Code:

Jus Annona cepat legakan derita kesakitan sendi

Wednesday, February 03, 2016 Nazlee Ismail 4 Comments


Salam semua .. nak tanya ni  korang pernah alamai sakit pingang ke .., sakit sendi , senggugut bagi wanita?

Ini ada beberapa kisah dari orang yang paling hampir dalam hidup aku, aku nak kongsi sini ..mereka ni semua pernah mengadu sakit yang menderitakan walau pada zahirnya nampak tak teruk sangat tapi kesakitan itu datang sesekali dan pada masa-masa tertentu.

Isteri aku, Nordiana (mamaD) sering mengadu sakit lutut dan sakit pinggang sejak akhir-akhir ini. Dia jadi pengasuh kepada beberapa orang budak kat rumah kami. Selalunya dia mengadu kat aku sakit lutut, sakit pinggang dan lenguh² badan ..huhu marah dia kalau  terbaca entry aku ni..haha takpe ini kebenaran yang sesetengah orang akan hadapi bila tiba masanya.

Pernah beberapa kali bila kami minum² kat luar, aku order minuman jus durian belanda untuk mamaD. Aku pernah tau yang durian belanda ni bagus untuk merawat kesakitan sendi dan pinggang. Bila dah minum tu ada kesan baik yang sukar dipercayai.. selepas beberapa jam ia bertindak balas. Kesakitan pinggang semakin berkurangan. Ini diakui oleh mamaD sendiri dan suruh aku belikan , kalau boleh nak buat stok sendiri dan nak bagi kat bonda-bonda di kampung (sama jugak mereka sering menagdu sakit lutut, biasalah orang dah terlebih matang umur hihi)

Bila dapat merasakan kebagusan durian belanda ni, aku tercari-cari dan cuba dapatkan produk sebenar untuk melanggannya. Sebenarnya aku tak tau apa jenama jus tu, tak terlintas nak bertanyakan. Ianya berlalu macam tu.. sehinggalah Ben kenalkan produk Jus Anonna , gembira tak terkira bila dapat tau jus ni adalah jus durian belanda. Tak sabar dah nak tunggu bungkusan tiba untuk aku cuba..hihi.

Aku juga sebenarnya sedang 'menderita' sakit kat kepala lutut, hurmm.. ni sebab terseliuh masa memancing beberapa minggu lepas.. (aku ni jenis tak suka telan pil paint killer) biar dia baik sendiri !

Dalam masa sama aku masuk laman web annonaofficial nak tau lebih lanjut lagi tentangnya.

JUS ANNONA
Jus Annona botol besar yang cun dan sachet dalam kotak yang baru diterima.

" Saya bakal kongsikan kepada anda satu penemuan baru dalam bidang ubat-ubatan bagi jenis ‘pain-killer’ atau penahan sakit.

Ia bukan kelegaan sementara seperti kebanyakan pil penahan sakit yang lain, tetapi ia memberikan kelegaan yang panjang dan yang lebih penting, tidak ada atau hampir tiada kesan sampingan dan tidak bersifat kebergantungan (dependant).


InsyaAllah, selepas ini, anda tidak perlu lagi bergantung kepada pil penahan sakit yang kebanyakannya mengandungi kesan sampingan." ~annonaofficial

Jus annona ni rupanya ia bertindak sebagai "pain killer" ..emm patutlah boleh cepat hilang rasa kesakitan.

JUS ANNONA
Ini dia rupa bentuk buah durian belanda
Siapa sangka dulunya orang tak pandang akan khasiatnya, kini sukar untuk mendapatkannya..
Sekarang kita semua dah tau kan kat mana nak cari JUS ANNONA ? ..takpa kalau terlepas info ini, aku bagi detailsnya kat bawah ni :

Korang boleh ke laman web JUS ANNONA (klik) atau ANNONA CARELINE - 016 4497 181. 
Boleh tanya kemusykilan tentang Jus ni  dan moga kita semua dapat info bermanfaat .

HEBAHKAN KEPADA MEREKA YANG KHUSUSNYA SEDANG MENDERITA KESAKITAN SENDI, SAKIT PINGGANG, LUTUT, SENGGUGUT DAN KANSER JUGA.

4 comments:

  1. SA suka makan buah durian belanda yang fresh...kat kg memang ada banyak pokok durian belanda yang pak lang tanam..selalu simpan dalam peti ais dulu then baru makan...buat jus pun sodap...

    ReplyDelete
  2. Walaupun Anim memang suka air jus durian belanda, tapi baru sekarang Anim tau durian belanda sebenarnya bertindak sebagai painkiller! Info menarik untuk dikongsi :)

    ReplyDelete
  3. buah belanda memang sedapp.. hheh tapi kalau ada yang pakej lebih senang nak minum

    ReplyDelete
  4. Bagusnya ada ready made. senang laaa...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Blog Archive