Gathering Blogger 19 Mac 2016 : Siapa sangka ianya betul-betul terjadi dengan suksess

Monday, March 21, 2016 PCL 18 Comments


Gathering Blogger ~ 1stEFGathering 19 Mac 2016


Sabtu lepas memamg cuaca panas giler, kering tekak dibuatnya tapi kita jangan mengeluh disebabkan olehnya..bawa bersabar dan jaga kesihatan. Kalau boleh buat aktiviti dalam rumah atau tempat teduh dan elakkan diri dari berterusan terdedah kepada panas terik matahari . Seperti yang kita tahu, El Nino cuaca panas kering  melanda negara kita. Alhamdulillah ianya tak membantutkan rancangan kami untuk bersama dengan ahli-ahli EFG. 
exchange feed group, kelab blogger ben ashaari
Sebahagian dari ahli EFG yang hadir
Apa itu EFG ? ..awal-awal penubuhannya dulu aku pernah cerita dalam entri ini apa itu EFG


exchange feed group, kelab blogger ben ashaari

Keceriaan tergambar.. nanti aku ceritakan
Perancangan pada mulanya macam slowly gitu, macam berat jer nak jadi. Di kalangan ahli sendiri pun macam kureng mendapat sambutan.. .okay itu biasa, jika mahu kumpulkan semua ahli menghadirkan diri, rasanya sampai bila-bila pun tak jadi, tapi alhamdulillah di minggu-minggu terakhir sepertinya ada 'tarikan magnet' untuk kami merealisasikan gathering ini. Semangat "Bukan Sembang Kosong" agaknya dan akhirnya satu per satu idea datang . Satu demi satu juga kami memperolehi sponsor dari pihak-pihak berkenaan. Alhamdulillah segala puji bagiNya kerana dengan izinya juga Gathering Blogger ~ 1stEFGathering 19 Mac 2016 ini menjadi kenyataan.

Aku boleh berbangga dengan kejayaan ini, ya memang tak sangaka diwalnya suam-suam kuku jer sambutannya, dari nak kumpulkan bajet dan sebagainya lagi tapi mimpi sudah menjadi kenyataan.. ini adalah di antara gathering blogger yang meriah dengan sponsor aku rasai, selain kelab induk kami iaitu Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) Ia sememangnya tiada bandingan.
exchange feed group, kelab blogger ben ashaari

Pcl & mamaD bersama logo rasmi EfgKbba , MamaD adalah peneman setia..insyaAllah kemana ada blogger gathering dia akan ada jika bersesuaian. 
Banyak perkara dalam fikiran aku masa driving dari Banting ke Klang, dah tentu-tentu kena buat banyak 'kerja' nanti. Sapa suruh korang terima banyak sponsors..haha (gelakkan diri sendiri..padan muka aku)

Jam 9:15 pagi dah sampai tempat kejadian di Meru Klang, Selangor.. okay  sekali ni je aku nak taip nama lokasi kat sini . Mommy Irra kata biar dia announce sendiri rumah baru dia..ehh (ter bagitahu pulak.) . Aku datang dengan mamaD je , kalau bawa anak-anak sekali join ghatering ni memang bukan idea yang bagus sebab ..emm tau lah kan anak-anak kami dah remaja kedua-duanya, tak nak la diaorang tu join geng mak-mak bersosial ni.. haha (cepat bosan kot). Kami cuba jadi ibu bapa yang memahami... 

Throwback 2 , 3 hari sebelum hari kejadian.. Kekliruan memilih warna tema memang menjadi kenangan bagi aku..aku rasa semua ahli yang terlibat pun hadapi masalah yang sama. Bukan mudah nak cari warna Turquoise tau ..silap pandang boleh terbeli warna hijau atau warna biru. Huh.. nasib la mamaD ada contoh Jubah warna turquoise ..bijak mata dia memilih.
exchange feed group. kelab blogger ben ashaari

exchange feed group , kelab blogger ben ashaari

exchange feed group, kelab blogger ben ashaari

Okay, masa kami sampai dah nampak dah siap terdirinya indahnya Canopy , meja beralas cantik, hiasan baloon berwarna warni dan kat dalam rumah pulak sudah ada ahli-ahli jemaah  yang tiba awal. 

