Menu Jimat dan Diet Kubis Ungu

Friday, February 05, 2016 PCL 3 Comments


Menu Jimat dan Diet (tak sengaja) dari gabungan Kubis Ungu


Penggunaan hashtag #mamaDcafe dalam post di instagram adalah betujuan untuk mengumpul menu-menu masakan yang pernah kami sekeluarga nikmati di rumah, chef-nya dah tentulah mamaD dan kadang-kadang aku juga ada menyumbang dalam satu, dua menu yang biasa.

Ada juga kekeliruan di situ, mungkin orang ingat ada betul mamaDcafe di Banting ni , sebenarnya ia tidak wujud, cuma mamaDcafe ini adalah kafe angan-angan sahaja, mungkin jika ada rezeki lebih mana tahu suatu hari nanti ia benar-benar diwujudkan !

Pagi tadi, satu menu sarapan pagi aku postkan di instagram ; menu biasa tapi nampak menarik sebab mungkin ada kombinasi warna yang menarik di situ. Kobis Ungu..ya!

Ada yang komen di facebook ; menu tersebut adakah untuk diet?
Sebenarnya ia tak, bukan dirancang untuk menu diet..malah kami jarang berdiet kecuali bila badan terasa berat sangat !

Kisahnya jadi macam ni.. ; semalam pergi ke super market sini membeli-belah barangan dapur dan sayuran, sekali masa tu ada jual kubis ungu ni dengan harga murah sangat; kalau tengok dari segi kualitinya masih okay cuma ianya dah terlerai tak macam kobis bulat seperti asal buahnya. Korang boleh tengok gambar dan ada harga tertera kat situ ..

  kubis ungu

Ref IG : https://www.instagram.com/p/BBYerr7qZYk/

emm murah kan, ; ini kami namakan pemjimatan dan menu jimat kami buat sebab benda-benda lain (kacang panggang tin, tomato, mayonis) tu semememangnya dah ada dalam peti sejuk . Jadinya bukan menu diet tapi menu berjimat cermat..haha.

Okay ni menu dia kalau sapa tak perasan dalam instagram saya pagi tadi.
Itu je lah..kira penjelasan lah ni. Dan satu lagi nak share at sini...kira aku pun baru tau lah pasal kubis ungu ni memang baik untuk kesihatan lah.. selain baik untuk cegah kanser (kanser payudara, prostat dan usus) kubis ungu ni juga kaya atioksidan untuk membuat kulit kenyal dan cerah. woww kan !!





3 comments:

  1. Kubis ungu ialah temperature tradisional. Itu yg masa belajar kat Petrosains. Selalu mami buat ujian ni. Haha. Seronok.

    ReplyDelete
  2. Mainan warna tu mmg mengancam Dan SA dah like td kat IG..

    ReplyDelete
  3. wahh , boleh ain cuba makan ni.

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.