Style menu orang lama gak sedap !

Friday, April 29, 2016 Nazlee Ismail 8 Comments

Menu orang-orang  lama memang best ..ini biskut patah-patah namanya,   menu ni sangat sedap lagi-lagi kalau sesekali dapat makan macam ni..
Biskut patah-patah ..nama tak komersil langsung hahaa..
Style menu-menu orang lama gak sedap. Yes ! Menu rare macam ni belum pernah aku jumpak lagi kat mana-mana kedai makan.  Kalau pi cari ceruk mana pun memang tak dak kot. Teringat orang kat kampung sana ..tetiba. 

Balik la bro..  kalau dah teringat tu, lagi pun esok dah cuti, sambung lagi sampai Isnin ganti 1 Mei.

 [Cuti 1 Mei ni aku tak balik rasanya...]

Okay cakap pasal menu sempoi ni, aku ingat lagi kata-kata ;
"Sepotong roti kering dengan hati yang tenang lebih nikmat daripada sebaldi madu dengan hati yang penuh ketakutan..."

Tak sempat nak ulas lanjut apa maksud di sebalik kata. Tapi pasal menu makan pagi ni memang terbaik di mamaDcafe. agaknya kot, kalau makan roti kering lagi bahagia.. tenang rasa dari makan sedap-sedap namun hati tetap gundah gelana memikir masalah.

Sarapan sempoi ini dibuat dengan beberapa keping biskut yang dipatah-patahkan, digoreng bersama hirisan bawang besar dan telur, goreng dengan sidkit butter.. haha memandai je aku? aromanya pun dah menaikkan selera..

alhamdulillah...

8 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Jubah Lelaki Moden Rizq Design Unik dan Menarik

Thursday, April 28, 2016 Nazlee Ismail 3 Comments

Bila melihat kaum muslimah mengayakan jubah, ..huuuh sememangnya mereka tampak anggun dan lawa, itu sebabnya aku suka isteri dan anak-anak gadis aku memakainya. Trend wanita dengan jubah moden dan trendy sudah lama dan biasa di negara kita tetapi bagi trend kaum lelaki muslim berjubah hanya di musim perayaan saje biasanya.

Ada juga kaum wanita suka melihat lelaki bergaya dengan jubah, katanya nampak ketokohan sorang muslim waraq..haha, apa pun persepsi tentang si pemakainya tiada siapa dapat tentukan dengan hanya melihat luaran sahaja.

Bergaya dengan  Jubah Lelaki Moden

jubah lelaki

Untuk pengetahuan semua pembaca blog PCL ni, Jubah Lelaki Moden keluaran Rizq Design untuk tahun 2016 ini adalah nampak unik dan design luar biasa. Rizq Design menghasilkan jubah lelaki berpotongan Regular Fit yang sangat disukai remaja masa kini.

Aku dan rakan blogger dari  Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) berpeluang untuk melihat koleksi terbaru jubah lelaki moden dari Rizq Design. Koleksi terbaru ini diperkenalkan sendiri oleh pemilik jenama Rizq Design, Fazreen Rafi.
 Fazreen Rafi , pelakon/artis
 Lan Careno Blogger KBBA9

Jubah untuk keluaran Aidilfitri 2016, jolokan dengan nama 'Ip Man' bakal menjadi 'viral' di laman sosial kerana kunikannya.

Bergaya dengan Kurta Moden

Selain jubah lelaki moden, Rizq Design juga ada mempunyai koleksi Kurta yang menawan hati.

Aku sendiri dah cuba mengayakan Kurta Rizq Design, memang sedap dipakai..kalau ikutkan potongan saiz dia memang lawa, macam nak bawa balik terus masa tu..haha

Harga Jualan Jubah dan Kurta Ridz Design 

Harga jualan bagi koleksi jubah & kurta moden bermula dari RM 109 sehingga RM 229. Terdapat 3 koleksi jubah dengan 10 pilihan warna setiap koleksi, dan 1 koleksi kurta moden dengan 10 pilihan warna. Sempena Aidilfitri ini juga Rizq Design berkolaborasi dengan pelakon baru yang top meletop dengan drama Tundukkan Playboy Itu, Hafidz Roshdi.
Tundukkan Playboy Itu, Hafidz Roshdi.

