Code:

Rawatan Sakit Pinggang Di Melaka

Wednesday, March 23, 2016 Nazlee Ismail 8 Comments


Masalah Sakit Pinggang Dan Rawatan


Masalah sakit pinggang boleh berlaku kepada mereka yang menjangkau umur 30an keatas, dan juga mereka yang sering melakukan tugasan berat. Kalau dah sakit sekali , ia mungkin akan berulang sakitnya dalam masa-masa tertentu. Kadang terasa sakitnya apabila bangun dari keadaan duduk yang lama atau bangun dari tidur.

Sakit belakang disebabkan postur badan kurang baik atau lain-lain sebab bukan trauma (kemalangan) biasanya boleh dielakkan dengan kaedah ini iaitu kerap bersenam untuk meningkatkan keupayaan dan keanjalan otot. Antara senaman yang baik ialah senaman regangan, yoga, tai chi, berenang atau pilates. Lakukan senaman aerobik seperti berjalan, berjoging, berbasikal, bermain badminton atau menari sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 20 minit setiap sesi. Ini kalau mereka yang rajin dan aktif bersenam, tapi selaluny tidak berlaku dengan alasan-alasan pelbagai..

Orang Islam menagamalkan solat setiap waktu yang diwajibkan; bersolat ini adalah terapinya yang sangat wajar dan ramai yang tidak tahu. Solat sebagai terapi sakit pinggang Jika sebelum ini kita merujuk kepada terapi yang dirumus oleh orang barat, Islam telah menyediakan rumusan paling mujarab 1400 tahun sebelum dulu lagi. Solat yang kita lakukan sehari 5 kali sudah lebih cukup untuk menjadi terapi kepada penyakit yang sangat terkenal ini.
Adakah anda masih tidak percaya? Sekumpulan penyelidik UM telah melakukan kajian terhadap pesakit yang mengalami sakit pinggang. Alat berteknologi tinggi digunakan bagi menguji kesan solat terhadap tekanan dan regangan yang dialami oleh pesakit sebelum dan selepas terapi solat. Daripada hasil kajian tersebut, di dapati terapi solat dengan melakukan gerakan-gerakan solat yang sempurna berupaya mengurangkan tekanan pada pinggang pesakit dan seterusnya menguatkan dan membetulkan kedudukan tulang belakang serta otot seseorang. Gerakan solat yang paling memberi kesan adalah semasa berdiri tegak, rukuk dan sujud.
Rukuk yang sempurna iaitu 90 darjah mampu memberikan kesan regangan dan terapi yang cukup dalam membantu merawat sakit pinggang. ini kerana, ketika rukuk, tulang belakang diluruskan selari dengan tulang pinggul dan kepala. dalam keadaan ini juga, kita akan rasa rehat pada kawasan pinggang dan ini juga membantu meregangkan otot-otot pada kaki kita. Proses ini seterusnya membantu mengkoordinasikan semula kedudukan tulang-tulang kita.dan memastikan tulang belakang berada dalam keadaan rehat dan tidak dikenakan daya berlebihan serta tidak menghimpit saraf tunjang. Proses senaman atau gerakan dalam solat ini membantu mengembalikan fungsi normal dan berada dalam keadaan rehat otot-otot dan tulang belakang seterusnya memastikan individu tersebut tidak mengalami sakit pinggang.

Cerita pasal sakit pinggang ni, aku pertama kali berkunjung ke Melaka (Alor Gajah), semata-mata ingin melihat sendiri kaedah rawatan alternatif iaitu kaedah rawatan naturopati. Sakit pinggang boleh dirawat di klinik Yusmizee Naturopatic Centre.


Yusmizee Naturopathic Centre, beroperasi di Bangunan MARA Alor Gajah Melaka, Klinik ini selain menerima pesakit sakit pinggang dengan teknik pembetulan tulang pinggul dan tulang belakang juga ada menyediakan kaedah rawatan naturopati seperti Rawatan Bekam, Akupuntur, Urutan Tradisional Melayu, serta Terapi Hipnosis dan Penawar herba homeopati.
Kalau sesiapa ada rasa sakit pinggang, masalah sakit pinggang berpanjangan boleh lah ke sini tetapi sebelum itu mesti buat temujanji dahulu kerana selalunya terdapat pesakit datang terus ke klinik perlu menunggu lama untuk menerima rawatan.

Di Klinik Yusmezee Naturopathic Centre, sakit pinggang boleh dirawat. Kaedah rawatan tidak melibatkan pembedahan . Di Kliniknya, Dr.N Yusmizee menggunakan teknik-teknik pembetulan tulang pinggang yang bermasalah dengan kaedah rawatan naturopatic.

DrN Yusmizee Bin Yusoff 
Persatuan Pengamal Utama Naturopati Malaysia (MANIS)
Pusat Pengajian Sains Perubatan (USM Kubang Kerian).
Tel : 012-3556736 Alamat : Lot 2.33, Tingkat Satu Bangunan Mara Alor Gajah, 78000 Alor Gajah. Melaka
Facebook : Yusmizee Naturopathic Centre

Info : 
Di malaysia terdapat 300 naturopath berdaftar bawah Persatuan Pengamal Utama Naturopati Malaysia. Mereka menyediakan kursus dan pendidikan di pusat naturopati seperti pemakanan, hidroterapi, herba, tumbuh-tumbuhan / bunga, homeopati dan urutan (sekadar menamakan beberapa jenis). Pengamal perubatan semulajadi seperti ini mempunyai banyak ubatan dan cadangan untuk menyokong persekitaran yang sihat supaya tubuh boleh memulihkan diri sendiri. Mereka melihat setiap orang adalah unik melalui gaya hidupnya, diet, program senaman, keadaan mental dan emosi dan juga sejarah peribadi apabila membuat cadangan rawatan tertentu.



8 comments:

  1. Kalau nak pergi buat rawatan betulkan tulang belakang tu kena buat appointment dulu ye PCL...? Waktu operasi pula sampai malam ke...?

    TQ PCL.. maaf la banyak pula tanya.. hehehehee.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh direct dengan Dr.N Yusmizee di no talian 012-3556736, whatsapp pun boleh insya Allah.

      Delete
  2. kalau sakit pinggang lepas bersalin boleh ke buat rawatan kat sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. "bersalin normal ok, boleh buat rawatan .
      kalau bersalin bedah, kena tggu selepas 3 bulan (sembuh)" .. Dr.N Yusmizee

      Delete
  3. Best ni..lps bersalin anak secara pembedhan..mmg kerap sakit piggang

    ReplyDelete
  4. Jauhnye berjalan PCL dari KL sampai melaka. MEsti berbaloi buat rawatan di pusat rawatan ni kan.

    ReplyDelete
  5. Bolehla suggest kt saudara mara yg ada sakit2 pinggang ni

    ReplyDelete
  6. Adoiiii sakit pinggang...

    he he he teringin nak pi dapatkan rawatan disini..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Blog Archive