Code:

Pakej Kembara Pacuan Empat Roda (4x4) : Aktiviti yang mencabar keupayaan diri

Sunday, February 21, 2016 Nazlee Ismail 10 Comments


Kembara pacuan empat roda 4x4 ; Lata Cermin dan Lata Sungai Terong


Sukan ekstrim dengan kenderaan pacuan empat roda 4x4, ternyata lebih menyerlah dan mendapat permintaan di kalangan golongan muda mudi dan juga golongan yang suka mengembara memasuki hutan belantara khususnya. Sambil bercuti menikmati keindahan, sambil meneroka kehijauan hutan. Mereka yang gemar kearah ini kebiasanya sudah mempuyai group atau kelab masing-masing.

Pengembaraan di hutan hujan khatulistiwa (Rainforest dventure) dengan kenderaan pacuan empat roda (4x4) lebih mendapat sambutan kerana mungkin ia lebih memperlihatkan aksi berdepan dan menongkah cabaran. Ia menguji keupayaan peserta mengemudi jentera moden meredah kerenah alam dengan rintangan sepanjang perjalanan seperti sungai, laluan berlumpur, berbatu dan berbukit. Aktiviti ini juga mencabar percaturan strategi dan menguji kecekapan serta keberanian yang memerlukan ketahanan fizikal dan mental pengemarnya.

Sesuatu yang tak dapat dilupakan iaitu peserta melanggan pakej yang mampu memberi kepuasan yang lengkap bagi penggemarnya.

Baru-baru ini beberapa orang sahabat saya telah 'masuk hutan' untuk 'bercuti' ; percutian menarik dan mencabar ini sangat diidamkan ; ini gaya orang muda masa kini, selalunya mereka pantang dicabar dan peserta grup ini telah buktikan melalui gambar yang dikongsikan di sini ;



Pemanduan off road selama 8 jam dari Baling Kedah ke tengah Hutan Lipur Gerik, Perak melibatkan jarak sejauh 12 kilometer.


Pengalaman mengeluarkan kenderaan yang tersangkut dalam lumpur atau terbalik dan memandu menyeberangi Sungai dalam hutan tebal sambil menikmati suasana alam hening dan sunyi mencetuskan perasaan berbaur yang sukar dilupakan.





Merehatkan minda dan memulihkan tenaga dengan mandi air sungai, air terjun dingin menyegarkan setelah penat beraktiviti sepanjang perjalanan mencabar..#Sungai Terong



Group Jelajah Belantara


Lokasi Lata Cermin dan Lata Terong
Laluan : Dari Baling Kedah ke Gerik Perak, melalui hutan lipur)

Info :
Laluan hard core (Lata Cermin) merangkumi pemanduan sejauh 12km,  masa diambil dalam linkungan 8 jam. Laluan light core pula melalui Sungai Trong, Gerik.
Laluan yang dikatakan berada di tahap 4 kesukaranya (hard core) adalah antara laluan yang menjadi idaman peminat kembara aktiviti lasak pacuan 4 roda khususnya.

Kepada anda yang berminat, grup mereka ini ada menyediakan pakej-pakej. Selain pakej yang tersedia peserta juga boleh mencadangkan lokasi sendiri namun ia bergantung (ikut perbincangan selanjutnya) .

Target peserta : Pelajar IPT & IPTS, Kelab-kelab rekreasi, Kumpulan-kumpulan jelajah belantara, kelab ekspidisi dan ekplorasi dan sesiapa yang berminat.

Pakej Kembara Pacuan Empat Roda (4x4)


Pakej Jelajah Belantara 4x4
1) Pekej 3 hari 2 malam
2) Pekej 2 hari 1 malam
*penambahan bilangan hari (ikut perbincangan selanjutnya)

Kemudahan :
Khidmat memasak (Makan minum 5 kali sehari )
Khemah besar open concept
Alas tidur
Khidmat jurugambar

Konvoi 4x4 pacuan empat roda

Empat buah jentera 4x4 akan berkonvoi 
Setiap jentera pacuan empat roda 4x4 terdiri dari (pilot & co-pilot)+ (3 peserta)
Keseluruhan melibatkan 12 peserta untuk satu trip/pakej

Boleh contact saya  : 017- 4009726 (nazlee) *saya akan kenalkan anda kepada incharge berkenaan untuk info selanjutnya


10 comments:

  1. uik..ekstrem sungguh...SA x kuat mental kalau trip macam ni...hehehehe

    ReplyDelete
  2. terbaik! teringin.
    insya'Allah di kemudian hari.

    ReplyDelete
  3. Uih, best nya PCL. Ekstrem betul kembara off-road macam ni. Sha memang suka tengok rancangan dokumentari macam ni. Tapi nak ikutnye memang tak lah. Hehe

    ReplyDelete
  4. pacuan 4 roda nya takde lagi .. hihihi

    ReplyDelete
  5. teringin nak join tapi tak confident pulak bila tengok lumpur gini..hahahaa.. memang lasak betul ni

    ReplyDelete
  6. Menarik ni.. lagi lasak kembara ni..

    ReplyDelete
  7. Wahh berbaloi redah perjalanan macam tu dan dapat tengok pemandangan yang lawaa !

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Blog Archive