Antara koleksi lain dari Rizq Design

Maklumat penting kepada pembaca dan penggemar Jubah dan Kurta Ridz Design

1. Hari Terbuka Butik Ridz Design
Tarikh: 30 April & 1 Mei 2016
Masa: 10 pagi – 8 malam
Lokasi: Alam Avenue 2, Seksyen 16 Shah Alam

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi agen / dropship Jubah Lelaki Moden, dijemput datang ke butik (seperti tertera di atas) untuk melihat dan merasai sendiri koleksi jubah dan kurta sempena Raya 2016
Kadar keuntungan yang menarik bagi agen, bermula dari 20% sehingga 50%
Agen boleh mula membuat PRE-ORDER bermula 30 April 2016 dan stok dijangka tiba pada 1 Jun 2016.

2. Jualan akan bermula pada 1 June 2016

Untuk lebih lanjut mengenai Jubah Lelaki Moden, sila ikuti perkembangan mereka melalui :
Facebook: Jubah Lelaki Rizq
Instagram: @Jubah Lelaki Moden

3 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Senarai Peserta GA Mencandat Sotong !

Tuesday, April 26, 2016 Nazlee Ismail 9 Comments

Salam ;

Terima kasih kepada yang sudah join , yang support walau tak join takpa tapi masih support .. dan yang melanggan [pakej kami]. Syukuk Alhamdulillah.

Korang boleh chek semula dan ingat nobor ini mewakil setiap nama anda untuk layak memenangi hadiah yang telah ditawarkan. Pengumuman pemenang adalah selepas tarikh 30/4 (akan diumumkan di blog ini bila2 masa selepas itu).

Mencandat Sotong  Kelantan Tour 2016

SENARAI PESERTA :

Kepada pembaca (blogger ) yang nak join masih sempat lagi .. sehingga 30/4/2016 tgh malam 
(klik sini)

9 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Bowling KBBA enjoy bersama cookies sedap !

Monday, April 25, 2016 Nazlee Ismail 6 Comments

Lama aku tak beraksi 'cemerlang' dalam pertandingan bowling.. ye lama la jugak selepas game dengan Lembaga Zakat Selangor beberapa bulan lalu.

Hari Jumaat lepas, 8.30 malam aku dah tak sabar nak tunjuk skill.. target aku takmau masuk longkang. Memang dapat la.. korang tengok la gaya mamat nih..

Berapa usia korang sekarang?
Boleh korang beat dengan mamat nih.. aci tengok la jatuhan pin dia berapa?

Okay.. abaikan, yang pentin kita enjoy mqin sambil makan cookies !!

Walaupun aku dan team tak berjaya memenangi apa apa hadiah pada malam tersebut, aku tetap enjoy bersama rakan2 dari KBBA. 

Lihat lah kemerian kami di Bangi Gateway Ampang Superbowl bersama penaja K.Roger's Butter Cookies, 100% pure butter
Kualiti terbaik; Sedap Sekali Ngap!!! 

Okay.. ni cookies yang terbaik aku pernah rasa, korang boleh dapatkan dengan harga 
Promosi istimewa sehingga  8.5.2016

Beli 4 tin @RM100 sahaja. Penghantaran PERCUMA seluruh Malaysia.

Hubungi 014-3348803 untuk pembelian dan pertanyaan... 

https://m.facebook.com/K.ROGERSbuttercookies/

#KRogers
#KRogersButterCookies 
#SedapSekaliNgap 
#ButterCookies
#KBBA9
#KelabBloggerBenAshaari

6 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Nasi Arab Selera Tujuh Banting

Sunday, April 24, 2016 Nazlee Ismail 4 Comments

SELERA TUJUH DENGAN NASI ARAB SEMPOI

Hari minggu lewat sikit makan tengahari kan.. itu biasa, jangan ditanya kenapa.. dah tau jawapannya sebab nak bermalasan hari tak bekerja kan.. biasa tu. 

Kalau kena mood rajin mai, tak payah suruh dah, lelaki @ suami2 macam aku ni pun suka kedapur memasak kalau kena mood rajinnya.

Korang dah makan?
Aku, ..haaa belum lagi sebab kenyang makan semalam masih terasa. Mana taknya.. semalam makan Nasi Arab Mandy Kambing wahh.. gila sedap dan murah. Portion pun gila cukup melampau, makan 4 orang cukup dah over kenyang untuk makam malam dengan harga RM35/set

Cukup kah? ..yes sebab saiz kami kecik molek, perut boleh simpan makanan sorang sikit. Apa yang aku nak kongsi ni sebab kesedapan Nasi Arab. Daging kambing yang lembut, nasi dengan beras wangi berempah di hidang berasingan dengan sos, kuah sup dalam cara hidangan yang menarik.

