Tengok gerhana di Angkasa, Banting Selangor

Wednesday, March 09, 2016 Nazlee Ismail PCL 2 Comments


Tengok gerhana di Angkasa, Banting


Angkasa ~ Agensi Angkasa Negara. (ramai yg kompius dengan singkatan namanya . Agensi Angkasa ni ialah 'space agency' bukannya Angkasa sebuah badan koperasi yang buat sistem potongan gaji tu.. haha jangan silap okay)
gerhana matahari separa 09 Feb 2016
Pagi sekitar jam 0730am, objek matahari di pandangan mata kasar ~ sakit mata kalau pandang silau tu lama-lama (JANGAN melihat matahari jika tanpa pelindung mata/penuras suria)
Pagi ini kami ada majlis solat khusuf atau solat gerhana bersempena berlakunya gerhana matahari separa, semua muslimin muslimat turut serta. Pejabat jadi kosong, pakat semua turun ...alhamdulillah, kita sesama mengagungkan suatu keajaiban dari Pencipta Alam ini. Allah Maha Besar !
gerhana matahari separa 09 Feb 2016
Penuras suria ; Pelindung mata khas untuk melihat gerhana
gerhana matahari separa 09 Feb 2016
Sebahagian dari staf angkasa yang teruja nak tengok kejadian gerhana matahari
gerhana matahari separa 09 Feb 2016
Penyertaan ahli kariah masjid Ar-Rohmaniah 

gerhana matahari separa 09 Feb 2016

Peristiwa gerhana matahari ini dianggarkan akan berulang setiap 3 tahun sekali, mungkinkah ada lagi umur kita di masa akan datang (sekitar tahun 2019) ..wallahu'alam. jadi di kesempatan ini ramai orang di Malaysia dan negara-nagara lain yang terlibat membuat perkara yang sama iaitu melihat gerhana berlaku dan juga mengerjakan solat sunat gerhana bagi orang Islam .
gerhana matahari separa 09 Feb 2016
Selesai solat sunat, khutbah disampaikan oleh Imam 1 masjid Ar-Rohmaniah

Di sini kejadian berlaku tempat kerja aku sekitar jam 8 pagi hingga 10 pagi.
Aku kongsikan di sini antara gambar-gambar yang sempat dirakam dengan kamera smartphone aku, sekadar untuk tatapan sendiri buat kenangan dan juga pembaca blog ini . Dan kalau nak lagi menarik tentang info gerhana matahai separa boleh la like page rasmi ANGKASA  https://www.facebook.com/angkasa.malaysia/ 






2 comments:

  1. Alhamdulillah..SA pun dapat tengok skit pagi tadi...tp sekejap sangat sebab x tahan silau..sampai la ni sakit mata

    ReplyDelete
  2. laaa ingat pcl keja dengan angkasa yang potong gaji tu..hehe

    ReplyDelete

[PERINGATAN MESRA]
Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Untuk yang berminat melanggan tapak IKLAN BLOG, email admin (nazli.angkasa@gmail.com). Mohon jangan SPAM ruangan KOMEN . Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Klik untuk Info details

Pets House Designer

Blog Archive