Crab Factory @ Brolly Kuala Lumpur : Menu-menu Seafood Terbaik !

Monday, March 07, 2016 Nazlee Ismail PCL 9 Comments


Crab Factory @ Brolly Kuala Lumpur


Wuhuu.. kalau tak cerita mati-mati aku ingatkan 'kilang ketam' eh.. yelah mana la tau kan, ada syarikat keluarkan hasil dari ketam di Malaysia. Ada, tapi sebenarnya ada lagi best !!

Dengar cerita-cerita orang pasal makan ketam best di KL, then ada juga orang sebut-sebut nama Brolly?Sungguh asing namanya bagi kita yang agak terasing dengan tempat makan wow gini !!

Sampai juga akhirnya aku ke lokasi ; Crab Factory @ Brolly Kuala Lumpur  pada (3/3/2016) ; Tiba di lokasi sangat mudah dengan aplikasi waze, lebih selamat dan lagi jimat masa.. Ya, memang on time aku sampai.. eh tak, sebenarnya ada lagi yang paling awal di antara kami dengan 'semangat makan ketam' datang sebagai jemputan khas sempena Crab Factory Blogger Nite Dinner 2016 .

Lokasi Crab Factory @ Brolly Kuala Lumpur


Crab Factory berada di dalam restoran Brolly , Menara Felda. Terletak tak jauh dengan bangunan KLCC . Senang jer nak cari kalau tak jumpa juga boleh la roger-roger geng KBBA.. kami boleh bantu dan makan lagi..

kalau korang berkereta, pastikan korang dapatkan parking percuma. ini aku share kat mana sepatutnya ; laluan masuk dan ambil jalan ke kanan (bangunan Naza Tower) , ada mamat sekuriti Bangla (masa tu) dan cakap je korang nak makan kat Brolly..then terus ke parking tersedia luas di basement park.

Agak berbeza dari konsep biasa di kebanyakan restoran, kat sini ala-ala workshop kereta.. tengoklah sekitar di dalamnya ; Cantik kan ?

Okay.. aku takmo cerita panjang intro bagai ~korang datang dan rasai sendiri ..suasana yang lain dari biasa. Jom kita tengok apa menu menu yang ada.. yang sudah kami nikmati :

Minuman ~ Wild Blueberry, Passion Mojito, Apple Mojito, Pineapple Maracuja, Passion Blueberry
Cencaluk Fried Chiken Wings
Variety Skewers (Lamb, Chicken, Striploin) , tak ada dalam gambar (Tiger prawns & Baby octopus) ~ datang sini sememangnya rasa terbaik !
Chicken Burger (Beef Burger tak ada dalam gambar ~ datang sini sememangnya rasa terbaik !)

Beef Yakiniku Omelette Curry Don
Seafood Fried Rice Lunch Tray
Ayam Percik Lunch tray
Lambogarlic Pizza
Beef Ribeye With Mushroom  Sauce & Mash (Beef Sirloin with balck pepper sauce & fries ) tak ada dalam gambar ~ datang sini sememangnya rasa terbaik !)

Flower Crab Set (Asam Pedas Sauce) ~ datang sini sememangnya rasa terbaik !)
Flower Crab Set (Spicy Plum Sauce) ~ ini sos yang paling digemari..masam sikit pedas dan manis..aku suka !!
Ini yang membuatkan ramai yang tak tertahan melihatnya..kalau boleh nak singgah selalu Crab Factory @ Brolly Kuala Lumpur selepas tengok kitaorang post..

Tengoklah..sukar digambarkan keenakknnya ..



Chunky Peanut Butter & Tiramisu
Waffle ~ perghh..lazat !

Okay kalau nak tengok/baca lagi dan lagi acara makan crab Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) ; sila ke laman blog ahli-ahli  yang terlibat dengan carian hastag #kbbabrolly
Brolly Crab Factory
gaya, kualiti dan kenikmatan.. ~ datang sini sememangnya rasa terbaik !)

Promosi di Crab Factory @ Brolly Kuala Lumpur


Promosi Monthly Crazy Bag ,  March adalah "Spanner Crab RM12/100gm (Biasa RM17/100gm)

Promosi Monthly Meal For 2 Seafood Lovers Deal , March adalah "500gm Yabbies-M dan 300gm New Zealand Mussels untuk RM88 sahaja (Biasa RM115). 

Percuma Corn, Button Mushroom & Coleslaw"



"SEMENTARA BULAN PROMOSI (MARCH 2016), CEPAT-CEPAT PLAN DENGAN KAWAN-KAWAN / KELUARGA DATANG SINI BERSAMA MENIKMATI KEENAKNANNYA .. "



Cara order baru untuk makanan laut di Crab Factory @ Brolly Kuala Lumpur


Step 1: Pilih makanan laut, (minimum satu jenis, maksimum 3 jenis) dalam timbangan 300gm atau 500gm. Untuk ketam, boleh pilih secara kepingan.

Step 2: Pilih sos & tahan kepedasan untuk Signature Southern Bang Sauce atau Jamba-Jamba.

Step 3: Pilih satu atau dua Bag Buddies


Info details berkenaan Crab Factory @ Brolly Kuala Lumpur


Brolly: Crab Factory 
Menara FELDA, Platinum Park, No 11, 
Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: 03-2181 4122
Website: http://www.my-brolly.com/menu/my-brolly.pdf


9 comments:

  1. Ya Ampun PCL, jangan goda ai plis dengan gambar2 ni... tak tahaaaannn... sedapnya makan seafood!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ohmaaaiiiii!!!!!

    ReplyDelete
  2. Tempatnya lawa...makanan pun sedap nampaknya tu

    ReplyDelete
  3. Terbaik lah tgk sajian menu2 seafood di display atas kertas tu...ohsem!

    ReplyDelete
  4. tak mampu tenung lama-lama nanti nangissss hehee

    ReplyDelete
  5. sedapnya ketammm urmm lama tk makan ketam ni

    ReplyDelete
  6. Wah sedapnya ketam, lama tak makan ^-^

    ReplyDelete
  7. kejam la entry yang ni...sabar je la anak tekak den

    ReplyDelete
  8. serius merana slps bukak entry ni...

    ReplyDelete
  9. pepagi tengok ni terus jadi lapar ni huhuh

    ReplyDelete

[PERINGATAN MESRA]
Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Untuk yang berminat melanggan tapak IKLAN BLOG, email admin (nazli.angkasa@gmail.com). Mohon jangan SPAM ruangan KOMEN . Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Klik untuk Info details

Pets House Designer

Blog Archive