Okay aku belanja gambar ;

Minuman pun sedap gila, yang nampak warna kuning tu adalah Mango Yogurt huh sempoi gila ! ..hemm gila saja dari tadi heemmm.. ini review tak bayar tau!

Ini, teh Rabea dengan daun pudina.. rasa kelat daun teh campur dengan rasa mint memang terbaik. Aku minum ni memang tak boleh buang air besar sejak semalam.. huh agaknya ini yang buat rasa kenyang tu lama. haha teori tak boleh pakai ni jangan diikut.. sajee. 

Apa pun , akubharus datang lagi buak kali seterusnya. Aku recommend korang datang makan di sini :

Restoran Selera Tujuh, Hadapan MDKL, Banting. Buka dari pagi sampai malam
(Menu nasi arab start jam 12pm sampai 12 mlm)

4 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Mahukan Anak-anak Anda Menjadi Seorang Genius ?

Thursday, April 21, 2016 Nazlee Ismail 6 Comments

HYPNOVENGERS ACADEMY PROGRAM HYPNOGENIUS ACTIVATION TUNED BY ALPHA GENIUS CENTRE

Kenali apa itu Hypnogenius Activation!

Hypnogenius adalah hasil kajian dalam bidang Mind's Hypnotherapy mengenai pemprograman minda genius, acupinelogy dan digabungkan dengan pengaktifan otak tengah.

Apabila otak tengah atau pineal gland diaktifkan, minda separa sedar akan diprogramkan dengan sugesti - sugesti yang genius supaya dapat dizahirkan ke alam minda super sedar dan melatih 10 jenis ESP yang ada dalam alam minda setiap manusia.

Pelatihan kami bukan hanya mengaktifkan otak tengah dan melatih mata ketiga semata - mata.
Telah berjaya melahirkan lebih 2,000 anak - anak indigo di seluruh Malaysia.

KURSUS PENGAKTIFAN HYPNOGENIUS & PINEAL GLAND (OTAK TENGAH) KANAK-KANAK

Kelebihan selepas 1 hari kursus:

- Bijak ( IQ 120 ke atas ) peningkatan dalam pembelajaran
- Berfikiran positif / kreatif dan innovatif
- Boleh melihat menggunakan mata ketiga
- Membina sahsiah diri
- Belajar mengunakan otak kanan ( memori lebih dari 1 juta GB )
- Boleh mengingat pelajaran tanpa perlu tuisyen
- Meningkatkan konsentrasi
- Meningkatkan daya ingat
- Meningkatkan kreativiti
- Lebih berbakat
- Hormon lebih seimbang
- Emosi lebih stabil
- Lebih berprestasi
- Berkeyakinan tinggi
- Meningkatkan daya fokus dlm pelajaran
- Mengatasi masalah lambat bertutur dan berjalan
- Meningkatkan sistem imunisasi
- Memiliki 10 jenis kelebihan luar biasa
- Merawat masalah autisme, sindrom down, diseleksia, adhd, skizo dll.

KURSUS PENGAKTIFAN HYPNOGENIUS & PINEAL GLAND (OTAK TENGAH) DEWASA

Masalah-masalah yang dihadapi oleh manusia zaman yang serba moden ini :

1. Tidak dapat menerokai kehebatan diri sendiri.
2. Jiwa lemah.
3. Kursus berkaitan kuasa minda sangat mahal.
4. Peluang untuk menerokai 90 % minda semakin tipis.
5. Tidak dapat menyelesaikan pelbagai masalah dengan secepat yang mungkin.
6. Tidak dapat mencapai kesedaran yang mendalam tentang diri sendiri.
7. Tidak kenal diri sendiri.
8. Susah mendapat idea yang kreatif.
9. Mengambil masa berfikir yang terlalu panjang untuk menyelesaikan masalah.
10. Tidak mengetahui fungsi minda dan diri sendiri.
11. Berfikiran negatif.
12. Selalu tertekan.
13. Tidak fokus dalam pekerjaan.
14. Kurang produktif dalam pekerjaan.
15. Sentiasa mengeluh dalam menghadapi tekanan kerja.

