Code:

Kongsi Teknik Mencandat Sotong Dari Kelab Pancing Facebook

Wednesday, February 24, 2016 Nazlee Ismail 4 Comments


Kongsi Teknik Mencandat Sotong Dari Kelab Pancing Facebook


Kelab pancing ikan dan seumpamaya..ye bukan pancing-pancing 'anak dara orang' eh..
Cerita lagi bab aktiviti mencandat sotong..huh memang tak sabar rasanya bagai termimpi-mimpi sotong melekat di pancing candat ! berat terasa bila ditarik dengan memancut-mancut dakwat hitam dari mulutnya...huhu ginilah kot semangat mencandat membuak-buak bagi mereka yang dah booking bot candat dalam menghitung harinya tiba. 

Program mencandat pada tahun 2016 ini akan bermula seawal bulan April, ramai yang plan mencandat waktu cuti persekolahan bulan Mac nanti..tapi dikhabarkan masa itu tidak sesuai.. masih awal sotong tak galak lagi..haha itu yang diperkatakan oleh tekong yang aku kenali di Kuala Terengganu.

Apa pun , tarikh 'hot' adalah pada cuti panjang bermula 29, 30 April dan 1 Mei memang menjadi rebutan kaki pancing khususnya mencandat sotong. Rata-rata kalau ditanya kepada pengusaha pakej mencandat pantai timur khususnya semuanya sudah penuh sejak tempahan dibuka awal Febuari lepas.

Namun, tarikh-tarikh pilihan lain adalah hari cuti (Sabtu Ahad) sepanjang musim mencandat sotong.Bagi kebanyakan peserta terdiri dari mereka yang pergi mencandat ini adalah hanya untuk memenuhi aktiviti keluarga atau kumpulan rakan kerja setelah stress dengan kesibukan kerja seharian. Mahu melepaskan tensi kerja barangkali kena cuba sesuatu yang luar dari kebiasaan.

Aku nak share sikit teknik mencandat dari  Kelab Pancing Facebook (KPF), anda yang dah biasa masuk ke fb tersebut sememangnya meminati aktiviti memancing? itu yang aku fahamlah..kalau sesaja nak stalker kaki pancing memang itulah medium yang sempoi buat masa ni.. ramai giler ahlinya telah mencecah 63.7 ribu orang.

Teknik baru dari brader Mie Ngail (admin KPF)

pakej mencandat sotong

kelab pancing facebook


Aku difahamkan, mencadat sudah begitu komersil, oleh itu pihak berkenaan menggunakan teknik lampu limpah (sport light) pada bot untuk memeriahkan kegelapan sekitar dengan cahaya yang terang agar dapat menarik kehadiran kumpulan sotong di lautan. Sudah menjadi lumrah bahawa sotong amat tertarik dengan cahaya.. maka idea meletakkan lampu neon di bahagian bawah tali pancing dan candat seperti yang ditunjukkan dalam gambar dijangka berkesan bagi mendapatkan hasil sotong dengan kaedah mencandat.

Kalau anda suka, boleh la singgah ke Kelab Pancing Facebook

Anda minat mencandat sotong ?
Anda suka makan sotong ?
Kalau dapat sotong / beli sotong, resepi apa yang anda gemar masak ?

18 Okt 2015 ... Terima kasih kepada pelanggan bot candat sotong yang dihormati,. Jika anda berhajat mencadat, jangan tunggu lama untuk buat tempahan.
www.nazlee.com
LabeledMy Blog List


4 Feb 2016 ... Jom Candat Sotong , candat sotong kuala terengganu, sotong segar.
www.nazlee.com
LabeledMy Blog List
29 Jan 2016 ... mencandat sotongcandat sotong, pakej candat sotong.
www.nazlee.com
LabeledMy Blog List

4 comments:

  1. Owh..hehe. Baru tahu.. nak plan mencandat tapi wife pulak pregnant.

    ReplyDelete
  2. Candat sotong tak pernah, tak minat, tak pandai.

    Makan ja pandai.

    ReplyDelete
  3. bestnya kalau dapat pi...bila la ada peluang..risau mabuk je...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Blog Archive