Niat kita sama, ingin sihat dan berkongsi rasa..

Thursday, March 17, 2016 PCL 10 Comments

Bahagianya mereka ..


Bila tengok orang sekeliling kita hidupnya gembira, bahagia.. macam tak ada masalah, alangkah bestnya. Ada rasa kecemburuan.. eh bahasa aku.. ya kejelesan positif ! . Diaorang boleh pun.. kenapa kita tak macam tu ? Hurmm..

Dan bila orang nampak kita, itu juga yang sama diperkatakan.. kita sebenarnya tak sedar yang kita pun hidup bahagia.. bahagia yang kita rasa, orang lain tak tahu..

Kesimpulannya, bahagia ada pada diri dan cara tersendiri. Tak perlu nak berdengki tetapi boleh untuk memperbaiki kualiti diri.

Ni contoh.. bab makan, ada yang sangat bahagia bila boleh sediakan makanan, beli makanan dan makan makanan lazat.

Hidup kaya raya bahagia, hidup sedehana bahagia, hidup susah pun ada bahagianya.
Cuma bila dah kaya raya, tiba masa jadi susah miskin, mungkin di situ akan rasa kehilangan nikmat bahagia sama sebelumnya, mungkin di suatu sudut lain ada bahagianya menanti.

Bila kita senang kita kena pandang orang yang hidupnya susah dari kita, dan bila kita susah kita kena sedar bahawa ada lagi orang yang lebih susah dari kita. Bersyukurlah dengan kebahagian kurnianNya.
Ok, sedikit motivasi untuk diri ini semoga tidak terlalai dan menjeleskan perasaan orang lain.

*******

Atkins Diet, resipi atkin : Dadar Gulung Sayur Berlada


Ini menu yang disediakan oleh mamaD pagi tadi, kitaorang sarapan kekonon nak beratkins semula.. belum confirm nak buat sunguh-sungguh, in case.. kalau lah tak terikut tak jadi hal sangat..
atkins

atkins

atkins
Dadar Gulung Sayur Berlada ~ mamaD
Kisahnya dengan atkins diet ni memang real menjadi.. serius banyak turun berat badan, saiz pinggang mengecil dan langsing haha.

Bila teringat suatu masa dulu, kembali teringin nak makan menu-menu atkins yang biasa mamaD buatkan.

Alasan kukuh adalah .. berat badan kami masing-masing dah menaik, selera menambah..huhu . Kalau lah konsistan diet beratkins sampai sekarang agaknya.. (perut leper walau tak ada sixpack) 

(Makin jeles la kawan-kawan kita )

Since menu ini belum ada nama khasnya, aku akan namakan "Dadar Gulung Sayur Berlada" ; nama biar panjang tapi sekejap aje nak ngap dia..

Dadar gulung sayur berlada ni khas untuk Atkins Diet , nak sediakan sangat mudah, 10 minit lebih kurang dah ada dalam mulut, tinggal nak kunyah telan saje..

Ok, pagi tadi dah masuk instgram @nazleeismail dan ada yang bertanya.. aku jawab kat sinilah dengan resipinya :

Memula kacau telur ayam dan gorengkan dadar nipis di atas kuali yang tak melekat.. jangan letak minyak ok.

Siap goreng dadar , letak tepi dan siapkan bahan lain :
Hiris kepingan timun jepun.
Hiris bawang
Campurkan mayonis
Campurkan serbuk lada hitam

Jadikan bahan tersebut sebagai inti, gulungkan telur dadar tadi macam buat popia dan siap gulung potong 2 inci, golek atas pinggan .. /ambil gambar pada angle yang terbaik dan..

Ok siap untuk di makan resipi dari #mamaDcafe . alhamdulillah boleh kenyang.







10 comments:

  1. bahagia melihat org lain bahagia itu satu nikmat :)
    selamat beratkins

    ReplyDelete
  2. mudahnya kan..since husband berdiet sekarang ni.boleh aplly menu ni kat dia...bila dia suka,kita pun bahagia kan...

    ReplyDelete
  3. Saya dengan en.suami ada plan nak diet atkins..tapi tak de la kata confirm nak buat..so sja try menu ala2 atkins..ayam bakar..sedap gak..boleh layannn..

    ReplyDelete
  4. sedapnya..tetiba ai is lapa...pos kajang satu ! ngidam dah ni hehehehe

    ReplyDelete
  5. Macam sushi la jadinya kan... Tgk sedap je... Kalau letak ayam grill pun sedap juga tu

    ReplyDelete
  6. diet atkins ni didik kita lebi suka pada sayur dan protein kan PCL..

    ReplyDelete
  7. amboiii rajin mamaD.. sedappnya..

    Yanie tag PCL dalam segmen:

    http://www.yanieyusuf.com/2016/03/segmen-top-blogger-2016-by-nurzulfa.html

    ReplyDelete
  8. setuju..diet atkins adalah diet yang sihat...dah pernah buat dah before

    ReplyDelete
  9. ooooo gitu kerbcara diet atkins.... tsumpahhh tak tauu

    ReplyDelete

[PERINGATAN MESRA]
Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Untuk yang berminat melanggan tapak IKLAN BLOG, email admin (nazli.angkasa@gmail.com). Mohon jangan SPAM ruangan KOMEN . Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Blog Archive