"wah ini dah macam tuan rumah nak sambut menantu...ngalahkan kenduri kahwin".  

exchange feed group, kelab blogger ben ashaari
Ringakan tulang membantu sebab dah tahu banyak produk sponsor menanti dengan khasiat tersendiri.. apa nak risau! ~ sakit belakang, lenguh sendi ada ubatnya, apa lagi..sakit dalaman , luaran, tegah-tengah? emm semua ada. Alhamdulilah rezeki EFG tak disangaka-sangaka datangnya.

Tak buang masa, sampai je terus ambil tugas...Yang sebenarnya kita tak bahagi tugas pun.. aku pulak jadi ringan tulang nak memanjat tangga untuk pasang banner dibantu oleh papaGlamz , Along Ewan dan yang lainnya...Peluh  tudia, emm memang basah jugak la pepagi dah panjat dinding.. habis la kemeja turquoise aku tu....susah nak carii ooo ! (tak ada pulak sponsor minyak wangi.. kebetulan)

Kehadiran ahli lelaki tak ramai, yang tiba awal papaGlamz, Ewan dan Along. Ewan memang dah kenal sebelum ni jumpa sekali masa majlis berbuka puasa di Bangi Golf Resort bulan Ramadhan lalu.. ingat lagi wajah macho dia...kelakar orangnya, dan sorang lagi nama Rahim sepah2 bukan nama sebenarnya tapi panggil Along. Along ni jejaka misteri berselubung hitam di hari kejadian. Dari susuk tubuhnya aku dah kenal dia yang malu-malu kucing pada mulanya. 

Sementara siap-siap pasang banner, yang lain-lain dengan tugas masing.masing.. sponsor baloon siapkan deco, sponsor photo booth juga siapkan bahgaian memasing. Alhamdulillah segalanya teratur, cuma menunggu kesemuanya hadir untuk memulakan majlis secara rasmi.

Sebabkan papaGlamz sangat aku malas nak tag nama dia.. walau aku kenal dia dulunya nampak 'ustad' masa pertemuan pertama kami di kediaman Sahabat di Saujana Utama. ~ respek aku kat dia ni.. seorang papa yang bagus. 
exchange feed group , kelab blogger ben ashaari

exchange feed group, kelab blogger ben ashaari

Terbaik perancangan dariNya, idea untuk kami memulakan majlis dengan bacaan surah Yassin dan Doa Selamat. Dengan harapan majlis mendapat berkat dan selamat dalam lindungan Allah SWT.

Perancangan awalnya tu Blogger papaGlamz yang akan mengetuai bacaan yassin, tapi dia hemm... (mengelak) faham lah dengan alasan anak beliau yang tak berapa sihat dan asyik merengek. Aku teruskan program pagi tu dengan mengapalai bacaan surah Yassin dan sekali dengan bacaan doanya, kami gunakan alquran yang di sponsor, alhamdulillah.. itu yang terbaik EFG gunakan peluang yang ada untuk promosi terus. 

Kita tengok apa pesanan penaja/sponsor :

Biobax Cool Therapy
Biobax Cool Therapy 
#biobaxcooltherapy

Kelantan City Tour Xcelltravel
Kelantan City Tour Xcelltravel 
#xcelltravel

Alludra International (Jus Orlin)
#orlin

Kotak Lensa Instant Photo Booth
Kotak Lensa 
#kotaklensa #instantphotobooth
IG: kotaklensa 

