AMBIL KISAH AMBIL TINDAKAN BERSAMA AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN (AADK)

Thursday, March 24, 2016 PCL 8 Comments


Program Lawatan KBBA Ke CCSC Chow Kit, Kuala Lumpur


Penagih DADAH sepatutnya didekati dan bukan sebaliknya. Dekati mereka untuk merubah kehidupan mereka ke arah kebaikan. Tidak semua orang tahu adanya agensi kerajaan yang memberikan servis seperti Cure and Care Service Centre (CCSC). Ramai yang berpandangan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) hanya melakukan  operasi-operasi serbuan / tangkapan penyalahgunaan najis dadah atau ada yang baik sikit dari tu, iaitu hanya membuat pameran kesedaran dan seumpamanya untuk masyarakat. 

Fungsi AADK sebenarnya dari kaca mata luar memang tak nampak jelas untuk membantu mereka ini, mereka yang terjerumus dengan dadah akan sentiasa menjauhkan diri. Begitu juga dengan ahli keluarga mereka. Takut kena tangkap atau takut kene masuk 'kursus' beberapa tahun di pusat pemulihan.

Jika semua orang berpandangan sama seperti yang disebutkan, memang susah nak hampiri mereka ini, umpama pepatah Melayu "jinak-jinak merpati"  baru nak dekat dia sudah terbang melarikan diri.

Di sini, melalui penulisan blog ini aku cuba untuk menjelaskan kepada pembaca agar memahami berkenaan fungsi-fungsi CCSC yang sebenarnya. Dengan melihat lebih dekat dan diberi pendedahan mengenai permasalah dadah serta kaedah rawatan dan pemulihan yang dilaksanakan oleh AADK.

Apa itu Rawatan Methadone ?, Program Kerjasama AADK dan Kelab Blogger Ben Ashaari, Cure and Care Service Centre (CCSC)
Apa itu Rawatan Methadone ?, Program Kerjasama AADK dan Kelab Blogger Ben Ashaari, Cure and Care Service Centre (CCSC)
Cure & Care Service Centre Chow Kit, Kulala Lumpur

Cure and Care Service Centre (CCSC)


Pengenalan :

Peranan dan Fungsi yang dahuluinya dilaksanakan melalui peranan Pusat Khidmat AADK (PKAADK) telah diambil alih peranan oleh CCSC melalui rebranding semula dan ditambahbaik dengan meningkatkan lagi fungsi dan peranan menyediakan perkhidmatan rawatan dan pemulihan kepada kumpulan sasar melalui Program Psikososial seperti program bimbingan dan kaunseling, Kelompok Sokongan Sosial (KSS), Kelompok Pencegahan Relaps (KPR), Program Keluarga, Program Early Recovery (ER) dan sebagainya. Selain itu, CCSC turut berfungsi sebagai tempat rujukan dan khidmat nasihat, kemudahan sukan dan riadah, serta Program RTG Metadon sebagai rawatan sokongan kepada klien.

Prinsip Dan Kaedah Kemasukan :
Datang sendiri secara sukarela.
Rujukan oleh pihak ketiga - keluarga, pasangan, rakan, majikan dan lain-lain.
Temuseru oleh Pegawai AADK atau Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Rujukan dari C&C/CCRC/CVCVC dan lain-lain.

Lokasi : Kenapa Chow Kit, Kuala Lumpur ?


Chow Kit adalah kawasan hot spot, iaitu lokasi yang umum tahu akan kewujudan gejala penagihan dadah dan pusat tumpuan sarang-sarang  maksiat. Sasaran kawasan seperti ini adalah untuk lebih dekat dengan mereka yang bermasalah dadah dan menjadikan akses perkhidmatan rawatan serta pemulihan secara sukarela untuk mereka. CCSC menjadikan mereka sebagai klien utama. Penglibatan klien dalam mendapatkan perkhidmatan serta program-program rawatan dan pemulihan di Chow Kit, Kuala Lumpur ini adalah matlamat utama CCSC.

Program Kerjasama AADK dan Kelab Blogger Ben Ashaari


Pada 16 Mac 2016, bertempat di CCSC Chow Kit, Kuala Lumpur. Melalui surat jemputan AADK dengan kerjasama Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9), kami (beberapa nama blogger) telah turun padang untuk melihat sendiri senarionya.

Antara agenda yang telah dijalankan ;
  • Melawat sekitar bangunan CCSC dan melihat Program Rawatan Methadone dijalankan
  • Taklimat oleh Pegawai-pegawai AADK dan CCSC berkenaan
  • Mendekati klien 


Apa itu Rawatan Methadone ?


Rawatan Terapi Gantian (RTG) atau lebih dikenali dengan Methadone Maintenance Therapy (MMT) mula digunapakai di seluruh dunia. Di Malaysia Pelaksanaan Program Rawatan Terapi Gantian  menggunakan methadone bermula pada bulan Oktober 2005. Tujuan utama Program Terapi Gantian methadone adalah untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kualiti hidup penagih dadah. Secara khususnya, program ini adalah bertujuan untuk :

i. Mengurangkan kadar penagihan semula di kalangan penagih dadah terutama sekali yang tegar;
ii. Meningkatkan tahap kecergasan mental dan fizikal;
iii. Mengurangkan kejadian jangkitan penyakit di kalangan penagih dadah yangberkongsi jarum suntikan;
iv. Meningkatkan fungsi psikososial di kalangan penagih dadah termasuk keupayaan mereka untuk mendapat dan mengekalkan mutu kerja serta meningkatkan keyakinan diri untuk kembali ke dalam masyarakat yang mana akhirnya nanti ianya dapat memberi satu harapan kepada penagih dadah tegar agar mereka dapat kembali berfungsi secara normal, mempraktiskan gaya hidup sihat dan menjadi lebih produktif dalam masyarakat.

