Crab Hut Shaftsbury Square Cyberjaya : Nikmati makanan laut, dekat lagi berbaloi !

Monday, February 22, 2016 Nazlee Ismail PCL 16 Comments


Crab Hut Asia, Shaftsbury Square Cyberjaya


3/2/2016 8PM , aku sudah berada di Crab Hut Asia, Shaftsbury Square, Cyberjaya untuk makan malam bersama beberapa rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA). Aku berkereta dari Banting, perjalanan cuma mengambil masa dalam 1 jam. Ini adalah kali ke tiga aku makan-makan di sini, sebelum ini (Crab Hut dgn family). Jadi memang tak menjadi masalah untuk aku sampai sini tepat pada waktunya.

Bagi anda yang belum pernah datang ke Restoran Crab Hut Asia, saranan aku gunakanlah khidmat aplikasi Waze melalui smart phone anda. lagi mudah ! Anda akan diberi petunjuk sehingga sampai di lokasi. Tak perlu fikir pasal nak cari jalan, ..fikirkan kelazatan menu-menu seafood di Crab Hut Asia menanti!

Ini antara gambar makanan di restoran Crab Hut ; buat permulaan entri ini:
Seafood Bag | Asam Pedas Meat Crab & Freshwater Prawn 

Crab Hut Asia ni baru sahaja beroperasi pada bulan November 2015, masih baru lagi dan ramai orang khususnya penggemar seafood belum tahu keberadannya di Cybejaya ini. Penduduk Cyberjaya dan yang berada berdekatan...meh ler datang makan ketam, lobster dan banyak lagi menu seafood yang lazat !
Aku teringin , anak perempuan bongsu aku pun memang gila teringin nak meratah ketam ! (entri kami teringin makan di Crab Hut)

Ramai orang mungkin tahu kewujudan Restoran seumpamanya di ibu kota KL, bagi mereka yang tinggal sebelah sini (Putrajaya, Kajang, Bangi, Banting dan area Selatan khusunya) agak jauh hendak memandu ke Ibu Kota. Itu sebabnya CRAB HUT ASIA berada berhampiran anda untuk memenuhi permintaan. Cari yang dekat lagi berbaloi !! hanya di Carb Hut.

Cari yang dekat lagi berbaloi !! hanya di Carb Hut Asia.




Lokasi cantik dan selesa,  berkenaan parking kenderaan ianya tidak menjadi masalah kerana tersedia kemudahan tempat letak kenderaan yang luas di bagunan sama (Shaftsbury Square) termasuk juga kemudahan lain seperti tandas awam dan juga surau di aras P2. Pandek kata, anda tak perlu risau pasal itu semua.. Datang lah bawa family dan juga rakan-rakan. pasti mereka tidak kecewa.

(jangan lupa baca sampai habis entri, ada tawaran khas untuk pembaca blog ini)

Okay, aku tau ada orang yang rasa segan-segan nak masuk ke Restoran Crab Hut yang exclusive ini , antara sebab mungkin dari segi bajet yang agak mahal dan mungkin juga tak tau cara nak buat order macam mana? ... kan ?

Tak apa, jangan risau ada crew yang boleh beri tunjuk ajar kepada pelanggan Crab Hut, mereka mesti berikan layanan terbaik punya. Mari kita tengok menu-menu yang kami sudah makan di sini ;

Menu-menu Menyelerakan Di Crab Hut Asia

Garlic fried squid tentical  
Okra (kacang bendi goreng tepung) 
Signature Southern Bang Baby Octopus with Garlic Fried Rice 
Seafood Bag | Baby Octopus & Prawn Combo 
Jamba Prawns with Thai Sambal Fried Rice 
Chamala Chicken with Garlic Fried Rice 
Red Lobster - RM155.00 (Harga baiasa Rm179.00) 
Spicy Plum Grilled Salmon with Thai Sambal Fried Rice 
Fried Osyter Sandwich served with Lettuce, Onion, Tomato 
Stuffed Sotong | Sotong Sumbat dengan Nasi Goreng Sambal Thai 
Stuffed Sotong | Sotong Sumbat dengan Kelapa
Minuman : Rose Fruit Punch, Ribena Soda, Red Apple and Strawberry Blend & Pineapple Lemonade

Cara order untuk makanan laut di Crab Hut 


Step 1: Pilih makanan laut, (minimum satu jenis, maksimum 3 jenis) dalam timbangan 300gm atau 500gm. Untuk ketam, boleh pilih secara kepingan.
Step 2: Pilih sos & tahan kepedasan untuk Signature Southern Bang Sauce atau Jamba-Jamba.
Step 3: Pilih satu atau dua Bag Buddies