KEBAIKAN PENGAKTIFAN HYPNOGENIUS & PINEAL GLAND 

- Meningkatkan kekuatan IQ, EQ, SQ
- Mencerdaskan akal dan minda
- Meningkatkan daya tumpuan
- Membantu merawat simptom keletihan, mengantuk, risau dan panik
- Menguatkan daya ingatan dan hafalan
- Membantu mengatasi simptom insomnia
- Membantu mengatasi masalah stress dan migrain
- Meningkatkan daya kreatif
- Menambahkan tenaga mental
- Mengecaskan BIO-ELEKTRIK dalam sel otak
- Memberi ketenangan fikiran
- Mengawal masalah saraf ( takut, cermas dan runsing
- Meningkatkan sistem imunisasi
- Mengurangkan morning sick semasa mengandung
- Meningkatkan kepekaan gerak rasa dan hati

Tiada unsur-unsur syirik dan tiada kena mengena dengan mana-mana agama. Pengaktifan menggunakan teknik fokus dan gelombang bunyi AGC. Tidak memiliki pantangan khusus dan kekal seumur hidup.

- Kelebihan Hypnogenius Academy membership oleh Alpha Genius Centre
- Hypnogenius & midbrain activation percuma.
- Latihan esp percuma setiap minggu di mana-mana agc centre seluruh malaysia.
- Rawatan dan therapy percuma dari agc.
- Diskaun hebat utk art therapy oleh Dr. Rafidah Kastawi.
- Konsultansi minda percuma.
- Diskaun hebat utk program young chess master. Certified FIDE trainer.
- Diskaun hebat utk program2 motivasi, kepimpinan, kecemerlangan, kem cuti sekolah dari agc dan sykt2 training yg berdaftar dgn AGc dan Malaysia Board of Trainers.
- Voucher diskaun 50% Tamyiz
- Kaunseling percuma.
- Diskaun hebat utk program2 minda dan byk lagi.

Yuran keahlian seumur hidup :

(04 - 12thn) Rm596.00
(13 - 17thn) Rm696.00
(18thn ke atas) Rm896.00

Informasi berkenaan Program di Seluruh Semenanjung Terkini, Di MELAKA boleh hubungi

Yusmizee Naturopathic Centre, Alor Gajah, Melaka. 
Tel : 012-3556736 Dr.N Yusmizee Yusoff
Fb Yusmizee Naturopathic Centre

Info lain : 
YUSMIZEE juga menwarkan rawatan pembetulan tulang belakang, rawatan resdung Dr resd dan ghurah, terapi hipnosis, penawar herba homeopati, rawatan bekam klinikal, urutan Tradisional Melayu dan akupuntur.

6 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Perut kempis senang nak pakai baju Slim Fit

Tuesday, April 19, 2016 Nazlee Ismail 11 Comments

Produk langsing keluaran My Beauty Herbs

Aku minum SlimFast Diet (SFD) setiap hari sampai lah habis sekotak dan kemudian repeat sekotak lagi lepas tu dah.. stop ! Stop amalkan minum SFD sebab aku sudah dapat apa yang aku inginkan. Ini semua throwback cerita tahun-tahun lepas (2014), sebelum bulan puasa (apa yang aku inginkan ialah "perut kempis senang nak pakai baju slim fit")

Hari ini bila dapat tahu bahawa produk My Beauty Herbs iaitu  SlimFast Diet (SFD) yang dulunya masih lagi 'hidup'. Dan aku rasakan susuk tubuh aku perlukan ini untuk nampak ideal semula sama macam dulu. SFD Booster ada sesuatu yang 'menarik' dan pasti aku tak suka ianya menjadi amalan berterusan. Target aku bila dah dapat apa yang diinginkan (turun berat 5 ke 6kg) terus stop minum SFD dan hanya mentain dengan senaman ringan. Sebenarnya ini cara aku membakar semangat untuk gaya lebih sihat .

SFD Booster berwajah baru
"Sekarang kita dah tukar packaging baru, kemudian kuantiti dalam pun bertambah, kita dah inprove formula baru ada tambahan Green Tea, Rasberry ketones dengan Double Extra Garcinia" ~ My Beauty Herbs

Produk langsing keluaran My Beauty Herbs.
Produk langsing keluaran My Beauty Herbs.

Pernah dengar SlimFast Diet?
Sejauh mana keberkesanannya ?
Sudah cuba belum ?

Whatsapp : 0174009726 dropship /agent 01128090446 / 0122239447

11 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Lesap Rm500 Dapat Smartphone Display !

