Code:

Jaga mulut kalau turun ke laut : Jangan terlalu "laser"

Friday, March 04, 2016 Nazlee Ismail 4 Comments


Jaga mulut kalau turun ke laut : Jangan terlalu "laser"



Aku suka petua ni.. sebut cewek meow untuk kucing ?
Petua sebut cewek meow... ini untuk kaki pancing mengail di lautan, dan juga bagi mereka yang selalu ke laut mencari rezeki..haha, kadang bila difikir-fikirkan kebenarannya memang nampak lucu..garu kepala sambil tersengih dibuatnya bila teringat apa yang dipesankan. Kita kena hormati pesanan @ petua orang lama. Mungkin orang yang berpengalaman dengan lautan mungkin tak kisah , tetapi bagi yang baru nak berjinak atau sesekali turun ke laut jangan pandang tak endah dengan segala petua orang lama / .. petua

KATA orang mulut jangan becok kalau masuk ke kawasan hutan rimba atau mengunjungi sesebuah tempat baru. Begitu juga kalau ingin turun ke laut. Banyak pantang larang yang perlu diikuti. Kadang kala jika difikirkan petua atau pantang larang sedemikian ada yang mengarut dan tidak logik bunyinya tetapi sekadar menghormati pesanan orang-orang tua, kita lestarikan petua dan pesanan itu supaya ianya masih kekal.

Antara petua ialah jaga mulut kalau turun ke laut. Jangan terlalu "laser". Katalah anda sudah berada di air (dalam bot atau tengah laut) jangan sekali-kali menyebut nama binatang berkaki empat yang hidup di darat. Kalau nak sebut juga beri ganti nama berkenaan dengan nama "cewek" (bukan bermaksud cewek Indon tau..) Contohnya kucing disebut cewek meow, kambing disebut cewek mbekkk... dan harimau disebut cewek aummm...! Kelakarkan? Tetapi itulah hakikatnya yang pernah diamalkan oleh sesetengah nelayan laut dalam di sebelah Pantai Timur. Bukan apa, agaknya nak jaga hati ikan-ikan yang di dalam laut sebab spesies mereka tu tak ada kaki kan? hahaa..

Petua dah dapat, mana tahu kalau anda masih tercari-cari pakej memancing di perairan Pantai Timur.. kat sini, ada info berkenaan

Pakej Memancing Perairan Kelantan/Terengganu


petua memancing laut
petua memancing laut
Bot kelas A ~ selesa
petua memancing laut
disediakan tempat berehat santai ~ mana tahu kalau ada yang mabuk laut baru sekali dua turun ke laut !
petua memancing laut
kemudahan dapur ~ boleh masak sendiri dan bawa bahan masak kalau nak sedap ikut selera anda

petua memancing laut

kemudahan tempat simpan ikan/hasil tangkapan ~ ais batu disediakan sesuai untuk trip beberapa hari di lautan)
petua memancing laut

Tandas duduk ~ dalam bot disediakan (wanita tak perlu risau ..kalau anda minat memancing boleh join sama)


Jeti-jeti di pantai Timur dan kadar harga pakej 2016


Jeti : Untuk berlepas boleh bertolak dari Jeti Tumpat, Jeti Kuala Besar (medan Ikan Bakar) Jeti pengkalan Petah Bachok Kelantan dan Jeti Kuala Besut

a) 12 jam 07:30am~ 06:30pm
b) 2h1m 17:00pm ~ 07:00am
c) 24 jam ( masa ikut pelanggan)

Pakej 12 jam (7:30am~6:30pm)
1) Bot 6 org Rm 980/bot
2) Bot 8 org Rm 1080/bot
3) Bot 10 org Rm 1150/bot
4) Bot 12 org Rm 1300/bot

Pakej 2h1m 17:00pm ~ 07:00am
1) Bot 6 org Rm1100 /bot
2) Bot 8 org Rm 16000/bot
3) Bot 10 org Rm 2000/bot
4) Bot 12 org Rm 2200/bot

Pakej bot 24 jam adalah bergantung kepada perbincangan, (start pagi)

Kemudahan termasuk:
Makan minum
Jaket keselamatan
Gps *(bot terpilih)
Air batu
Umpan

Kemudahan tidak termasuk:
Peralatan memancing


Untuk pertanyaan :
Email : nazli@gmail.com
Tel / Whatsapp :010 928 2086 Wan Ghafar / 017 400 9726 Nazlee

4 comments:

  1. LAUT BUKAN KEDIAMAN YG DITENTUKAN UTK KITA N PENGHUNI SEBENARNYA BUKAN HANYA HIDUPAN LAUT NYATA...JADI SEMESTINYA KITA MENHORMATI N BERSOPAN SANTUN DGN MRK AGAR XDIGANGGU PERKARA YG XDIINGINI...SELAMAT MEMANCING DI LAUT LUAS.

    ReplyDelete
  2. setuju PCL...memang kena jaga mulut...
    wow perkhidmatan bot yang menarik

    ReplyDelete
  3. Baru tahu tak boleh sebut binatang lain. ..info bagus

    ReplyDelete
  4. Heehe..ingtkan laser apa.. tpi sebenarnya kan spjg masa kena jaga mulut kan.tul x pcl?

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Blog Archive