Order seafood bag dan bila sudah sampai boleh tuangkan ke atas meja beralas kertas putih bersih. Boleh juga makan terus atau nikmati dengan nasi yang sedap lain dari biasa.
Fried Soft Shell Crab Carbonara Spaghetti 
BBQ Chilled Australian Sirloin Beef in Smoky BBQ Sauce 
Ini details berkenaan restoran :

Restoran CRAB HUT Seafood Boil & BBQ

[MENU], [HOW TO ORDER], [EATING DIRECTION] dan [PRICE]
boleh rujuk : http://crabhut.asia/menu/crabhut.pdf

Crab Hut Asia @ Cyberjaya adalah rangkaian restaurant di bawah @mycrabfactory beralamat di  :

P2-25, Shaftsbury Square, Persiaran Multimedia,
Cyber 6, 63000, Cyberjaya, Selangor
Tel: 03-83226861

Website : http://crabhut.asia
Facebook : https://www.facebook.com/crabhutasia/

Dibuka Setiap Hari : 12PM - 10PM 
Happy Hour Combo adalah setiap hari


Ahli Kelab Blogger Ben Ashaari. antaranya yang mendapat jemputan Crab Hut Blogger Nite Dinner 2016



Promosi di Crab Hut, Cyberjaya:


Rebut peluang untuk mendapatkan harga promosi ini dan ada tawaran khas untuk pembaca (rujuk kepada gambar terakhir)

Promosi Februari 2016 Crab hut


Masih sempat lagi sehingga hujung bulan ini (29 Febuari 2016) : Promosi Monthly Crazy Bag Febuari adalah

"2pcs Red Lobster (800gm) untuk RM155 (Biasa RM 179)


dan  "Spanner Crab RM12/100gm (Biasa RM17/100gm)


Promosi Mac 2016 Crab hut

Monthly Crazy Bag "Spanner Crab Rm12/100gm (Biasa Rm17/100gm). Promosi sehingga 31 Mac 2016



Tawaran khas untuk pembaca blog PCL (Nazlee Ismail) :


10% diskaun Blogger Coupon Khas Pembaca untuk makanan sahaja. Sah sehingga 30 April 2016, Cara menebus ;
~ Buat pembayar di kaunter dan tunjukkan gambar ini untuk menebusnya (flash to redeem) .
*tak perlu print OK !

CRAB HUT BEST !! .. jangan lupa tunjuk kupon khas ini masa buat pembayaran. Okay ?



16 comments:

  1. Astagaaaa enak banget euuyy..hahaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. memangnya enak bangat seh.. datang sini bila ke KL.

      Delete
  2. eh.. terselit muka kita .. jom pakat buat rombongan kat sana..

    ReplyDelete
  3. air rose fruit peach tu mengoda betul pcl...lain kali dtg nak order air tu pulak...rekemen lah seafood sini memang best...puas mkn

    ReplyDelete
  4. menawan kalbu tengok makanan tu semua .... haihhh

    ReplyDelete
  5. Tergoda !! Abes diet ku ni ehehe

    ReplyDelete
  6. Ya Allah. Memang nampak menyelerakan. Btw, kedai ni ada sijil halal tak? Teringin nak try nanti.

    Jemput singgah: http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya difahamkan oleh Pemilik Crab Hut Asia, mereka dalam proses permohonan Sijil Halal JKIM..sedang menunggu pihak JAKIM datang ke premis utk tujuan tersebut. Apa yg kami nampak di lokasi ; chefnya adalah muslim dan di sini juga tidak dibenarkan hidang minuman keras/ non halal foods

      p/s Jaminan melalui sijil belum dapat dipastikan setakat entri ini disiarkan (22 Feb 2016) ~ Terima kasih.

      Delete
  7. mujur jauh..kelau dekat memang dah serbu..ni ke tempat yang artis2 selalu makan tu..?

    ReplyDelete
  8. Ya ampunnnn... Menawan kolbu

    ReplyDelete
  9. alahaiii..meleleh air liur tengok makanan tu pcl...

    ReplyDelete
  10. abe dh pegi.... nti nk repeat lg

    ReplyDelete
  11. PCL belanja SA kat sini plissss

    ReplyDelete
  12. Sedapnya, terliur la Zumal tengok menu2 tu...

    ReplyDelete
  13. Asal tengok makanan, terus excited

    ReplyDelete

[PERINGATAN MESRA]
Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Untuk yang berminat melanggan tapak IKLAN BLOG, email admin (nazli.angkasa@gmail.com). Mohon jangan SPAM ruangan KOMEN . Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Blog Archive