Monday, April 18, 2016 Nazlee Ismail 15 Comments

iPhone tipu, iPhone Display Set dijual Rm500

Kesian sungguh kepada rakan sepejabat baharu kami di sini, baru minggu lepas mendaftar masuk kerja sudah ditimpa dugaan lesap Rm500 sekelip mata.

Kisahnya, Sabtu lepas semasa sedang mengisi petrol kereta di stesen Petron Bandar Sunway beliau didatangi seorang Chinese (bukan rakyat Malaysia) lalu menepuk bahu sambil menunjukkan sebuah smartphone jenama Apple (iPhone).

Urusan jual beli bermula setelah beliau berpuas hati membelek-belek dan mencuba beberapa kali lalu beliau bersetuju membeli dengan harga yang ditawarkan.

Dalam masa singkat sahaja seolah beliau melakukannya tanpa sedar.  Kemudian,
setelah beredar dan memandu lebih 1 kilometer dari tempat kejadian, beliau tergerak hati untuk berhenti di TOL , barulah mencuba sekali lagi barang yang dibeli tadi. Setelah diteliti, beliau dapati smartphone iphone 6 tadi tidak berfungi langsung seperti yang beliau test sebelumnya.

Bercerita kehampaan beliau pagi tadi ;
"Saya macam dipukau !" Katanya dengan wajah kecewa sambil menunjukkan gambar ketika beliau mencuba tesrunning .. katanya bila ON screen nampak lampu bercahaya.. serius berfungsi , tapi yang ini Display Set ! 

Beliau merasakan seolah sudah dipukau kerana urusan berlaku begitu cepat dan tanpa sedar... sangat mudah dipengaruhi.

PASRAH tak tahu nak buat apa, kecewa dengan apa yang berlaku. Cuma bercerita dan berkongsi pengalam ini untuk kawan-kawan lain agar jangan mudah terpedaya dan diperdaya. Berhati-hatilah dengan sendikit jualan tipu ini.

15 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Char Kuey Teow Ketam Vs Char Kuey Teow Udang

Sunday, April 17, 2016 Nazlee Ismail 5 Comments

Sedapkah ketam bubuh dalam char kuey teow?

Malam ni aku buat char kuey teow special, lain dari sebelumnya hahaa.. lain tu cuma aku gantikan udang kepada ketam sebagai bahan penyedap rasa kuah. Ketam comel (baby crab) pemberian jiran sebelah. Orang dah beri kita dapat rasa, jadi aku buat char kuew teow lebih pulak ni nak bagi diaorang rasa pulak. (Banyaklah pulak kat sini..haha)

Kalau nak dapatkan resipi pcl punya, boleh klik entri sebelum ini.

Sebenarnya, char kuew teow biasanya lebih serasi digoreng bersama udang bersaiz besar, namun sejak kebelakangan ni nampaknya kegairahan peniaga makanan jenis ini lebih versatile dengan menambah menu selain udang ; antara yang pernah aku makan ialah char kuey teow lobster, ketam, sotong, kerang (ni biasa sangat). Apa yang aku perhatikan, cara ini sebenarnya adalah untuk menjadikannya sebagai salah satu daya tarikan pelanggan.

Kita ni dah biasa menggoreng sendiri guna resipi sendiri.. cuba-cubalah nak try dengan ketam pulak.. buat sendiri lebih puas makan.

Sebenarnya, sejak petang tadi aku dah kebulur nak makan.. Balik dari memancing (tak dapat hasil pulak tu..haha) Apa lagi.. bila sampai rumah terus ke dapur, mamaD dah siapkan bahan.. aku cuma siapkan kuah dan ready untuk menggoreng .. kali ni baik punya !

Tapi cuma pedapat aku lah.. antara char kuey teow ketam dan char kuey teow udang, pilihan aku tentunya Udang lagi terbaik.. ada rasa manisnya tersendiri. 

Kena cuba bandingkan baru la dapat rasa sebenarnya.. 

5 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Suka dengan Garden Table IKEA ni..

Saturday, April 16, 2016 Nazlee Ismail 3 Comments

Bloggers Malaysia hari ni nampaknya ramai sedang berkumpul di #SBB2016, aku boleh lupa pulak nak daftar.. kira ni kali ke 2 kot SBB .. tak apa lah lain kali kalau ada kesempatan di lain tahun, insya Allah.

Bila cuti2 gini, memang plan banyak dalam kepala.. tak susah nak plan sebab kami berdua saja, anak2 dah besar kadang tak mau diaorang join kita, aktiviti orang tua katanya. Haha adoyaii..

