkar sejarahnya...selamat membaca . Terima kasih.







4 comments:

  1. MAcam-macam nama juga ada ye..br tahu nama datangnya PCL hehehe.

    ReplyDelete
  2. peerrgghhh..!! Villa Kejora.. jiwangnya nama blog.. hehehehee.. :p

    Ain pun mula2 dulu buat blog guna nama Bintang Hati.. cewaaahhh..!! sebab peminat Amy Mastura la kekdahnya.. kikikikii.. sekarang bila ingat2 balik nak muntah rasa.. :p

    and yes, betul kata PCL tu walau sibuk macam mana pun.. tapi blog tetap di hati.. gatal je jari2 nak update blog kan..! kikikikikiii...

    senang2 nanti singgah baca cerita tak seberapa Ain plak ehh..
    http://www.dramaticuniq.com/2016/01/segmen-irrayyan-sejarah-blog-dramatic-uniq.html



    ReplyDelete
  3. Terima kasih pcl join segmen. Banyak rupanya irra xtau pasal
    Pcl ni. Blogger otai.. Semoga lebih success dlm dunia blog

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Blog Archive