Cari makan : Mee Bandung Muo (Muar)

Tuesday, February 09, 2016 Nazlee Ismail PCL 3 Comments


Asam pedas Muo, Mee bandung Muo


Pagi kelmarin kami sekeluarga ke Melaka Bandaraya Bersejarah,  dari Banting terus ke Muar sebab nak makan mee bandung dan asam pedas Muo ..ada yang mengidam tu haha.

Kami singgah di Dataran Tanjung Emas Muar, ada medan selera kat sini.. ramainya orang sampai nak makan-makan pun kena tunggu meja kosong. Lama jugak la menunggu baru dapat tempat duduk , sebab cuti agaknya pelanggan berganda.

Asam pedas ikan pari , aku pesan 2 ketul bahagian sirip Rm12 , huh nampak memang perghh..   besar untuk setiap jenis ikan disediakan nanti pelanggan pilih je mana nak mana satu  . Antara lain ada asam pedas ikan jenahak, ikan tenggiri, ikan kembung dan ikan merah.

Waktu makan tengahari memang ramai sangat orang datang, ada yang sanggup beratur dan setia menanti giliran untuk meja kosong dan dalam reramai tu termasuklah kami .. hihi

Bagi aku sendiri, asam pedas bukanlah menjadi idaman bila ke Muar tapi yang aku cari sangat ialah mee bandungnya..

Okay, ini dia mee bandung Muo.. memang sedap bagi aku.. sepinggan Rm5 jer..okayla kan .

Dah kenyang semuanya.. kami terus ke Melaka untuk bercuti di sana.


3 comments:

  1. ikan pariiii! hahahaha...tapi sally sbnrnya tak gemar sgt makan mee udang ke mee bandung ke...entah kenapa...mgkn x jmpe yg syokkk punyaa :)

    ReplyDelete
  2. Lg sedap mee bandung odeon batu pahat... cer rasa,.. rindunya nak makan,.. kat selangor, x sedappp...jdt de best, game sumbangsih ttp jdt selamanya.. opps tersilap plak..

    ReplyDelete

[PERINGATAN MESRA]
Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Untuk yang berminat melanggan tapak IKLAN BLOG, email admin (nazli.angkasa@gmail.com). Mohon jangan SPAM ruangan KOMEN . Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Blog Archive