Kami dua laki bini suka lepak depan rumah. . Yang kami namakan #mamaDcafe dan seronok lepak2 luar rumah dengan produk IKEA ni..
Sembang kosong di hari minggu @ #mamaDcafe
Habis modal nak borak masing2 layan henfon haha, aku takpe.. ada tanggung jawab pada blog nazleedotcom. "kerja".
Rezeki.. ada jiran, sedekah ni .. nasi jawa katanya tapi sekali pandang nampak macam pulut kuning  (tapi bukan pulut) alhamdulillah..

Santai di mama'D Cafe

Meja taman dari IKEA ni memang menarik perhatian kami.. lama dah!

Pagi, lepas 'meeting' terus singgah pasar beli hati ayam dengan 2 tujuan. Pertama nak buat umpan pancing keli dan keduanya kalau air sungai tak 'cantik' , hati ayam tu boleh buat lauk..  jadi,  kami plan memancing lah pada petang niii.. 

3 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Sebab Jubah Raya ?

Thursday, April 14, 2016 Nazlee Ismail 6 Comments

Sebab Jubah Raya Aku Bersemangat Jaga Bentuk Badan 

Minggu lepas aku kononnya nak temankan isteri dan anak-anak membeli baju raya.. saje nak buat persiapan awal tak mau la jadi macam lepas-lepas kalut masa bulan puasa.

Trend sekarang memang orang suka membeli-belah awal, tapi ada jugak yang suka buat last minute.. . Masing-masing punya style, lagi pun ikut situasi semasa ni orang ramai semakin bijak dan berhati-hati dalam berbelanja.

Cakap pasal 'kononnya'  memula tadi tu, begini kisahnya.. biasalah orang perempuan kalau memilih pakaian bukan sekejap masa yang diperlukan. Lama mencari, membelek dan mencuba.. hemm kadang kita yang mengekor ni sabar je rasa.. kan?

Masa yang singkat memang tak boleh apa. Kami di Jakel Seksyen 7, Shah Alam tu saja dah ambil masa hampir 3 jam (singkat sangat lah masa tu.. haha..) dan takda hasil , 'kosong tangan' !

Untung juga kau pcl, ..tak plan membeli terbeli jugak sehelai jubah.. huh syukur alhamdulillah. Senyum sikit la aku sebab ada yang belanja sehelai jubah raya. Sehelai pun jadilah..upah penat menemani diorang. Aku dapat diorang tak.. emm bagus lah nampaknya kena pegi lagi lah ,minggu-minggu depan

Jubah aku kali ni sempoi sikit.. saiz memang ngam .. bahu, lengan semua ikut ukuran badan cuma tinggi/labuh saja kena alter sikit.. feet cutting tapi tang pinggan ke bawah cutting besar sikit, senang dan selesa nak solat. 

Ini aku rasa, saje je mamaD nak suruh aku jaga makan, jaga badan supaya nanti jangan sampai tak boleh sarung jubah tu pulak . Taktik baik punya !

Aku masih ingat lagi (raya tahun lepas), ada satu produk ni bautkan berat badan aku turun cepat, ukuran pinggang mengecil. kurang banyak cm tau.. tetiba teringakkan produk tu sebab aku ni jenis tak amalkan ..lagi pun memang takperlu amalkan sepanjang hidup. Terbaik bagi aku.. aku tak recommend lah korang  tapi kalau nak cuba boleh la.. Baca Sini 

Tapi sayang la pulak.. tak ada stok masa aku bertanya tadi (via wasap pagi2 tadi)

Apa aku nak buat ni ?.. selera makan makin menjadi-jadi, ..nak salahkan isteri masak sedap kah? Ini yang jadi masalah aku .. haha masalah problem bila isteri masak sedap-sedap :)

Jangan kata aku tak buat senaman..  aku buat jugak tau , kadang tiap malam Rabu aku masuk gym & jogging ..
Mula dgn jogging, gym dan akhir sekali ping pong ..malam Rabu bukan untuk bina badan tapi nak mentain sihat ?

Tips memilih jubah  

Bagi mereka yang baru mula membiasakan diri dengan jenis pakaian sunnah ini. Cari lah material yang selesa dan bersahaja bila memakainya dan yang penting sopan di sisi Islam.

p/s .. maaf la no.. entri kali ni takda sertakan gambar jubah (rahsia..nanti tak best la dok heboh aku pakai baju kaler apa hihi) Okay fokus jaga badan, jaga makan dan jaga kesihatan insyaAllah.

