Baju Pengiring Pengantin Di mana Boleh Disewa?
Dulu masa aku kenduri kahwin tak ada pulak yang nak sedondonkan baju keluarga pengantin , sedondonkan baju rewang-rewang...Ya bajet aku tak seberapa, dan masa tu banyak benda nak fikir, terlepas pandang bab nak cantikkan deko pelamin dan sebagainya..semua aku tak kisah. Masa tu apa yang penting adalah majlis Walimah aku selamat dan pastinya nikah berjalan lancar dan juga tetamu jemputan cukup makan.
Zaman makin maju, makin banyak perlu dititikberatkan dalam urusan menjayakan sesebuah majlis walimatul urus ini maka tak hairan lah ada pakej perkhidmatan berbayar tumbuh bagai cendawan lepas hujan, khas untuk membantu pengantin-pengantin membuat persediaan rapi.
Ada orang tak kisah bab ini, tapi ramai juga yang sangat kisah , menginginkan sebuah persiapan di hari bahagia dan bersejarah dalam hidupnya. Hari Raja Sehari akan berlangsung begitu teratur dan rapi tanpa banyak masalah. Urban style, tak mustahil anak muda sekarang agak berlumba-lumba untuk mendapatkan perkhidmatan yang bersangkutan dengan persediaan hari bahagia masing-masing. dari juru mekap, juru foto, juru ukur pakaian dan berbagai lagi sampailah ke juru acara majlis untuk memastiakn semuanya berjalan lancar.
"Ukur baju di badan sendiri" ..inilah ungkapan yang sangat sesuai kalau mahu berlebihan maka kena pandai-pandailah menguruskannya, kalau boleh jangan berhutang tapi di zaman serba serbinya perlukan duit, mana datangnya kalau tak menyimpan atau mendahulukan dengan membuat pinjaman (terpulang kepada individu).
Dalam memenuhi kehendak semasa, maka ramai usahawa kecil telah wujud 'tumbuh bagai cendawan selepas hujan', mereka ini bukan mahu 'menangguk di air keruh' tetapi peluang perniagaan seumpama ini harus direbut. Contoh paling laris ialah perniagan Butik Pakaian Pengantin, Butik Jahitan Pakaian Pengantin, Khidmat Jurufoto Pengantin, Khidmat Andaman dan aksesori Pengatin dan macam-macam lagi.
Qaseh Zamri ~ menerima tempahan jahitan pakaian
Qaseh Zamri ~ koleksi pakaian untuk dijual dan disewa
Qaseh Zamri ~ koleksi kain English Cotton
Baru-baru ini , kami sekeluarga ke Bandar Country Home Rawang. Ada sebuah butik baru di buka, pemiliknya bernama Haslina Abdul Khair, 37. Dahulunya beliau berniaga secara online dan butik vendor. Cakap pasal bisnes online semua orang dah tahu dan biasa.. Dan berkenaan butik vendor juga tidak asing bagi kaki bisnes online ;
Butik Vendor / Vendor boutique
Konsep vendor butik lebih kepada perkongsian pemasaran dan membina jaringan perniagaan yang lebih besar. Sebagai contoh, dibawah satu butik, terdapat lebih 30 vendor yang menjual pelbagai jenis produk. Ini memberikan kelebihan kepada pelanggan untuk membeli kerana terdapat banyak pilihan produk. (boleh baca sini selanjutnya) ~ tips butik vendor
Qaseh Zamri Collection - Butik Pakaian Wanita
Berniaga dari bisnes kecil kecilan makin naik dan makin meningkat kemajuannya. Semangat gigih tu yang patut diambil sebagai contoh untuk maju.Haslina, memulakan bisnes dengan berniaga kain baju siap secara online , melangkah setapak lagi dengan menyewa lot bersama vendor vendor bisnes yang sama.
Dan kini, kedai butik miliknya sudah mampu menerima kunjungan pelanggan secara walk-in .
Qaseh Zamri Collection - Sewa Sut baju pengiring pengantin
Baju kurung dan blouse, kalau nak sedondon boleh dapat kat sini, konsep sewa pakai dengan harga berpatutan.
Qaseh Zamri Collection - Tempah pakaian sedondon untuk majlis kenduri
Ada sediakan khidmat tukang jahit berpengalaman, selain menjahit pakaian jenama Qaseh Zamri, mereka juga menerima tempahan luar.
Kepada sesiapa yang nak buat gift , hadiah hari jadi, untuk majlis perpisahan dan sebagainya.. boleh pesan ; shawl dengan kotak bertingkap (window box gift) , Suatu pakej yang sangat-sangat cantik hanya di Qaseh Zamri Collection
Maklumat selanjutnya , boleh singgah sendiri ke :
QASEH ZAMRI COLLECTION
No.3a Jalan Desa 1/1, bandar Country Homes, Rawang Selangor.
No. Tel / whatsapp : 019-3240813
Fb : Qaseh Zamri
Instagram : @qaseh_zamri_collection
Lawa lawa..
ReplyDeleteWah macam best je ni..semua ada kat satu tempat jer..mudah kije ni..jom jom tempah baju sedondon..
ReplyDeleteKonsep butik vendor ni mmg tengah in skrg..memudahkan pelanggan..
ReplyDeletehuntung bakal2 pengantin
skrg..memacam ada..
Bagusnyaaaaa.... Nanti nak kahwin boleh usyar kat sini... Thanks pcl share... :)
ReplyDeletemm.. blh nnti nk try
ReplyDeleteNice... Org skrg bijak cari peluang dr permintaan org rmai...
ReplyDeleteboleh cari baju raya kat sini;)
ReplyDeleteCantek-cantek nye baju kat sini..mau rambang mate nak memilih ni..hehe
ReplyDeletemenarik sekali info tentang Qaseh Zamri... kalau free boleh terjah butik pulak.
ReplyDelete