PEMBEKAL KETAM NIPAH DARI SANDAKAN SABAH

Friday, February 05, 2016 PCL 19 Comments


PEMBEKAL KETAM NIPAH DARI SANDAKAN


Saya mendapat info dari seorang kenalan di Sandakan Sabah yang sekarang ini bergiat dalam aktiviti pembekalan makanan laut (seafood). Kebetulan perkongsian saya berkenaan review memakan makanan laut semasa berkunjung ke sebuah Restoran di Cyberjaya menarik perhatian beliau untuk mencari pembeli.

Saya tawarkan beliau untuk mengiklankannya di blog ini. Semoga apa yang saya kongsikan nanti dapat memenuhi mereka yang bekehendakan / ingin membeli ketam nipah, bolehlah berhubung dengan beliau secara terus.
Ketam paya bakau
KETAM NIPAH DARI SANDAKAN SABAH
ketam nipah, ketam paya bakau
KETAM NIPAH DARI SANDAKAN SABAH
Pembekal Ketam Nipah dari Sabah ini merupakan pembekal ketam-ketam liar (Ketam paya bakau).
Ketam Nipah yang ditangkap akan dibungkus hidup-hidup untuk dipasarkan. Ketam Nipah mampu hidup 2 ke 3 hari di daratan , Ia sesuai untuk memenuhi permintaan pembeli di luar kawasan Sandakan yang menggunakan perkhidmatan pos. Ketam Nipah dijamin segar/ masih hidup sebelum sampai ke tangan pembeli.

Terdapat beberapa pakej bungkusan mengikut saiz dan timbangan. Berikut adalah jadual kadar harga tersebut :

HARGA PEMBEKAL KETAM NIPAH SANDAKAN SABAH
Grade
Kadaran Timbangan/packing
Harga (RM)
Kos Penghantaran
A+
500grm - 1.2kg ( 1-2ekor )
45.00
Tiada
A
350grm - 490grm ( 3ekor )
38.00
Tiada
B
200grm - 299grm ( 4-5ekor )
30.00
Tiada
C
100grm - 190grm (6-10ekor )
20.00
Tiada

* Harga tertakluk kepada perubahan semasa
* Semua harga adalah termasuk harga kos penghantaran ke Semenanjung


Nama Pembekal :  RAHMAT
No . Tel / Whatsaap :  +6018-2223624
(Rujukan dari Blog www.nazlee.com)


Berkenaan memakan Ketam Nipah, ada sebhagian orang berpendapart bahawa ketam jenis ini tidak halal dimakan, namun terdapat percanggahan pendapat berkenaannya. Namun kita merujuk kepada penjelasan di halaman web Majlis Fatwa Malaysia seperti artikal di bawah ini :


KETAM NIPAH HALAL DI MAKAN?


Terdapat perbezaan antara spesis ketam; ada ketam yang dihidup dalam air dan hanya berada di daratan seketika (satu alam) dan ada ketam yang hidup dua alam. Ketam nipah adalah spesis ketam hidup satu alam dan ia halal dimakan. Manakala ketam batu adalah spesis ketam dua alam dan ia haram dimakan.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang Kali Ke-26 pada 7-8 Mac 1990 telah membincangkan isu Hukum Menternak Binatang Dua Alam dan telah bersetuju memutuskan bahawa perusahaan menternak ketam nipah untuk tujuan eksport adalah harus kerana ia bukan binatang dua alam….

Mengikut istilah sains, haiwan dua alam ini ada dua kategori iaitu reptilia dan amfibia yang mempunyai sistem pernafasan paru-paru. Edaran hidupnya sebahagian di dalam air dan sebahagian lagi di darat seperti katak, penyu, labi-labi, buaya dan seumpamanya.

Ketam nipah pula bukanlah daripada jenis reptilia dan amfibia, tetapi ia adalah dari jenis rustasia iaitu sama golongan dengan udang dan kerang. Keseluruhan edaran hidupnya adalah di dalam air dan mempunyai sistem pernafasan melalui insang dan bukan paru-paru. Ia bernafas menggunakan oksigen dalam air sebagai pelarut. Oleh itu, dari segi hukum ketam nipah ialah binatang yang boleh dimakan.

Kehidupan ketam nipah di darat hanya dalam tempoh masa yang singkat sahaja iaitu lebih kurang dua tiga hari, kerana dalam insangnya mempunyai satu ruang pintu yang boleh ditutup dan mengandungi sedikit air. Ia menggunakan air tersebut untuk pernafasan dan sekiranya air itu kering ia akan mati.” Wallahua'lam

Portal Rasmi Fatwa malaysia : http://www.e-fatwa.gov.my/blog/ketam-nipah-dan-ketam-batu

19 comments:

  1. tak pernah makan ketam nipah.. nampak mcm keras kulitnya tu.. nanti PCL boleh la kongsi resipi ketam nipah sedap pula... :)

    ReplyDelete
  2. besar-besar je ketam nipahnya...kalau masak lemak nie...emmm...tak angkat cik akak dari meja

    ReplyDelete
  3. Ketam nipah juga boleh dijadikan penawar penyakit denggi..dengan izin ALLAH.

    ReplyDelete
  4. boleh makan..sebab ketam ni bukan ketam darat duduk dalam lubang tanah tu .. ..sedapp sedappp ... aaaa teringin pulak

    ReplyDelete
  5. Macam mana nak bezakan ketam batu dan ketam nipah erk..macam sama jer habitat diorang...

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum... pembekeal ni beli ketam jga kah.... d tempat sy banyak ketam ni... kalau mw beli ni ketam tlg whatssap sy... 01119083116 -Ahmad jais bin jandah@hassan

    ReplyDelete
  7. 0178973368
    saya juga ada menjual ketam,, bagi yg berminat boleh call saya,,

    ReplyDelete
  8. tuan onitzukq,ketam lambut ada kah bos ku?

    ReplyDelete
  9. Siapa yg jual ketam nipah pm sy.. 0148183425

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada jual ketam nipah keluaran sabah boleh pm or wasapp di no 0148571008

      Delete
  10. saya tinggal di kuala lumpur ..nak jual ketam ada apa apa cadangan ...minta share tq

    ReplyDelete
  11. boleh call saya 016 6242117

    ReplyDelete
  12. Sy pembekal ketam nipah direct dari sabah berpusat di serdang,selangor...utk pasaran kl & slngor.. penghantaran percuma. Minimum 10kg. Wassap for detail. 0196463036... tq

    ReplyDelete
  13. Saya nak beli ketam nipah dalam 100kg pm WhatsApp 0143826836

    ReplyDelete
  14. Saya nak beli ketam nipah 200kg 2 kali seminggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada ketam mahu kah call 01151668915

      Delete
    2. Call sya kalau mahu ketam 01151668915

      Delete
    3. Saya ada supply ketam nipah dari tarakan... Bole hubungi saya 0198306842

      Delete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.