Isteri masak menu dari kulit lembu proses

Wednesday, March 09, 2016 PCL 3 Comments


Manu masakan isteri tengahari tadi ..


Saje nak kongsi gambar dengan korang yang tak pernah menikmati menu yang rare ini.. KULIT LEMBU MASAK MERAH ... (Biasanya orang Jawa kat sini buat masak lemakcili api, kulit lembu yang dah siap proses enak rasanya dan selalu dijadikan salah satu menu masakan kenduri kahwin)

KULIT LEMBU PROSES

Kalau kat tempat aku tinggal sekarang ni (sekitar Kanchung) agak mudah nak dapatkan bekalan kulit lembu proses ni , pergi je pasar malam sekitar banting/nilai insyaallah  ada dijual tapi tak semua peniaga ikan/sayuran ada stok simpanan. mungkin boleh terus dengan pembekalnya.

Selalu , resepinya memag sinonim dengan masak lemak tapi kali ini mamaD masak cara orang utara.. aku nak makan masak merah pulak.

Korang boleh rujuk artikal di bawah ni, kalau teringin .. ada restoran kat Klang jual makanan berasakan kulit lembu .. baca artikal di bawah ada infinya

“Hidangan ini digemari kerana rasanya sedap dan kulit lembu terasa kenyal apabila dikunyah. "

Artikal penuh : Kulit lembu masak lemak

Tapi kalau korang nak rasa menu masak merah, korang boleh ikut resipi yang sedia ada dalam internet cuma tukarkan bahan utamanya iaitu kepada KULIT LEMBU . 

kulit lembu masak merah
ini masakan air tangan mamaD ~ dah mintak resipi tapi dia kata cari jer kat internet ..sama jer..haaha

Rebus sekejap saja...memang dah lembut dan mudah dimasak ~ cuba la baru tau

Proses untuk membersihkannya kulit lembu mengambil masa dan ia bukanlah satu kerja yang mudah.

 "Bayangkan untuk mengeringkan kulit lembu sahaja akan mengambil masa berhari-hari kerana kulit lembu tersebut perlu betul-betul kering sebelum boleh menjalani proses seterusnya.

 "Tetapi hari ini selain orang Jawa, masyarakat Melayu dan Cina juga sudah boleh menerima kulit lembu sebahagian daripada masakan harian,'' ujarya ketika ditemui di rumahnya, baru-baru ini.

 Artikel Penuh: Enaknya lauk kulit lembu ..

3 comments:

  1. pernah juga makan masa kenduri kawin kat kampung kak ana dulu, tapi tak pernah lagi masak sendiri, hebatlah mamaD :)

    ReplyDelete
  2. Uih.. tak pernah try lagi ni.

    ReplyDelete
  3. Ty pernah makan keropok kulit lembu masa di Bali je. Dah makan baru tahu. Huhuhu

    ReplyDelete

[PERINGATAN MESRA]
Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Untuk yang berminat melanggan tapak IKLAN BLOG, email admin (nazli.angkasa@gmail.com). Mohon jangan SPAM ruangan KOMEN . Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Klik untuk Info details

Pets House Designer

Blog Archive