4 Hari Trip Di Kelantan

Wednesday, April 13, 2016 Nazlee Ismail 3 Comments





4 hari Trip Di Kelantan 


Ini pengalaman penulis semasa mengunjungi Kelantan bersempena Visit Kelantan 2016, Kebanyakan tempat lawatan belum pernah dilawati dan rasnya ada antara kalangan orang Kelantan sendiri belum pernah jejak apa lagi penduduk Malaysia di neger-negeri lainnya.

Apa kata anda susuri perkongsian penulis dalam pengalaman 4 hari Trip Di Kelantan bersama Xcelltravel & Tours Sdn Bhd

Day 1

Hari pertama, kami berlepas dari Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat Firefly di Lapangan Terbang Subang dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sejam kemudian. Sampai di lapangan terbang, kami disambut oleh En Rosdi yang menjadi pemandu pelancong kami sepanjang program berlangsung. Hari pertama trip ini, kami menginap di Holiday Villa Hotel yang terletak berhadapan Pasar Wakaf Che Yeh.
holiday villa wakaf che yeh
                      
Holiday Villa Hotel

Pada sebelah petang pula, kami ke Pantai Sri Tujuh menaiki kenderaan klasik Volkswagen Combi untuk menikmati rojak atau dalam dialek kelantan dipanggil ‘colek’ dan juga pelbagai lagi makanan goreng-goreng celup tepung. Lebih kurang 4 tahun saya tidak ke Pantai Sri Tujuh. Kunjungan kali ini semestinya saya berpeluang melihat persekitaran yang sudah berubah dengan banyak restoran dibuka disamping suasana lebih meriah dengan kedatangan warga tempatan yang ingin menikmati angin pantai yang mendamaikan. Jika anda tidak ke Pantai Cahaya Bulan (PCB), bolehlah ke Pantai Sri Tujuh untuk bersiar-siar pada sebelah petang sambil menikmati ICT (Ikan Celup Tepung). Memang terbaik.
volskwagen combi
Kami dibawa ke Pantai Sri Tujuh menaiki kenderaan klasik
ict pantai sri tujuh
Antara gerai ICT tepi muara di Pantai Sri Tujuh
makanan celup tepung
Pelbagai jenis makanan goreng-goreng celup tepung boleh didapati

Usai makan ICT di Pantai Sri Tujuh, kami pulang ke hotel penginapan dan berehat. Pada sebelah malam pula, kami ke Taman Kelip-Kelip atau dinamakan Min House Camp. Min House Camp adalah sebuah kawasan perkampungan melayu Kelantan yang terletak di Kubang Kerian. Tarikan utama di sini adalah anda akan disajikan pemandangan dan suasana perkampungan melayu yang menarik terutamanya untuk melihat kelip-kelip bercahaya pada sebelah malam. Pengalaman menaiki bot menyusuri Sungai Lubuk Durian untuk melihat kelip-kelip bercahaya di sebalik deretan pokok bakau memang unik. Bagaimanapun, kami kurang bernasib baik kerana sedikit sahaja kelip-kelip muncul disebabkan hujan sebelum kami ke sana. Di sini juga terdapatnya perusahaan madu kelulut atau dipanggil madu Trigona. Min House Camp ini sangatlah sesuai dijadikan kawasan rekreasi untuk hari keluarga ataupun pelbagai kursus ‘outdoor’ secara berkumpulan.
Taman Kelip-Kelip pada sebelah malam. Suasana persekitaran lebih cantik pada waktu siang
Taman Kelip-Kelip pada sebelah malam. Suasana persekitaran lebih cantik pada waktu siang
taman keli-kelip kelantan
Min House Camp
nasi kerabu taman kelip kelip
Sampai sahaja di Min House Camp, terus menjamu selera nasi kerabu Kelantan.
bot min house camp
Peserta teruja menaiki bot menyusuri sungai untuk melihat kelip-kelip
madu kelulut
Madu kelulut yang diusahakan oleh pemilik Min House Camp
Selesai di Taman Kelip-Kelip, kami terus ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh untuk bersiar-siar menikmati persekitaran pasar malam yang paling tersohor di Kelantan. Juga dipanggil ‘uptown Kota Bharu’. Ramai juga sahabat-sahabat mengambil kesempatan untuk membeli pakaian di pasar Wakaf Che Yeh. Malam sudah lewat, kami terus ke hotel penginapan dengan hanya berjalan kaki sahaja.
wakaf che yeh
Pasar Malam Wakaf Che Yeh

Day 2
Di hari kedua, kami checkout dari Hotel Holiday Villa dan terus menuju ke beberapa destinasi produk pelancongan tempatan seperti Nordin Batik, Goldsmith Maker, Kelantan Art Gallery, Baulu & Akok Cottage Industry dan A. Rahman Kayu Kraf.
nordin batik
Nordin Batik, antara nama yang popular dalam industri batik di Kelantan
wisma nordin batik
Selain batik, pelbagai barangan dijual di Wisma Nordin Batik Kota Bharu
IMG_1473
Kedai pembuat emas yang kami lawati
IMG_1487
Berpeluang melihat bagaimana proses membuat barangan perhiasan bermula dari melebur sehingga membentuk cincin emas.
balai seni lukis kelantan
Rombongan seterusnya melawat Balai Seni Lukis Kelantan
permainan tradisional kelantan
Antara foto yang menarik minat saya. Himpunan permainan tradisional Kelantan

rahman kayu kraf
Melawat A. Rahman Kayukraf. Tukang membuat dan mereka bentuk ukiran kayu
congkak naga
Contoh hasil seni ukiran di Rahman Kayukraft yang siap untuk dijual.

Tiba waktu tengah hari, semua sudah tidak sabar untuk menjamu selera nasi kerabu ayam percik. Kami singgah ‘lunch’ di Warung Yati Ayam Percik yang agak terkenal di Kelantan.
IMG_1546
Warung Yati Ayam Percik
IMG_1531
Nasi Kerabu Yati yang sungguh menyelerakan
IMG_1529
Ayam Percik dengan sosnya yang lemak berkrim.
Read more / ..


3 comments:

  1. Wah..xsabar nk ke kelantan no..

    ReplyDelete
  2. paling best tengok makanan sedap2 ni.saya memang suka masakan kelantan..hehe

    ReplyDelete
  3. woww..! menarik trip dia.. banyak aktiviti menarik.. :)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.