Kambing Grill @ Subang Bestari Shah Alam

Tuesday, March 01, 2016 Nazlee Ismail PCL 2 Comments

Kambing Bakar BBQ @ AA Super Grill 


Menu kambing sudah menjadi menu pilihan sejak zaman berzaman lagi, tak hairanlah terdapat banyak pilihan lokasi-lokasi makan yang menyediakan menu-menu berasaskan daging kambing. Aku secara peribadi memang meminati masakan berasaskan kambing ; makan kambing bakar dgn sos pesto .

Grill BBQ menjadi pilihan makan malam kami sekeluarga malam Sabtu lepas. Dari Banting , aku dah set nak merasai menu kambing grill yang semakin popular di Subang Bestari, Shah Alam. Dulu sebelum ini aku pernah cerita juga pasal kambing  cerita kambing .

BBQ kambing Grill : AA Super Grill
Jam 9 pm lebih macam tu, selepas menjemput Nina di Kota Damansara kami terus ke lokasi. Boleh pulak aku salam salah orang haha, eksaited nak makan kambing sangat lah tu.. Nak cari Encik Aslam tersalah orang pulak..emm mana taknya, memang teringin sangat keenakkan grill kambing. Masuk saja area foodcourt ni dah bau aroma kambing bakar walau pun kat situ banyak stall gerai lain dengan menu pelbagai rasa..tapi aku tetap terbau kambing bakar ni!

"mok kito maroh jual mahal"

Tak sabar menanti BBQ kambing siap ; jangan risau kat sini sekejap oder dah sampai..tapi ianya bergantung juga  kepada kesibukan semasa (masa kami oder tu memang tunggu tak lama..)

Pertama kali aku sampai, nampaknya kawasan kat sini meriah! nak cari makan pun mudah.. orang yang nak makan ramai..dan yang nak cari peluang buat duit dengan jual makanan pun ramai, tapi bagus lah .. adanya persaingan sihat macam ni akan bagi impak kepada pelanggan untuk membuat pilihan terbaik, pilih makanan sedap lazat dengan harga berpatutan.

Beginilah ..bbq tak berhenti, ada saja pelanggan menanti di meja dan juga pelanggan yang datang oder untuk bawa balik..

Gerai Stall @ Subang Bestari
Suatu lokasi makan berkonsep terbuka, bersebelahan restoran Tat Nasi Ayam ; Korang kalau terpinga-pinga mencari mana satu  gerai stall ; AA Super Grill, perati la tengok banner hok tulih "mok kito maroh jual mahal" ..trade mark AA Super Grill ! memang berbaloi dengan kadar harga RM10 sepinggan .. puas makan sebab kandungan daging kambingnya agak banyak untuk seorang makan.

Ini gambar set kambing bakar BBQ AA Super Grill yang aku makan ..siap ddengan bun dan hirisan bawang/daun bawang..terbaiklah !
Info AA Super Grill  : 

IG : https://www.instagram.com/aa.supergrill/
Fb : https://m.facebook.com/aasupergrill/
En Aslam (founder) : 019-6340294

Waktu operasi : Isnin- Khamis 630ptg-1030mlm
Jumaat -sabtu 630ptg-1200mlm
Ahad tutup

Alamat : Food Court Tat Nasi Ayam, U5 Subang Bestari, 40150 Shah Alam, Selangor. (Berdekatan LEMBAGA GETAH MALAYSIA dan HELP UNIVERSITY)

*Sedia menerima tempahan utk majlis korporat, jamuan hari raya, rumah terbuka, majlis kahwin, majlis tunang dan lain-lain..
*Sos dan frozen juga ada dijual.

2 comments:

  1. Nampak sedap! Harga pun ok tu. Boleh laa nak try pi nnt

    ReplyDelete
  2. Sat ni nak lap air liur jap

    ReplyDelete

[PERINGATAN MESRA]
Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Untuk yang berminat melanggan tapak IKLAN BLOG, email admin (nazli.angkasa@gmail.com). Mohon jangan SPAM ruangan KOMEN . Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Blog Archive