Jus Annona mampu merawat kanser secara semula jadi.

Saturday, February 06, 2016 Nazlee Ismail PCL 4 Comments


Sikit rentetan kisah kanser dalam keluarga terdekat aku ;

15 tahun lalu, mak saudara aku penghidap kanser payudara tahap 4, arwah sebelumnya berusaha untuk berubat secara tradisional dan juga mendapatkan rawatan di hospital. Namun akhirnya meninggal dunia setelah lebih kurang 2 tahun menanggung derita.

Lebih kurang 10 tahun lalu,  mak saudara sebelah isteri aku, juga pesakit kanser payudara tahap 4, arwah sangat kental jiwanya dan mampu bertahan selama lebih 5 tahun mengharungi derita sakit tersebut hingga hujung nyawanya.

Risau pasal penyakit kanser tetap ada dalam perasaan aku ni sebab dalam keluarga sebelah isteri dan sebelah aku sendiri ada ahli yang  menderita penyakit tersebut hingga akhirnya menemui ajal. Walaupun dah banyak tahun berlalu, sedihnya masih terasa namun itu semua sudah ketentuan Ilahi. Redha kerana segala perancanganNya adalah yang terbaik. Semoga dicucuri rahmat Allah buat mereka yang telah pergi buat selamanya akibat derita kanser, aku tak lupa sedekahkan Alfatihah buat arwah arwah.

Ada penawar tak untuk kanser ni?
Pelik juga kan tak ada pengakhirannya,

Dalam fikiran aku yang tak berapa bijak ni..kan, lama dah penyakit ni berleluasa menyerang , tak kan tak jumpa lagi penawarnya? Sebagai orang Islam, percaya akan segala perancanganNya seperti sakit ini pasti ada penawar kesembuhannya. Wallhu'alam.

Penyakit kanser kalau nak menyerang bukannya melihat kepada kumpulan manusia tertentu seperti jantina, umur, darjat dan kekayaan seseorang. Siapa saja ada kebarangkalian kena .. kita tak nak ia terjadi dan tiada siapa yang minta  dihidapi kanser. Nauzubillah.

Ada rakyat Malaysia telah membuat kajian tentang buah durian belanda. Bertahun lamanya dan hasilnya diketahui durian belanda boleh membantu melemahkan pertumbuhan sel kanser dalam darah pesakit, aku dapat info bila membacanya di sini ;http://annonaofficial.com/kanser/ 

Melalui kajian yang dilakukan oleh Dr. Roslida Abdul Hamid sejak tahun 2007 lagi, khasiat yang terkandung dalam durian belanda mampu merencat aktiviti inflamasi dan radang sendi (arthritis), bertindak sebgai pain-killer atau penahan sakit dan
merencatkan pertumbuhan tumor pada kanser. Maka terhasillah Jus Annona dari buah durian belanda.
Jus Annona dalam botol yg cute
Kelebihan buah durian belanda yang terdapat dalam Jus Annona yang membantu meringankan derita pesakit kanser :

Jus Annona berfungsi sebagai agen yang melemahkan pertumbuhan sel kanser. Ia mampu membunuh sel-sel kanser tanpa merosakkan sel-sel normal. Maka, badan pesakit tidak mengalami simptom seperti keletihan, keguguran rambut, dan hilang selera makan.

Buah durian belanda kaya dengan vitaman C yang akan bertindak sebagai antioksidan untuk mengelakkan kerosakkan genatik.

Jus Annona bertindak sebagai agen anti-radang, yang membantu mengurangkan bengkak pada bahagian yang dihadapi kanser.

Jus annona mengandungi tiga asid amino yang sangat-sangat diperlukan oleh sel-sel dalam badan untuk melawan serangan sel kanser daripada merebak.

HALAL JAKIM, LULUS KKM (38 dlm. KKM-163/S/25/jld.22) dan Di Kilangkan di Kilang Berstatus GMP

Untuk keterangan lebih lanjut, boleh terus ke web, Fb atau email

Website : www.annonaofficial.com
Facebook : Annona Official
Email : jusannona@gmail.com
atau Annona Careline :
016-449 7181
016-446 7181
016-446 4181


Cegah kanser sebelum deritanya menghantui diri.

4 comments:

  1. Nina pun dah rasa jus Annona ni, sedap..!!

    ReplyDelete
  2. memang susah kalau kena kanser ... pesakit akan jadi murung .. sebab fikir macam2...

    ReplyDelete
  3. selama ni kita pandang ke barat..rupa-rupanya penawar yang kita cari dah lama ada di laman sendiri :)

    ReplyDelete
  4. dugaan tapi dalam masa yang sama masih ada harapan buat penghidap kanser. Apa yang penting, usaha dan tidak berputus asa .... insyaAllah kan PCL :)

    ReplyDelete

[PERINGATAN MESRA]
Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Untuk yang berminat melanggan tapak IKLAN BLOG, email admin (nazli.angkasa@gmail.com). Mohon jangan SPAM ruangan KOMEN . Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Klik untuk Info details

Pets House Designer

Blog Archive