Cadangan Menu Sedap Hari Ini

Wednesday, April 13, 2016 PCL 9 Comments


Bihun Sup daging - Bihun Sup ayam - Bihun Sup campur




Makan bihun sup ada kalanya memedihkan perut walau ianya antara makanan berat yang cepat rasa kenyang. Rasa cepat kenyang disebabkan ianya berkuah, berlauk dan perut terasa pedih mungkin kerana tahap kepedasan sambal dan rempahnya.. Aku pernah makan kat sini (Banting) .



Aku ada cadangan, kalau tak nak rasa kepedihan korang boleh tambah serbuk kacang macam aku makan kat warung di Banting ni.. siap semua atas meja tersedia. Taburlah sesuka hati.. aku 'rasa' lah, ini mungkin satu sebab kenapa tuan kedai di sini sediakan serbuk kacang tanah ni dalam botol bersama perasa-perasa lain. Tak cuba dulu jangan kata tak sedap.. haa cuba dulu baru tau . Bihun sup lagi kaw bila tambah serbuk kacang .

Agak pelik juga asalnya, tapi kini sudah menjadi kemestian aku tabur serbuk kacang bila makan sup di sini. 
Tak cukup kuah boleh tambah..percuma sahaja ! Serbuk kacang yang banyak ditabur boleh menyerap kuah dengan pantas.. tak sedar kuah kering dalam mangkuk 

Slurppp.. "kak tambah lagi semangkuk " .. sambil pandang kiri kanan

"kuah sup aje.. ye kak .. " 





9 comments:

  1. sodapppp....tengok kuahnya kalau dihirup..

    ReplyDelete
  2. ulalala....malam tadi akak baru buat mee hoon sup ikan ....sedap jugak...he

    ReplyDelete
  3. Jap lagi zumal nak try tabur serbuk kacang gak ^-^

    ReplyDelete
  4. sedap. bihun sup tabur kacang macam kot belah kampung cek ja. Akak tu asal kedah kot?

    ReplyDelete
  5. adehhh..sedapnyee..lama dah tak makan..

    ReplyDelete
  6. tak pernah makan sup tabur serbuk kacang, pasni boleh lah try

    ReplyDelete
  7. wah..best nya..belum pernah try bihun sup ada kacang ni..tak tau nak bayangkan rasanya cemana..

    ReplyDelete
  8. wah kecur air liur tgk pic tu...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.