Sepakat dalam keluarga

Monday, January 11, 2016 Nazlee Ismail PCL 9 Comments


Bahagia yang kita cari ..


Korang suka tak bersantai mantai dengan keluarga?
Ke mana lokasi selalu pergi. Sapa yang deside? sapa yang punya plan ..selalu dapat kata sepakat tak dengan isteri, anak?

Hurm.. masalah kan?, kalau korang guna kuasa veto (suami)...habis lah. Kesian isteri, kesian ank-anak tak boleh bersuara membantah . Ada jugak suami yang buat gitu .. rileks je tanpa nak fikir pasal hati dan perasaan keluarganya yang lain.

Aku tak boleh ! serius kena fikir keseronokan bersama.. itu masalahnya, aku utamakan keluarga.
Boleh buat dorang seronok dan puas hati semua . Bahagia sangat rasanya.
Bersantai boleh, sesekali dengan kawan-kawan dan berkomuniti.. itu biasa, jangan kita terkongkong pulak..semuanya nak ada dengan family saja. Pandai-pandailah membahagiakan masa dengan semua orang disekelliling kita..


***

Pagi semalam aku ajak mamaD pi sungai nak pancing ikan patin. Kalau nak cari ikan patin segar boleh je beli di pasar tapi kalau membeli ...  feeling dia tak best. Nak yang dapat kail dengan tangan sendiri... (bagi yg minat memancing macam aku ni)

Bukan senang nak pancing dapatkan sekor patin, ikut rezeki jugak la.. kadang melangut jugak tapi yang bagusnya kalau ada peneman. Mmemancing ni sebenarnya tak boleh nak ajak orang yang tak minat, tak suka berpanas, penggeli dan lain lain seumpamanya. baru nak mula tak sampai setengah jam dah mula nak angkat kaki ajak balik..huhu.

Anak dara kami, Hanis tu biasalah.. bukan minat dia pi memancing. Baik berkurung di rumah . Tapi bagus jugak la.. kat rumah boleh rehat, boleh buat kerja sekolah.

Memancing di hujung minggu , aktivi yang jarang-jarang kami buat. Bukan menjadi kemestian kami berdua. Hanyalah hobi semasa kami. Kesepakatan menjadi keutamaan selain dari memenuhi minat dan keseronokan hidup berkeluarga. Buat apa yang kita suka asalkan keluarga kita bahagia.


Ada orang memang bermasalah nak dapatkan kesepakatan dalam memenuhi minat atau hobi pasangan. Cara aku mudah.. bertolak ansurlah, hari ni pi mancing ikut kita, esok lusa atau masa lain ikut la pulak minat isteri, anak2. kan mudah macam tu . Jangan pentingkan diri sendiri. 

Ramai yang kata memancing ni membosankan .. ye memang bosanlah kalau kita buat hal memasing , kan?
Kulit makin gelap kalau dah jadi pemancing tegar ~ ek elehhh kan ! 

9 comments:

  1. Suami PC suka memancing...bila balik kampung rajinlah pegi memancingnya...depan rumah je pun...jadi PC duduk je kat anjung rumah mertua tu sambil borak dengan mak..bertolak ansur sangat pentinglah...itu pun kalau nak hidup aman damai...

    ReplyDelete
  2. Assallammuallaikum..salam ukhuwah dari Indonesia.

    ReplyDelete
  3. Memang tak suka pi memancing....

    ReplyDelete
  4. Hahahha mamaD bagus support pcl..kita tak suka mancing..hubby pon tak suka kikiki..

    ReplyDelete
  5. Betul tu PCL ...kena ada tolak ansur barulah bahagia tu wujud.... Efa n husband , dua2 suka memancing..hihihi

    ReplyDelete
  6. Kita pi beli jjer ikan patin....agh jamal nk pi mancing...aduiyaiii
    Agh yan sukalh tpi pndam jerlh...hihi

    ReplyDelete
  7. Betul kte pcl tu. .sepakat n tolak ansur..bahagia la rmh tangga kn

    ReplyDelete
  8. Dah lama saya tak pergi memangcing.. Rindu pulak rasanya..

    ReplyDelete

[PERINGATAN MESRA]
Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Untuk yang berminat melanggan tapak IKLAN BLOG, email admin (nazli.angkasa@gmail.com). Mohon jangan SPAM ruangan KOMEN . Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Klik untuk Info details

Pets House Designer

Blog Archive