Jom Kita ke Kelantan

Monday, March 14, 2016 Nazlee Ismail 8 Comments


Jom Kita ke Kelantan ; Tahun Melawat Kelantan 2016


Matta Fair 2016, sudah berakhir semalam bertempat di bangunan PWTC Kuala Lumpur.
Ramai orang berkunjung selama 3 hari ianya diadakan. Kalau anda yang gemar melancong memang anda tak asing dengan MATTA FAIR setiap tahun ada saja promosi pelancongan dengan kadar harga pakej yang menarik dan murah.

Aku dan mamaD luangkan masa sekejap di sana di hari terakhir (Ahad) , Nampak rakyat Malaysia suka melancong, mungkin nak reward diri dari kepenatan, stress bekerja sepanjang masa. Perlunya hari berehat dari luar keadaan dan situasi biasa. Kalau bagi aku lah... dan bagi yang kurang bajet ada juga caranya...carilah tempat yang tak perlu keluar belanja.. Tapi sekarang ni semuanya kena ada duit. Ada duit boleh beli ? hah..

Di Matta Fair tersebut, mata jadi rambang sampai tak tahu mana nak pilih pakej, melancong di dalam negara atau pun di luar negara hanya perlu pilih saja dan tempah, banyak booth-booth dibuka , kita kena bijak mendapatkan info pakej-pakej. Jangan sampai ada yang terpedaya.










Dalam banyak-banyak booth pelancongan , aku tertarik dengan pakej-pakej di booth Xcell Travel & Tours. Mereka ada "Pakej Mencandat Sotong Kelantan 2016" haaa.. aku kan suka memancing Kebetulan aku kenal dengan Tuan Pengarahnya, Encik Wan Ghafar.. selalu juga aku tolong promosikan pakej-pakej syarikat beliau.. Kami ni dah kira semacam kawan rapat. Jadi, bila kawan datang dari Kota Bahru, Kelantan..  kita kena raikan la.. (kalau tidak marah dia nanti) .

Support bisnes diorang, sudah menjadi tanggung jawab sebagai kawan selagi kita mampu menolong .

Xcell Travel & Tours ni lebih kepada produk pelancongan Negeri Kelantan bersempena Tahun Melawat Kelantan 2016. Selain pakej mencandat sotong, diorang juga ada pakej Kelantan Tour 2016.
Seronok eh melawat Kelantan ?? .. kalau tanya ore kelate memme ar kan !

Aku sendiri belum habis pusing-pusing negeri Kelantan, ini kebetulan ada pakej Tour Kelantan,  aku risik-risik la di Xcell Travel & Tours .. Mungkin suatu hari nanti kami nak ke sana.


[www.xcelltravel.com]


Kelantan Islamic Heritage Tour
Kelantan Historical Tour
Kelantan Buddhist Tample Visit
3D2N Kelantan Buddhist Tample City Tour
3D2N Kelantan Historical Tour
3D2N Kelantan Islamic Heritage Tour
Adventure Tours : 2D1N Budget Fishing Trip & Snorkeling (Perhentian Island)
Adventure Tours : 3D2N Budget Fishing Trip & Snorkeling (Perhentian Island)
City Tour Bird Watchung and River Cruise
2D1N City Tour Bird Watching and River Cruise
3D2N City Tour Bird Watching and River Cruise
1 Day Trip To Perhentian Island


8 comments:

  1. Teringin nak pergi mencandat sotong... bestnyaaa. Bagus untuk mereka menyertai

    ReplyDelete
  2. Membantu sesama rakan..melalukan apa yang kita minat dan jenjalan..3 in 1..terbaiklah PCL.. :)

    ReplyDelete
  3. Minat memancing ke PCL? Macam best je.

    ReplyDelete
  4. Rugi x dpt pi...so APA pilihan PCL?

    ReplyDelete
  5. Fuyooo menarik ni...jom jom ke Klate kiter..

    ReplyDelete
  6. Pergh terbaiklah. Dulu pun pergi sebab ada kenduri je. Tak dan nak berjalan

    ReplyDelete
  7. Candat sotong xpernah lagi...best ker..anak2 pnh la juga ajk g mancing hehe..tpi xpnh bwk lg..

    ReplyDelete

[PERINGATAN MESRA]
Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Untuk yang berminat melanggan tapak IKLAN BLOG, email admin (nazli.angkasa@gmail.com). Mohon jangan SPAM ruangan KOMEN . Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Klik untuk Info details

Pets House Designer

Blog Archive