6 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Jadual PT3 2016 by Cekgu Norazimah

Thursday, April 14, 2016 Nazlee Ismail 3 Comments

Terima Kasih CN (Cekgu Norazimah), siapa tak kenal CN ni dalam bidang penulisan blog, selain bekerjaya sebagai guru beliau juga seorang part time Blogger yang sentiasa perihatin dengan perkembangan semasa pelajar sekolahnya. 

Pagi tadi kebetulan singgah blog CN, aku nampak jadual PT3 2016 .. cuak pulak rasanya,  tetiba rasa risau semacam aje... parents yang terlebih risau nampak gayanya melebihi anak-anak yang nak amik exam. .. hemm ini biasa kot .

Okay, mari kita lihat jadual PT3 yang telah disediakan , 19 Jun sudah bermula peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 tahun ini ;

Jadual PT3 2016

(klik link untuk details dan muat turun)

Nurhanis , anak bongsu kami salah seorang calon PT3 2016.  Semoga kejayaan cemerlang untuknya dan semua pelajar yang telibat didoakan kecemerlangan juga untuk mereka. Buat yang terbaik !

3 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Cadangan Menu Sedap Hari Ini

Wednesday, April 13, 2016 Nazlee Ismail 9 Comments

Bihun Sup daging - Bihun Sup ayam - Bihun Sup campur

Makan bihun sup ada kalanya memedihkan perut walau ianya antara makanan berat yang cepat rasa kenyang. Rasa cepat kenyang disebabkan ianya berkuah, berlauk dan perut terasa pedih mungkin kerana tahap kepedasan sambal dan rempahnya.. Aku pernah makan kat sini (Banting) .

Aku ada cadangan, kalau tak nak rasa kepedihan korang boleh tambah serbuk kacang macam aku makan kat warung di Banting ni.. siap semua atas meja tersedia. Taburlah sesuka hati.. aku 'rasa' lah, ini mungkin satu sebab kenapa tuan kedai di sini sediakan serbuk kacang tanah ni dalam botol bersama perasa-perasa lain. Tak cuba dulu jangan kata tak sedap.. haa cuba dulu baru tau . Bihun sup lagi kaw bila tambah serbuk kacang .

Agak pelik juga asalnya, tapi kini sudah menjadi kemestian aku tabur serbuk kacang bila makan sup di sini. 
Tak cukup kuah boleh tambah..percuma sahaja ! Serbuk kacang yang banyak ditabur boleh menyerap kuah dengan pantas.. tak sedar kuah kering dalam mangkuk 

Slurppp.. "kak tambah lagi semangkuk " .. sambil pandang kiri kanan

"kuah sup aje.. ye kak .. " 

9 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

4 Hari Trip Di Kelantan

Wednesday, April 13, 2016 Nazlee Ismail 3 Comments

4 hari Trip Di Kelantan 

Ini pengalaman penulis semasa mengunjungi Kelantan bersempena Visit Kelantan 2016, Kebanyakan tempat lawatan belum pernah dilawati dan rasnya ada antara kalangan orang Kelantan sendiri belum pernah jejak apa lagi penduduk Malaysia di neger-negeri lainnya.

Apa kata anda susuri perkongsian penulis dalam pengalaman 4 hari Trip Di Kelantan bersama Xcelltravel & Tours Sdn Bhd

Day 1

Hari pertama, kami berlepas dari Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat Firefly di Lapangan Terbang Subang dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sejam kemudian. Sampai di lapangan terbang, kami disambut oleh En Rosdi yang menjadi pemandu pelancong kami sepanjang program berlangsung. Hari pertama trip ini, kami menginap di Holiday Villa Hotel yang terletak berhadapan Pasar Wakaf Che Yeh.
holiday villa wakaf che yeh
                      
Holiday Villa Hotel

Pada sebelah petang pula, kami ke Pantai Sri Tujuh menaiki kenderaan klasik Volkswagen Combi untuk menikmati rojak atau dalam dialek kelantan dipanggil ‘colek’ dan juga pelbagai lagi makanan goreng-goreng celup tepung. Lebih kurang 4 tahun saya tidak ke Pantai Sri Tujuh. Kunjungan kali ini semestinya saya berpeluang melihat persekitaran yang sudah berubah dengan banyak restoran dibuka disamping suasana lebih meriah dengan kedatangan warga tempatan yang ingin menikmati angin pantai yang mendamaikan. Jika anda tidak ke Pantai Cahaya Bulan (PCB), bolehlah ke Pantai Sri Tujuh untuk bersiar-siar pada sebelah petang sambil menikmati ICT (Ikan Celup Tepung). Memang terbaik.
volskwagen combi
Kami dibawa ke Pantai Sri Tujuh menaiki kenderaan klasik
ict pantai sri tujuh
Antara gerai ICT tepi muara di Pantai Sri Tujuh
makanan celup tepung
Pelbagai jenis makanan goreng-goreng celup tepung boleh didapati