The Violet Sofia
The Violet Sofia
#thevioletsofia
#almumayyazbyvioletsofia

Fennelle Beauty
#fennellebeauty 
#fennellerenewalserum

VCO NUTRASENSE
VCO NUTRASENSE
#VCO #Nutrasense
IG: nizam84

Nizar Faez Studio
Nizar Faez Studio
#nizarfaezstudio

VanLela Hiphoody
VanLela Hiphoody
#hiphoodyvanlela

Balloon Decoration
Majesticevents Sdn Bhd
Majesticevents Sdn Bhd
#khemahkahwin

Cafe Cerita Kambing
Cafe Cerita Kambing
#cafeceritakambing #kambingbakar

Produk Kesihatan Forever
#aloeveraklang0136283485
#aloeverashahalam0136283485

Qaseh Zamri Collection
Qaseh Zamri Collection 
 #qasehzamricollection

Yusmizee Naturopathic Center,  Alor Gajah Melaka

#yusmizeenaturopathic

Qesyamin
#qesyamin

RaisahRafhanah
#headchain #flowercrown

Hazirah
#muchochocolatechips

Sakura Sasuke
#sakurastyle

Acit Guest Book
#hantaranmurahsaya

LadyDaissy Pastry
#LadyDaissyDoorgift

Design&Printing 
#dexsignprinting

Aniq sya 
#aniqsyaquqiz

Homemade Cookies 
#myhomemadecookies

Jus kedondong asam boi 
#manjavakedondongasamboi
FB: Man Java 

Reqa Creative
#reqacreative
FB: reqacreative 

Emcee kacak lagi kelakar dari abe we.. bagus menyusun kata, begitu komited dengan tugas yang diamanahkan.. 
Ucapan aluan dari puan Irrayyan 'pengemuda' as founder EFG ..jangan tak tau nanti kena kick group naya.. "mommy sebenarnya terharuuu angat...sebenarnya mommy nak nangis je.. tapi malu kat ......terima kasih sebab sudi mai dari jauh bukan untuk mommy sorang tapi untuk kita semua dalam EFG ..bukan sembang kosong tau ...huu"

ada lagi cerita 1stEFGathering seterusnya /.. kita sambung di entri berikutnya  :) Part-2 Insya Allah




18 comments:

  1. wahhhhh meriahnya tahniah2...

    ReplyDelete
  2. Seriously benci entri yang ade part2 ni... hikhikhik..

    #CedokIdeaNakBuatEntri

    ReplyDelete
  3. Saat terindah yg takkan dilupakan.. :)

    ReplyDelete
  4. terima kasih kepada semua penaja 1stEFGathering

    ReplyDelete
  5. hahahahaaa.. nampaknya semua pun "fikir macam-macam" sepanjang perjalanan ke lokasi kan.. tak tahu sebab neves ke malu ke excited ke.. hehehehe.. :)

    apapun 1st EFG Gathering kita akhirnya terlaksana juga.. alhamdulillah...!

    ReplyDelete
  6. tp kite yang nangis..acano ni?hihi..tahniah efg...bangga sangat tengok kjayaan first gathering..hope next gathering kite leh join...hehe

    ReplyDelete
  7. Memang meriah sangat ! Seronok dapat jumpa semua

    ReplyDelete
  8. Memang meriah sangat ! Seronok dapat jumpa semua

    ReplyDelete
  9. Meriah sangat. Seronok betul gathering macam ni. Jumpa lagi next time :)

    ReplyDelete
  10. Boleh jadikan acara tahunan ni..tahniah..

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah.. majlis bjalan dgn lancar...

    ReplyDelete
  12. bestnya dapat berkumpul camtu

    ReplyDelete
  13. hahahahahha caption mommy tu hahahahha
    Semoga ada rezeki jumpa PCL lagi next time..

    ReplyDelete
  14. Ass...
    Terima kasih Informasinya "salam Blogger"
    Wss.

    ReplyDelete
  15. Thank "Salam Blogger"

    ReplyDelete

[PERINGATAN MESRA]
Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Untuk yang berminat melanggan tapak IKLAN BLOG, email admin (nazli.angkasa@gmail.com). Mohon jangan SPAM ruangan KOMEN . Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Blog Archive