Program Rawatan Terapi Gantian menggunakan methadone dilaksanakan oleh AADK dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ianya boleh diperolehi di AADK, klinik kesihatan terpilih dan klinik swasta yang tertentu sahaja. Dalam program ini, penagih perlu hadir mendaftar di klinik yang berkaitan dan akan mengambil methadone setiap hari mengikut sukatan yang telah ditentukan oleh doktor. Di CCSC Chow Kit ini adalah lokasinya, Jika kebetulan masanya anda berada di sini, kelihatan ramai klien datang untuk medapatkan rawatan setiap hari dari pagi sehingga petang.

Program ini akan berlanjutan mengikut suatu tempoh masa tertentu sehinggalah penagih telah benar-benar pulih dan tidak bergantung kepada methadone sepenuhnya. Program terapi gantian ini adalah hanya untuk penagih dadah jenis opiod sahaja (heroin & morphine) dan bukan lain-lain jenis dadah. Ianya merupakan salah satu usaha yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi membantu penagih dadah jenis ini kembali dari penagihan.

Kepada mana-mana pihak yang memerlukan keterangan lanjut berkaitan program ini, silalah hadir ke pejabat AADK yang berhampiran untuk mendapatkan maklumat lanjut dan khidmat nasihat yang betul. Bantulah mereka yang telah terlibat dengan penagihan ini kembali semula menjadi sebahagian daripada ahli keluarga dan masyarakat kita. [Sumber info :  udinmedan ]


Gambar Sekitar Program Lawatan KBBA Ke CCSC Chow Kit, Kuala Lumpur
Puan Hamsiah Bt Mohamad Zahari, Penyelaras Program di CCSC, Chow Kit Kuala Lumpur memberikan taklimat 
Sebahagian dari Rakan-rakan KBBA yang terlibat sedang mendengar taklimat daripada Penyelaras Program

"Kami Sedia Membantu" ~ KBBA AADK CCSC
Mr. Tan, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sambil diperhatikan Bloggers KBBA sedang menerangkan bagaimana  prosese merekod pendaftaran / menerima kehadiran klien setiap hari di CCSC
Doktor bertugas sedang mmemeriksa dan merekod tahap kesihatan klien sebelum diberikan rawatan
Puan Tengku Hanizar Bt Tengku Awang, Pengarah AADK Kuala Lumpur juga turut serta bersama Blogger KBBA
Antara Rakan Blogger yang turut serta dalam program Kerjasama KBBA AADK  ~ Blogger Najeeb sebagai wakil KBBA menerima cenderahati dari AADK

Program berakhir dengan harapan tinggi dari pihak AADK , dengan kerjasama ini agar boleh memberikan gambaran luas dan kefahman masyarakat luar terutamanya di kalangan keluarga-keluarga penagih dadah supaya tampil secara sukarela, datang mendapatkan informasi dan saling bekerjasama untuk menangani permasalahan sedia ada.

"Dadah MASIH Musuh Nombor Satu Negara"
AMBIL KISAH. AMBIL TINDAKAN.
Dapatkan maklumat mengenai kesan dan bahaya dadah serta pelbagai panduan menangani masalah dadah di wecareweserve.org.

SKUAD 1Malaysia; Sukarelawan Prihatin
"Kesukarelaan Bukan Pilihan, Ia Satu Tanggungjawab"
Berminat untuk menyertai Skuad 1Malaysia?
Klik di sini untuk mendaftar secara online http://public.adk.gov.my/SKUAD/

Ikuti kami di sini:
- FB : SKUAD 1Malaysia
- Twitter : SKUAD 1Malaysia
- Instagram : SKUAD 1Malaysia
- Youtube : MrAADK 
- Laman Interaktif Pencegahan - http://public.adk.gov.my/antidadah/


8 comments:

  1. perkongsian yang menarik.. bagus kita diberi pendedahan dgn aktiviti sebegini..

    ReplyDelete
  2. bagus juga sebenarnya buat mcm ni.. sebab kdang pemakai ni tk tahu nak mula dari mana untuk berubah .

    ReplyDelete
  3. btui.. dorg ada perasaan nk berubah tapi msyarakat susah untuk menerima.. dengan ini, harap dpt membantu orang luar sana yang mempunyai masalh diterima masyarakat

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yg baik untuk semua orang. Harap ade kesedaran pada si penagih.

    ReplyDelete
  5. alamak.. banyak pula muka kita dalam ni hahahaa..
    semoga aadk terus berjaya membanteras gejala penagihan ni..

    ReplyDelete
  6. selalunya macam tu la..bila kata penagih dadah ni kita akan lari mengelak dari diaorang.tak cuba nak dekati dan ajak mereka berubah..yang dah jadi bekas penagih pun kadang2 di pandang serong dan tak de sokongan.tu yang buat bekas2 penagih ni kembali menagih..

    ReplyDelete
  7. servis yang bagus daripada AADK. ini bermakna rakyat Malaysia yang dah terjebak dalam kancah dadah masih berpeluang untuk merubah diri asalkan punya semangat yang kuat

    ReplyDelete
  8. Plan asal memang nak join program ni... akan tertapi kesihatan tidak mengizinkan... good info...

    ReplyDelete

[PERINGATAN MESRA]
Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Untuk yang berminat melanggan tapak IKLAN BLOG, email admin (nazli.angkasa@gmail.com). Mohon jangan SPAM ruangan KOMEN . Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Klik untuk Info details

Pets House Designer

Blog Archive