Code:

Geng Candat Sotong Ke Terengganu

Thursday, February 04, 2016 Nazlee Ismail 1 Comments


Jom Candat Sotong !!


Cerita pasal mencandat sotong ;  bermula awal tahun ini sudah ramai peminat mencari-cari bot mencandat untuk disewa. selalunya mereka dalam kumpulan 8 ke 15 orang setiap bot yang dibenarkan membawa pencandat sotong. Diberitakan bahawa pada pertengahan bulan Mac sudah bermulanya aktiviti tersebut sehinggalah bulan Julai kebiasaanya mengikut perubahan semasa.

Aku pun sebenarnya dah plan dengan family aku termasuk mamaD, Nina, Hanis dan beberapa lagi sepupu sepapat aku yang nak join geng mencandat. Aku namakan group kami ni "Geng Candat Sotong ke Terengganu". wahh nampak misi gempaq kemain lagi ! Kami terdiri dalam 12 orang kesemuanya.

Plan dah buat , tarikh naik bot candat dah booking.. jadinya kami akan mencandat pada 30 April nak mai ni, tak lama dah (2 bulan dari sekarang). Gambar kat bawan ni rupa bentuk mata candat, biasanya mata candat ni akan digunakan bersama koyan. Koyan ni kalau nak tau bentuknya bulat macam donut di mana tali tangsi digulung sebagai tali pancing. Ianya tiada batang seperti rod pancing cuma semata-mata gulungan tali pancing sahaja dan dihujungnya nanti akan diikat perambut candat ini ; (kalau kaki pancing profesional menamakannya "jig sotong" atau orang yang biasa dengan mencandat namakan "candat mayat" (namanya di ambil sekadar kenampakan ia berdiri macam mayat/pocong... huhu)

candat sotong
Jig sotong , candat sotong atau candat mayat (ada lagi pelbagai bentuk sama macam seekor udang pun ada..)
candat sotong
Bot Candat ; gambar sekadar hiasan ..mungkin lebih elok dari yang digambarkan

Antara kami ada yang sangat teruja sebab ini adalah pelung kali pertama merasai nikmat mencandat, nikmat makan sotong fresh dimasak di atas bot dan.. satu lagi kemungkinan nikmat mabuk laut..haha.

Menurut tekong yang aku berhubung, katanya kalau orang baru kenal laut biasanya akan muntah oleh kerana mabuk ombak laut, .. tapi mabuk boleh dicegah berlaku jika makan pil penahan mabuk sebelum menaiki bot.
Inilah adalah pengalaman sebenarnya.. belum cuba belum tau apakah nikmatnya..

Dalam group wasap family dah kecoh dah.. ada yang tak sabar, beginilah keadannya family aku kalau cerita bab mengail..haha. Tahun ini kiranya lebih efisyen dari sebelumnya sebab strategi dah berubah ke perairan dalam.


***************

Masakan sotong segar dan enak 


Emm ..sedap rasanya dapat makan sotong, berbagai menu boleh dimasak kalau pandai masaklah, kalau tak reti pun ok ok je.. cuma pandai makan pun boleh dikategorikan 'pandai' jugak .. ada yang best lagi pandai macam mana cara nak mendapatkan sotong dengan mencandat?

Okay..tinggal sekejap bab candat, aku belanja tengok gambar menu dari sotong yang terbaru aku makan...walah !

sotong segar, candat sotong
Ini menu sotong yang terkini aku nikmati.. makan kat mana?  haa  kena tunggu lah review nya nanti.

Info kepada peminat Mencandat sotong di Kuala Terengganu: 
Tempahan bot sudah dibuka, Kalau anda berhajat mencadat, jangan tunggu lama untuk buat tempahan. 

Pakej yang disediakan seperti berikut :
Pakej 1 (bot max 8 orang)
Pakej 2 (bot max 10 orang)
Pakej 3 (bot max 12 orang)
Pakej 4 (bot max 15 orang)
Pakej 5 (bot max 06 orang)

Boleh direct contact saya untuk info selanjutnya : Call/ WA : 017 400 9726





1 comment:

  1. zizie selalu terlepas musim candat sotong.. mesti ada kat negeri orang... bila la dapat candat sotong.. huhuhu

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Blog Archive