Usai makan ICT di Pantai Sri Tujuh, kami pulang ke hotel penginapan dan berehat. Pada sebelah malam pula, kami ke Taman Kelip-Kelip atau dinamakan Min House Camp. Min House Camp adalah sebuah kawasan perkampungan melayu Kelantan yang terletak di Kubang Kerian. Tarikan utama di sini adalah anda akan disajikan pemandangan dan suasana perkampungan melayu yang menarik terutamanya untuk melihat kelip-kelip bercahaya pada sebelah malam. Pengalaman menaiki bot menyusuri Sungai Lubuk Durian untuk melihat kelip-kelip bercahaya di sebalik deretan pokok bakau memang unik. Bagaimanapun, kami kurang bernasib baik kerana sedikit sahaja kelip-kelip muncul disebabkan hujan sebelum kami ke sana. Di sini juga terdapatnya perusahaan madu kelulut atau dipanggil madu Trigona. Min House Camp ini sangatlah sesuai dijadikan kawasan rekreasi untuk hari keluarga ataupun pelbagai kursus ‘outdoor’ secara berkumpulan.
Taman Kelip-Kelip pada sebelah malam. Suasana persekitaran lebih cantik pada waktu siang
Taman Kelip-Kelip pada sebelah malam. Suasana persekitaran lebih cantik pada waktu siang
taman keli-kelip kelantan
Min House Camp
nasi kerabu taman kelip kelip
Sampai sahaja di Min House Camp, terus menjamu selera nasi kerabu Kelantan.
bot min house camp
Peserta teruja menaiki bot menyusuri sungai untuk melihat kelip-kelip
madu kelulut
Madu kelulut yang diusahakan oleh pemilik Min House Camp
Selesai di Taman Kelip-Kelip, kami terus ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh untuk bersiar-siar menikmati persekitaran pasar malam yang paling tersohor di Kelantan. Juga dipanggil ‘uptown Kota Bharu’. Ramai juga sahabat-sahabat mengambil kesempatan untuk membeli pakaian di pasar Wakaf Che Yeh. Malam sudah lewat, kami terus ke hotel penginapan dengan hanya berjalan kaki sahaja.
wakaf che yeh
Pasar Malam Wakaf Che Yeh

Day 2
Di hari kedua, kami checkout dari Hotel Holiday Villa dan terus menuju ke beberapa destinasi produk pelancongan tempatan seperti Nordin Batik, Goldsmith Maker, Kelantan Art Gallery, Baulu & Akok Cottage Industry dan A. Rahman Kayu Kraf.
nordin batik
Nordin Batik, antara nama yang popular dalam industri batik di Kelantan
wisma nordin batik
Selain batik, pelbagai barangan dijual di Wisma Nordin Batik Kota Bharu
IMG_1473
Kedai pembuat emas yang kami lawati
IMG_1487
Berpeluang melihat bagaimana proses membuat barangan perhiasan bermula dari melebur sehingga membentuk cincin emas.
balai seni lukis kelantan
Rombongan seterusnya melawat Balai Seni Lukis Kelantan
permainan tradisional kelantan
Antara foto yang menarik minat saya. Himpunan permainan tradisional Kelantan

rahman kayu kraf
Melawat A. Rahman Kayukraf. Tukang membuat dan mereka bentuk ukiran kayu
congkak naga
Contoh hasil seni ukiran di Rahman Kayukraft yang siap untuk dijual.

Tiba waktu tengah hari, semua sudah tidak sabar untuk menjamu selera nasi kerabu ayam percik. Kami singgah ‘lunch’ di Warung Yati Ayam Percik yang agak terkenal di Kelantan.
IMG_1546
Warung Yati Ayam Percik
IMG_1531
Nasi Kerabu Yati yang sungguh menyelerakan
IMG_1529
Ayam Percik dengan sosnya yang lemak berkrim.
Read more / ..