Oh Nina Karina ..

Monday, February 01, 2016 Nazlee Ismail 9 Comments


Kisahnya..

Semalam petang dah plan baik punya nak turun KLCC nak join group KBBA ke majlis penutup Tourism Fair 2016, (MITA fair). Elok² dah sampai awal kat Kota Damansara dalam pukul 11 am gitu, amik Nina kat sana dan kami cari makan dulu sebab Nina belum sarapan lagi.

Pukul 3 pm kalau nak ke KLCC memang sempat la, tapi nak jadikan cerita sebab tak jadi pergi tu..  pasal rumah sewa, Nina dan kawan serumah dia terpaksa kena keluar sebab owner nak balik rumah tu. Semua kawan bilik lain pun kena keluar jugak.. leceh punya urusan sebab nak contact owner pun sangat susah nak jawab call.

Ini la budaknya.. dia rileks je, parent pulak yang susah hati.. siap boleh suggest kat kita pulak nak makan kat mana².
"Oh Nina Karina" ni tajuk lagu kumpulan Mega .. ~ ok, nina ni kuat makan , so dia ajak makan-makan di The Food Bank, lokasainya di dekat The Strand, Kota Damansara (berhadapan Giant dan beberapa office towers, bersebelahan Encorp Strand Mall) .

Ingat lagi suatu masa dulu, masa tu aku lepas SPM gigih cari kerja dan berjauhan dari keluarga. bajet nak berdikari gitu haha.. semangat!.  Kerja dan duduk menyewa.. tapi kat Penang la. Susah juga cari bilik nak disewa,  nampaknya masalah dulu masih sama dan  masih berlaku, susahnya nak dapatkan bilik sewa dan memang menjadi suatu masalah sejak dulu lagi..

Hurmm... alangkah untungnya kalau ada property sendiri, beli rumah lebih untuk kaut untung jangka masa panjang. Beli dan sewa..wahh bestnya kalau duit banyak !

Masalah nina kali ni melibatkan parent, kena masuk campur jugak..  macam susah pulak nak settle..
Kepala dah berasap sebab dok fikir masalah anak nak stay mana bila tuan rumah dia tu datang amik kunci nanti..



9 comments:

  1. Haii nasibla zaman bujang takde masalah owner nak rumah. Masalah dengan housemate lagi besar kottt

    ReplyDelete
  2. tu susahnya bila menyewa..dapat pulak tuan rumah iut suka buat keputusan..semoga semuanya dipermudah kan ye..

    ReplyDelete
  3. Tuan rumah bertindak serta merta ke PCL...biasanya kena maklumkan awal awal kan...

    ReplyDelete
  4. erm tak patut juga owner bagi last minit notis macam ni kan PCL..

    ReplyDelete
  5. notis last minit ke? moga dpermudahkan mcari rumah sewa baru aamin

    ReplyDelete
  6. Susah jugak bila tetiba tuan rumah suruh kelar macam ni. Kita kena cari rumah lain. Nak cari pun makan masa jugak

    ReplyDelete
  7. Kalau tak ada Tenancy Agreement inilah salah satu risikonya. Kesian Nina & kawannya. Rumah-rumah kakak yg kami sewakan semua kakak buat Tenancy Agreement. Setiap 2 tahun renew balik. Baru sama-sama selesa.

    ReplyDelete
  8. cari rumah sewa yang baru la..cari secepat mungkin..deposit share..

    ReplyDelete

[PERINGATAN MESRA]
Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Untuk yang berminat melanggan tapak IKLAN BLOG, email admin (nazli.angkasa@gmail.com). Mohon jangan SPAM ruangan KOMEN . Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Klik untuk Info details

Pets House Designer

Blog Archive