Code:

Cafe Santai Laki Bini aje..

Tuesday, March 29, 2016 PCL 6 Comments


Suka Deko-deko Produk IKEA 


Lepak santai di depan rumah... Bestnya rasa. Best lagi kalau lepak berdua-duaan.. tapi sekarang ni cuaca sangat panas.. dalam rumah lagi laa.. kalau tak ON aircond siang malam rasa macam kurang selesa / membahang. 

Sesekali nak juga bersantai dengan angin panas di luar, baru segar udara yang dihirup.. walau di dalam membahang. Rumah di tepian sawah @ di tepian pantai okay lah kan... angin sepoi bahasa mendayu. ehh malas nak bayangkan lebih-lebih ..terasa nak amik cuti lah gitu.

Gambar kat bawah ni. deco baru oleh mamaD,  beriya dia ajak aku ke IKEA cari barang.. ; bab cari barang kat IKEA anak-anak kami selalunya ada jugak bersuara, letih kalau ikut mama shopping kat IKEA. Tak kurang dari 3 jam... walaupun bawak balik satu dua barang. Kadang .. kosong !

deko mama'D
Ruang depan pintu rumah ~ kiranya ada sikit lagi ruang untuk muat-muat 1 kereta dan motosikal park.

Sebenarnya, aku rasa diorang tu masih tak faham fikiran 'orang seni', macam mamaD punya style, mahu cari idea memang gitu, haha . Ada yang ideanya datang bila tengok dari majalah hiasan, tengok dari rancangan televisyen bab deko-deko dan kadang tu idea men design tu datang sendiri ikut kreaviti masing-masing.

Ada projek rupanya mamaD. Nak buka "mamaDcafe" katanya . Kapasiti untuk 2, 3 orang sahaja dalam satu masa :) 

deco mam'D
Ini cafe santai laki bini aje..
Ini baru suka-suka, projek mini cafe... yang sebenarnya untuk merialisasikan impian kami nak buka cafe sebenar nanti. Tapi idea cafe yang dah siap ni bukanlah nak bukak kepada umum ; cafe santai laki bini aje.. boleh kann !

Okay mai kita check berapa modal mamaD nak bukak 'mini cafe idaman'.  Masa kitorang ke IKEA Ahad lepas, dah tak ramai orang bersesak.. Agaknya barangan diskaun dah tak berapa ada ..dah habis dah kebanyakannya. Ini pun nasib baik dapat ..last stok ada beberapa buah saja tinggal di rak simpanan. Kalau lambat memang kempunan jugak mamaD membeli.


Rm59 + Rm40 plus x 2 set kerusi hitam + Rm0 (kerusi lama sedia ada)  =  +/- Rm140

Nice looking ~ save money but waste time and energy to get it , biasa lah... ada orang lain sanggup datang jauh dari luar Selangor hanya semata-mata nak dapakan barang idaman dari IKEA. Sekarang lagi bagus sebab  IKEA dah bukak satu lagi terbaru IKEA Cheras .

Boleh check kat web IKEA kalau nak ushar harga barang : http://www.ikea.com/




6 comments:

  1. Kalau pasal IKEA memang la akan amik masa yang lama...SA tengah berkira2 nak bawak mak abah jalan sini..tak tau la diorang larat ke tak

    ReplyDelete
  2. best santai petang hari sambil ditup angin sepoi-sepoi bahase.. :)

    ReplyDelete
  3. wah, umah pcl xde pagar eh? ala2 kmpung ke? bessnya..

    ReplyDelete
  4. lepas ni lagi rajin laa MamaD memasak ye

    ReplyDelete
  5. wahhh rajin nya.. tak sabar tgu mamaD buka cafe betul ni..

    ReplyDelete
  6. MamaD ni buat julia rasa nak tersangkut sama tau nak usya page ikea aduhhhhhhhhh murahnya...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Blog Archive