Ais kosong dan BIOBAX

Thursday, April 07, 2016 Nazlee Ismail 1 Comments


Ais kosong ? .. Sky jus ?

Suatu masa dulu kalau kita pesan ais kosong semasa makan di kedai, kita tak perlu bayar sesen pun. Kira takde harga lah ais kosong  / sky jus ini dulu berbanding sekarang. Tapi takjadi hal kalau setakat 30sen segelas sekarang ni, sebabnya orang lebih mementingkan kesihatan dari yang lainnya.

Ada fakta yang mengatakan lebih sejuk air yang kita minum, lebih banyak kalori yang dibakar dalam badan, alasannya kerana badan kita membebaskan lebih banyak tenaga untuk 'menghagatkan' air tersebut. Jika kita minum 8 gelas (64 oz) air ais sejuk dalam satu hari, badan akan membakar 70 kalori lebih daripada jika kita hanya minum 8 gelas minuman suhu biasa. ~ ini cuma fakta bagi orang tertentu saja, bagi kita yang marhain ni..tak kisah pun..kan.

Namun di suatu sudut lainnya pula bila minum banyak ais, sendi-sendi cepat pulak terasa lemah... itulah, aku sedar diri kalau lepas bermain futsal terus minum air ais yang banyak. Kesannya boleh jadi  lembik lutut nak bergerak pun susah...

Ada pengajarannya bagi orang lelaki yang sudah berumah tangga.. jangan amalkan sangat ais ; ais tak bagus. Kesan jangka masa panjang sudah semestinya untuk kebahagian pasangan suami isteri. Pandai-pandai lah...

Fakta fakta jugak, nasihat-nasihat jugak tapi kalau dah haus sangat, kadang tu terbelasah jugak air berais haha. Lagi sedap ! Bila sakit sendi cari ubat mana ubat, kalau aku senang je.. spray-spray, sapu sikit  dan tunggu sat, lepas berapa minit terasa leganya.. berangin sedap !

Aku guna biobax ni...
Petua Rawat Sakit Belakang
Spray pinggang bila terasa sakit kat pinggang , spray lutut bila terasa sakit lutut.. Sakit belakang suruh isteri spray kan. Tapi jangan pulak sapu mata bila sakit mata.. pedih menangis oo..

Boibax ni sapa2 pun boleh guna.. untuk kesan terbaik, guna lah selalu pada tempat2 yang sakit.. 

1 comment:

  1. ye ke minum ais boleh bakar lemak..saya kalau banyak minum ais,..sembelit je..hahha...cerita sembelit kat orang pulak..ekekek

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.