APA YANG KORANG FAHAM BERKENAAN CHAR KOEW TEOW ?

Thursday, March 31, 2016 Nazlee Ismail 12 Comments


CHAR KOEW TEOW ?


Semalam makan kat kedai Dol Char Koew Teow (kat sini), datang lah si Dol ni dengan ramahnya bertanya khabar, almaklumlah tokey dengan pelanggannya kena lah ramah gitew.. Bagus lah.

Mungkin sebab dah biasa dengan aku, lalu dia borak pasal minat aku... tau lah kan , pasal memancing lah. dan lagi satu pasal trip mencandat sotong. Dalam sibuk2 dia dengan bisnes sempat lagi beramah mesra...terusklah gini Dol . Mesra pelanggan.!

Habis bab mencandat, memancing masuk bab bisnes, aku tanya Dol mana dia dapat resipi goreng Char Kway Teow..,  aku ikhlas cakap dia goreng sedap sama macam mana aku makan sebelum ni di utara (BM, Sg Dua, Sg Petani)  mamaD pun setuju sebab kami memang jelajah habis (dulu-dulu lah...)

Okay , sebelum aku cerita lagi.. korang baca apa kata wikipedia tentang char kway teow :


Char kway teow merupakan makanan yang popular di Malaysia dan Singapura. Ia diperbuat daripada kuey teow (shāhé fěn dalam Cina Mandarin), leper dan kira-kira 1 cm lebar, digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan kucai Cina. Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah mengikut citarasa setempat. Pada asalnya ia dimasak menggunakan lemak babi, yang memberikannya rasa tersendiri, namun kini sering dimasak menggunakan minyak biasa. Berbanding kuey teow goreng biasa, char kway teow agak basah.
Char kway teow mempunyai reputasi sebagai tidak menyihatkan akibat kandungan lemaknya. Akan tetapi, semasa masakan ini dicipta, sasaran utamanya ialah para buruh. Kandungan lemak yang tinggi dan harganya yang murah menjadikannya popular di kalangan buruh sebagai sumber murah tenaga dan nutrien. Pada masa itu, masakan ini selalunya dijual oleh nelayan, petani dan pemungut kerang yang menjual char kway teow pada waktu petang untuk menambah pendapatan mereka.

Ada bait ayat kat situ.. char kway teow sebagai makanan tidak menyihatkan... tapi sedap ! kan ..kan?
sebab itu aku berhenti sekejap.. cari lagi dan makan lagi. Sebabnya sangat sedap kena dengan selera kami sekeluarga.

Dol tanya aku, abang tau tak char kway teow yang asalnya macam mana? aku cakap la .. koew teow mesti ada kuah ala-ala banjir dalam pinggan. Dalamnya ada beberapa ekor udang saiz XL , kerang, tauge dan kucai. Makan dengan cili potong/jeruk.

"B U K A N    B A N G " ..
Dol kata sebenarnya bukan.. bukan macam apa yang aku faham tu. Baru-baru ni , ada sorang pelanggan yang tak dikenali sudah 'sekolahkan' saya kata Dol . Katanya, jangan letak 'char' depan nama koew teow pada signboad kedai . Kalau nak letak jugak kena goreng kway teow macam ni...bla..bla.. dia minta Dol buatkan untuk dia testing !

Dia nak koew teow yang digoreng kering (mengikut kefahaman dia.. char koew teow adalah 'kering' bukan basah). Maka, Dol yang baik hati melayan pelanggan ni menurutkan kehendak pelanggan yang satu ni.. 
Sekali buat macam diminta ... serve kat dia, dia reject ! (nak garing lagi... sampai hangit)

Gorengan kedua, Dol goreng koew teow sampai melekat pada kuali.. sedikit hangus dan serve untuk dia. 
"haaaa.. ini baru Char Koew Teow" !! macam ni lah.. hahaha. 

"macam ni abang, abang sorang la yang boleh makan" pelanggan saya yang lain memang tak suka. Dol cerita dengan nada lembut, tapi aku tak tau lah masa dia menghadap pelanggan tesebut tu macam mana.

Kesudahannya ..cerita Dol ni buatkan aku sedar, dan bukan aku saja tau bab koew teow..dan ada orang-orang lain seolah2 mendabik dada berkata; "Aku Orang Utara..Aku Tau Lah Rasa Koew Teow ori macam mana rasa"... sebenarnya banyak lagi yang tersembunyi pengertian dan andaian masing-masing dalam mengkelas makanan. yang benama Char koew teow ni. (kadang nak taip nama ni pun susah ; char kway teow, char kuey teow dan macam macam lagi  'words' kalau kita google.. 

APA YANG KORANG FAHAM BERKENAAN CHAR KOEW TEOW ?


Search instead for char koew teow
27 Jun 2015 ... resipi char koew teow penang, resipi char kuey teow penang, cara buat kicap char koew teow, char kway teow penang.
www.nazlee.com
LabeledMy Blog List
16 Dis 2015 ... Sedap makan char kuey teow kami sekeluarga kat restoran Sham, Seksyen 19 Shah Alam (semalam) .. macam-macam menu ada kebanyakan ...
www.nazlee.com
LabeledMy Blog List
15 Ogos 2015 ... Char Kuey Teow kalau pandai masak memamg sedap dan bertambah enak lagi bila tak kueyteownya tak mudah kembang selepas digoreng.
www.nazlee.com
LabeledMy Blog List
18 Nov 2015 ... Selalunya anak-anak memang suka makan char kuey teow, ini bukan kali pertama aku cerita bab kuey teow dalam famili kami, sampai lah bab ...
www.nazlee.com
LabeledMy Blog List

12 comments:

  1. sejenis tepung yang digoreng. hahaha.. tk tau sangat.. sebab tak pernah makan

    ReplyDelete
  2. Kite cuma paham char kuew teow ade kuah dan udang..hahaha

    ReplyDelete
  3. Lorrr baru tau ni hahaha .... kita dah la minat char kuey tiow rupanya pemahaman selama ni salah la ye hukhukhuk. tq pcl menyedarkan kita seperti abg Dol tu ... :)

    ReplyDelete
  4. yang kita char kueyy teow bila makan mmg sedap...adess..mengidam pulak..hihi

    ReplyDelete
  5. sye paham yg char kuey teow tu kegemaran no 1 sya .... hehehe. tambah telur mata kerang and udang lebih ... voommmmmm

    ReplyDelete
  6. Semua saya suka..nyummmss..nak sket!

    ReplyDelete
  7. eh..ke brader tu sorang je yg rasa char tu sepatutnya kering? bagi number telefon brader tu pls

    ReplyDelete
  8. sbnrnya apa yg pernah dgr la.. charketiaw mmg ketiau goreng kering.. tu org cina beritahu. tp pemahaman org melayu berkuah dan de udang

    ReplyDelete
  9. ye..kalau lat penang ni , mintak ckt memang dapat yang banjir tu la..tapi kalau cina buat memang kering..

    ReplyDelete
  10. char kue tiaw = penang..hehe..

    ReplyDelete
  11. Alamak baru tau makanan ni khas utk buruh kasar keje kuat dulu...adehhh dah la makanan ni carta no 1 dlm hidup...tak dapat sebulan moody...wauuu tq jelaskan isu pasal asal usul char kuew tiaw...maksudnya di goreng garing

    ReplyDelete
  12. AnonymousJuly 01, 2017

    char tu maksud dia separa hangus aka goreng.....so char kuey teow maksudnya kuey teow goreng.....simple....xtau knapa kebanyakan malay masak jadi berkuah, dan mentaliti akan pikir char kuey teow je berkuah....

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.